Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

28 February 2011

Nu'man dan 'Umair

Nu'man dah nak masuk 4 tahun...
Rehlah di Air Terjun Bukit Bakar, Machang

Si kecil ni pulak, 'Umair, dah nak masuk 4 bulan...
Dah pandai memusingkan badan. Tapi teramatlah kuat hisap jari...

22 November 2010

Blog dah bersawang

Lama sungguh aku tak meng'update' blog ntah apa-apa ntah (ontahapo) ni. Seperti mana sebelum ni, penyebab kepada kekurangan meng'update'nya adalah kerana penyakit malas. Blog ni aku sentiasa buka, tapi nak meng'update' terasa cukup malas. Sedangkan dalam kepala ni, rasanya banyak perkara yang telah dilalui, banyak perkara yang terlintas, yang kiranya ingin dikongsikan bersama. Tapi akhirnya, semua hanya tinggal dalam minda aku je, tak terjemahkan dalam bentuk tulisan di dalam blog. Ni pun mujur je rasa nak menulis.

Satu lagi yang aku rasa penyebab kepada berkurangnya meng'update' ni adalah kerana rangkaian sosial Facebook telah mengambil tempat dalam nak berkongsikan segala macam perkara yang dilalui dengan mudah. Sekarang ni pun rasanya dah ramai sangat orang yang ada akaun fb ni. Dengan kepelbagaian fungsinya, tak mustahil orang yang sebelum ni rajin berblogging, boleh berkurang aktviti blogging diorang hanya kerana menumpukan pada facebook ni. Ni yang berlaku pada aku la, mungkin tidak pada orang lain. Sebab aku perhatikan, ada je orang yang boleh maintain aktiviti blogging diorang. Perkara ni aku dapat perhatikan kalau orang yang ada mana-mana akaun blog, mempunyai tujuan tertentu kenapa diorang berblog, contohnya berblogging untuk tujuan biz ke, untuk berkongsi idea kreatif diorang ke, dan lain-lain perkara yang ada fokusnya. Tapi kalau macam aku, tujuan aku berblog ni hanya sekadar suka-suki je, tak terfokus sangat. 

Terlintas jugak untuk aku fokuskan penulisan dalam blog ni, dan pernah buat pun, tapi tak tahan lama. Malas. Tambah pulak, blog aku ni, aku rasa tak ramai yang nak singgah untuk jenguk. Sebab takde apa pun nak dijengukkan. Sampai sekarang pun, aku tak sure siapa je yang konsisten mengjenguk blog yang sebarapa aku ni. Jadi bagi siapa yang dok still ziarah blog aku ni, aku amat menghargainya dan terima kasih bebanyak.

Anyway, harapnya lepas ni boleh kembali aktif berblog (cewah...). Dan untuk akhirnya, aku nak share beberapa gambar sempena dengan beberapa perkara yang dah berlaku dalam hidup aku. Wassalam n adios!

 Ahli usrah yang baru, 'Umair bin Muharman
 Nu'man dah jadi abang long
 Siti Aminah ambil kesempatan menyelit
 Nu'man dan Siti Aminah, lahir sama tahun, beza bulan (Nu'man tua sebulan)
Abang Nu'man dan besar, dan dah mula cerdik

18 August 2010

Daring...

Dah lama tak post gambar Nu'man. Baru ni ada kesempatan pinjam kamera MPP, bawa balik ke rumah. Dapat la snap barang sekeping dua gambar terkini Nu'man. Sekali waktu nak snap gambar, dia buat muka daring la pulak. Nu'man... Nu'man, dah besar rupanya dia. Semoga jadi anak abi yang baik yang mujahid...



10 May 2010

Letih, tapi berbaloi-baloi

Minggu lepas adalah antara minggu yang agak meletihkan.

Pertama kerana minggu lepas telah diadakan program mukhayam bagi seluruh pelajar Jaiputra di Pusat Pendidikan Balaghuh Mubin, Kg, Chenok, Tok Uban, Tanah Merah, Kelantan. Bermula dari hari Rabu petang sehingga pagi Jumaat.

Kedua ialah perjalanan dari KB ke KL pada sebelah petang hari Jumaat yang sama dengan hari akhir mukhayyam. Tak sempat nak berehat secukupnya, petang terpaksa pula drive ke KL. Mujur ada co-driver dan menggunakan kereta Honda Civic (syukran pada Kak Fidz dan husband!), alhamdulillah.

Sewaktu catatan ni ditulis, kepenatan masih lagi belum hilang....

Minggu depan sekali lagi akan drive ke KL untuk daurah.... sekali lagi akan penat dan letih.

Penat dan letih, tapi insya allah berbaloi-baloi...

29 March 2010

Nu'man.... latest

Beberapa gambar terkini Nu'man, putera dai'e mujahid kami dalam beberapa event untuk tatapan bagi yang mengenali kami (terutama Nu'man).


01 January 2010

Pertanyaan...

Kalau lah aku diberi peluang untuk bertanyakan beberapa soalan pada mereka-mereka yang meraikan tahun baru malam tadi, berikut antara soalan-soalannya :

1- Korang dah solat isyak ke? (kemungkinan besar ada yang tak solat)

2- Ramai-ramai berkumpul kat padang, tak serabut ke?  Tak takut H1N1 ke? Tak pening kepala ke?

3- Agak-agaknya la, apa faedah yang korang dapat dari sambutan tahun baru tu?

4- Kalau korang kata ada faedah, iaitu rasa gembira dan happening, takkan takde cara lain nak rasa gembira dan happening? Aku dok kat rumah rasa gembira apa, bersama isteri dan anak?

5- Kalau korang kata boleh memupuk semangat 1Malaysia, satu satu agam (seIslam) korang letak mana?

6- Agak-agak la, korang rasa dapat pahala ke bila join sambutan tu? Dengan bercampur laki pompuan nya, dengan buang masanya, dengan buat benda-benda laghonya? Boleh jadi ibadah ke sambutan yang macam tu?

7- Time korang tengah menjerit selamat tahun baru, happy new year, ada terlintas dalam kepala korang tak, bahawa korang boleh mati bila-bila masa je? Terutama kalau tetiba mati time tengah menjerit tu...?


Siapa rasa yang dia turut serta dalam majlis malam tadi, dan dia baca soalan-soalan aku ni, harap boleh jawab dan kongsikan bersama. Nak tahu juga, agaknya apa lah jawapan yang akan diberikan nanti, hmmm....

01 December 2009

Saat manis

Salam Aidiladha buat semua.

Kira-kira dah lama aku tak update blog berkenaan dengan peristiwa atau perjalanan hidup aku sehari-hari. Kebelakangan ni, aku lebih banyak dan suka untuk berkongsi dengan semua, pengalaman aku berkecimpung dalam dunia Sumber Terbuka - Open Source, yang secara khususnya adalah dengan distro Linux, Ubuntu 9.10. Harap-harap apa yang aku dah kongsikan, dapat menarik minat orang lain untuk turut sama mencubanya.

Kali ni aku teringin nak berkongsi pengalaman dengan semua berkenaan dengan Hari Raya Korban baru-baru. Kalau nak mengarang dalam bentuk kisah atau cerita, aku rasa payah sikit. Tapi yang boleh aku buat, memaparkan gambar lantas menceritakan pengalaman..... Teruskan

15 October 2009

KBharu-KBerang-KTer-KL-KBharu

Insya allah, hari ni (selepas zohor) kami akan memulakan perjalanan yang boleh dikira agak mencabar juga. Kami akan bertolak dari Kota Bharu untuk ke Kuala Berang, Terengganu untuk ziarah keluarga salah seorang kakitangan Kolej jaiputra. Kemudian selepas tu akan terus menghala ke Hotel Equestrian (resort kot), bersebelahan dengan Masjid Terapung, Kuala Ibai, Terengganu. Kemudia malamnya pula, sekitar jam 11 malam, akan terus menuju ke Kuala Lumpur dan akan berada di sana sehingga hari Ahad. Jadi pada sahabat-sahabat yang berada di KL, insya allah kalau berkesempatan, kita boleh berjumpa nanti.

p/s Doakan keselamatan perjalanan kami.

17 September 2009

10 Malam Terakhir, Balik Kampung, Hari Raya

Alhamdulillah, hari ni (27 Ramadhan 1430) aku telah diberi peluang dan kekuatan oleh Allah untuk memanfaatkan malam aku dengan ibadah. Alhamdulillah, aku dan kebanyak ikhwah Kelantan malam tadi, beriktifkat di Masjid Putra (SBJ), Pasir Pekan. Ramai juga yang datang qiam malam tadi. Tak ketinggalan juga para remaja (cuma taksempat nak bertegur sapa dengan diorang). Harap-harap, amalan kami semua mendapat ganjaran dari Allah.

p/s: waktu tulis posting ni, mata dan berat giler terasa. Ngantuk beb...

Hari ni, hari terakhir di pejabat sebelum pulang ke kampung untuk beraya. Sebenarnya, masih banyak lagi urusan yang belum dapat diselesaikan, terutama courseworks pelajar. Tak dapat nak fokus sebab terlalu beri tumpuan untuk urusan penghantaran pelajar ke Yaman. Masa yang tinggal dah semakin singkat. Insya Allah diorang akan berangkat pada 29 September 2009 (raya ke 9 kalau tak silap) ke Yaman. Termasuk adik ipar aku. Harapnya aku dapat selesaikan sedikit sebanyak tugasan aku sebelum bertolak ke Perak malam nanti.

p/s: road tax tak selesai lagi. harap-harap boleh dapat hari ni jugak sebelum bertolak



Memandangkan ni hari terakhir aku berkerja sebelum raya, maka inilah juga hari terakhir aku dapat berinternet. Mungkin seminggu lebih tak dapat beronline. Jadi untuk mengambil kesempatan yang ada ni, saya, Muharman, isteri tercinta Ustazah Nazila dan anak kesayangan kami, Nu'man, ingin memohon jutaan ampun dan maaf pada semua yang mengenali diri kami, yang melawati blog saya ini, dan sesiapa sahaja, jika ada kesilapan yang kami telah lakukan. Kami mohon dihalalkan segalanya. Semoga raya ini, kita akan bertemu lagi dalam keadaan kembali kepada fitrah kita yang hakiki.

SELAMAT HARI RAYA ADILFITRI
TAQABBALALLAH MINNA WA MINKUM

11 August 2009

Ayahku Tercinta (juga keluargaku yang lain)

BAKHTIAR bangga mewarisi kemahiran membuat songkok tradisional.


Bakhtiar gigih hasilkan seni warisan sejak 34 tahun lalu biarpun berdepan saingan

MELIHAT kegigihan seorang warga emas menjahit songkok, timbul persoalan, apakah akan terjadi untuk tempoh 10 tahun akan datang. Siapa yang akan memastikan kesinambungan menyiapkan warisan tradisi bangsa Melayu ini, adakah akan lupus ditelan zaman?

Tidak ramai yang sanggup membabitkan diri dalam bidang pembuatan songkok, ada yang menganggapnya kerja remeh dan mendakwa tidak mempunyai masa depan berbanding bidang lain yang lebih terjamin dari segi pendapatan.

Namun, bagi Bakhtiar Mustafa yang sudah pun mencecah usia 73 tahun, itulah sumber menyara keluarga dan lebih penting, usaha itu dapat memastikan tradisi pakaian bangsa Melayu itu akan terus bertahan.

Meskipun kian dimamah usia, Bakhtiar cukup tekun dan bersemangat bekerja, matanya tetap tajam, fokus meneliti jarum dan gerak tari mesin jahit di kedai menjahit songkok di Pasar Keramat, Kuala Lumpur.

Logiknya pada usia emas begitu, tidak ramai yang masih sanggup dan mampu menjahit dengan baik kerana kerjaya sebagai pembuat songkok memerlukan penelitian cukup halus, cermat dan sering dianggap remeh.

Bagi Bakhtiar, beliau bernasib baik kerana daya penglihatan masih baik dan menjadi satu kelebihan baginya. Malah beliau cukup bersyukur dengan nikmat itu yang membolehkannya meneruskan usaha dengan sehingga ke hari ini. Jika tidak, sudah pasti punca rezekinya terjejas.

Pengalaman lebih 34 tahun mengabadikan diri dalam usaha pembuatan songkok membuatkan Bakhtiar cukup sedar jika tidak diteruskan tradisi ini, ia akan memberi petanda tidak baik yang boleh menjejaskan kesinambungan seni warisan Melayu.

“Jika berminat nak jadi pembuat songkok, kena banyak bersabar, kena tekun, teliti dan paling penting jangan mudah berputus asa. Mesti berguru dan saya sendiri ambil masa hingga tiga tahun untuk benar-benar yakin pada diri sendiri untuk hasilkan songkok untuk dijual.

“Kita menghasilkan sesuatu untuk dipakai, mestilah hasilnya selesa dipakai dan cantik dipandang. Ini budaya kita dan kita mesti jaga,” katanya.

