24 October 2013


Assalamualaikum. Kepada yang ingin membeli atau pun menempah songkok, silalah singgah ke kedai di atas, bertempat di Pasar Baru Kg. Datok Kerama, Kuala Lumpur. Insya allah harga boleh runding.

21 July 2011

Satu Perkongsian...

Assalamualaikum...

Lama sudah tidak mengemaskini blog yang ntah apa-apa ni. Jadi posting kali ini adalah sekadah posting untuk melepaskan syarat. Kali ini aku nak kongsi isi-isi penting berkenaan dengan ceramah Israk & Mi'raj yang telah diadakan Masji Aman, SMI Aman, Binjai yang lalu. Walaupun dah lama berlangsung, tapi disebabkan beberapa isi penting forum tersebut ada dicatat dalam hp, maka lebih baik dipindahkan di blog daripda terbiar sahaja dalam hp.

Ahli panel forum tersebut terdiri daripada YDP Ikram Kelanta, Ust. Abdullah Fahmi Abdul Latif, Ust. Saibon, ustaz dari JAHEIK dan Ust. Muhammad Ismail, pensyarah dari Kolej Jaiputra. Moderator forum tersebut adalan Ust. Dr. Sha'rani Mohd Naim, YDP Ikram Kota Bharu merangkap ustaz dari Institut Perguruan Kota Bharu. Berikut adalah beberapa isi penting yang sempat dicatat :

- Jika ingin memperkatakan tentang Isra' & Mi'raj, tidak boleh dipisahkan dari mengaitkannya dengan nilai aqidah dan tentang Allah.

- Pada hari ini, ramai orang mendakwa mereka sedang menyampaikan dakwah melalui iktibar-iktibar yang diperolehi dari peristiwa besar ini, tetapi malangnya mereka melakukannya tanpa mempunyai ilmu yang sepatutnya, antaranya tidak mengkaji dan meniliti keadaan mad'u. Ini menyebabkan mereka tidak membuat persediaan yang secukupnya ketika menyampaikan dakwah mereka kepada mad'u.

- Isra' nabi ke Masjid al-Aqsa adalah kerana sejarahanya, iaitu sebagai kiblah bagi umat Islam, dan juga sebagai satu tempat yang agung dan mulia.

- Peristiwa Nabi SAW memilih air susu kerana ianya bertepatan dengan fitrah manusia yang telah diciptakan Allah. Fitra manusia adalah berkehendakkan kepada tuhan, dan tuhan itu adalah Allah, maka tidak adalah sesuatu yang sepatutnya boleh menghalang manusia kepada Islam, kecuali dengan sebab manusia itu sendiri.

- Nilai kedudukan solat itu adalah sangat besar. Umat Islam kena merasakan solat itu sebagai satu harta yang sangat bernilai. Sebagaimana manusia menguruskan satu harta yang bernilai, begitu juga yang seharusnya dilakukan kepada solat. Ini kerana solat adalah salah satu dalil betapa Allah itu sayang kepada hambaNYA. Ianya seolah-olah satu talian yang pantas, kukuh dan laju yang boleh menjadi penyejuk hati buat manusia.

- Mi'raj Nabi SAW ke langit adalah petunjuk hubungan antara orang mukmin dengan tuhannya. Kena ada usaha dari kalangan orang mukmin untuk sentiasa mengukuhkan lagi hubungannya dengan tuhan, antaranya melalui amalan solat.

- Peristiwa dada Nabi SAW dibelah sekali lagi adalah petunjuk yang sangat jelas tentang kepenting tazkiah al-nafs. Ini kerana penilaian Allah ke atas hambaNYA adalah apa yang ada di dalam hati dan jiwa. Manusia kena sentiasa berusaha untuk membersihkan hati dan jiwa dalam keadaan terlalu banyak faktor yang boleh mengotorkan hati dan jiwa. Apabila hati dan jiwa bersih, maka banyak perkara yang selesai dan hidup akan menjadi lebih berkat.

- Peristiwa ini juga sebagai salah satu pentunjuk kepada ayat-ayat Allah.

