24 July 2019

بسم الله الرحمن الرحيم

Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Ujian akan sentiasa menimpa orang mukmin samada lelaki mahupun wanita, pada dirinya, anak dan hartanya hingga ia bertemu Allah dengan tidak membawa satu kesalahan (dosa) pun atasnya." (Sunan Tirmidzi no. 2323) Hasan Sahih.


Pengajaran:

1. Setiap ujian atau musibah yang dihadapi oleh orang mukmin sama ada pada dirinya, harta serta ahli keluarganya adalah sebagai pengampun dosa-dosanya.

2. al-Baghawi menyatakan: Tidak ada satupun musibah yang menimpa seorang hamba, demikian pula yang lebih besar (dan luas) darinya, kecuali kerana sebab dosa yang Allah mengampuninyahanya dengan (cara menimpakan) musibah tersebut (kepadanya) atau Allah hendak mengangkat darjatnya (kepada suatu darjat kemuliaan) hanya dengan (cara menimpakan) musibah tersebut (kepadanya) - Tafsir al-Baghawi 4/85.

3. Ada muslim di hari akhirat nanti diampunkan semua dosasnya ketika bertemu Allah kerana kesabaran dan ketabahan menghadapi ujian berbentuk musibah semasa di dunia.

4. Antara tujuan utama Allah SWT menimpakan ujian kepada hamba-Nya adalah untuk mengetahui siapakah di atara mereka yang baik amalannya. Firman Allah SWT:

الذي خلق الموت والحياة ليبلوكم أيكم أحسن عملا

"Dia lah yang telah mentaqdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu siapakan yang  di antara kamu yang lebih baik amalnya" al-Mulk: 2

No comments: