Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

21 July 2011

Satu Perkongsian...

Assalamualaikum...

Lama sudah tidak mengemaskini blog yang ntah apa-apa ni. Jadi posting kali ini adalah sekadah posting untuk melepaskan syarat. Kali ini aku nak kongsi isi-isi penting berkenaan dengan ceramah Israk & Mi'raj yang telah diadakan Masji Aman, SMI Aman, Binjai yang lalu. Walaupun dah lama berlangsung, tapi disebabkan beberapa isi penting forum tersebut ada dicatat dalam hp, maka lebih baik dipindahkan di blog daripda terbiar sahaja dalam hp.

Ahli panel forum tersebut terdiri daripada YDP Ikram Kelanta, Ust. Abdullah Fahmi Abdul Latif, Ust. Saibon, ustaz dari JAHEIK dan Ust. Muhammad Ismail, pensyarah dari Kolej Jaiputra. Moderator forum tersebut adalan Ust. Dr. Sha'rani Mohd Naim, YDP Ikram Kota Bharu merangkap ustaz dari Institut Perguruan Kota Bharu. Berikut adalah beberapa isi penting yang sempat dicatat :

- Jika ingin memperkatakan tentang Isra' & Mi'raj, tidak boleh dipisahkan dari mengaitkannya dengan nilai aqidah dan tentang Allah.

- Pada hari ini, ramai orang mendakwa mereka sedang menyampaikan dakwah melalui iktibar-iktibar yang diperolehi dari peristiwa besar ini, tetapi malangnya mereka melakukannya tanpa mempunyai ilmu yang sepatutnya, antaranya tidak mengkaji dan meniliti keadaan mad'u. Ini menyebabkan mereka tidak membuat persediaan yang secukupnya ketika menyampaikan dakwah mereka kepada mad'u.

- Isra' nabi ke Masjid al-Aqsa adalah kerana sejarahanya, iaitu sebagai kiblah bagi umat Islam, dan juga sebagai satu tempat yang agung dan mulia.

- Peristiwa Nabi SAW memilih air susu kerana ianya bertepatan dengan fitrah manusia yang telah diciptakan Allah. Fitra manusia adalah berkehendakkan kepada tuhan, dan tuhan itu adalah Allah, maka tidak adalah sesuatu yang sepatutnya boleh menghalang manusia kepada Islam, kecuali dengan sebab manusia itu sendiri.

- Nilai kedudukan solat itu adalah sangat besar. Umat Islam kena merasakan solat itu sebagai satu harta yang sangat bernilai. Sebagaimana manusia menguruskan satu harta yang bernilai, begitu juga yang seharusnya dilakukan kepada solat. Ini kerana solat adalah salah satu dalil betapa Allah itu sayang kepada hambaNYA. Ianya seolah-olah satu talian yang pantas, kukuh dan laju yang boleh menjadi penyejuk hati buat manusia.

- Mi'raj Nabi SAW ke langit adalah petunjuk hubungan antara orang mukmin dengan tuhannya. Kena ada usaha dari kalangan orang mukmin untuk sentiasa mengukuhkan lagi hubungannya dengan tuhan, antaranya melalui amalan solat.

- Peristiwa dada Nabi SAW dibelah sekali lagi adalah petunjuk yang sangat jelas tentang kepenting tazkiah al-nafs. Ini kerana penilaian Allah ke atas hambaNYA adalah apa yang ada di dalam hati dan jiwa. Manusia kena sentiasa berusaha untuk membersihkan hati dan jiwa dalam keadaan terlalu banyak faktor yang boleh mengotorkan hati dan jiwa. Apabila hati dan jiwa bersih, maka banyak perkara yang selesai dan hidup akan menjadi lebih berkat.

- Peristiwa ini juga sebagai salah satu pentunjuk kepada ayat-ayat Allah.

Banyak lagi sebenarnya isi penting yang telah disampaikan semasa forum tersebut, tetapi hanya ini sahaja yang sempat dicatat. Semoga dengan perkongsian yang sedikit ini dapat memberi faedah kepada semua. Amin ya Rabb..!

29 March 2010

Panas

Panas.... suasana yang kadangkala menjadi kesukaan sesetengah manusia. Kadangkala juga menjadi satu bahan rungutan mereka. Tatkala cuaca sejuk dan dingin, maka yang diinginkan adalah suhu dan cuaca yang panas. Tatkala cuaca panas membahang, maka diinginkan pula suhu yang sejuk dan dingin. Begitulah tabiat manusia yang diciptakan Allah sebagai  الهلوع (sila rujuk dalam al-Quran).

Di saat ini juga, rasa panas bukan sahaja pada suhu dan cuaca, tetapi suasana dan peristiwa yang berlaku disekeliling kita hari ini. 

Isu politik di Malaysia... tengah PANAS
Isu pembuangan anak.... semakin PANAS
Isu berkaitan dengan kehidupan sehari-hari... juga PANAS
Isu keruntuhan moral dan akhlak... masih dan terus PANAS
Isu-isu lain.....
PANAS dan terus PANAS......

Sedarkah kita, pada hari ini ramai orang yang sudah lupa bahawa, 

Padang Mahsyar adalah amat PANAS bagi mereka yang ingkar....!
Neraka akan terus PANAS membakar mereka yang ingar...!

Jadi, jauhilah diri kita dari kePANASan yang demikian. Marilah kita PANASkan dan menghangatkan hati kita dengan beribadah padaNYA, meningkatkan lagi tahap kePANASan usaha dakwah kita agar lebih memberi dari menerima, meMANASkan lagi semangat-semangat para dai'e dan mujahid agar terus tsabat dalam perjuangan, agar......

kita tidak akan kePANASan di akhirat kelak.....!

Lama tiada entry terbaru

Seperti biasa, bila ditanya "Kenapa lama tak update blog?", jawapan standard aku adalah "Malas". Walaupun pada hakikatnya kerap beberapa kali terlintas untun mencoret sesuatu di dalam blog,  apabila berlaku satu-satu peristiwa di keliling aku atau yang sedang hangat di atmosfera Malaysia sekarang ni.

Bila membaca isu politik, maka terlintas untuk menulis tentangnya...

Bila membaca isu pembuangan bayi, terasa amat geram lantas tergerak hati untuk ta'lik tentangnya....

Bila mengikuti perkembangan teknologi OpenSource, sepertinya ilmu itu perlu diperluaskan kepada orang lain...

Bila timbul isu berkait dengan Islam, seolah ingin meluahkan persaan dan berkongsi pendapat...

Bila turut serta dalam aktivti yang berkaitan dengan kerja, pelajar,  aktivisme, kekeluargaan, semuanya seakan-akan hendak dikongsikan di dalam ruangan maya ini....

Tapi.... semuanya terhalang dek sikap MALAS ni, maka kekallah keadaan blog aku berhabuk tidak berubah-ubah untuk tempoh masa yang agak lama.

Jadi macamana nak tangani masalah malas ni...?!


p/s tiada istilah MALAS dalam kamus dakwah
p/s posting kali ni kira nasib baik je....

10 September 2009

PERHATIAN KEPADA SEMUA SISWA KOLEJ JAIPUTRA


Pihak Kolej Jaiputra melalui Unit Pembangunan Pelajar (UPP) dengan kerjasama dari KONSIS Network (Kelantan) akan mengadakan satu program iaitu

PROGRAM ISK

Di antara tujuan utama program ini adalah untuk mendedahkan para pelajar tentang sirah umat Islam bermula dari awal sehingga ke hari ini dengan lebih terperinci, yang mana seterusnya akan memberikan satu semangat dan motivasi baru dalam kehidupan sebagai seorang pelajar.
Maklumat berkenaan dengan program ini adalah seperti berikut ;

Tarikh : 8 Oktober 2009 – 11 Oktober 2009
Tempat : Sek. Men. Islam (SMI) Aman, Binjai
Masa : bermula pada waktu maghrib 8/10/2009
Aktiviti : Pengisian rohani dan fizikal (indoor & outdoor)

Program in terbuka kepada semua siswa sahaja, dan AMAT DIGALAKKAN untuk hadir.

 Tiada sebarang bayaran dikenakan. Pengangkutan, tempat tinggal, makan dan minum adalah PERCUMA !!!

 REBUTLAH DAN JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI !!!

 Kepada yang berminat, boleh berikan nama anda kepada Ust Muharman.

Sekian.

20 July 2009

Lemahnya aku..!

"Seorang dai'e itu, kebanyakan masanya adalah di luar rumah, untuk melakukan kerja dakwah. Tidak sepatutnya masanya dihabiskan di rumah untuk berehat" - Ahmad Rashid (Muntalaq)

"Kami di Indonesia diwajibkan untuk mencari 3 orang bagi setiap bulan. Dan perjalanan dengan berjalan kaki sejauh 10 km itu biasa bagi bertemu dengan orang" - sis Indonesia

"Kerja dakwah ni bukannya pilihan yang boleh dipilih-pilih, bahkan ianya adalah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan" - Ust Lah, Kelantan

"Sibuk sangat ke enta ni sampai tak boleh buat kerja dakwah? Biasanya kalau enta kata sibuk, mesti sibuk yang entah apa-apa" - Ust Qeu Wai


Huhuhuhuhuhuhu........ lemahnya aku!