09 December 2007

Perkembangan Terkini

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara. Agak dah lama aku menyepi dalam meng'update'kan blog aku yang satu ni. Tiada alasan konkrit tentangnya, melainkan tahap kemalasan yang melampau yang telah menguasai diri. 'ala kulli hal, semoga ianya kurang di kemudian hari.

Mungkin sedikit perkembangan diri yang boleh dikongsi. Setelah hampir 3 tahun di KB mencari rezeki, akhirnya tiba juga hari yang dinanti. Hari di mana aku mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari kolej Jaiputra yang amat aku cintai. 1 Disember 2007 menjadi satu lagi titik perjalanan bagi diriku ini. Setelah melalui liku-liku kehidupan sebagai pensyarah, mengenal erti penat lelah mencari rezeki, melihat dan mengenali manusia dari pelbagai segi, membina jati diri, meruntun emosi, mentadbiqkan segala ilmu yang telah dipelajari, fikrah perjuangan yang terus menerus difahami dan dihayati, akhirnya semua itu akan menjadi kenangan yang akan sentiasa diingati.

Hari ini aku telah memulakan tugas baruku. Menyelesaikan pelbagai urusan yang tak pernah aku laksanakan. Tanpa pengalaman yang cukup, terlalu banyak perkara yang telah dipelajari dan akan dipelajari. Maahad Intisar kini menjadi tempat aku mencurah khidmat dan bakti. Berbekalkan semangat dan kenyakinan diri, serta dorongan dan nasihat dari murabbi yang dihormati dan isteri yang dicintai, maka aku bulatkan tekad untuk memajukan diri, dalam keadaan yang baru dari serba serbi. Semoga impian dan matlamat perjuangan akan sentiasa tersemat di sanubari. Demi membina insan yang akan berkerja di jalan Ilahi.

Amin..!

Kolej Jaiputra dalam kenangan ( Feb 2005-Nov 2007)

Fikrah vs Wadah

"Membesar dan memahami dengan fikrah bukan dengan wadah"


Suatu yang cukup menarik perhatian aku waktu join meeting MyTeam akhawat....

Ada sesiapa yang ingin berkongsi pendapat dan pemahaman tentang kenyataan di atas?

22 September 2007

Welcome LINUX and Goodbye Windows!

Boleh tahan juga guna Linux OS ni. Setakat yang aku dah install dalam komputer aku, Dreamlinux. Interface hampir-hampir dengan Mac. Korang bila lagi nak guna?

21 September 2007

18 June 2007

Syukur alhamdulillah

Alhamdulillah thumma alhamdulillah thumma alhamdulillah. Rasanya ini la sebaik-baik lafaz yang patut aku ucapkan pada ketika ini. Aku rasa bersyukur sangat pada Allah kerana nikmat yang telah DIA beri pada kami dan kemudahan yang diberikanNYA pada walimah aku baru-baru ni. Semuanya berjalan dengan lancar. Di Perak mahupun di Ampang. Nak cerita pun, rasanya tak cukup kalau dalam blog ni. Rasanya memadailah dengan aku letakkan di sini beberapa keping gambar kami sewaktu majlis berlangsung.
Akhirnya doakan kami kekal sehingga akhir hayat dan tetap berada di bawah naungan rahmat dan inayahNYA. Amiinn..!!



What Happens If You Stop Smoking Right Now?

* In 20 minutes your blood pressure will drop back down to normal.

* In 8 hours the carbon monoxide (a toxic gas) levels in your blood stream will drop by half, and oxygen levels will return to normal.

* In 48 hours your chance of having a heart attack will have decreased. All nicotine will have left your body. Your sense of taste and smell will return to a normal level.

* In 72 hours your bronchial tubes will relax, and your energy levels will increase.

* In 2 weeks your circulation will increase, and it will continue to improve for the next 10 weeks.

* In three to nine months coughs, wheezing and breathing problems will dissipate as your lung capacity improves by 10%.

* In 1 year your risk of having a heart attack will have dropped by half.

