18 July 2006

Arrgghhh..!!!

SEDIH, MARAH, BENGANG, BENCI, TENSION, MENYAMPAH, PENING, GERAM, MELUAT, KECEWA, PELIK, TERTANYA-TANYA.....HARAPAN.

Ini lah dia perasaan yang aku sedang alami sekarang. Perasaan yang bercampur baur di antara yang positif dengan negatif. Satu persatu perasaan ni datang dalam diri berikutan suasana yang berlaku di dunia pada hari ini. Dan sudah semestinya, isu yang mendorong kesemua perasaan ini adalah tindakan rejim Yahudi Laknatullah, gangster dunia, kaum yang berjiwa binatang, dengan rakusnya membunuh dan membantai umat Islam di Palestin dan juga di selatan Lubnan.

SEDIH kerana melihatkan umat Islam di sana diperlakukan sedemikian rupa tanpa ada pembelaan yang sewajarnya. Nyawa kanak-kanak, wanita dan orang tua seoalah-olah tidak berharga dan boleh diperbuat apa sahaja. Kanak-kanak kehilangan ibu bapa, ibu bapa kehilangan anak-anak, suami kehilangan isteri, isteri kehilangan suami, orang tua kehilangan tempat perlindungan, dan pelbagai lagi musibah yang menyedihkan kita melanda saudara kita di sana.

MARAH dan BENGANG dengan perangai kurang ajar rejim yahudi laknaktullah (semoga Allah menghapuskan mereka) yang sewenang-wenangnya berbuat suka hati mak bapak mereka. Sebuah bangsa yang telah dikenal pasti di antara bangsa yang paling penakut berhadapan dengan situasi peperangan (menyorok di sebalik tembok sepertimana yang telah digambarkan oleh Allah di dalam al-Quran) lantas menggunakan segala kemampuan teknologi dan pengaruh mereka untuk menutup sifat penakut dan bacul mereka tersebut. Kalau mereka inginkan peperangan, biar dengan cara yang betul. Kita yakin bahawa umat Islam akan maju ke depan, turun ke medan peperangan andainya mereka inginkan peperangan. Sejarah telah pun membuktikan, umat Islam (yang hakiki) adalah umat yang berani dan hebat di medan peperangan. Yahudi boleh cuba kalau mereka nak tahu, setakat mana kekuatan spirit umat Islam di medan peperangan.....

BENCI, MENYAMPAH, GERAM dan KECEWA bila melihatkan respon antarabangsa terhadap isu yang jelas melanggar undang-undang dunia dan juga kemanusiaan. Di sebalik isu inilah Amerika dan sekutunya (laknatullahi alaihim) memperlihatkan wajah dolak dalih mereka. Dan pada isu ini juga lah kita dapat melihat peranan yang dimainkan oleh yahudi laknatullah dalam mempengaruhi dan menguasai kuasa besar dunia. PBB diperguna dan diperbodohkan oleh Amerika, Kesatuan Eropah senyap seribu bahasa, OIC hanya menjadi o..i see yang hanya tahu melihat dan berkata-kata tanpa apa-apa tindakan (sia-sia je jadi pengerusi OIC). Tidak ada lagi tempat untuk umat Islam menuntut keadilan melainkan Allah sahaja yang mampu memberikan kemenangan. TAKBIR...!

MENYAMPAH dan PELIK melihat umat Islam (tidak semua) hari ini (terutama di Malaysia) yang hanya melihat isu Palestin -Yahudi ini hanya sebagai isu yang tiada nilai agama di sisinya. Bagi mereka, isu ini tidak lebih sebagai masalah yang berlaku dalam politik dunia semata-mata. Mereka tidak lagi merasakan kepentingannya dari sudut aqidah kita. Masakan mahu menilai dari kacamata aqidah, diri umat Islam pada hari ini pun sudah banyak yang telah dirosakkan oleh yahudi laknatullah melalui jarum-jarum halus mereka. Lihat sahaja di Malaysia (tak payah nak pergi jauh-jauh). Dalam keadaan umat Islam di bunuh begitu sahaja, kita masih lagi sibuk dan menyemakkan fikiran kita dengan perkara-perkara yang tiada faedahnya dalam Islam. Mentor mentinya, AFnya, hiburan sana-sini, judi, pelacuran dan macam-macam lagi sehingga kita berasa PENING kepala dengan apa yang berlaku di sekitar mereka. Mereka pening kepala dengan benda-benda maksiah ini, tapi tidak ramai di kalangan kita yang pening kepala terhadap masalah yang melanda umat Islam, saudara seaqidah kita pada hari ini. Di mana sensitiviti kita sebagai Muslim dalam isu ni? Ramai yang mampu menyatakan kesedihan mereka, tapi pada hakikatnya, tiada nilai pun dari kesedihan mereka tersebut. Sedih...tapi dalam masa yang sama tiada apa yang dilakukan. Islam tetap tidak diamalkan. AAARRRGGGHHHHH........!!!

