29 September 2006

Ramadan Kareem

Assalamualaikum....

Rasanya tidak terlambat kiranya untuk aku ucapkan datang kepada bulan yang dijanjikan 1001 kebaikan, Syahr al-Kiram Ramadhan al-Mubarak. Agar peluang yang Allah telah berikan kepada kita untuk bertemu dengan Ramadan ini, dapat kita rebut sebaiknya. Agar Ramadan kali ini, kita tidak rugi lagi....


Untuk itu, dengarkan dan hayatilah bait-bait nasyeed yang telah aku upload di blog ini, khusus sempena dengan bulan yang mulia ini...

20 September 2006

Dinar Emas Kelantan....

Alhamdulillah, tadi berkesempatan untuk menghadiri Seminar Dinar Dirham: Penggunaan Dinar Dirham - Maqasid Syariah dan Realiti Masa Kini. Seminar ini diadakan bersempena dengan Hari Pelancaran Dinar Emas Kelantan.

Sepanjang seminar tersebut yang dilangsungkan sebelah pagi, banyak input yang aku dapat berkaitan dengan dinar dirham serta kesan-kesan positif yang mampu ditunjukkan dalam penggunan matawang dinar ni. Kalau hendak diceritakan, terlalu banyak. Cuma untuk kali ini, aku nak quote satu kenyataan yang terdapat dalam kertas kerja pertama; Mengapa Dinar Emas Sejajar dengan Maqasid Syariah? yang telah disediakan oleh Prof. Madya Dr. Ahmed Kameel Mydin Meera, dan kenyaatan ini dipetik pula oleh Prof. dari tulisan Umer Chapra:

" Sistem ekonomi Islam tidak wujud di mana-mana dunia Islam. Negara-negara Islam telah berupaya untuk menyelesaikan masalah-masalah ekonomi mereka melalui polisi-polisi yang dibentuk dalam perspektif sekular sistem-sistem yang wujud sekarang. Masalah-masalah mereka telah membesar dan mereka semakin jauh daripada mencapai maqasid. Walaupun keluaran negara kasar telah meningkat, kemiskinan tidak pula menurun, sebaliknya ia telah meningkat. Ketidakseimbangan dalam pengagihan pendapatan serta kekayaan juga telah merosot dan keperluan asas rakyat masih belum dicapai. Defisit sektor awam juga telah meningkat, seperti juga defisit imbangan pembayaran dan hutang luar negara, dan ancaman inflasi masih wujud. "

Hmmm...sama-sama la kita fikirkan.

29 August 2006

Misi 11 JIM - KKIA

Sambungan...















Misi 11 JIM - KKIA

Alhamdulillah...baru-baru ni aku dan beberapa orang pelajar kolej (x-MPP) telah diberi kesempatan oleh Allah swt untuk melawat dan ziarah ke NAD (Nanggroe Atjeh Darussalam).

Aku rasa tak perlu untuk aku menaip diari perjalanan kami di sana. Tapi memadai aku rasa untuk aku letakkan di sini gambar-gambar yang sempat kami ambil (bukan tangkap) sewaktu di sana. Mungkin selepas ni, posting aku akan berpusing sekitar perjalanan kami di sana, insya allah.











02 August 2006

Di Sebalik Impian Zionis

Oleh MASZLEE MALIK

STEPHEN Sizer, Elizabeth Barlow, Micheal Prior dan lain-lain pengkritik Zionis Kristian tidak silap di dalam analisis-analisis mereka. Bukan lagi sesuatu yang rahsia mengenai lobi Zionis Kristian ke atas White House dan juga pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush.

Polisi-polisi luar AS berkaitan rejim Zionis Israel sering bersikap lunak dan menyokong apa sahaja tindakan rejim tersebut. Maka tidak hairanlah lebih 90 veto telah digunakan oleh AS untuk membatalkan apa sahaja keputusan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan Zionis, termasuklah yang mutakhir ini berkaitan perang ke atas Palestin.

Siapakah Zionis Kristian ini? Bukankah Zionis itu sinonim kepada Yahudi di dalam mentaliti majoriti masyarakat dunia? Jika anda semua berpendapat sedemikian, maka kita sebenarnya masih belum lagi memahami big picture mengenai isu Palestin.

Zionis Kristian merupakan golongan yang bertanggungjawab menyebabkan kemunculan gerakan Zionis dan juga negara haram Israel. Zionis Kristian merupakan nama kepada sekumpulan Kristian Protestan yang mempunyai misi mereka yang tersendiri. Di AS, golongan Avangelist merupakan tonggak kepada golongan Zionis Kristian ini. Golongan ini mempunyai satu pegangan yang mereka berusaha sedaya upaya untuk menjayakannya.

Pegangan tersebut ialah mengenai “Kedatangan semula Jesus (Nabi Isa a.s.)” ke muka bumi ini untuk membawa The Happy Milleneum (Seribu tahun yang gembira).

Golongan Zionis Kristian percaya, kedatangan semula Jesus memerlukan beberapa syarat. Tanpa syarat-syarat tersebut, Jesus tidak mungkin muncul untuk membawa seribu tahun gembira yang dinanti-nantikan. Syarat pertama yang perlu ada ialah ‘kepulangan kaum Yahudi’ ke bumi Palestin.

Bagi golongan ini, Jesus hanya akan muncul di Palestin jika kaum Yahudi menetap di sana seperti kemunculannya buat kali pertama dahulu. Kaum Yahudi yang menetap di sana juga perlulah menyediakan suasana Palestin seperti mana sewaktu awal kemunculan Jesus dahulu. Mereka perlulah berkuasa di bumi tersebut, membina Haychal (kuil) di tapak di mana hari ini terdapat Masjid al-Aqsa. Setelah itu sesuatu peperangan besar akan berlaku di antara kaum Yahudi tersebut dengan bangsa Arab. Peperangan ini merupakan peperangan besar yang melibatkan banyak nyawa yang terkorban. Peperangan ini dinamakan sebagai peperangan “Armagedon”. Selepas peperangan yang besar ini, maka pada saat itulah Jesus akan muncul untuk membawa The Happy Milleneum.

Kekuasaan

Penghijrahan Yahudi ke bumi Palestin melalui usaha gerakan Zionis Yahudi dan juga kerajaan Great Britain di awal kurun ke-20 merupakan hasil usaha Zionis Kristian. Sir Arthur Belfour dan juga pegawai-pegawai kerajaan British pada waktu itu kebanyakannya merupakan penganut fahaman Zionis Kristian. Selepas kekuasaan dunia beralih ke AS, golongan Zionis Kristian juga telah terarah ke sana untuk menjayakan agenda mereka. Hasilnya, tertubuhnya negara haram “Israel”. Dengan tertubuhnya “Israel”, kegilaan Zionis Kristian semakin menjadi-jadi dan semakin diikuti oleh kebanyakan penganut Avangelist.

Kepercayaan mereka bahawa kedatangan Jesus semakin hampir juga turut bertambah kuat. Peperangan 1967 yang menyaksikan kemenangan rejim Zionis juga menjadikan sokongan dan pengaruh golongan ini semakin kuat di AS. Hasilnya, bantuan kepada projek rejim Zionis, sama ada dari segi dana, politik, media, moral dan juga kemanusiaan juga turut bertambah.

Berdasarkan latar belakang inilah kita tidak akan berasa pelik dengan polisi AS terhadap peperangan yang dilancarkan oleh rejim Zionis ke atas rakyat Palestin dan juga rakyat Lebanon. Berhujahkan alasan Israeli Right of Self Defence, mereka memberikan justifikasi kepada semua tindakan kejam dan ganas rejim Zionis ke atas rakyat Palestin dan Lebanon. Bagi mereka, kewujudan “Israel” amat penting kepada akidah golongan yang telah menaja kebanyakan anggota Kongres AS untuk berada di atas kerusi empuk mereka.

Demonstrasi 17 Julai di New York untuk menyokong tindakan ganas rejim Zionis ke atas Lebanon merupakan satu lagi manifestasi perjuangan golongan Zionis Kristian. Melalui usaha mereka dengan bantuan agensi-agensi dan juga pertubuhan-pertubuhan Yahudi pro-Zionis, mereka telah cuba mewujudkan public opinion untuk menyokong tindakan rejim Zionis.

Pada minggu lepas sahaja, United Jewish Communities telah berjaya mengutip AS$1 juta (RM3.7 juta) daripada kalangan golongan Yahudi dan juga pro-Zionis untuk diserahkan kepada rejim Zionis sebagai tanda solidariti. American Jewish Joint Distribution Committee, salah sebuah pertubuhan berpengaruh di AS juga turut menyediakan program-program untuk menyelamatkan kanak-kanak Yahudi di “Israel” untuk menghadapi situasi peperangan. Di Texas, golongan Zionis Kristian telah menganjurkan demonstrasi yang serupa untuk menunjukkan sokongan terhadap keganasan rejim Zionis.

Judeo-Christian Alliance (JCA) di Washington juga sedang merancang satu demonstrasi besar-besaran untuk menggesa Bush agar terus menyokong tindakan ganas rejim Zionis. Paderi John C Hagee, salah seorang pemimpin Zionis Kristian, ketika diwawancara oleh islamonline.net menyatakan, peperangan tersebut adalah peperangan suci dan telah dijanjikan oleh Tuhan. Sebarang sokongan terhadap keganasan Zionis menurutnya adalah akhlak yang murni dan juga “kerja kebajikan” yang dipuji oleh kitab Injil. Beliau juga turut menggesa rejim Zionis agar melancarkan peperangan ke atas Iran yang dianggap sebagai musuh mereka yang sebenar. American Israel Public Affairs Committee yang merupakan lobi terkuat Zionis di Kongres AS turut berterima kasih kepada Hagee di atas sokongan beliau.

Mereka juga telah menyokong veto AS di Majlis Keselamatan membantah usaha sesetengah pihak untuk menggesa rejim Zionis daripada mengenakan tekanan dan kekejaman ke atas rakyat Palestin baru-baru ini. Kini, mereka dalam usaha memastikan agar Bush dan juga kerajaannya akan berterusan menyokong segala tindakan ganas rejim Zionis.

Apa yang menimbulkan tanda tanya ialah sikap AS. AS bukan hanya sekadar menyokong tindakan ganas rejim Zionis, malah mereka dilihat begitu bernafsu untuk melibatkan Syria dan Iran agar turut dihukum. Bukankah dengan penglibatan kedua-dua buah negara tersebut akan menyebabkan peperangan yang amat besar dan akan melibatkan banyak lagi pihak? Atau itu merupakan salah satu usaha AS untuk mengheret rantau tersebut ke dalam peperangan yang lebih besar?

Mungkin persoalan yang timbul, apakah keuntungannya? Sudah tentu jawapannya ialah Armagedon yang mereka nanti-nantikan yang akan menyaksikan kemunculan Jesus setelah peperangan tersebut selesai.


Dipetik dari alAhkam.net

27 July 2006

Nam Fee Salam

Tidurlah dengan aman seperti tidurnya seorang pahlawan
biarkan Hamas membalas seperti zilzal
Pahlawan yang tetap hidup walau apa jua kesengsaraan
bukankah engkau akan mati pada suatu hari (nanti) bagaikan pahlawan?

Sesungguhnya engkau hidup untuk menyeru kepada perjuangan
maka telah tiba masanya kematianmu menghidupkan (kamu) dengan perjuangan berlipat kali ganda
Maka jika engkau menunaikannya, maka engkau telah merungkai setiap batu al-Quds
(sebagai simbol) dendam seorang yang bersedia untuk berperang/berjuang

Wahai manusia bebas yang tidak mencari kebaikan, melainkan demi kehidupan atau kematian yang mulia
Engkau hidup bukan untuk dihina, tetapi engkau hidup untuk membakar kejahatan yahudi zionis di neraka

Apabila engkau pergi, engkau meninggalkan di belakangmu umat
yang diberi bekalan dendam perjuanganmu yang lalu
Engkau adalah pemimpin, dan jika engkau sembunyikan tangan yang menjadi pemisah
dendammu akan berterusan dalam tidur(mu) sebagai seorang pemimpin

Wahai orang yang menghadapkan wajah (berdepan) dengan negara yang kuat
engkau telah mengalahkannya pada suatu ketika dalam keadaan engkau seorang yang cacat
Tuhan telah memilihmu kerana engkau seorang yang suci
dan juga kerana orang selainmu sedang bergembira dalam kekotoran


*kalau ada kesilapan dalam penterjemahan, harap boleh dimaklumkan

20 July 2006

Fahamilah...

نم في سلام

نم في سلام نومة الأبطال واترك حماس ترد كالزلزال
بطلاً حييت برغم ألوان الأسى أفلا تموت اليوم كالأبطال؟
* * *
قد عشت تدعو للنضال فحان أن يحيى بموتك ألف ألف نضال
فلئن قضيت فتحت كل حجارة في القدس ثأر ناجِزٌ لقتال
* * *
يا أيها الحر الذي لم يستطب إلا الحياة أو الممات كريما
ما عشت كي تهنا ولكن عشت كي تُصلي الصهاينة اللئام جحيما
* * *
لما رحلت تركت خلفك أمةً رضعت لبان الثأر منك قديماً
كنت الزعيم وإن طوتك يد الردى سيظل ثأرك في الأنام زعيما
* * *
يا من وقفت بوجه أقوى دولةٍ وهزمتها دهراً وأنت المقعد
اختارك المولى لأنك طاهر ولأن غيرك في النجاسة عربدوا


* sambil mendengar sambil memahami

Jawab..jangan tak jawab..!

Siti nk kawen vs konflik di Lubnan (Palestin jugak) & tragedi di (Kepulauan) Jawa....maner lebih penting??

* pinjam dari friendster Dr. Bayam...

18 July 2006

Arrgghhh..!!!

SEDIH, MARAH, BENGANG, BENCI, TENSION, MENYAMPAH, PENING, GERAM, MELUAT, KECEWA, PELIK, TERTANYA-TANYA.....HARAPAN.

Ini lah dia perasaan yang aku sedang alami sekarang. Perasaan yang bercampur baur di antara yang positif dengan negatif. Satu persatu perasaan ni datang dalam diri berikutan suasana yang berlaku di dunia pada hari ini. Dan sudah semestinya, isu yang mendorong kesemua perasaan ini adalah tindakan rejim Yahudi Laknatullah, gangster dunia, kaum yang berjiwa binatang, dengan rakusnya membunuh dan membantai umat Islam di Palestin dan juga di selatan Lubnan.

SEDIH kerana melihatkan umat Islam di sana diperlakukan sedemikian rupa tanpa ada pembelaan yang sewajarnya. Nyawa kanak-kanak, wanita dan orang tua seoalah-olah tidak berharga dan boleh diperbuat apa sahaja. Kanak-kanak kehilangan ibu bapa, ibu bapa kehilangan anak-anak, suami kehilangan isteri, isteri kehilangan suami, orang tua kehilangan tempat perlindungan, dan pelbagai lagi musibah yang menyedihkan kita melanda saudara kita di sana.

MARAH dan BENGANG dengan perangai kurang ajar rejim yahudi laknaktullah (semoga Allah menghapuskan mereka) yang sewenang-wenangnya berbuat suka hati mak bapak mereka. Sebuah bangsa yang telah dikenal pasti di antara bangsa yang paling penakut berhadapan dengan situasi peperangan (menyorok di sebalik tembok sepertimana yang telah digambarkan oleh Allah di dalam al-Quran) lantas menggunakan segala kemampuan teknologi dan pengaruh mereka untuk menutup sifat penakut dan bacul mereka tersebut. Kalau mereka inginkan peperangan, biar dengan cara yang betul. Kita yakin bahawa umat Islam akan maju ke depan, turun ke medan peperangan andainya mereka inginkan peperangan. Sejarah telah pun membuktikan, umat Islam (yang hakiki) adalah umat yang berani dan hebat di medan peperangan. Yahudi boleh cuba kalau mereka nak tahu, setakat mana kekuatan spirit umat Islam di medan peperangan.....

BENCI, MENYAMPAH, GERAM dan KECEWA bila melihatkan respon antarabangsa terhadap isu yang jelas melanggar undang-undang dunia dan juga kemanusiaan. Di sebalik isu inilah Amerika dan sekutunya (laknatullahi alaihim) memperlihatkan wajah dolak dalih mereka. Dan pada isu ini juga lah kita dapat melihat peranan yang dimainkan oleh yahudi laknatullah dalam mempengaruhi dan menguasai kuasa besar dunia. PBB diperguna dan diperbodohkan oleh Amerika, Kesatuan Eropah senyap seribu bahasa, OIC hanya menjadi o..i see yang hanya tahu melihat dan berkata-kata tanpa apa-apa tindakan (sia-sia je jadi pengerusi OIC). Tidak ada lagi tempat untuk umat Islam menuntut keadilan melainkan Allah sahaja yang mampu memberikan kemenangan. TAKBIR...!

MENYAMPAH dan PELIK melihat umat Islam (tidak semua) hari ini (terutama di Malaysia) yang hanya melihat isu Palestin -Yahudi ini hanya sebagai isu yang tiada nilai agama di sisinya. Bagi mereka, isu ini tidak lebih sebagai masalah yang berlaku dalam politik dunia semata-mata. Mereka tidak lagi merasakan kepentingannya dari sudut aqidah kita. Masakan mahu menilai dari kacamata aqidah, diri umat Islam pada hari ini pun sudah banyak yang telah dirosakkan oleh yahudi laknatullah melalui jarum-jarum halus mereka. Lihat sahaja di Malaysia (tak payah nak pergi jauh-jauh). Dalam keadaan umat Islam di bunuh begitu sahaja, kita masih lagi sibuk dan menyemakkan fikiran kita dengan perkara-perkara yang tiada faedahnya dalam Islam. Mentor mentinya, AFnya, hiburan sana-sini, judi, pelacuran dan macam-macam lagi sehingga kita berasa PENING kepala dengan apa yang berlaku di sekitar mereka. Mereka pening kepala dengan benda-benda maksiah ini, tapi tidak ramai di kalangan kita yang pening kepala terhadap masalah yang melanda umat Islam, saudara seaqidah kita pada hari ini. Di mana sensitiviti kita sebagai Muslim dalam isu ni? Ramai yang mampu menyatakan kesedihan mereka, tapi pada hakikatnya, tiada nilai pun dari kesedihan mereka tersebut. Sedih...tapi dalam masa yang sama tiada apa yang dilakukan. Islam tetap tidak diamalkan. AAARRRGGGHHHHH........!!!

HARAPAN....semoga apa yang berlaku di bumi Syam sana akan menjadi titik tolak kebangkitan umat Islam sepertimana yang telah dijanjikan oleh Allah dan RasulNya s.a.w. Andaikata mereka inginkan peperangan, sudah sampai masanya kita menyahut seruan jihad. Inilah masanya untuk kita buktikan kecintaan kita terhadap agama yang benar ini. Inilah juga masanya untuk kita mempertingkatkan lagi kerja-kerja dakwah dan jihad kita, agar di masa yang terdekat ini (insya allah) atau masa yang akan datang, Islam akan kembali berkuasa dan menjadi ustaziatul alam, insya Allah.

ALLAHUAKBAR...!!!

28 June 2006

20 Soalan...

Assalamualaikum...

Posting adalah susulan dari promo aku berkenaan dengan buku 20 Persoalan Asas Tentang Hadis. Berikut adalah soalan-soalan yang terdapat di dalam buku tersebut:

Soalan 1 : Ada pihak yang mengatakan bahawa kita hanya perlu beramal dengan al-Quran dan tidak perlu kepada hadis Nabis s.a.w. Adakah pendapat ini benar?

Soalan 2 : Adakah hadis boleh diertikan sebagai sabda Rasulullah s.a.w?

Soalan 3 : Perkataan 'sanad' dan 'matan' sering disebut apabila orang bercakap tentang hadis. Apakah maksud dua perkataan ini?

Soalan 4 : Apakah kelebihan bagi mereka yang mempelajari hadis dan ilmu-ilmu berkaitan dengannya?

Soalan 5 : Bila dan bagaimanakah hadis dibukukan?

Soalan 6 : Ada sesetengah orang menyebut 'hadis sahih' atau 'hadis dhaif'. Bagaimanakah hadis dikategorikan oleh ulama?

Soalan 7 : Adakah ilmu pengkajian hadis ini berdasarkan kajian ilmiah atau sekadar mengikut pendapat ulama hadis semata-mata?

Soalan 8 : Apakah buku-buku yang patut dirujuk untuk mengenal hadis-hadis sahih?

Soalan 9 : Seringkali orang menyebut 4 buku 'Sunan' iaitu Sunan al-Tirmizi, Sunan Abu Daud, Sunan al-Nasaai dan Sunan Ibn Majah. Apakah kesema hadis di dalam buku-buku ini adalah sahih?

Soalan 10 : Bagaimana darjat hadis dalam buku-buku selain Kutub al-Sittah?

Soalan 11 : Apakah kepentingan kita mengetahui sama ada sesuatu hadis itu sahih atau tidak?

Soalan 12 : Bagaimanakah caranya seseorang ingin memastikan kesahihan sesuatu hadis yang ditemuinya?

Soalan 13 : Adakah ilmu pengkajian hadis hanya terhadap kepada pengkajian yang telah dibuat oleh ulama silam? Bagaimana pula perkembangan ilmu hadis pada zaman ini?

Soalan 14 : Siapakah di antara pengkaji hadis terkemuka pada zaman ini?

Soalan 15 : Ada pendapat yang mengatakan bahawa kita boleh beramal dengan hadis dhaif. Apakah maksud beramal dengan hadis dhaif dan adakah ia memang dibenarkan?

Soalan 16 : Bagaimana munculnya hadis-hadis palsu?

Soalan 17 : Apakah sebab-sebab yang menyebabkan hadis-hadis dhaif dan palsu tersebar dalam kalangan masyarakat?