* In 5 years your risk of having a stroke returns to that of a non-smoker.

* In 10 years your risk of lung cancer will have returned to that of a non-smoker.

* In 15 years your risk of heart attack will have returned to that of a non-smoker.

30 May 2007

Akhirnya...

Akhirnya bakal tiba jua hari bahagia yang dinanti selama ini...

Ini adalah posting aku yang terakhir (aku rasa...) sebagai orang bujang. Cara pemikiran, stail, pendekatan, perwatakan dan kesemuanya aku kira akan berubah dari status bujang kepada status seorang suami. Selepas dari ini, terlalu banyak tanggungjawab yang akan aku pikul dan yang terpaksa aku hadapi kelak. Segala yang telah aku lalui sebagai seorang bujang, aku harapkan dapat menjadi bekalan buat aku sebagai seorang suami kepada isterinya yang tercinta.

Beberapa hari lagi akan terpahat satu lagi sejarah dalam kehidupan aku. Isu perkahwinan yang sebelum ini hanya impian dan cita-cita, gurauan bersama teman-teman, akan menjadi satu realiti buat diri aku. Dan aku tahu, aku harus menghadapi dengan sebaiknya. Bukan sekadar hanya menghalalkan hubungan suami isteri, tapi bagi aku, perkahwinan ini adalah sebagai satu platform bagi aku dan isteriku bersama-sama untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai dai'e di jalan Allah. Kalau hanya sekadar kerana ingin memenuhi kehendak tabii sebagai manusia, terlalu ramai wanita di luar sana yang boleh mengisi kehendak tersebut. Tetapi bagi aku, setiap kali aku berhadapan dengan wanita, perkara pertama yang menjadi skema bagi aku adalah: "Adakah dia (wanita) ini boleh bantu aku dalam kerja dakwah?" Perkara ini yang sentiasa bermain dalam fikiran aku. Dan akhirnya.... aku dipertemukan dengan seorang wanita yang baik pekertinya, elok rupa parasnya dan... hebat kesungguhannya bekerja di dalam jalan Allah.
"Semoga kehadiranmu dalam hidupku dapat meniupkan lagi semangatku dalam kerja yang mulia ini ! "
" Ya Allah, Engkau berkatilah jodoh yang telah Engkau tentukan ini, Dan jadikanlah aku sebagai seorang suami yang patuh perintahMU serta jadikanlah isteriku sebagai penyejuk hati bagiku, Dan Engkau jadikanlah pertemuanku dengan isteriku ini sebagai satu lonjakan bagi kami terus melakukan kerja-kerja untuk agamaMU... Amin Ya Rabb al-'Alamin "

19 April 2007

12 April 2007

ALHAMDULILLAH TELAH DITEMUI


Daripada Perniagaan Kepada Wakaf

Mulai Januari 2007, Kolej Jaiputra telah bertukar konsep daripada organisasi milik persendirian (swasta) kepada organisasi wakaf. Ini bermakna kolej ini tidak lagi menjadi milik individu atau kumpulan tertentu sebaliknya semua pelaburan yang lalu dan akan datang telah dan akan diwakafkan kepada milik umat Islam.

Kolej ini akan dioperasikan atas dasar kebajikan dan tidak bermotifkan keuntungan. Objektif utama perubahan ini adalah pertama, untuk memberi peluang kepada seberapa ramai anak bangsa untuk meneruskan pengajian ke peringkat tinggi dalam bidang fardhu ain dan fardhu kifayah yang amat diperlukan oleh ummah. Dan kedua, membuka peluang kepada lebih ramai umat Islam untuk memberi infaq dan mewakafkan harta untuk perjuangan memartabatkan pendidikan Islam peringkat tinggi.