HARAPAN....semoga apa yang berlaku di bumi Syam sana akan menjadi titik tolak kebangkitan umat Islam sepertimana yang telah dijanjikan oleh Allah dan RasulNya s.a.w. Andaikata mereka inginkan peperangan, sudah sampai masanya kita menyahut seruan jihad. Inilah masanya untuk kita buktikan kecintaan kita terhadap agama yang benar ini. Inilah juga masanya untuk kita mempertingkatkan lagi kerja-kerja dakwah dan jihad kita, agar di masa yang terdekat ini (insya allah) atau masa yang akan datang, Islam akan kembali berkuasa dan menjadi ustaziatul alam, insya Allah.

ALLAHUAKBAR...!!!

28 June 2006

20 Soalan...

Assalamualaikum...

Posting adalah susulan dari promo aku berkenaan dengan buku 20 Persoalan Asas Tentang Hadis. Berikut adalah soalan-soalan yang terdapat di dalam buku tersebut:

Soalan 1 : Ada pihak yang mengatakan bahawa kita hanya perlu beramal dengan al-Quran dan tidak perlu kepada hadis Nabis s.a.w. Adakah pendapat ini benar?

Soalan 2 : Adakah hadis boleh diertikan sebagai sabda Rasulullah s.a.w?

Soalan 3 : Perkataan 'sanad' dan 'matan' sering disebut apabila orang bercakap tentang hadis. Apakah maksud dua perkataan ini?

Soalan 4 : Apakah kelebihan bagi mereka yang mempelajari hadis dan ilmu-ilmu berkaitan dengannya?

Soalan 5 : Bila dan bagaimanakah hadis dibukukan?

Soalan 6 : Ada sesetengah orang menyebut 'hadis sahih' atau 'hadis dhaif'. Bagaimanakah hadis dikategorikan oleh ulama?

Soalan 7 : Adakah ilmu pengkajian hadis ini berdasarkan kajian ilmiah atau sekadar mengikut pendapat ulama hadis semata-mata?

Soalan 8 : Apakah buku-buku yang patut dirujuk untuk mengenal hadis-hadis sahih?

Soalan 9 : Seringkali orang menyebut 4 buku 'Sunan' iaitu Sunan al-Tirmizi, Sunan Abu Daud, Sunan al-Nasaai dan Sunan Ibn Majah. Apakah kesema hadis di dalam buku-buku ini adalah sahih?

Soalan 10 : Bagaimana darjat hadis dalam buku-buku selain Kutub al-Sittah?

Soalan 11 : Apakah kepentingan kita mengetahui sama ada sesuatu hadis itu sahih atau tidak?

Soalan 12 : Bagaimanakah caranya seseorang ingin memastikan kesahihan sesuatu hadis yang ditemuinya?

Soalan 13 : Adakah ilmu pengkajian hadis hanya terhadap kepada pengkajian yang telah dibuat oleh ulama silam? Bagaimana pula perkembangan ilmu hadis pada zaman ini?

Soalan 14 : Siapakah di antara pengkaji hadis terkemuka pada zaman ini?

Soalan 15 : Ada pendapat yang mengatakan bahawa kita boleh beramal dengan hadis dhaif. Apakah maksud beramal dengan hadis dhaif dan adakah ia memang dibenarkan?

Soalan 16 : Bagaimana munculnya hadis-hadis palsu?

Soalan 17 : Apakah sebab-sebab yang menyebabkan hadis-hadis dhaif dan palsu tersebar dalam kalangan masyarakat?

Soalan 18 : Sebahagian masyarakat kita mengatakan bahawa tidak menjadi kesalahan untuk kita menyebut hadis palsu selagi maksudnya baik dan tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Adakah pendapat ini diterima?

Soalan 19 : Apakah langkah yang telah dilakukan oleh para ulama dalam memberi penjelasan kepada masyarakat berkaitan hadis-hadis dhaif dan palsu?

Soalan 20 : Apakah contoh-contoh hadis dhaif dan palsu yang telah tersebar dalam masyarakat?

Jadi kepada semua yang ingin mengetahui jawapannya, segera dapatkan buku ni di pasaran, sementara stok masih ada..!

25 June 2006

20 Persoalan Hadis

Assalamualaikum..

Rasanya tak terlambat kiranya untuk aku promote sebuah buku baru berkenaan dengan hadis. Sebelum ni memang dah terfikir untuk tolong iklan sikit pasal buku ni waktu mula-mula di pasaran, tapi apakan daya, tak berkesempatan nak berbuat demikian.

'Ala kulli hal, kali ni aku laksanakan juga hajat untuk iklankan buku ni. Tajuk buku "20 Persoalan Tentang Hadis" tulisan Ust. Adlan bin Abdul Aziz. Ini adalah buku pertama yang ditulis oleh penulis, dan ianya memakan masa hampir setahun lebih sehinggalah buku ini berada di pasaran.

Sebuah buku yang menarik bagi mereka yang ingin mengetahui tentang hadis. Buku ni bukan nya sebuah buku yang membicarakan tentang mustolahat yang ada di dalam ilmu-ilmu hadis secara khususnya, tetapi buku ini lebih kepada mengutarakan kepada kita persoalan-persoalan asas yang kita perlu fahami apabila kita bercakap tentang hadis.

Jadi kepada mereka yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi berkenaan dengan buku ni, boleh dapatkannya di kedai-kedai buku yang berdekatan yang ada menjual kitab-kitab agama. Salah sebuah buku terbitan Syarikat Jahabersa.

Selamat membaca..!


RM8 je. Kalau ada yang kata mahal lagi, tak tau la...

24 June 2006

Khatimul Anbiya

Assalamualaikum...

Terasa ingin mencoret sesuatu kali ni. Seketika saya sedang mendengar lagu-lagu dari album Khatimul Anbiya (nasyid arab), tiba-tiba terlintas dalam fikiran tentang beberapa perkara yang berhubung dengan lagu-lagu tersebut. Lagu-lagu di dalamnya kesemuanya adalah berkenaan dengan Habibullah Rasulullah s.a.w, berkenaan dengan risalah yang dibawa baginda, kemuliaan baginda dan pujian-pujian ke atas baginda s.a.w. Dan apa yang diperhatikan terhadap lagu-lagu nasyid arab ni, bukan hanya album Khatimul Anbiya ni, tapi terdapat beberapa lagi buah album yang keluar berselang seli di negara arab, terutama dari negara-negara teluk. Satu persatu album berkenaan dengan junjungan besar diterbitkan. Dan saya merasakan, suasana ini berlaku mungkin disebabkan isu penghinaan ke atas nabi kita melalui karikatur yang telah dilukis dan disiarkan oleh sebuah akhbar di Denmark yang mana telah mengundang kemarahan seluruh umat Islam di dunia. Ada dikalangan umat Islam yang menunjukkan kemarahan mereka berdasarkan emosi semata-mata, sehingga tercetusnya demonstrasi ganas yang menghuru-harakan keadaan. Ada juga yang mengekspresikan kemarahan berdasarkan kepada emosi mereka, tetapi dengan kawalan akal fikiran serta pertimbangan yang waras. Lalu tercetuslah demonstrasi aman, usaha-usaha memboikot barangan Denmark, perbincangan di forum-forum, rundingan, cetusan rasa di dada akhbar dan majalah mahupun di alam maya, demi untuk menyatakan sokongan dan tanda kecintaan terhada nabi serta menyampaikan kefahaman sebenar tentang Islam.