Soalan 18 : Sebahagian masyarakat kita mengatakan bahawa tidak menjadi kesalahan untuk kita menyebut hadis palsu selagi maksudnya baik dan tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Adakah pendapat ini diterima?

Soalan 19 : Apakah langkah yang telah dilakukan oleh para ulama dalam memberi penjelasan kepada masyarakat berkaitan hadis-hadis dhaif dan palsu?

Soalan 20 : Apakah contoh-contoh hadis dhaif dan palsu yang telah tersebar dalam masyarakat?

Jadi kepada semua yang ingin mengetahui jawapannya, segera dapatkan buku ni di pasaran, sementara stok masih ada..!

25 June 2006

20 Persoalan Hadis

Assalamualaikum..

Rasanya tak terlambat kiranya untuk aku promote sebuah buku baru berkenaan dengan hadis. Sebelum ni memang dah terfikir untuk tolong iklan sikit pasal buku ni waktu mula-mula di pasaran, tapi apakan daya, tak berkesempatan nak berbuat demikian.

'Ala kulli hal, kali ni aku laksanakan juga hajat untuk iklankan buku ni. Tajuk buku "20 Persoalan Tentang Hadis" tulisan Ust. Adlan bin Abdul Aziz. Ini adalah buku pertama yang ditulis oleh penulis, dan ianya memakan masa hampir setahun lebih sehinggalah buku ini berada di pasaran.

Sebuah buku yang menarik bagi mereka yang ingin mengetahui tentang hadis. Buku ni bukan nya sebuah buku yang membicarakan tentang mustolahat yang ada di dalam ilmu-ilmu hadis secara khususnya, tetapi buku ini lebih kepada mengutarakan kepada kita persoalan-persoalan asas yang kita perlu fahami apabila kita bercakap tentang hadis.

Jadi kepada mereka yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi berkenaan dengan buku ni, boleh dapatkannya di kedai-kedai buku yang berdekatan yang ada menjual kitab-kitab agama. Salah sebuah buku terbitan Syarikat Jahabersa.

Selamat membaca..!


RM8 je. Kalau ada yang kata mahal lagi, tak tau la...

24 June 2006

Khatimul Anbiya

Assalamualaikum...

Terasa ingin mencoret sesuatu kali ni. Seketika saya sedang mendengar lagu-lagu dari album Khatimul Anbiya (nasyid arab), tiba-tiba terlintas dalam fikiran tentang beberapa perkara yang berhubung dengan lagu-lagu tersebut. Lagu-lagu di dalamnya kesemuanya adalah berkenaan dengan Habibullah Rasulullah s.a.w, berkenaan dengan risalah yang dibawa baginda, kemuliaan baginda dan pujian-pujian ke atas baginda s.a.w. Dan apa yang diperhatikan terhadap lagu-lagu nasyid arab ni, bukan hanya album Khatimul Anbiya ni, tapi terdapat beberapa lagi buah album yang keluar berselang seli di negara arab, terutama dari negara-negara teluk. Satu persatu album berkenaan dengan junjungan besar diterbitkan. Dan saya merasakan, suasana ini berlaku mungkin disebabkan isu penghinaan ke atas nabi kita melalui karikatur yang telah dilukis dan disiarkan oleh sebuah akhbar di Denmark yang mana telah mengundang kemarahan seluruh umat Islam di dunia. Ada dikalangan umat Islam yang menunjukkan kemarahan mereka berdasarkan emosi semata-mata, sehingga tercetusnya demonstrasi ganas yang menghuru-harakan keadaan. Ada juga yang mengekspresikan kemarahan berdasarkan kepada emosi mereka, tetapi dengan kawalan akal fikiran serta pertimbangan yang waras. Lalu tercetuslah demonstrasi aman, usaha-usaha memboikot barangan Denmark, perbincangan di forum-forum, rundingan, cetusan rasa di dada akhbar dan majalah mahupun di alam maya, demi untuk menyatakan sokongan dan tanda kecintaan terhada nabi serta menyampaikan kefahaman sebenar tentang Islam.

Daripada apa yang telah berlaku di seluruh dunia Islam pada ketika itu (juga sekarang), isu ini juga telah menarik perhatian golongan karyawan islam, antaranya mereka yang terlibat di dalam industri nasyid, terutama di negara-negara Arab. Bermulanya dari timbul isu tersebut, penasyid dari negara Arab telah mengeluarkan satu-persatu album (samada single mahupun kompilasi) yang berkaitan dengan Rasulullah s.a.w. Masing-masing saling bekerjasama dan berlumba-lumba menzahirkan kecintaan mereka terhadap Rasulullah s.a.w melalui alunan-alunan nasyid yang indah dan menyentuh ke dalam hati pendengar, betapa perlunya kita mencintai Rasulullah s.a.w. Album yang mereka telah hasilkan antaranya album Khatimul Anbiya ini. Saya merasakan sesuatu telah menyentuh hati saya bila saya mendengarkan alunan nasyid yang terdapat di dalam album tersebut.

Jadi apa yang saya ingin cetuskan di sini ialah, di mana kita, iaitu para penasyid dari Malaysia berkenaan dengan apa yang telah berlaku di sekitar kira pada hari ini, terutama perkara yang menyentuh tentang agama kita. Apa yang saya dapat perhatikan, tidak banyak di kalangan penasyid kita pada hari ini yang berani untuk berbuat seperti mana yang telah di lakukan oleh saudara-saudara kita yang lain yang berada di tanah arab. Dua keadaan yang cukup berbeza saya rasakan. Saya tidak nampak sesuatu pun daripada penasyid kita yang menzahirkan kecintaan mereka terhadap Rasulullah s.a.w melalui album-album nasyid mereka. Kalau ada pun, tidak sekerap dan sebanyak seperti penasyid Arab. Begitu juga, jika kita andaikan ada, maka yang ada itu pun tidak lebih hanya membawakan bait-bait selawat sahaja, imma yang kita biasa dengar, mahupun selawat yang kita tidak pernah tahu langsung tentangnya.

Bukanlah tujuan tulisan saya ini untuk meng'kondem'kan penasyid tanahair kita, tapi hanya sekadar luahan rasa terhadap apa yang sedang berlaku di dalam industri nasyid tanahair. Maafkan saya jika saya katakan, penasyid Malaysia hari ini tidak lebih hanya sekadar memeriahkan suasana dan mencari keuntungah sahaja, tetapi kesan dan impaknya kepada individu tiada (tidak seperti mana ketika mula-mula nasyid di kontemporarikan). Saya dapat merasakan suasana ini tidak berlaku kepada penasyid luar (seolah-olah nasyid atau lagu berunsur Islam mereka sebagai satu perjuangan yang memperjuangkan prinsip dan pegangan mereka)

Persoalan untuk kita menzahirkan kecintaan kepada Rasulullah s.a.w melalui lagu atau nasyid ini sebenarnya hanya sebahagian sahaja dari tanda bahawa kita adalah mencintai Rasulullah s.a.w. Banyak lagi perkara yang perlu dibincangkan dan diperjelaskan berkenaan dengan perkara ini. Tetapi amat malanglah andai salah satu usaha yang kita mampu lakukan itu (melalui nasyid), kita tidak mampu untuk memanfaatkannya. Harapan saya, suatu hari nanti ada perubahan yang akan berlaku kepada industri nasyid kita, perubahan yang akan membawa kepada kita pemahaman yang sebenar tentang islam, perubahan yang mampu merubah manusia, perubahan yang akan membantu kita mempertingkatkan kecintaan kita kepada junjungan besar Rasulullah s.a.w.

Wallahua'alm

19 June 2006

Lirik 3

Assalamualaikum...

Ok..kali ni aku nak post satu lagi lirik lagu nasyid, tapi nasyid arab. So kalau ada sesiapa yang hebat bahasa arab, boleh dengar lagu ni kat blog aku, dan tolong betulkan kalau ada silap. :)

رسولي

رسولي رسول العدل يا حبا مبينا
حبيبي نبي الخير نجى العالمين

يا رسولي أنت حبي نور قد هداني
لك في قلبي بيوتا بل لك كل كيان
لك من عيني سود ولك من امتناني

رسولي رسول العدل يا حبا مبينا
حبيبي نبي الخير نجى العالمين

شوقي قد صغى مرادي يا رسولي في معان
وبهذا شوقي أرجو لحظة فيها الأمان
لحظة فيها نكون قرب أنا حار الجنان

رسولي رسول العدل يا حبا مبينا
حبيبي نبي الخير نجى العالمين

يا رسولي أنت نبع بالهدى دوما ساقني
عهدك سامي جميل وهو منهاج اتفاني
من أتاه عاش دوما في وداد في أمان

رسولي رسول العدل يا حبا مبينا
حبيبي نبي الخير نجى العالمين

08 June 2006

Parit Kuda

Assalamualaikum...