06 April 2007

Kau Inspirasiku Ya Rasulallah SAW

Diriku berlari * Kejar buih di kaki sirahmu * Malangnya tak jumpa * Hilang ditelan ombak masa * Lelah aku * Dan termangu di sini * Mencari sinar * Ku cuba mengutip * Butir bistari di pesisir kalammu * Inginku sematkan * Menghiasi dada kehidupanku * Lalu terang destinasi abadi * Di hujung langkahku * Kau inspirasi * Jiwa nan suci * Inginku terus selami * Di dasar dirimu kilau cahaya * Mutiara putih * Menyinar ke dalam lubuk jiwa * Nan gelap gelita * Di dasar dirimu * Karang indah * Halus penuh seni * Meneguh perjuangan kebenaran * Hikmah pekerti * Kau inspirasi * Jiwa nan suci * Ingin ku terus selami * Kau inspirasi * Permata hati * Ingin ku terus dekati * Kau inspirasi * Walau kau pergi * Namun ku tetap di sini...

09 March 2007

Aurat oh aurat !

Kenapa masyarakat kita hari ini (terutama pada wanita Islam) melihat aurat itu hanya pada tudung sahaja? Atau kenapa mereka hanya faham bahawa aurat itu semua anggota badan yang hanya perlu ditutup, tanpa melihat bagaimana bentuk atau cara menutup tersebut? Dan banyak lagi persoalan sebenarnya berkenaan dengan isu ini. Bagi aku, walaupun sudah ramai wanita kita yang bertudung dan menutup aurat, tapi pada hakikatnya masih banyak yang mereka tidak fahami berkenaan dengan konsep menutup aurat ni. Antaranya; mereka menutup aurat, tetapi bagi mereka aurat itu hanya pada tudung, bukan pada anggota badan yang lain. Mereka menutup aurat, tetapi mereka tetap juga menampakkan bentuk tubuh badan mereka. Mereka menutup aurat, tetapi masih lagi tetap ada unsur-unsur tabarruj (jangok kalau ikut bahasa Kelantan) yang mana kononya adalah fesyen busana muslimah. Bagi aku, unsur tabarruj ini lah yang mereka masih tak faham-faham lagi.
Kemudian seperkara lagi, kenapa timbul di kalangan wanita Islam hari ini yang berkata mereka hanya akan memakai tudung (sepatutnya menutup aurat) bila sudah sampai seru? Ataupun bertudung (sekali lagi sepatutnya menutup aurat) bila diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah? Bukan ke perintah menutup aurat ini adalah suatu perintah dari Allah yang telah ada sejak dari dulu lagi? Sepatutnya, sejak mula-mula kita menghirup oksigen di dunia ini, dan sejak kita membuka mata kita buat pertama kali setelah keluar dari rahim ibu, semua perintah dari Allah itu secara otomatiknya ditujukan kepada kita semua. Jadi kenapa pula kita perlu tangguhkan perlaksanaan semua perintah Allah; baik perintah melaksanakan mahupun perintah meninggalkan, pada suatu masa tertentu, sedangkan perintah tersebut telah pun ada? Bila fikir semula persoalan-persoalan ni, aku jadi tidak faham dan pening dengan masyakarat kita sekarang ni. Tak tahu la apa nak jadi....

03 March 2007

Ayat-ayat Cinta

Assalamualaikum...
Sebetulnya aku bukan seorang penggemar buku novel. Lantaran itu terlalu sedikit kiranya buku novel yang pernah aku baca. Kalau tak silap aku, hanya 4 buah novel dalam bahasa melayu yang aku pernah baca. Pertama novel 'Jibam' yang aku tak ingat bila aku baca novel ni. Kemudian kedua adalah novel 'Imam' karya sasterawan negara aku baca sungguh-sungguh pada tahun 1996. Ketiga adalah novel 'ADAM - Aku Darah Anak Malaysia' (kalau tak silap aku) yang aku baca ketika aku di Irbid. Dan yang terkini, 'Ayat-ayat Cinta', sebuah novel best seller di Indonesia tahun 2006 karya Habiburrahman el-Sherazy. Dalam ke empat-empat novel tersebut, 'Imam' dan 'Ayat-ayat Cinta adalah novel yang mempunyai sentuhan serta nilai-nilai Islam.

