01 December 2009

Saat manis

Salam Aidiladha buat semua.

Kira-kira dah lama aku tak update blog berkenaan dengan peristiwa atau perjalanan hidup aku sehari-hari. Kebelakangan ni, aku lebih banyak dan suka untuk berkongsi dengan semua, pengalaman aku berkecimpung dalam dunia Sumber Terbuka - Open Source, yang secara khususnya adalah dengan distro Linux, Ubuntu 9.10. Harap-harap apa yang aku dah kongsikan, dapat menarik minat orang lain untuk turut sama mencubanya.

Kali ni aku teringin nak berkongsi pengalaman dengan semua berkenaan dengan Hari Raya Korban baru-baru. Kalau nak mengarang dalam bentuk kisah atau cerita, aku rasa payah sikit. Tapi yang boleh aku buat, memaparkan gambar lantas menceritakan pengalaman..... Teruskan

1- Ni riak wajah yang menceritakan banyak perkara sepanjang perjalanan pulang ke KL. Buat muka macam ni sebab berasa amat teruja kerana tak sabar nak bertemu dengan semua ahli keluarga di KL. Buat muka ni juga tanda gabra nak balik sebab terpaksa menempuh perjalanan sejauh 400 km (lebih kurang), dalam keadaan tak sempat nak berehat terlebih dahulu (tak sempat habis kerja, terus gerak). Muka ni juga menggambarkan betapa terkezutnya melihat kenderaan yang berderet-deret dari sebelu kanan yang menghala ke KB - punya la jem dan tak putus-putus. Ni juga adalah muka sedang menahan lapar, sebab time tengah puasa sunat hari Arafah, lapar giler beb....


2- Tip untuk menghilangkan mengantuk bagi mereka yang kerap bermusafir dengan kereta bagi jarak yang jauh dan lama - 'Makanlah KUACI'. Setakat yang aku dok amalkan, setiap kali nak jalan jauh, stok kuaci kena ada. Beli yang ada perisa. Then time memandu, makan kuaci ni. Tapi dengan syarat, kena mahir makan dengan sebelah tangan. Kalau kedua belah tangan, bahaya beb, kang tak pasal-pasal eksiden. Kerana dengan memakan kuaci ni, akan menjadikan kita ghalit a.k.a leka. Sebab itu orang Kelantan sebut kuaci ni, butir ghalit.
 
3- Ni la dia suasana di jalanraya ketika musim cuti. Tengok je la, punya la panjang jem kat jalanraya. Mula dari simpang empat Kuala Krai - Gua Musang, laluan dari KL-KB tak putus-putus dengan kenderaan. Ada sekali tu (di laluan Kuala Lipis, Pahang), kenderaan yang menghala ke KL pun ter'jem' sama, apabila kenderaan di sebelah kanan yang hendak memotong Q, tapi tak lepas. So terpaksa la diorang di kawasan tanah rizab sebelah kiri. Jadi bila ada kenderaan besar nak lalu, tak lepas. Terpaksa 'jem' sama dengan tak pasal-pasal. Yang pasti, ini menunjukkan betapa orang sebelah pantai timur agak meriah sambutan Aidiladha mereka sehinggakan semua anak negeri di perantauan berjujuk-jujuk pulang ke kampung halaman.

4- Aidiladha kali, turn balik KL, setelah Aidiladha yang lepas di Perak, dan selepas Aidilfitri baru ni di Perak juga. Tambah lagi, Aidiladha kali agak berlainan sedikit kerana, kami sekeluarga dapat berkumpul adik beradik berserta dengan keluarga masing-masing, termasuk Idos (panggilan untuk adik aku yang paling bongsu - Firdaus) yang baru je seminggu balik dari Mesir. Jadi majlis korban di PPR Hiliran Ampang ni, ada 5 ekor lembu. 1 dari YB Dr. Lo'lo', 2 lagi dari pemimpin UMNO kawasan, 2 lagi korban penduduk setempat, termasuk 2 bahagian dari mak dan ayah aku. Majlis korban dibuat sesudah solat sunat raya. Ekspres jugak le diorang buat kerja. Yang aku n adik beradik yang lain, pakat turun tengok majlis korban tu, sambil menggendong Nu'man yang amat-amat gelisah sebab tak dapat turun nak main gelengsur. Berpeluh-peluh aku dibuatnya....fuh!

5- Haa... ni gambar banyak susah nak dapat. Sebab apa? Sebab tak semua adik beradik aku dapat berkumpul macam ni. Ni semua gara-gara adik bongsu aku, Idos, baru balik dari Mesir. Jadi semua pakat berkumpul kat rumah mak di PPR Hiliran Ampang. Rumah flat kitorang ni tak la besar mana, jadi sekali semua datang, faham-faham je la no. Penuh! Tapi penuh-penuh pun, semua orang gembira, terutama mak ayah aku. Gembira melihat anak-anak semua dah besar dan berkeluarga. Dengan cucu-cucu yang kini dah mencecah 16 orang. Rasa macam tak percaya la pulak. Seolah-olah macam baru semalam dok main sekali, dok pi sekolah sekali, tau-tau hari ni dah bersuami beristeri, dah beranak pinak. Waktu ni juga Nu'man jadi excited abis sebab jumpa dengan ramai sepupu sepapat dia. Apa lagi, hingar bingar la rumah. Tapi walaubagaimana bising sekali pun, suasana tu cukup menggembirakan. Harap lepas ni kita boleh sesuatu ye, wahai abang dan kakak-kakakku sekalian! (kalau diorang baca)

6- Ni posting khusus untuk adik bongsu aku, my young 'big' brother. Pertama kali sampai rumah, terkujat sungguh aku bila jumpa Idos. Mana tak terkejutnya, saiz fizikal macam makin up berbanding waktu aku jumpa di Mesir tahun 2005 hari tu. Biasa la, bila ada orang yang besar ni, suka sangat la aku nak menyendeng kat dia. Tapi takpe Idos, kita fight yang turun dulu ok. Dan satu lagi, kalau dah dapat Jus Matte 5 tu nanti, abg Man nak tempah satu dari Idos, separuh harga, boleh?!

So cukuplah rasanya untuk posting kali ni. Aku rasa ni antara posting aku yang terpanjang setakat ni. Tak pasti orang akan baca post aku ni ke atau tak, ikut la. Yang pasti, aku dah luahkannya di blog ni dan berkongsi tentangnya. Jadi kalau sesuatu yang berfaedah dari posting yang ontah apo-apo ni, itu kira rezeki dan manfaatkannya. Tapi kalau sebaliknya, doakan aku boleh yang terbaik selepas dari ni.

Wallahua'alam



No comments: