30 March 2011

Tanda orang munafiq

علامات المنافق وصفاته
1- مرض القلب (البقرة 10)
2- الافساد في الأرض (البقرة 11)
3- رميهم المؤمنين بالسفه (البقرة 13)
4- اللدد في الخصومة والعزة بالاثم (البقرة 204-206)
5- موالاة الكافرين والتربص بالمؤمنين (النساء 137، 138، 140)
6- الخداع والرياء والتكاسل عن أداء العبادات (النساء 142)
7- التحاكم إلى الطاغوت (النساء 59-60)
8- الافساد بين المؤمنين (التوبة 47)
9- الكذب والخوف وكره المسلمين (التوبة 56-57)
10- يعيبون أهل الحق ويرضون ويسخطون لظوظ أنفسهم (التوبة 58)
11- الأمر بالمنكر والنهي عن المعورف (الوبة 67)
12- الغدر وعدم الوفاء بالعهد (التوبة 75-77)
13- يعيبون المؤمنين ويسخرون منهم ولا يرضيهم منهم شيء (التوبة 79)
14- تواصيهم بترك الجهاد (التوبة 81)
15- الإضرار بالمؤمنين وتسترهم بفعل ظاهره مشروع (التوبة 107-108)

09 March 2011

Doa

بسم الله الرحمن الرحيم 

الْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِين حَمْدًا يُوَافِي نِعَمَهُ وَيُكَاِفيءُ مَزِيدَه

Bila bercakap tentang doa, pasti banyak perkara yang akan diperbahaskan. Antaranya, kaifiyat berdoa, doa-doa yang mustajab, adab-adab berdoa, doa ma'thur dan yang tak ma'thur, sunnah dan tak sunnah, dan berbagai-bagai lagi aspek perbincangan tentangnya. Dan di antara aspek perbincangan tentang doa itu adalah berkenaan dari aspek bahasa, iaitu bahasa Arab. Tulisan kali ini akan cuba untuk membawa sedikit perbincangan tentang doa dari aspek bahasa Arab.

Tidak dinafikan bahawa antara faktor ke'mustajab'an doa itu adalah dengan memahami maksud doa yang dibacakan. Ini kerana hampir menjadi kebiasaan di kalangan kita, terutamanya di kalangan para ulama, ustaz dan imam, akan membacakan doa di dalam bahasa Arab. Oleh yang demikian, menjadi satu yang amat digalakkan bagi si pembaca doa (termasuk yang meng'amin'kan doa) untuk memahami maksud doa yang dibacakannya di dalam bahasa Arab, kerana dengannya akan dapat menghadirkan hati dan perasaan di kala sedang bermunajat pada Allah Taala.

Walau bagaimanapun pada hari ini, tahap kefahaman masyarakat tentang doa yang dibacakan (atau yang mereka baca) boleh jadi tidak seperti yang sepatutnya. Ramai dikalangan kita pada hari ini yang menghafal bulat-bulat doa yang diambil dari al-Quran, hadis, mahupun kitab-kitab al-Adzkar karangan para ulama dahulu dan juga masakini, tanpa mengetahui maksud doa yang dibacakan. Akibatnya kita dapati doa itu hanya sekadar doa; bacaan  yang dibaca oleh seseorang tanpa memberikan kesan kepada si pembaca mahupun kepada orang yang meng'amin'kannya. Dan antara akibatnya yang lain juga adalah berlaku kesilapan dari sudut bacaan ketika membacanya. Jadi pada tulisan ini, kita akan cuba untuk melihat satu kesilapan dari aspek bahasa Arab yang berlaku agak meluas di kalangan kita pada hari ini.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, akibat dari kurang pengetahuan dalam bahasa Arab, sehingga tidak mengetahui maksud bacaan yang dibaca ketika doa, maka berlakulah beberapa kesilapan yang mungkin tak disedari oleh kebanyakan orang. Bahkan kesilapan tersebut berlaku pada permulaan bacaan doa lagi. Antara kesilapan yang dinyatakan disini adalah pada bacaan ayat-ayat tahmid seperti yang tertera di permulaan tulisan ini. Ayat tahmid yang dibawakan ini adalah antara bacaan yang sentiasa dibaca ketika hendak memulakan doa, akan tetapi kerap berlaku kesilapan dalam menyebutkan lafaz yang ada di dalam ayat tahmid ini. Lafaz yang dimaksudkan adalah lafaz (نِعَمَهُ). Bacaan yang betul pada lafaz ini adalah dengan bacaan fathah pada huruf 'ain (عَ). Akan tetapi yang kerap disebutkan orang si pembaca doa adalah dengan sukun pada huruf 'ain (ْْْْعْ) menjadikan lafaz kalimah ini berbunyi (نِعْمَهُ). Jika dengan lafaz yang pertama (نِعَمَهُ) ianya membawa maksud "nikmat-nikmat NYA", iaitu lafaz jama' (plural) bagi perkataan (نِعْمَة). Akan tetapi bagi lafaz yang kedua yang menggunakan sukun (نِعْمَهُ), maka tidak diketahui apakah maksudnya di dalam bahasa Arab. Jika pun ada maksud bagi perkataan (نِعْمَ), sudah pasti maksudnya tidak sesuai dan tidak tepat untuk digunakan dalam lafaz tahmid di permulaan doa ini. Maka inilah kesalahan yang amat ketara berlaku di kalangan masyarakat apabila hendak membaca doa. Bukan sahaja orang awam, bahkan para ulama, ustaz dan imam pun ada juga yang melakukan kesalahan yang sama. Sepatutnya mereka-mereka ini yang telah selesai dalam urusan bacaan doa ini (telah selesai dalam maksud tiada masalah dari sudut bacaan), tetapi yang apa yang berlaku adalah sebaliknya. Maka tidak hairanlah jika kita perhatikan doa-doa yang dibaca seringkali tidak mendatangkan kesan kepada si pembaca mahupun kepada makmum.

Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama memperbaiki bacaan doa kita. Perbaikilah ia dengan bacaan yang betul, kefahaman ke atas maksudnya dengan betul dan penghayatan tentangnya dengan betul. Semoga dengan usaha kita untuk memperbaikinya akan menjadikan doa kita lebih berkualiti dan diterima oleh Allah Ta'ala, insya Allah.

Sesungguhnya Allah lebih mengetahui tentang segalanya...