Showing posts with label kelas. Show all posts
Showing posts with label kelas. Show all posts

30 March 2011

Tanda orang munafiq

علامات المنافق وصفاته
1- مرض القلب (البقرة 10)
2- الافساد في الأرض (البقرة 11)
3- رميهم المؤمنين بالسفه (البقرة 13)
4- اللدد في الخصومة والعزة بالاثم (البقرة 204-206)
5- موالاة الكافرين والتربص بالمؤمنين (النساء 137، 138، 140)
6- الخداع والرياء والتكاسل عن أداء العبادات (النساء 142)
7- التحاكم إلى الطاغوت (النساء 59-60)
8- الافساد بين المؤمنين (التوبة 47)
9- الكذب والخوف وكره المسلمين (التوبة 56-57)
10- يعيبون أهل الحق ويرضون ويسخطون لظوظ أنفسهم (التوبة 58)
11- الأمر بالمنكر والنهي عن المعورف (الوبة 67)
12- الغدر وعدم الوفاء بالعهد (التوبة 75-77)
13- يعيبون المؤمنين ويسخرون منهم ولا يرضيهم منهم شيء (التوبة 79)
14- تواصيهم بترك الجهاد (التوبة 81)
15- الإضرار بالمؤمنين وتسترهم بفعل ظاهره مشروع (التوبة 107-108)

09 March 2011

Doa

بسم الله الرحمن الرحيم 

الْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِين حَمْدًا يُوَافِي نِعَمَهُ وَيُكَاِفيءُ مَزِيدَه

Bila bercakap tentang doa, pasti banyak perkara yang akan diperbahaskan. Antaranya, kaifiyat berdoa, doa-doa yang mustajab, adab-adab berdoa, doa ma'thur dan yang tak ma'thur, sunnah dan tak sunnah, dan berbagai-bagai lagi aspek perbincangan tentangnya. Dan di antara aspek perbincangan tentang doa itu adalah berkenaan dari aspek bahasa, iaitu bahasa Arab. Tulisan kali ini akan cuba untuk membawa sedikit perbincangan tentang doa dari aspek bahasa Arab.

Tidak dinafikan bahawa antara faktor ke'mustajab'an doa itu adalah dengan memahami maksud doa yang dibacakan. Ini kerana hampir menjadi kebiasaan di kalangan kita, terutamanya di kalangan para ulama, ustaz dan imam, akan membacakan doa di dalam bahasa Arab. Oleh yang demikian, menjadi satu yang amat digalakkan bagi si pembaca doa (termasuk yang meng'amin'kan doa) untuk memahami maksud doa yang dibacakannya di dalam bahasa Arab, kerana dengannya akan dapat menghadirkan hati dan perasaan di kala sedang bermunajat pada Allah Taala.

Walau bagaimanapun pada hari ini, tahap kefahaman masyarakat tentang doa yang dibacakan (atau yang mereka baca) boleh jadi tidak seperti yang sepatutnya. Ramai dikalangan kita pada hari ini yang menghafal bulat-bulat doa yang diambil dari al-Quran, hadis, mahupun kitab-kitab al-Adzkar karangan para ulama dahulu dan juga masakini, tanpa mengetahui maksud doa yang dibacakan. Akibatnya kita dapati doa itu hanya sekadar doa; bacaan  yang dibaca oleh seseorang tanpa memberikan kesan kepada si pembaca mahupun kepada orang yang meng'amin'kannya. Dan antara akibatnya yang lain juga adalah berlaku kesilapan dari sudut bacaan ketika membacanya. Jadi pada tulisan ini, kita akan cuba untuk melihat satu kesilapan dari aspek bahasa Arab yang berlaku agak meluas di kalangan kita pada hari ini.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, akibat dari kurang pengetahuan dalam bahasa Arab, sehingga tidak mengetahui maksud bacaan yang dibaca ketika doa, maka berlakulah beberapa kesilapan yang mungkin tak disedari oleh kebanyakan orang. Bahkan kesilapan tersebut berlaku pada permulaan bacaan doa lagi. Antara kesilapan yang dinyatakan disini adalah pada bacaan ayat-ayat tahmid seperti yang tertera di permulaan tulisan ini. Ayat tahmid yang dibawakan ini adalah antara bacaan yang sentiasa dibaca ketika hendak memulakan doa, akan tetapi kerap berlaku kesilapan dalam menyebutkan lafaz yang ada di dalam ayat tahmid ini. Lafaz yang dimaksudkan adalah lafaz (نِعَمَهُ). Bacaan yang betul pada lafaz ini adalah dengan bacaan fathah pada huruf 'ain (عَ). Akan tetapi yang kerap disebutkan orang si pembaca doa adalah dengan sukun pada huruf 'ain (ْْْْعْ) menjadikan lafaz kalimah ini berbunyi (نِعْمَهُ). Jika dengan lafaz yang pertama (نِعَمَهُ) ianya membawa maksud "nikmat-nikmat NYA", iaitu lafaz jama' (plural) bagi perkataan (نِعْمَة). Akan tetapi bagi lafaz yang kedua yang menggunakan sukun (نِعْمَهُ), maka tidak diketahui apakah maksudnya di dalam bahasa Arab. Jika pun ada maksud bagi perkataan (نِعْمَ), sudah pasti maksudnya tidak sesuai dan tidak tepat untuk digunakan dalam lafaz tahmid di permulaan doa ini. Maka inilah kesalahan yang amat ketara berlaku di kalangan masyarakat apabila hendak membaca doa. Bukan sahaja orang awam, bahkan para ulama, ustaz dan imam pun ada juga yang melakukan kesalahan yang sama. Sepatutnya mereka-mereka ini yang telah selesai dalam urusan bacaan doa ini (telah selesai dalam maksud tiada masalah dari sudut bacaan), tetapi yang apa yang berlaku adalah sebaliknya. Maka tidak hairanlah jika kita perhatikan doa-doa yang dibaca seringkali tidak mendatangkan kesan kepada si pembaca mahupun kepada makmum.

Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama memperbaiki bacaan doa kita. Perbaikilah ia dengan bacaan yang betul, kefahaman ke atas maksudnya dengan betul dan penghayatan tentangnya dengan betul. Semoga dengan usaha kita untuk memperbaikinya akan menjadikan doa kita lebih berkualiti dan diterima oleh Allah Ta'ala, insya Allah.

Sesungguhnya Allah lebih mengetahui tentang segalanya...

21 February 2011

Soalan pelajar (lagi)...

Assalamualaikum...

Sekali lagi, dalam kelas yang sama, dan pelajar yang sama telah bertanyakan pada aku soalan dengan subjek tu, yang aku kira satu soalan  yang cukup baik. Soalan dia lebih kurang macam ni (telah diubahsuai ikut kefahaman aku)...

"Ust kata dakwah tu wajib, semua orang kena buat. Tapi yang kita sedia maklum, Islam tu pasti akan kembali menguasai dunia ni. Jadi kenapa kita bersusah payah untuk sampaikan Islam ni, sedang kita yakin dengan janji Allah yang Islam akan kembali. Boleh ust explain sikit..?"

Lebih kurang beginilah soalan pelajar tersebut yang aku boleh fahami. Jadi nak jawab soalan, so aku jawab pada dia dan pada pelajar yang lain begini...

"Memang betul apa yang enti kata tu. Dakwah memang wajib, dan Islam juga pasti akan kembali menguasai dunia ni. Tapi kalau enti persoalkan kenapa dakwah tu wajib, maka enti kena faham betul beberapa perkara terlebih dahulu."

"Pertama, enti dan kita semua kena jelas, bahawa Allah itu Maha Berkuasa. Allah boleh je kalau Dia nak jadikan Islam tu kembali berkuasa. Bahkan tak perlu nak tunggu lama, kalau nak jadikannya realiti sekarang ni pun, Allah mampu lakukan. Tapi kita mesti ingat, Allah menciptakan kita di atas bumi ni, mesti ada tujuannya. Seperti yang kita sedia maklum, bahawa kita ni semua diciptakan, tidak lain dan tidak hanya untuk beribadah kepada Allah. Termasuk juga dalam konteks beribadah itu adalah dengan kita menyebarkan Islam dan menegakkannya di atas muka bumi ini. Tidak memadai kalau kita hanya beribadah seperti ibadah-ibadah lazim yang kita lakukan. Dan kalau kita hanya bergantung dengan ibadah lazim itu sahaja, belum tentu kita boleh dijamin masuk ke syurga, dalam keadaan ibadah kita tu sendiri pun tak beberapa sempurna. Jadi apa lagi perkara yang boleh back-up amal ibadah kita? Dengan berdakwah lah ! Dan kalau kita perhatikan pada Seerah Rasul, takde pun walau sesaat dari hidup Baginda S.A.W yang terlepas dari nilai dan unsur-unsur dakwah. Mula sahaja Rasul S.A.W diangkat menjadi rasul, sehinggalah Baginda wafat, tak pernah sunyi dari usaha menyampai dakwah pada manusia. Bermula dari sekecil-kecil perkara, sehinggalah ke sebesar-besar perkara, mesti Baginda akan sertakan dengan nilai dakwah."