Ok kali aku nak bercerita sedikit tentang novel 'Ayat-ayat Cinta' yang aku habis membacanya pada hari ni. 2 hari aku pulun membaca novel ni dek kerana tarikan yang ada padanya. Sebuah novel yang mengisahkan perjalanan hidup seorang mahasiswa Indonesia peringkat MA al-Azhar di Mesir. Bermula dengan kisah di dalam Metro yang cukup untuk menonjolkan peribadi dan tahap kefahamannya tentang agama Islam sehingga mampu berdepan dengan masyarakat arab di Mesir. Dan perjalanannya berterusan dengan beberapa rentetan peristiwa suka, duka, romantik, dramatik, keinsafan sehinggalah ke akhir cerita, ke semuanya cuba untuk disertakan di dalamnya nilai-nilai islam yang menginsafkan jiwa. Aku rasa tak perlu aku ceritakan sinopsis novel tersebut di sini. Tapi ada sedikit komentar yang aku ingin kongsikan di sini.

Pertama sekali, bila selesai sahaja membaca novel ni, aku boleh katakan bahawa, kisah di dalamnya melalui gambaran watak-watak yang ada adalah terlalu idealistik tetapi tidak mustahil boleh berlaku. Ini kerana aku melihat, hampir ke semua watak, terutama watak utama iaitu Fahri, kelihatannya terlalu baik dan boleh berhadapan dengan apa jua situasi di Mesir, dan dengan sesiapa jua. Kalau dilihat pada realitinya semasa, aku rasa susah nak jumpa orang seperti Fahri di dalam novel ni. Tapi seperti aku katakan, too idealistic but it's not impossible.

Kedua, novel ini agak banyak senario yang melibatkan wanita. Walaupun keterlibatan watak lelaki juga tidak kurang, tapi aku rasa seolah-olah kewanitaan itu lebih mendominasi. Mungkin kerana novel ini berkisar tentang cinta dalam pelbagai sudut, agaknya laaa...

Ketiga, nilai islam yang dimasukkan ternyata mampu mengesankan hati pembacanya. Setiap ayat quran dan hadis disebutkan sumbernya, begitu juga dengan fakta-fakta yang pelbagai, sehinggalah kepada penghayatan islam itu yang dapat dilihat melalui jalan ceritanya yang dibawa oleh setiap watak utama. Boleh dikatakan hampir keseluruhan cerita ini tidak terlepas daripada dimasukkan nilai-nilai islam. Mahu dikatakan novel ini sebagai novel ilmiah, rasanya tidak. Tetapi untuk mengatakan novel ni sepenuhnya novel semata-mata, pun tidak juga. Aku rasa, ini adalah antara novel yang berjaya mengadun sebuah cerita bersama-sama dengan unsur-unsur ilmiah yang terlalu jarang untuk kita temui.

Kesimpulan aku terhadap novel ni, sebuah novel yang cukup baik. Dan alangkah elok sekiranya para remaja kita pada hari ini boleh membaca dan menghayati dan mengambil iktibar dari kisah tersebut, terutama perkara yang menyangkut paut tentang cinta. Ini kerana pada hari ini, antara punca kerosakan yang berlaku di kalangan remaja kita adalah yang berkaitan dengan cinta. Semoga dengan pembacaan terhadap novel ini, kita akan menjadi lebih mengerti tentang apakah dia cinta yang sebenar, cinta yang hakiki......

Sabtu, 3/3/2007, 22:29 pm

21 February 2007

Jazakumullah Khaira

Ucapan khas buat sahabat-sahabat x-Yarmouk di Johor (JB, BP, Muar)
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat kalian semua di atas layanan yang telah diberikan sewaktu kita bersama di Johor. Kepada Ijen (dan Osman), Sahrin (dan keluarga), Ton (dan keluarga), Akmal, Zamri, Bern, Hazwan dan bro Zulfeka; terima kasih kerana sudi untuk bertemu dengan ana di sana. Kalian bukan rakan ana, bukan kawan ana, tetapi kalian adalah sahabat ana. Semoga kebersamaan kita semasa di Johor akan memperkuatkan lagi ikatan ukhuwah yang telah terbina agar ianya kekal buat selama-lamanya.
Ingat kembali siapa kita, ingat kembali peranan kita, ingat kembali tugas dan tanggungjawab kita. Hanya itu sahaja yang dapat mempertemukan kita di atas jalan Allah.
Ana minta maaf atas segala bebanan yang ditanggung, dan minta halal semuanya. Insya allah, kedatangan antum semua ke Kelantan akan di sambut dan sentiasa dinanti-nantikan.
Jazakallahu khairan kathira

13 February 2007

Ababil...? Sijjiil...?

Assalamualaikum...

Semalam aku telah diamanahkan untuk menyampaikan tafsir surah al-Fil dalam halaqah. Bagi menyempurnakan tugasan tersebut, aku terpaksa membelek beberapa buat kitab tafsir, antaranya Tafsir Ibn Kathir (versi Syamilah 2.0), Mukhtasar Tafsir Ibn Kathir oleh Dr, Ali al-Sobbuni, Fi Zilal al-Quran oleh Said Qutb dan Sofwah al-Tafasir oleh Dr. Ali al-Sobbuni. Ketika membelek kitab-kitab tersebut, ada 2 perkara baru yang aku dapati yang mana ianya berbeza dengan apa yang kita sedia maklum berkenaan kisah yang terdapat di dalam surah al-Fil.

Pertama; di dalam kitab-kitab tafsir yang aku rujuk tersebut, tidak dinyatakan di dalamnya nama burung yang diutus oleh Allah itu adalah burung Ababil. Sedangkan apa yang telah diajarkan kepada kita sewaktu di sekolah, burung tersebut namanya burung Ababil. Aku tak tahu darimana datangnya nama burung tersebut burung Ababil, sedangkan di dalam kitab tafsir menyebut, ababil itu menunjukkan tentang bagaimana burung-burung yang diutus Allah itu datang dalam berkelompok-kelompok dan berbondong-bondong dalam satu jumlah yang terlalu banyak. Tidak terdapat penerangan yang jelas tentang nama burung tersebut, jenisnya, rupa bentuknya, dan dari mana datangnya burung tersebut (walaupun ada sesetengah mufassir menyebut burung tersebut datang dari laut - wallahualam). Jika begitu yang terdapat di dalam kitab tafsir, jadi bagaimana boleh timbul tentang nama burung tersebut adalah Ababil?

Kedua; diceritakan juga kepada kita bahawa batu yang dilemparkan oleh burung tersebut adalah batu dari neraka. Sedangkan dari apa yang aku telah baca, tak disebutkan pun langsung bahawa batu itu adalah batu dari neraka. Di dalam kitab tafsir dinyatakan bahawa burung-burung yang diutus Allah itu membawa 3 butir batu; 1 di paruhnya, dan 2 lagi pada kedua kakinya. Dan batu tersebut dinyatakan di dalam al-Quran dengan بحجرة من سجيل iaitu yang bermaksud: batu daripada sijjil. Jika kita melihat pada terjemahan perkataan sijjil ini ia bererti tanah yang telah dipejalkan. Perkataan sijjil ini terdapat pada 2 tempat yang lain selain di dalam surah al-Fil iaitu pada surah Hud: 82 dan al-Hijr:74. Dan sijjil yang ada pada kedua tempat ini ditafsir oleh ulama sebagai tanah yang dikeraskan / dipejalkan dan kemudian dibakar. Jadi kita boleh katakan di sini bahawa sijjil yang ada pada surah al-Fil ini juga adalah gumpalan tanah yang telah dikeraskan dan dibakar sehingga menjadi batu yang cukup keras dan panas. Tetapi di dalam penerangan yang ada dalam kitab tafsir tentang sijjil ini, tidak dinyatakan pun bahawa batu tersebut adalah dari neraka (walaupun kemungkinan tu ada kerana Allah Maha Berkuasa). Jadi bagaimana kita kata bahawa batu yang dilemparkan oleh burung tersebut adalah batu dari neraka?

