Alhamdulillah, diberi peluang juga untuk mencoret sesuatu dalam blog ini (walaupun sedar, tidak ramai yang membaca atau mengikuti blog yang ntah apa-apa ini).
Sejak kebelakangan ini, banyak peristiwa yang berlaku di sekeliling kita. Macam-macam yang telah berlaku. Dan jika disenaraikan di sini, mungkin terlalu banyak.
Berita yang menarik diikuti, sudah pasti berita yang berkait dengan politik. Pelbagai jenis berita yang ada. Dan kebanyakkan berita-berita tersebut, sudah pasti diperolehi dari internet. Sumber berita arus perdana bagaiamana? Masih lagi mengikutinya, dan membacanya. Cuma bila membaca berita-berita dari sumber media arus perdana hari ini, terkadang boleh menimbulkan rasa loya di tekak. Terkadang juga, terasa diperbodohkan pula. Tapi hanya pada isu-isu politik sahaja. Isu lain, seperti biasa.
Berita dan perkembangan dunia, juga pelbagai yang telah berlaku. Isu kebangkitan rakyat Mesir dan beberapa negara Arab masih lagi panas. Isu bencana alam, juga tidak henti-henti dilaporkan. Terkini, terbaca satu berita bagaimana Jepun sekali lagi dilanda dengan gempa bumi. Tidak pasti bagaimana keadaannya sekarang. Isu pembunuhan Osama bin Laden juga masih lagi diperkatakan. Berbagai teori dikemukan. Tapi yang pasti, saya sendiri sedang menunggu perkembangan terbaru, kalau-kalau al-Zawahari akan keluarkan kenyataan bahawa Osama masih hidup. Ataupun Osama sendiri yang buat kenyataan. Kalau berlaku, pasti huru-hara dibuatnya...hehehe.
Berita dan perkembangan diri sendiri, kolej sedang bercuti. Insya allah akan mula dibuka untuk semester Jun 2011 pada minggu hadapan. Sedang menantikan perkembangan pelajar antarabangsa yang akan belajar di kolej. Sri Lanka, China, Kemboja, Indonesia, Vietnam, Thailand dan Indonesia. Tidak dapat bayangkan bagaimana keadaannya nanti. Harapnya kedatangan mereka akan memberikan sinar baru buat kolej. Diri sendiri...., sekarang ini sedang mengalami sakit tekak, sehingga tidak mampu untuk mengeluarkan suara. Mungkin di sana ada hikmahnya untuk dicari dan diambil pengajaran darinya. Insya allah, minggu depan juga merancang untuk pulang ke Kedah, hadir ke kenduri Mak Ngah. Dan kemudian akan terus bermusafir ke KL bagi DAI bulan Jun. Semoga dipermudahkan segala urusan.
Amin....
No comments:
Post a Comment