Showing posts with label Jaiputra. Show all posts
Showing posts with label Jaiputra. Show all posts

21 February 2011

Soalan pelajar (lagi)...

Assalamualaikum...

Sekali lagi, dalam kelas yang sama, dan pelajar yang sama telah bertanyakan pada aku soalan dengan subjek tu, yang aku kira satu soalan  yang cukup baik. Soalan dia lebih kurang macam ni (telah diubahsuai ikut kefahaman aku)...

"Ust kata dakwah tu wajib, semua orang kena buat. Tapi yang kita sedia maklum, Islam tu pasti akan kembali menguasai dunia ni. Jadi kenapa kita bersusah payah untuk sampaikan Islam ni, sedang kita yakin dengan janji Allah yang Islam akan kembali. Boleh ust explain sikit..?"

Lebih kurang beginilah soalan pelajar tersebut yang aku boleh fahami. Jadi nak jawab soalan, so aku jawab pada dia dan pada pelajar yang lain begini...

"Memang betul apa yang enti kata tu. Dakwah memang wajib, dan Islam juga pasti akan kembali menguasai dunia ni. Tapi kalau enti persoalkan kenapa dakwah tu wajib, maka enti kena faham betul beberapa perkara terlebih dahulu."

"Pertama, enti dan kita semua kena jelas, bahawa Allah itu Maha Berkuasa. Allah boleh je kalau Dia nak jadikan Islam tu kembali berkuasa. Bahkan tak perlu nak tunggu lama, kalau nak jadikannya realiti sekarang ni pun, Allah mampu lakukan. Tapi kita mesti ingat, Allah menciptakan kita di atas bumi ni, mesti ada tujuannya. Seperti yang kita sedia maklum, bahawa kita ni semua diciptakan, tidak lain dan tidak hanya untuk beribadah kepada Allah. Termasuk juga dalam konteks beribadah itu adalah dengan kita menyebarkan Islam dan menegakkannya di atas muka bumi ini. Tidak memadai kalau kita hanya beribadah seperti ibadah-ibadah lazim yang kita lakukan. Dan kalau kita hanya bergantung dengan ibadah lazim itu sahaja, belum tentu kita boleh dijamin masuk ke syurga, dalam keadaan ibadah kita tu sendiri pun tak beberapa sempurna. Jadi apa lagi perkara yang boleh back-up amal ibadah kita? Dengan berdakwah lah ! Dan kalau kita perhatikan pada Seerah Rasul, takde pun walau sesaat dari hidup Baginda S.A.W yang terlepas dari nilai dan unsur-unsur dakwah. Mula sahaja Rasul S.A.W diangkat menjadi rasul, sehinggalah Baginda wafat, tak pernah sunyi dari usaha menyampai dakwah pada manusia. Bermula dari sekecil-kecil perkara, sehinggalah ke sebesar-besar perkara, mesti Baginda akan sertakan dengan nilai dakwah."


"Keduanya, kita juga kena ingat, bahawa kehidupan kita di atas muka bumi ni, umpama medan ujian bagi kita untuk melihat siapakah dikalangan kita yang akan lulus dan seterusnya akan memperoleh nikmat syurga. Dan bila kita umpamakan dunia ni seperti medan ujian dan peperiksaan, maka kena sangatlah dengan tabiat kita  yang Allah ciptakan, iaitu diberikan kepada kita ikhtiar dan pilihan. Kita sendiri yang menentukan dan memilih samada kita hendak berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam test ni, ataupun sebaliknya. Tapi dalam masa yang sama, kita juga menyakini, bahawa tidak mustahil bagi Allah untuk setkan manusia ni agar dapat lulus dalam ujian di dunia ni. Mudah bagi Allah kalau nak buat macam tu. Tapi tidak, bahkan Allah tetap untuk uji kita kat dunia ni. Jadi antara bentuk ujiannya adalah dengan melakukan kerja dakwah. Umpama kerja dakwah ni macam kerja kursus untuk kita lulus. Kadang-kadang dengan sebab kerja kursus ni la yang akan buatkan kita berjaya. Macam antum semua la dalam kelas. Dalam test 1, 2 dan final, mungkin tak berapa bagus. Tapi kalau antum bagus dalam kerja kursus, tak mustahil ia akan jadi backup untuk kita dapat lulus dengan baik dalam matapelajaran kita. So macam juga dengan kerja dakwah...."


"Perkara ketiga yang ana nak sebut ialah tentang kerja dakwah tu sendiri. Bagaimana kita boleh berpikiran untuk tak nak buat kerja dakwah, hanya kerana keyakinan kita bahawa Islam tu akan kembali kuasai dunia, sedangkan para nabi  yang terdahulu, inilah kerja mereka. Takde sorang pun dari kalangan nabi mahupun rasul yang tak buat kerja dakwah. Ini menunjukkan kerja dakwah ni satu kerja yang cukup mulia. Kerja yang dilakukan oleh para rasul dan nabi. Kerja yang lebih baik dari segala kerja yang kita boleh lakukan. Jika ianya kerja yang terbaik, maka sudah pasti ganjarannya juga adalah yang terbaik. So takkan kita nak lepaskan begitu je peluang yang macam ni, sedang kita dah sedar dan faham tentang kerja dakwah ni...? So antum fikir-fikirkan lah ye..."


Ni la dia beberapa point  yang aku ingat (plus dengan ada tambahan) waktu aku terangkan dan jawab soalan pelajar aku yang sorang ni. Harap dia dan yang lain boleh faham dengan apa yang aku sampaikan kat diorang ni.

Wallahua'lam

04 December 2010

Kursus Bahasa Inggeris Untuk Lepasan SPM

AGENDA MEMPERKASA BAHASA DAN JATI DIRI

SIRI 1/11 (Bahasa Inggeris)

TEMPAT:

1. KAMPUS KOLEJ JAIPUTRA KEM KIJANG, PCB, KOTA BHARU.
TARIKH: 2 JANUARI HINGGA 27 JANUARI 2011

2. PEJABAT WILAYAH KOLEJ JAIPUTRA KOTA KINABALU, INANAM.
TARIKH: 15 JANUARI HINGGA 9 FEBRUARI 2011


Tasawur Kursus


Budaya negatif dikalangan rakyat Malaysia khasnya belia-remaja seolah-oleh berpolar. Gejala remaja rempit, ragut, pecah rumah, buang anak seolah-olah dijuarai dan dikepalai oleh Bangsa Melayu. Begitu juga kelemahan akademik terutamanya Mata Pelajaran Bahasa Inggeris di luar bandar, rata-rata dijuarai oleh orang Melayu. Dada-dada akhbar terus memaparkan tragedi-tragedi terhadap bangsa tersebut. Andaikata tragedi ini terus berkembangbiak dalam diri kaum tersebut dan kita tetap gagal membendung atau hanya dengan sekelumit kejayaan ketimbang kegagalan, kita khuatir, mungkin bala yang lebih besar kepada bangsa ini akan ditimpakan Allah.

Sila klik tajuk untuk maklumat lanjut...

24 November 2010

Pulut kuning... satu i'tiqad ?

Tadi, sambil-sambil makan tengahari di kantin bersama-sama rakan pensyarah dan kakitangan kolej, timbul perbincangan dengan makcik kantin tentang pulut kuning. Punca timbul isu pulut kuninng ni bila makcik kantin minta diadakan solat hajat pada esok malam, dan dia akan sponsor jamuan pulut kuning. Idea untuk buat pulut kuning ni timbul apabila makcik kantin ni tiba-tiba rasa nak makan pulut kuning, memandangkan daging korban raya baru ni banyak lagi.

Bila dia mention je pasal nak buat pulut kuning ni sempena nak solat hajat, maka timbul la komentar-komentar daripada kitorang yang sedang dok makan laksa waktu. Kebetulan pulak yang dok sekali makan di kantin tu, para ustaz dan staff yang ada ilmu tentang agama ni. Apalagi, pakat kena la makcik tu pasal pulut kuning ni. Kitorang dok sebut kat makcik kantin tu, kalau nak buat majlis yang ada kaitan dengan agama ni, kenapa mesti nak buat makan dengan pulut kuning? Kalau dengan makanan lain tak boleh ke? Kalau nak buat pulut jugak, kenapa tidak dengan pulut selain warna kuning? Buat warna lain, contohnya warna merah ke? Warna hijau ke? Ataupun warna lampu isyarat ke? Atau lain-lain warna?

Info yang aku dapat hasil dari komenter dari staff tu, warna kuning ni sebernarnya ada value yang tersendiri dalam kefahaman masyarakat melayu nusantara sejak dari dulu lagi. Nak khatam quran, kena buat pulut kuning. Nak buat majlis pernikahan kena ada pulut kuning. Nak khatan pun nak kena ada pulut kuning. Apatah lagi kalau dalam bab pemujaan, pulut kuning tu adalah satu kemestian. Why?

Aku sendiri pun, bila dengar info-info yang macam ni, ada betulnya jugak. Seolah-olah warna kuning ni dah menjadi semacam aqidah dalam masyarkat kita tentang keperluannya dalam melakukan perkara-perkara tertentu. Contohnya makcik tu ada sebut, orang akan mempertikaikan kita, kalau mana-mana pengantin yang tidak menyediakan pulut kuning semasa majlis kahwin tu. Apa yang boleh aku nampak dari contoh tadi, memang ada kebenarannya bahawa unsur warna kuning telah menjadi satu kepercayaan yang bagi aku, perlu diperbetulkan semula.

Meleret dari perbincangan tu, telah membawa kepada perbincangan pada sub-topik yang lain, antara tentang isu jampi air tawar dengan bacaan al-quran tertentu atau dengan doa tertentu atau dengan ibadah tertentu. Dibincangkan jugak tentang makna perkatan DULI (thuli - bahasa sanskrit) yang baru aku tahu maksudnya adalah debu di bawah tapak kaki. Dan beberapa sub topik yang lain (dah tak ingat sebab campur-campur).

Ala kulli hal, aku tak nak komen sangat tentang perkara  yang dibincangkan, sebab bagi aku, orang yang dah faham tentang salah satu muwasofaat fardu muslim itu - Salim al-Aqidah, patut dah jelas tentangnya. Ikutan kita yang terbaik itu adalah apa yang telah diajarkan oleh al-Quran dan Rasulullah saw, para sahabat ra dan salafussoleh. Tapi yang pasti, 'gege' kitorang tu memang satu yang menarik dan boleh beri faedah buat kitorang terutama buat makcik kantin. Semoga lepas ni ada lagi 'gege-gege' yang bermanfaat macam ni.

03 August 2010

Kenangan...

Ini adalah batch pertama Kolej Jaipetra (kini Jaiputra). Gambar ni diambil sebagai koleksi pelajar dan juga kolej sendiri. Daripada ramai-ramai yang ada dalam gambar ni, hanya beberapa orang sahaja yang masih 'maintain'. Harap sangat kalau boleh kembali bersama, mem'varnish' semula ikatan ukhuwwah yang telah terbina....


p/s - kat mana korang semua la ni..?

20 July 2010

Hamba yang mendapat rahmat Allah (عباد الرحمن)

Hasil dari daurah pada minggu lepas, berikut adalah ciri-ciri seorang manusia yang mendapat rahmat dari Allah swt (al-Furqan 61-77):

1- Bersifat tawadhu' dan merendah diri
2- Bersifat pemurah dan lembut hati
3- Sentiasa mendirikan solat malam (qiamullail)
4- Sangat takut dengan ancaman dan bahaya azab neraka
5- Bersederhana dalam melakukan perbelanjaan
6- Tetap dengan ikatan tauhid dan beristiqamah dengannya
7- Tidak melakukan pembunuhan dengan cara memuliakan kehidupan
8- Menjauhi perbuatan zina, melakukan taubat dan seterusnya beramal soleh
9- Tidak melakukan sumpah palsu
10- Meninggalkan perbuatan sia-sia dan lagho
11- Tidak mengendahkan peringatan dari ayat-ayat Allah apabila diperingatkan dengannya
12- Mendoakan kebaikan bagi isteri dan anak serta keluarga

Jadi, marilah kita bersama-sama berusaha agar kita dapat memenuhi ciri-ciri ini, dan seterusnya tergolong dari kalangan IBADURRAHMAN

26 May 2010

Ziarah masjid...

