21 July 2011

Satu Perkongsian...

Assalamualaikum...

Lama sudah tidak mengemaskini blog yang ntah apa-apa ni. Jadi posting kali ini adalah sekadah posting untuk melepaskan syarat. Kali ini aku nak kongsi isi-isi penting berkenaan dengan ceramah Israk & Mi'raj yang telah diadakan Masji Aman, SMI Aman, Binjai yang lalu. Walaupun dah lama berlangsung, tapi disebabkan beberapa isi penting forum tersebut ada dicatat dalam hp, maka lebih baik dipindahkan di blog daripda terbiar sahaja dalam hp.

Ahli panel forum tersebut terdiri daripada YDP Ikram Kelanta, Ust. Abdullah Fahmi Abdul Latif, Ust. Saibon, ustaz dari JAHEIK dan Ust. Muhammad Ismail, pensyarah dari Kolej Jaiputra. Moderator forum tersebut adalan Ust. Dr. Sha'rani Mohd Naim, YDP Ikram Kota Bharu merangkap ustaz dari Institut Perguruan Kota Bharu. Berikut adalah beberapa isi penting yang sempat dicatat :

- Jika ingin memperkatakan tentang Isra' & Mi'raj, tidak boleh dipisahkan dari mengaitkannya dengan nilai aqidah dan tentang Allah.

- Pada hari ini, ramai orang mendakwa mereka sedang menyampaikan dakwah melalui iktibar-iktibar yang diperolehi dari peristiwa besar ini, tetapi malangnya mereka melakukannya tanpa mempunyai ilmu yang sepatutnya, antaranya tidak mengkaji dan meniliti keadaan mad'u. Ini menyebabkan mereka tidak membuat persediaan yang secukupnya ketika menyampaikan dakwah mereka kepada mad'u.

- Isra' nabi ke Masjid al-Aqsa adalah kerana sejarahanya, iaitu sebagai kiblah bagi umat Islam, dan juga sebagai satu tempat yang agung dan mulia.

- Peristiwa Nabi SAW memilih air susu kerana ianya bertepatan dengan fitrah manusia yang telah diciptakan Allah. Fitra manusia adalah berkehendakkan kepada tuhan, dan tuhan itu adalah Allah, maka tidak adalah sesuatu yang sepatutnya boleh menghalang manusia kepada Islam, kecuali dengan sebab manusia itu sendiri.

- Nilai kedudukan solat itu adalah sangat besar. Umat Islam kena merasakan solat itu sebagai satu harta yang sangat bernilai. Sebagaimana manusia menguruskan satu harta yang bernilai, begitu juga yang seharusnya dilakukan kepada solat. Ini kerana solat adalah salah satu dalil betapa Allah itu sayang kepada hambaNYA. Ianya seolah-olah satu talian yang pantas, kukuh dan laju yang boleh menjadi penyejuk hati buat manusia.

- Mi'raj Nabi SAW ke langit adalah petunjuk hubungan antara orang mukmin dengan tuhannya. Kena ada usaha dari kalangan orang mukmin untuk sentiasa mengukuhkan lagi hubungannya dengan tuhan, antaranya melalui amalan solat.

- Peristiwa dada Nabi SAW dibelah sekali lagi adalah petunjuk yang sangat jelas tentang kepenting tazkiah al-nafs. Ini kerana penilaian Allah ke atas hambaNYA adalah apa yang ada di dalam hati dan jiwa. Manusia kena sentiasa berusaha untuk membersihkan hati dan jiwa dalam keadaan terlalu banyak faktor yang boleh mengotorkan hati dan jiwa. Apabila hati dan jiwa bersih, maka banyak perkara yang selesai dan hidup akan menjadi lebih berkat.

- Peristiwa ini juga sebagai salah satu pentunjuk kepada ayat-ayat Allah.

Banyak lagi sebenarnya isi penting yang telah disampaikan semasa forum tersebut, tetapi hanya ini sahaja yang sempat dicatat. Semoga dengan perkongsian yang sedikit ini dapat memberi faedah kepada semua. Amin ya Rabb..!