"Keduanya, kita juga kena ingat, bahawa kehidupan kita di atas muka bumi ni, umpama medan ujian bagi kita untuk melihat siapakah dikalangan kita yang akan lulus dan seterusnya akan memperoleh nikmat syurga. Dan bila kita umpamakan dunia ni seperti medan ujian dan peperiksaan, maka kena sangatlah dengan tabiat kita  yang Allah ciptakan, iaitu diberikan kepada kita ikhtiar dan pilihan. Kita sendiri yang menentukan dan memilih samada kita hendak berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam test ni, ataupun sebaliknya. Tapi dalam masa yang sama, kita juga menyakini, bahawa tidak mustahil bagi Allah untuk setkan manusia ni agar dapat lulus dalam ujian di dunia ni. Mudah bagi Allah kalau nak buat macam tu. Tapi tidak, bahkan Allah tetap untuk uji kita kat dunia ni. Jadi antara bentuk ujiannya adalah dengan melakukan kerja dakwah. Umpama kerja dakwah ni macam kerja kursus untuk kita lulus. Kadang-kadang dengan sebab kerja kursus ni la yang akan buatkan kita berjaya. Macam antum semua la dalam kelas. Dalam test 1, 2 dan final, mungkin tak berapa bagus. Tapi kalau antum bagus dalam kerja kursus, tak mustahil ia akan jadi backup untuk kita dapat lulus dengan baik dalam matapelajaran kita. So macam juga dengan kerja dakwah...."


"Perkara ketiga yang ana nak sebut ialah tentang kerja dakwah tu sendiri. Bagaimana kita boleh berpikiran untuk tak nak buat kerja dakwah, hanya kerana keyakinan kita bahawa Islam tu akan kembali kuasai dunia, sedangkan para nabi  yang terdahulu, inilah kerja mereka. Takde sorang pun dari kalangan nabi mahupun rasul yang tak buat kerja dakwah. Ini menunjukkan kerja dakwah ni satu kerja yang cukup mulia. Kerja yang dilakukan oleh para rasul dan nabi. Kerja yang lebih baik dari segala kerja yang kita boleh lakukan. Jika ianya kerja yang terbaik, maka sudah pasti ganjarannya juga adalah yang terbaik. So takkan kita nak lepaskan begitu je peluang yang macam ni, sedang kita dah sedar dan faham tentang kerja dakwah ni...? So antum fikir-fikirkan lah ye..."


Ni la dia beberapa point  yang aku ingat (plus dengan ada tambahan) waktu aku terangkan dan jawab soalan pelajar aku yang sorang ni. Harap dia dan yang lain boleh faham dengan apa yang aku sampaikan kat diorang ni.

Wallahua'lam

25 January 2010

Hayya bil Arabiah

KURSUS BAHASA ARAB
PERSEDIAAN KE IPT (DALAM & LUAR NEGARA) 
& PROGRAM PEMBANGUNAN PELAJAR

Untuk maklumat lanjut, sila klik di SINI

02 July 2009

Betul, betul, betul...

Islam itu memudahkan. Tetapi bagi manusia yang tidak faham mengenai Islam akan menganggap perkara yang harus dilakukan dan ditinggalkan itu sebagai suatu bebanan. Bagi orang yang faham dan mengamalkan Islam, sudah tentunya mereka faham bahawa dengan mematuhi hukum-hukum tersebut, ianya memudahkan mereka di akhirat kelak. Bagi memantapkan lagi pemahaman, eloklak kita umpamakan ianya seperti tiang lampu isyarat. Sesetengah orang mungkin beranggapan bahawa tiang lampu isyarat itu merupakan sesuatu yang menyusahkan, melambatkan dan lain-lain lagi. Akan tetapi, ia sebenarnya memudahkan penggunanya serta melancarkan trafik. Bayangkan sekiranya ramai orang tidak mengendahkan arahan tiang lampu isyarat tersebut, sudah tentu banyak kemalangan serta malapetaka yang berlaku.


* pendapat seorang pelajar MPI2023 berkenaan dengan konsep Taklif dan al-Yusr (mudah) dalam Islam.