Alhamdulillah, sempena minggu all-out bahagian pemasaran kolej, aku dan Pak Rijal telah berjaya menziarahi hampir 80 buah masjid yang ada di Kelantan. Jumlah ini belum lagi di tambah dengan jumlah masjid yang telah dilawati oleh team Ust. Muhammad dan En. Wan Azahar. Harapnya, kalau setiap masjid dapat tarik seorang pelajar untuk belajar di kolej, alhamdulillah dah cukup baik. Tolong doakan kami semua...!

Berikut adalah senarai masjid yang telah dilawati:


23/5/2010

1- Masjid Hj. Ali Kutan, Wakaf Bharu, KB
2- Masjid Padang Embun, Tendong, Pasir Mas
3- Masjid Muhammadiah, Kubang Sepat, Pasir Mas
4- Masjid Kasar, Pasir Mas
5- Masjid Bandar Pasir Mas, Pasir Mas
6- Masjid Daudi, Kuala Lemal, Pasir Mas
7- Masjid Kuala Kelar, Pasir Mas
8- Masjid Mahmudiah, Mukim Kangkong, Pasir Mas
9- Masjid Beting Pauhm, Chetok, Pasir Mas
10- Masjid al-Mahabbah, Mukim Jabo, Chetok, Pasir Mas
11- Masjid Kg. Paloh, Bukit Panau, Tanah Merah
12- Masjid Mukim Pasir Ganda, Kg. Paloh, Tanah Merah
13- Masjid al-Ihsan, Kg. Salak, Tanah Merah
14- Masjid Ismail Petra, Tanah Merah
15- Masjid Saidina Osman, Mukim Tepi Sungai, Tanah Merah
16- Masjid al-Ubudiah, Labok, Machang
17- Masjid Mukim Ketereh, Ketereh
18- Masjid Mukim Belukar, Kadok, Kota Bharu
19- Masjid Mukim Kedai Mulong, Kota Bharu
20- Masjid al-Tarbiyyah al-Islamiyyah, Wakaf Che Yeh, Kota Bharu
21- Masjid Telipot, Kota Bharu

24/5/2010

22- Masjid al-Solihi al-Dali, Mukim Dal, Badang, Kota Bharu
23- Masjid Balaghul Mubin, Tok Saadang, Pangkalan Chepa, Kota Bharu
24- Masjid Taman Sri, Pangkala Chepa, Kota Bharu
25- Masjid Mukim Kemumun, Sabak, Kota Bharu
26- Masjid al-Ahmadi, Mukim Tebing Tinggi, Kemumun, Kota Bharu
27- Masjid Mukim Kemumun, Pangkalan Chepa, Kota Bharu
28- Masjid Cikgu Hj. Daud, Panchor, Kota Bharu
29- Masjid Mukim Panji, Kota Bharu
30- Masjid al-Mukmin, Panji, Kota Bharu
31- Masjid Mukim Pauh Panji, Kota Bharu
32- Masjid al-Hassan, Kg, Cherang, Panji, Kota Bharu
33- Masjid al-Muttaqin, Lundang, Kota Bharu
34- Masjid al-Raudhah, Lundang, Kota Bharu
35- Masjid Mukim Lundang, Kota Bharu
36- Masjid Bunut Payong, Kota Bharu
37- Masjid Kg. Sireh, Kota Bharu
38- Masjid Mukim Pintu Geng, Kota Bharu
39- Masjid Kg. Kota, Kota Bharu
40- Masjid al-Ridha, Kota Bharu
41- Masjid Sultan Ismail Petra, Kota Bharu
42- Masjid al-Aminin, Kg. Kijang, Mukim Banggol, Kota Bharu
43- Masjid Kg. Semut Api, PCB, Kota Bharu
44- Masjid al-Nur, Badang, Mukim Kijang, Kota Bharu
45- Masjid al-Munir, Badang, Mukim Kijang, Kota Bharu

25/5/2010

46- Masjid Saadatul Ikhwan, Kg. Penambang, Kota Bharu
47- Masjid Nurul Iman, Kg. Belukar, Pendek, Kota Bharu
48- Surau Tok Wan Haru, Kg. Belukar, Pendek, Kota Bharu
49- Masjid Mukim Paya, Dewan Beta, Kota Bharu
50- Masjid Mukim Lundang Paka, Dewan Beta, Kota Bharu
51- Masjid al-Sobirin, Mukim Ketereh, Kota Bharu
52- Masjid Mukim Padang Tengah Badak, Ketereh, Kota Bharu
53- Masjid Taqwa, Tmn. Binjai Manis, Ketereh, Kota Bharu
54- Masjid Mukim Kemubu, Kota Bharu
55- Masjid Mukim Laha, Pulai Chondong, Kota Bharu
56- Masjid Mukim Bagan, Pulai Chondong, Kota Bharu
57- Masjid Tok Kerawat, Pulai Chondong, Kota Bharu
58- Masjid Kg. Belukar, Machang
59- Masjid Mukim Pulai Chondong, Kota Bharu
60- Masjid al-Rahim, Mukim Sokor, Kok Lanas, Kota Bharu
61- Masjid al-Saadiah, Bukit Bidang, Selising, Pasir Puteh
62- Masjid Mukim Selising, Pasir Puteh
63- Masjid Hasani, Wakaf Bunut, Pasir Puteh
64- Masjid Kg. Tualang Rendah Bharu, Pasir Puteh
65- Masjid Mukim Keting, Gunong, Bachok
66- Masjid I'tisom, Mukim Bukit Kecil, Gunong, Bachok
67- Masjid Mukim Tepus, Gunong, Bachok
68- Masjid Mukim Pauh Lima, Badak Mati, Gunong, Bachok
69- Masjid Bukit Marak, Binjai, Kota Bharu
70- Masjid Permai, Tmn. Bongor, Binjai, Kota Bharu
71- Masjid Mukim Binjai, Kota Bharu
72- Masjid Mukim Kota Jembal, Kota Bharu
73- Masjid al-Salam, Pangkalan Chepa, Kota Bharu
74- Masjid Cabang Tiga, Pangkalan Chepa, Kota Bharu
75- Masjid Mas Omar, Tmn. Zasna, Badang, Kota Bharu

10 May 2010

Letih, tapi berbaloi-baloi

Minggu lepas adalah antara minggu yang agak meletihkan.

Pertama kerana minggu lepas telah diadakan program mukhayam bagi seluruh pelajar Jaiputra di Pusat Pendidikan Balaghuh Mubin, Kg, Chenok, Tok Uban, Tanah Merah, Kelantan. Bermula dari hari Rabu petang sehingga pagi Jumaat.

Kedua ialah perjalanan dari KB ke KL pada sebelah petang hari Jumaat yang sama dengan hari akhir mukhayyam. Tak sempat nak berehat secukupnya, petang terpaksa pula drive ke KL. Mujur ada co-driver dan menggunakan kereta Honda Civic (syukran pada Kak Fidz dan husband!), alhamdulillah.

Sewaktu catatan ni ditulis, kepenatan masih lagi belum hilang....

Minggu depan sekali lagi akan drive ke KL untuk daurah.... sekali lagi akan penat dan letih.

Penat dan letih, tapi insya allah berbaloi-baloi...

25 January 2010

Hayya bil Arabiah

KURSUS BAHASA ARAB
PERSEDIAAN KE IPT (DALAM & LUAR NEGARA) 
& PROGRAM PEMBANGUNAN PELAJAR

Untuk maklumat lanjut, sila klik di SINI

24 December 2009

Kerja


Meja kerja yang tengah bersepah, menandakan keserabutan menanda kertas jawapan

13 September 2009

Galeri Semarak Ramadhan 2009 Kolej Jaiputra

Nak tengok gambar-gambar sepanjang program Semarak Ramadhan 29, boleh ke laman berikut :  Semarak Ramadhan09

Semarak Ramadhan 09

Alhamdulillah, baru-baru ni Program Semarak Ramadhan 2009 telah pun berakhir dengan jayanya. Banyak pengalaman yang diperolehi bagi siswa dan siswi yang terlibat dalam perjalanan program ni. Harapnya, segala pengalaman yang ditimba itu akan bermanfaat untuk mereka semua.
Sedikit gambar kenangan program. Nak cerita dari awal pun, rasanya terlalu panjang. Biar gambar sahaja yang bercerita.



Mesyuarat pelaksana


Siswi berbuka puasa.



Pertandingan Khat
 
Majlis perasmian


Pertandingan hafazan


Majlis khatam al-Quran


Majlis Ihsan Ramadhan - penyerahan sumbangan




10 September 2009

PERHATIAN KEPADA SEMUA SISWA KOLEJ JAIPUTRA


Pihak Kolej Jaiputra melalui Unit Pembangunan Pelajar (UPP) dengan kerjasama dari KONSIS Network (Kelantan) akan mengadakan satu program iaitu

PROGRAM ISK

Di antara tujuan utama program ini adalah untuk mendedahkan para pelajar tentang sirah umat Islam bermula dari awal sehingga ke hari ini dengan lebih terperinci, yang mana seterusnya akan memberikan satu semangat dan motivasi baru dalam kehidupan sebagai seorang pelajar.
Maklumat berkenaan dengan program ini adalah seperti berikut ;

Tarikh : 8 Oktober 2009 – 11 Oktober 2009
Tempat : Sek. Men. Islam (SMI) Aman, Binjai
Masa : bermula pada waktu maghrib 8/10/2009
Aktiviti : Pengisian rohani dan fizikal (indoor & outdoor)

Program in terbuka kepada semua siswa sahaja, dan AMAT DIGALAKKAN untuk hadir.

 Tiada sebarang bayaran dikenakan. Pengangkutan, tempat tinggal, makan dan minum adalah PERCUMA !!!

 REBUTLAH DAN JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI !!!

 Kepada yang berminat, boleh berikan nama anda kepada Ust Muharman.

Sekian.

18 August 2009

Semarak Ramadhan Jaiputra 2009

Alhamdulillah, semalam telah berlangsungnya satu majlis Di Ambang Ramadhan sempenan pelancaran program Semarak Ramadhan Jaiputra 1430/2009. Majlis yang bermula pada pukul 3.45 petang itu melibatkan seluruh warga Kolej Jaiputra.

Majlis yang telah diadakan buat kali ke 4 ini telah diserikan dengan slot ceramah yang telah disampaikan oleh al-Fadhil Ust. Dr. Sha'rani dari IPKB yang telah menyampaikan ceramah bertajuk Fiqh Puasa, dan juga Dr. Zaharah Sulaiman yang telah menyampaikan ceramah bertajuk Puasa dan Kesihatan. Banyak input yang telah diperolehi dari penyampaian dari kedua-dua penceramah tersebut. Seterusnya majlis diteruskan dengan majlis perasmian Program Semarak Ramadhan oleh En. Wan Mohd Yusof Wan Ismail dengan acara simbolik perasmian dan juga tayangan klip video.

Semarak Ramadhan merupakan satu program berskala besar yang telah diadakan olej Kolej Jaiputra bermula sejak tahun 2006 yang diterajui oleh Ust. Azizee Rohim Japri dengan sokongan tenaga kerja dari MPPKJ dan seluruh pelajar Kolej Jaiputra. Program yang diadakan ini adalah bertujuan untuk menyemarakkan warga kolej agar merebut peluang-peluang yang di bulan Ramadhan untuk menambahkan pahala serta menghidupkan suasana kemeriahan bulan Ramadhan sebagai bulan ibadah.

Acara kemuncak di dalam program Semarak Ramadhan yang akan diadakan adalah Ithar Ramadhan, iaitu satu program khusus bagi membantu golongan-golongan miskin serta memerlukan bantuan. Melalui aktiviti ini, semangat untuk membantu serta menghulurkan sedekah dan juga sebarang bantuan kepada yang memerlukan dapat dipertingkatkan di kalangan kakitangan kolej serta seluruh pelajar. Selain itu, ia juga dilihat sebagai salah satu tanggungjawab sosial warga kolej pada penduduk setempat yang memerlukan.

Untuk maklumat lanjut, serta perkembangan semasa program Semarak Ramadhan 2009 ini dapat diikuti melalui laman web khasnya iaitu di http://jaiputra.edu.my/ramadhan09 .


22 June 2009

Sedekad KJ (1998 - 2009)



Video klip yang disunting khusus untuk MTU Jun 2009