Banyak lagi sebenarnya isi penting yang telah disampaikan semasa forum tersebut, tetapi hanya ini sahaja yang sempat dicatat. Semoga dengan perkongsian yang sedikit ini dapat memberi faedah kepada semua. Amin ya Rabb..!

22 May 2011

Sakit tekak..

Alhamdulillah, diberi peluang juga untuk mencoret sesuatu dalam blog ini (walaupun sedar, tidak ramai yang membaca atau mengikuti blog yang ntah apa-apa ini).

Sejak kebelakangan ini, banyak peristiwa yang berlaku di sekeliling kita. Macam-macam yang telah berlaku. Dan jika disenaraikan di sini, mungkin terlalu banyak.

Berita yang menarik diikuti, sudah pasti berita yang berkait dengan politik. Pelbagai jenis berita yang ada. Dan kebanyakkan berita-berita tersebut, sudah pasti diperolehi dari internet. Sumber berita arus perdana bagaiamana? Masih lagi mengikutinya, dan membacanya. Cuma bila membaca berita-berita dari sumber media arus perdana hari ini, terkadang boleh menimbulkan rasa loya di tekak. Terkadang juga, terasa diperbodohkan pula. Tapi hanya pada isu-isu politik sahaja. Isu lain, seperti biasa.

Berita dan perkembangan dunia, juga pelbagai yang telah berlaku. Isu kebangkitan rakyat Mesir dan beberapa negara Arab masih lagi panas. Isu bencana alam, juga tidak henti-henti dilaporkan. Terkini, terbaca satu berita bagaimana Jepun sekali lagi dilanda dengan gempa bumi. Tidak pasti bagaimana keadaannya sekarang. Isu pembunuhan Osama bin Laden juga masih lagi diperkatakan. Berbagai teori dikemukan. Tapi yang pasti, saya sendiri sedang menunggu perkembangan terbaru, kalau-kalau al-Zawahari akan keluarkan kenyataan bahawa Osama masih hidup. Ataupun Osama sendiri yang buat kenyataan. Kalau berlaku, pasti huru-hara dibuatnya...hehehe.

Berita dan perkembangan diri sendiri, kolej sedang bercuti. Insya allah akan mula dibuka untuk semester Jun 2011 pada minggu hadapan. Sedang menantikan perkembangan pelajar antarabangsa yang akan belajar di kolej. Sri Lanka, China, Kemboja, Indonesia, Vietnam, Thailand dan Indonesia. Tidak dapat bayangkan bagaimana keadaannya nanti. Harapnya kedatangan mereka akan memberikan sinar baru buat kolej. Diri sendiri...., sekarang ini sedang mengalami sakit tekak, sehingga tidak mampu untuk mengeluarkan suara. Mungkin di sana ada hikmahnya untuk dicari dan diambil pengajaran darinya. Insya allah, minggu depan juga merancang untuk pulang ke Kedah, hadir ke kenduri Mak Ngah. Dan kemudian akan terus bermusafir ke KL bagi DAI bulan Jun. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Amin....

25 April 2011

Eksperimen...

Baru ni berpeluang untuk snap beberapa keping gambar menggunakan kamera digital cap Canon PowerShot SD1100 IS. Memang dah lama sebenarnya aku nak snap-snap gambar ni. Tapi almaklumlah, pitih takde nak beli kamera. So guna je la yang mana ada. Tambah pulak sebelum ni aku pernah tengok dalam YouTube satu ujian kepada pakar-pakar photographer untuk snap gambar dengan menggunakan standard kamera. So dengan sebab video tu la yang buatkan minat aku makin naik dalam bab-bab ni. 
Kali ni akan nak share beberapa keping gambar yang aku ambil guna kamera di atas. Ada yang aku rasa cukup puashati dengan gambar tu, walau pun aku rasa bagi orang yang terer, mungkin biasa je. Ikut la. Tapi kalau ada yang nak komen, laaagiii aku alu-alukan, sebab dari situ aku harap boleh tambah lagi ilmu seciput yang ada pada aku ni. So tengok lah ye...
Belajar menggunakan fungsi Digital Macro
Belajar tentang teknik pencahayaan
Digital Macro lagi. Kali ni agak menjadi
Belajar aspek pencahayaan
Tak pasti ok atau tak. Tapi agak menyukai gambar yang ini...
Yang ini juga. Boleh buat wallpaper...
Ini pun sama. Hari yang indah
Teknik Digital Macro ke atas muka Nu'man
Bonus. Tak guna mana-mana teknik. Main petik je...

