31 May 2006

Upload

Assalamualaikum...

Baru ni aku berjaya letak media player kat blog aku. Tujuan aku tak lain tak bukan untuk memperkenalkan nasyeed arab yang ada kat simpanan aku. Sebab aku rasa, nasyeed arab sekarang sudah mula agak menarik, dan akibatnya, bertambah kurang la ke'minat'an aku terhadap nasyeed melayu yang amat 'kureng' sekarang.

Untuk permulaan, aku dah upload lagu dari album حن الفؤاد 2006 bertajuk 'Kulma' nyanyian Abd. Qader Qauza'. Dan terbukti, setakat yang dah dengar lagu ni, diorang kata best. Baguih la..

Tapi la ni aku nak tukar lagu lain pula. Aku akan upload lagu dari Muhammad Husayyan dari album dia, Syukran Ilahi. Bagi aku, album ni ada nostalgianya tersendiri buat aku. Mana tak nya, aku mula minat dgn nasyeed arab ni lepas dgr nasyeed dari album ni la. Ni semua Im yang punya pasal, sbb dia bagi aku dengar album ni, habis sampai la ni aku jadi syok dengan nasyeed arab. Dan satu lagi, lagu ni mengimbas kembali kenangan aku waktu aku mula-mula sampai kat Irbid, Jordan, duduk sorang-sorang kat bilik Im di Sakan Sakran sambil tak buat apa-apa (time tu urusan tasjil jamiah tak buat lagi) huhuhu... Lantas daku terkenang segala memori indah ketika di sana bersama teman-teman, sahabat dan adik-adik yang tersayang... (ceh emosi plak aku kali ni)..

Maka dengarkan lah.......

16 May 2006

MPP 2006/2007

Assalamualaikum...

Ok, memandangkan aku masih lagi berada dalam mood untuk kemaskini blog aku, kali ni aku post pula berkenaan dengan Pilihanraya MPPKJ 06/07 yang berlangsung baru-baru ni, yang mana PIC nya adalah....AKU sendiri.

Rupa-rupanya, payah juga nak menguruskan perkara macam ni. Payah bukan bererti perkara susah nak dilaksanakan sampai tak mampu nak buat, tapi payah sebab banyak urusannya dan melecehkan. Banyak sangat yang nak kena fikir dan yang nak kena rancang.

'Ala kulli hal, program ni pun dah selesai dengan lancar, alhamdulillah. Dan yang paling penting, banyak pengalaman dan kemahiran-kemahiran yang aku dapat dari prog ni sebagai PIC.

Beberapa gambar suasana majlis pilihanraya tersebut.
* proses semakan pelajar

* abg iem : mana la budak-budak yg nak semak nama dgn aku ni...

* suasana dewan yang mendapat pujian dari En. Wan (hins..hins..hins..)

* nak buang undi pun nak kena amik gambar gak ke..

* abg iem lagi...

* selepas pengumuman keputusan pilihanraya...(teruk betul la design yang aku buat utk banner kat belakang tu..)

15 May 2006

Turun ke laut....

Assalamualaikum...

Oleh kerana ada permintaan dari 'individu tertentu', maka aku dengan segala usaha untuk merajinkan diri, meng 'up to date' kan blog aku ni. Sebagai permulaan, aku nak lampirkan sebahagian gambar waktu aku join beberapa orang staff dan pelajar kolej untuk turun ke laut baru-baru ni, yang mana dengan satu tujuan: MENYANDAT SOTONG hehehehe

Malas rasanya nak bercerita, jadi korang semua reka la cerita korang sendiri berdasarkan pada gambar yang aku post ni. Jangan buat cerita yang pelik-pelik, udah ler...


* sebelum berangkat...


* dalam perjalanan

* punya la lama nak sampai ke 'lubuk' - 3 jam

* menyandat time..! (sengaja tunjuk gambar ni..)

Hasilnya: 9 ekor sotong berjaya di bawa pulang (walaupun sepatutnya boleh banyak lagi sebab tengah musim) tapi....semua sotong tu bukan kitorang yang tangkap, tekong bot yang tangkap semua tu...huhuhu. Disebabkan takde sorang pun daripada kitorang yang berpengalam menyandat...huhuhuh

Moral : Tuntutlah ilmu menyandat di tengah laut sebelum pergi menyandat