Proses membuat songkok bermula dengan proses memotong pelan kertas yang sudah siap disulam dengan jahitan warna asas di dalam songkok, biasanya berwarna biru. Kertas pelan yang ditempah khas itu akan dipotong dua untuk dibentuk asas tepi songkok.

Potongan siap itu akan diukur mengikut saiz ditetapkan dan kebiasaannya, ukur lilit kepala orang dewasa ialah antara 21 hingga 24 inci, manakala saiz kanak-kanak adalah bawah 21 hingga 16 inci.

Bakhtiar akan memotong mengikut ukuran pembaris dan kaedah tradisional dengan menemukan kedua-dua hujung potongan itu untuk dipadankan.

“Kadang kala memang kita ukur ikut saiz tetapi mesti ukur kedua penghujung. Ini akan membantu ketepatan, boleh nampak terus sesuai atau tidak,” katanya.

Seterusnya, potongan ukur lilit kepala itu akan dijahit kemas sebanyak dua kali di sebelah dalam bagi memastikan cengkaman kuat termasuk satu daripadanya dijahit bersama kulit kecil.

Penutup songkok pula dibuat berdasarkan keperluan. Bagi songkok biasa atau standard, saiz ketinggiannya ialah 3 1/4 inci manakala bagi songkok tinggi atau lebih popular dengan gelaran songkok Johor, ketinggiannya melebihi 4 inci.

Songkok Johor itu mempunyai ketinggian permukaan atas tidak rata dan tinggi di bahagian tepi manakala songkok standard mempunyai permukaan sama rata.

Songkok yang siap dijahit akan diratakan di bahagian jahitan menggunakan sudu kecil bagi mengelakkan permukaan tidak rata akibat kesan jahitan. Proses terakhir ialah memasang baldu serta lilitan bersulam yang ditempah dari Pulau Pinang dan Sumatera Barat, Indonesia.

Bagi Bakhtiar, beliau mampu menyiapkan lima songkok sehari sekiranya menumpukan sepenuh masa dan menjelang musim perayaan, tempahan yang diterima agak tinggi.

Bagaimanapun, di hati kecilnya, timbul perasaan terkilan dan kecewa melihat ‘trend’ pemakaian songkok ketika ini yang dikatakan sangat merosot.

“Dulu ramai yang memilih songkok setiap kali menjelang musim perayaan atau dipakai ke majlis rasmi, tetapi sekarang sudah berkurangan. Jika ada pun, tempahan pelajar sekolah. Sekarang orang lebih suka guna ketayap.

“Tak apalah, mungkin trend ini akan berubah tetapi kita harus berusaha pastikan tradisi ini kekal,” katanya yang pernah menjaja di kaki lima menjual songkok pada awal pembabitannya sebelum menghasilkan songkok.

Profil

Nama: Bakhtiar Mustafa, 73,

Isteri: Syamsiah Abdul Majid, 66

Anak:

1) Erny, 38

2) Risnaldi, 36,

3) Juniarni, 34,

4) Herlina, 30,

5) Muharman, 28

6) Firdaus, 24,

Cucu: 16 orang

Kedai: F8 Pasar Keramat, Kuala Lumpur


* Berita Minggu, 9 Ogos 2009

06 July 2009

Demam

Sekarang dah masuk minggu ke dua Nu'man demam. Bermula dengan batuk-batuk, terus meleret ke demam. Dalam tempoh tu, dah beberapa kali ke klinik dan hospital. Tetapi alhamdulillah, dengan pemeriksaan dari doktor hospital dan dari doktor-doktor sahabat, demam Nu'man adalah normal. Demam biasa (kemungkinan demam campak) bukan demam luar biasa (risau jugak). Ni mungkin tempoh peralihan tubuh badan Nu'man untuk bina antibodi yang lebih kuat lagi. Tapi mencabar juga la dalam tempoh ni, terpaksa banyak sabar, terpaksa berfikiran positif dan terpaksa banyak berkorban (korban masa tido, huhuhuhu...).

Alhamdulillah juga, dalam minggu dah nampak ada sedikit perkembangan. Nu'man dan mula makan dan tidak keluar semula (muntah), dah boleh nak main-main dan dah agak kurang merengeknya. Semoga tahap kesihatan dia akan bertambah dalam minggu ni, insya allah.


* pada sahabat-sahabat, tolong doakan kami ye!