20 April 2011

Masih tidak sedar lagi...?!




حَدَّثَنَا مَحْمُودُ بْنُ خَالِدٍ الدِّمَشْقِيُّ قَالَ: حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَبُو أَيُّوبَ، عَنِ ابْنِ أَبِي مَالِكٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَطَاءِ بْنِ أَبِي رَبَاحٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ، قَالَ: أَقْبَلَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: " يَا مَعْشَرَ الْمُهَاجِرِينَ خَمْسٌ إِذَا ابْتُلِيتُمْ بِهِنَّ، وَأَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ تُدْرِكُوهُنَّ: لَمْ تَظْهَرِ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ، حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا، إِلَّا فَشَا فِيهِمُ الطَّاعُونُ، وَالْأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلَافِهِمُ الَّذِينَ مَضَوْا، وَلَمْ يَنْقُصُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ، إِلَّا أُخِذُوا بِالسِّنِينَ، وَشِدَّةِ الْمَئُونَةِ، وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ، وَلَمْ يَمْنَعُوا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ، إِلَّا مُنِعُوا الْقَطْرَ مِنَ السَّمَاءِ، وَلَوْلَا الْبَهَائِمُ لَمْ يُمْطَرُوا، وَلَمْ يَنْقُضُوا عَهْدَ اللَّهِ، وَعَهْدَ رَسُولِهِ، إِلَّا سَلَّطَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ غَيْرِهِمْ، فَأَخَذُوا بَعْضَ مَا فِي أَيْدِيهِمْ، وَمَا لَمْ تَحْكُمْ أَئِمَّتُهُمْ بِكِتَابِ اللَّهِ، وَيَتَخَيَّرُوا مِمَّا أَنْزَلَ اللَّهُ، إِلَّا جَعَلَ اللَّهُ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ "

Daripada Abdullah bin ‘Umar (radiallah ‘anhuma), telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bertemu dengan kami, lalu Baginda (s.a.w) bersabda: “ Wahai kaum Muhajirin, lima perkara apabila ditimpakan ke atas kamu dengannya, dan aku memohon perlindungan dengan Allah agar kamu mengetahuinya; Tidak akan zahir perbuatan zina pada suatu kaum, sehinggalah mereka menzahirkan dengannya (zina), melainkan akan merebak kepada mereka penyakit taun, dan penyakit-penyakit yang tidak pernah berlaku pada zaman-zaman sebelum kamu yang telah lalu; Dan tidak akan berlaku penipuan pada timbangan dan mizan, melainkan akan timpa kesusahan bertahun-tahun, dan akan berkurangnya sumber makanan, dan penguasa-penguasa yang zalim ke atas mereka; Dan tidak terhalang dari mengeluarkan zakat ke atas harta-harta mereka, melainkan tanah-tanah akan kurang menerima hujan dari langit (kemarau), dan kalau tidak kerana binatang, maka tidak akan diturunkan hujan; Dan tidak membatalkan taat setia kepada Allah, dan taat setia kepada Rasul-NYA, melainkan akan Allah menangkan ke atas mereka musuh-musuh mereka, dan musuh mereka akan merampas segala apa yang ada pada mereka; Dan para pemimpin tidak berhukumkan dengan hukum dari kitab Allah, dan memilih apa yang telah diturunkan oleh Allah, melainkan Allah akan jadikan di antara mereka saling bermusuhan”

Hadis hasan riwayat dari Ibn Majah


p/s - Adakah kita masih lagi menyalahkan takdir, faktor alam sekitar, cuaca, dan lain-lain, sedang semua masalah yang menimpa kita pada hari ini disebabkan oleh kita sendiri? Fikir-fikirkan lah....