Hmm... selepas fikir-fikir semula, aku boleh simpulkan di sini bahawa sememangnya terlalu banyak cerita-cerita yang kita dok dengar selama ni ada kesilapan. Itu semua adalah disebabkan kemasukan terlalu banyak sumber-sumber dari Israiliyyat ataupun dari hadis-hadis yang tidak thabit dari Rasulullah SAW. Jadi kita sebagai orang Islam (terutama yang ngaji ilmu agama) kena banyak membaca dan buat kajian. Kalau tak, masyarakat kita akan terus hanyut dengan kisah-kisah dan cerita-cerita yang ntah dari mana datangnya sehingga kita menjadi terlalu jauh dengan yang haq dan yang sahih.

Wallahualam

06 February 2007

Subhanallah...

Subhanallah... itu lah sebaik-baik kalimah yang mampu aku ucapkan bilamana aku membaca al-Quran pada ayat ke 125 surah al-An'am (sila rujuk al-Quran & terjemahannya). Firman Allah Taala pada ayat tersebut yang bermaksud:

"Maka sesiapa yang diingini oleh Allah untuk diberi hidayahNya, (Allah) akan menerangkan hatinya dengan Islam, Dan sesiapa yang diingini oleh Allah untuk disesatkanNya, (maka Allah) akan menjadikan dadanya sesak yang (teramat) menyakitkan, seolah-olah seperti dia sedang naik ke langit...".

Apa yang aku nak sebut disini, bukanlah berkenaan dengan hidayah atau kesesatan. Tapi yang membuatkan aku tersentuh di sini adalah berkenaan dengan perumpaan yang Allah sebut di dalam ayat ni. Allah kata, orang yang tidak mendapat petunjuk dari Allah dengan cahaya Islam, dada-dada mereka akan menjadi teramat-amat sesak, sempit, semput yang teramat-amat menyakitkan, seperti keperitan dada manusia apabila naik atau berada di tempat yang tinggi. Ayat ini sebagai salah satu bukti yang menunjukkan kepada kita bahawa kitab al-Quran sebagai sebuah kita yang terkandung di dalamnya pelbagai yang perkara yang berkaitan dengan kehidupan manusia, termasuklah yang bersangkut paut dengan ilmu sains. Boleh tak kita bayangkan, bagaimana umat selain Islam pada zaman dulu, yang masih tercari erti kehidupan yang sebenar, berada dalam zaman kegelapan (rujuk zaman gelap di Eropah), tetapi Islam telah pun bercakap tentang ilmu sains. Pada waktu tersebut, mana ada lagi orang mengetahui bahawa makin tinggi kita naik ke atas, makin sukar untuk kita bernafas. Apatah lagi kalau kita naik sampai ke angkasa. Takde siapa yang tahu tentang perkara ni melainkan umat Islam melalui kitab al-Quran. Mereka (orang kafir) hanya tahu tentang perkara setelah berabad-abad lamanya setelah ayat ni turunkan kepada Rasulullah SAW, dan dibuktikan secara pasti bila mereka mula meneroka angkasa. Subhanallah, subhanallah, subahanallah... inilah dia al-Quran (rujuk Islam). Andaikata kalau umat Islam menggunakan dengan secukup-cukup segala apa yang ada di dalam al-Quran, pasti kita akan kembali menjadi umat yang kuat di atas muka bumi ni. Fikir-fikirkanlah, dimana diri kita pada hari ini...

05 February 2007

RM50 & RM1

Al-Kisah….

Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya, "Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?" Lima puluh menjawab "Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama.. tempat-tempat cam tuh lah. Eh, ko camner lak?" Duit seringgit menjawab perlahan seraya menunduk, "Hmm.. bosan.. balik balik tempat sama.. surau, masjid, surau…"

Tagged from http://safiukhwah.blogspot.com

30 January 2007

Re-post : Puasa Sunat Hari 'Asyura (10 Muharram)

Puasa ‘Asyura (10 Muharram)
Puasa ‘Asyura iaitu puasa pada 10 Muharram adalah antara beberapa jenis puasa yang sunat dikerjakan oleh setiap orang Islam. Bahkan sesetengah ulama meletakkan hukum puasa ‘Asyura ini sebagai sunat muakkad (sunah yang digalakkan) sepertimana yang dapat diistinbatkan daripada hadis berikut:
( سنن أبي داود )
#2442 حدثنا عبد الله بن مسلمة عن مالك عن هشام بن عروة عن أبيه عن عائشة رضي الله عنها قالت كان يوم عاشوراء يوما تصومه قريش في الجاهلية وكان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصومه في الجاهلية فلما قدم رسول الله صلى الله عليه وسلم المدينة صامه وأمر بصيامه فلما فرض رمضان كان هو الفريضة وترك عاشوراء فمن شاء صامه ومن شاء تركه.
تحقيق الألباني : صحيح
Maksudnya: Daripada Aisyah radiallahu’anha telah berkata: Hari ‘Asyura adalah hari yang mana orang Quraisy berpuasa pada masa jahiliyyah mereka. Dan Rasullullah SAW juga berpuasa pada hari tersebut pada zaman jahiliyyah. Apabila Rasullullah SAW sampai di Madinah (hijrah), Baginda SAW masih lagi berpuasa (‘Asyura) dan memerintahkannya (puasa ‘Asyura) dikerjakan. Dan apabila difardhukan bulan Ramadhan dengan kewajipan berpuasa, maka amalan puasa ‘Asyura diserahkan pada setiap individu samada mahu melakukannya atau meninggalkannya – Sahih


Baca lagi...

16 January 2007

Anak Singa Diubah Menjadi Kijang Yang Pengecut...

Zaman satu bangsa yang hina
tidak pernah sunyi dari ilmuwan, sasterawan dan orang yang arif bijaksana!
Mereka dipecahbelahkan dengan berbagai ideologi
tetapi semua ideologi itu tertumpu kepada satu rencana:
Mereka ajar anak singa agar menjadi kijang yang pengecut
dan mereka hapuskan kisah-kisah singa pada bicara zaman silam
Cita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan perhambaan
Seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendiakawan

(Muhammad Iqbal, Dewan Dharb al-Kalim)

* Bila baca puisi ni, terasa betapa teruk umat Islam pada hari ini diperhinakan oleh musuh sendiri.

06 January 2007

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Assalamualaikum...
Di kalangan kita mungkin memahami apa yang dimaksudkan dengan ayat ini. Dan kita juga mungkin sudah maklum, daripada surah apakah ayat ini dipetik. Allah berfirman dalam surat al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud:
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya…"

Daripada ayat yang mulia ini, kita dapat simpulkan bahawa setiap muslim bertanggungjawab untuk melaksanakan segala perintah Allah serta menjauhkan laranganNya kerana kita yakin bahawa perintah dari Allah semuanya adalah berkadaran dengan kekuatan dan kemampuan kita. Allah tidak akan sama sekali memerintahkan kita untuk melakukan sesuatu yang di luar keupayaan dan kemampuan kita, kerana jika ada suatu perintah yang pasti tidak mampu dilakukan oleh manusia, pasti perintah tersebut akan bertentangan dengan kaedah umum agama Islam iaitu memudahkan tidak menyusahkan. Dalam surah al-Baqarah ayat 185, Allah telah berfirman yang bermaksud:
"…(dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran…"

Begitu juga seperti yang terdapat di dalam surah al-Syarh ayat 5-6 yang bermaksud:

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan"

Yang mana setiap yang Allah perintahkan, di situ pasti ada kemudahan. Bukan setakat di dalam al-Quran sahaja, bahkan Rasulullah SAW juga telah mentaukidkan lagi kaedah umum seperti yang boleh kita lihat dalam sabda Baginda SAW:

" يسروا ولا تعسروا وسكنوا ولا تنفروا "
Bermaksud: “ Permudahkanlah dan jangan meyusahkan …” -muttafaqun ilahi-

Inilah dia salah satu sudut yang boleh kita fahami daripada ayat di atas. Akan tetapi malangnya, ada di kalangan kita yang menggunakan ayat dalam surah al-Baqarah ini sebagai hujah untuk dia tidak melakukan apa yang telah diperintahkan kepadanya untuk melakukan atau untuk menjauhi suatu larangan. Atau sekurang-kurangnya mengeluh terhadap suruhan dan larangan yang terpaksa dia patuhi. Dalam bab ibadah fardhu mungkin jarang kita berjumpa dengan sesorang yang meninggalkan kefardhuan tersebut dengan hujah ini, kerana pada akhirnya mereka terpaksa juga untuk melaksanakannya. Akan tetapi apabila kita bercakap berkenaan dengan ibadah sunat, atau suatu perkara yang digalakkan dalam Islam untuk kita melakukanya, kita sering berjumpa dengan mereka yang berkata: “Buat apa nak susah-susah, buat yang wajib saje, sudahlah!” atau yang akan berkata begini: “Kan nabi dah bagi jaminan, siapa yang patuh pada perkara-perkara wajib saje dah cukup untuk dia masuk dalam syurga. Bukan cakap kosong, tapi ada dalam hadis, sahih lagi!” dan banyak lagi.

Benar, apa yang dikatakan oleh orang itu memang tidak salah. Bahkan ianya bertepatan dengan konsep Islam itu sebagai agama yang mudah. Tapi kita perlu ingat, bahawa kita ini bukan manusia yang maksum seperti para nabi dan rasul, dan kita juga bukan orang yang dijanjikan syurga seperti mana para sahabat ra, dan kita juga tidak mengetahui, adakah kita ini akan diberi peluang oleh Allah untuk mendapat syahid ataupun tidak. Oleh yang demikian, mahu atau pun tidak, kita pasti akan dikenakan balasan di neraka sebelum dimasukkan ke dalam syurga. Jadi apa usaha kita untuk mengurangkan serta menghapuskan dosa yang boleh membawa kita ke neraka? Tidak lain dan tidak bukan adalah dengan melaksanakan segala amalan-amalan sunat dan kebaikan.

Oleh yang demikian, jika kita merasakan sudah cukup hanya dengan melakukan perkara yang wajib sahaja, seolah-olah kita telah menafikan peluang yang Allah telah beri kepada kita untuk menghapuskan dosa kita. Apatah lagi andai kita ini sebenarnya memang berkemampuan untuk melakukan amalan tersebut.

Kita perlu menyedari, selain daripada pemahaman kita terhadap ayat di atas seperti mana yang telah disebutkan, ada lagi sudut lain untuk memahami ayat tersebut. Kita perlu faham bahawa, Allah tidak akan sekali-kali memerintahkan kita (menawarkan pahala) dengan sesuatu melainkan Dia tahu bahawa kita ini sebenarnya mampu untuk melakukannya. Ini adalah salah satu bentuk peluang yang Allah berikan kepada kita untuk membuat kebaikan. Apa gunanya andai Allah merintahkan kita dengan sesuatu, tetapi Dia tahu bahawa kita tidak akan mampu untuk melaksanakannya. Pasti perkara itu akan menjadi sia-sia, sedangkan Allah sendiri telah mengistiharkan bahawa segala ciptaanNya tidak ada yang sia-sia. Daripada kefahaman inilah yang kita boleh gunakan untuk kita menjawab kepada mereka yang sentiasa mengeluh kerana tidak mampu melaksanakan sesuatu perkara, terutama yang berkaitan dengan agama kita. Andaikata ada suatu amalan sunat atau kebaikan yang mereka tidak mampu lakukan (mungkin kerana uzur atau sebab yang syar’ie), pasti ada amalan lain yang mampu dilakukan sebagai alternatif untuk menambahkan lagi pahala kita. Semoga kita sama-sama dapat merebut segala peluang dan ruang membuat kebaikan dan pahala yang Allah telah sediakan buat hamba-hambaNYA, Amin…

Wallahu’alam.