Baru-baru ni, waktu ke Johor dalam siri kenduri kahwin x-jaipetra, aku berkesempatan untuk berjumpa dengan ust Toni kita, pemilik weblog www.aspirasiku.blogspot.com di Parit Kuda, Semerah, Batu Pahat, Johor. 3hb Jun 2006 adalah pertemuan buat pertama kali dengan Toni setelah hampir setahun lebih tak berjumpa. Pertemuan singkat di Parit Kuda tu adalah sempena kedatangan aku ke Parit Kuda kerana memenuhi jemputan kahwin kawan sekolej dulu.
Pada pertemuan tu, tak dapat nak bersembang lama dengan Toni sebab waktu tu memang agak tengah tergesa-gesa nak ke Melaka. Lagipun, aku datang ke BP pun, ikut orang. Kalau aku bawa kereta sendiri, kemungkinan boleh menyinggah sekejap kat rumah Toni. Sebab tu la dapat jumpa dengan Toni sekejap je. Walaubagaimanapun, kira puas hati juga la sebab dapat peluang jumpa dengan Toni. Kira Toni ni adalah pelajar IKIP+Yarmouk pertama yang aku jumpa setakat ni. Yang lain, tak tau bila. Lepas ni harapnya dapat la kita jumpa ye, tak kira di mana-mana, dan tak kira dalam apa jua suasana...

(Ni versi ubahsuai, dibuat atas permintaan saudara Toni.....)


Toni tersenyum sambil menahan kepanasan matahari di bumi Batu Pahat

31 May 2006

Upload

Assalamualaikum...

Baru ni aku berjaya letak media player kat blog aku. Tujuan aku tak lain tak bukan untuk memperkenalkan nasyeed arab yang ada kat simpanan aku. Sebab aku rasa, nasyeed arab sekarang sudah mula agak menarik, dan akibatnya, bertambah kurang la ke'minat'an aku terhadap nasyeed melayu yang amat 'kureng' sekarang.

Untuk permulaan, aku dah upload lagu dari album حن الفؤاد 2006 bertajuk 'Kulma' nyanyian Abd. Qader Qauza'. Dan terbukti, setakat yang dah dengar lagu ni, diorang kata best. Baguih la..

Tapi la ni aku nak tukar lagu lain pula. Aku akan upload lagu dari Muhammad Husayyan dari album dia, Syukran Ilahi. Bagi aku, album ni ada nostalgianya tersendiri buat aku. Mana tak nya, aku mula minat dgn nasyeed arab ni lepas dgr nasyeed dari album ni la. Ni semua Im yang punya pasal, sbb dia bagi aku dengar album ni, habis sampai la ni aku jadi syok dengan nasyeed arab. Dan satu lagi, lagu ni mengimbas kembali kenangan aku waktu aku mula-mula sampai kat Irbid, Jordan, duduk sorang-sorang kat bilik Im di Sakan Sakran sambil tak buat apa-apa (time tu urusan tasjil jamiah tak buat lagi) huhuhu... Lantas daku terkenang segala memori indah ketika di sana bersama teman-teman, sahabat dan adik-adik yang tersayang... (ceh emosi plak aku kali ni)..

Maka dengarkan lah.......

16 May 2006

MPP 2006/2007

Assalamualaikum...

Ok, memandangkan aku masih lagi berada dalam mood untuk kemaskini blog aku, kali ni aku post pula berkenaan dengan Pilihanraya MPPKJ 06/07 yang berlangsung baru-baru ni, yang mana PIC nya adalah....AKU sendiri.

Rupa-rupanya, payah juga nak menguruskan perkara macam ni. Payah bukan bererti perkara susah nak dilaksanakan sampai tak mampu nak buat, tapi payah sebab banyak urusannya dan melecehkan. Banyak sangat yang nak kena fikir dan yang nak kena rancang.

'Ala kulli hal, program ni pun dah selesai dengan lancar, alhamdulillah. Dan yang paling penting, banyak pengalaman dan kemahiran-kemahiran yang aku dapat dari prog ni sebagai PIC.

Beberapa gambar suasana majlis pilihanraya tersebut.
* proses semakan pelajar

* abg iem : mana la budak-budak yg nak semak nama dgn aku ni...

* suasana dewan yang mendapat pujian dari En. Wan (hins..hins..hins..)

* nak buang undi pun nak kena amik gambar gak ke..

* abg iem lagi...

* selepas pengumuman keputusan pilihanraya...(teruk betul la design yang aku buat utk banner kat belakang tu..)