Daripada apa yang telah berlaku di seluruh dunia Islam pada ketika itu (juga sekarang), isu ini juga telah menarik perhatian golongan karyawan islam, antaranya mereka yang terlibat di dalam industri nasyid, terutama di negara-negara Arab. Bermulanya dari timbul isu tersebut, penasyid dari negara Arab telah mengeluarkan satu-persatu album (samada single mahupun kompilasi) yang berkaitan dengan Rasulullah s.a.w. Masing-masing saling bekerjasama dan berlumba-lumba menzahirkan kecintaan mereka terhadap Rasulullah s.a.w melalui alunan-alunan nasyid yang indah dan menyentuh ke dalam hati pendengar, betapa perlunya kita mencintai Rasulullah s.a.w. Album yang mereka telah hasilkan antaranya album Khatimul Anbiya ini. Saya merasakan sesuatu telah menyentuh hati saya bila saya mendengarkan alunan nasyid yang terdapat di dalam album tersebut.

Jadi apa yang saya ingin cetuskan di sini ialah, di mana kita, iaitu para penasyid dari Malaysia berkenaan dengan apa yang telah berlaku di sekitar kira pada hari ini, terutama perkara yang menyentuh tentang agama kita. Apa yang saya dapat perhatikan, tidak banyak di kalangan penasyid kita pada hari ini yang berani untuk berbuat seperti mana yang telah di lakukan oleh saudara-saudara kita yang lain yang berada di tanah arab. Dua keadaan yang cukup berbeza saya rasakan. Saya tidak nampak sesuatu pun daripada penasyid kita yang menzahirkan kecintaan mereka terhadap Rasulullah s.a.w melalui album-album nasyid mereka. Kalau ada pun, tidak sekerap dan sebanyak seperti penasyid Arab. Begitu juga, jika kita andaikan ada, maka yang ada itu pun tidak lebih hanya membawakan bait-bait selawat sahaja, imma yang kita biasa dengar, mahupun selawat yang kita tidak pernah tahu langsung tentangnya.

Bukanlah tujuan tulisan saya ini untuk meng'kondem'kan penasyid tanahair kita, tapi hanya sekadar luahan rasa terhadap apa yang sedang berlaku di dalam industri nasyid tanahair. Maafkan saya jika saya katakan, penasyid Malaysia hari ini tidak lebih hanya sekadar memeriahkan suasana dan mencari keuntungah sahaja, tetapi kesan dan impaknya kepada individu tiada (tidak seperti mana ketika mula-mula nasyid di kontemporarikan). Saya dapat merasakan suasana ini tidak berlaku kepada penasyid luar (seolah-olah nasyid atau lagu berunsur Islam mereka sebagai satu perjuangan yang memperjuangkan prinsip dan pegangan mereka)

Persoalan untuk kita menzahirkan kecintaan kepada Rasulullah s.a.w melalui lagu atau nasyid ini sebenarnya hanya sebahagian sahaja dari tanda bahawa kita adalah mencintai Rasulullah s.a.w. Banyak lagi perkara yang perlu dibincangkan dan diperjelaskan berkenaan dengan perkara ini. Tetapi amat malanglah andai salah satu usaha yang kita mampu lakukan itu (melalui nasyid), kita tidak mampu untuk memanfaatkannya. Harapan saya, suatu hari nanti ada perubahan yang akan berlaku kepada industri nasyid kita, perubahan yang akan membawa kepada kita pemahaman yang sebenar tentang islam, perubahan yang mampu merubah manusia, perubahan yang akan membantu kita mempertingkatkan kecintaan kita kepada junjungan besar Rasulullah s.a.w.

Wallahua'alm

19 June 2006

Lirik 3

Assalamualaikum...

Ok..kali ni aku nak post satu lagi lirik lagu nasyid, tapi nasyid arab. So kalau ada sesiapa yang hebat bahasa arab, boleh dengar lagu ni kat blog aku, dan tolong betulkan kalau ada silap. :)

رسولي

رسولي رسول العدل يا حبا مبينا
حبيبي نبي الخير نجى العالمين

يا رسولي أنت حبي نور قد هداني
لك في قلبي بيوتا بل لك كل كيان
لك من عيني سود ولك من امتناني

رسولي رسول العدل يا حبا مبينا
حبيبي نبي الخير نجى العالمين

شوقي قد صغى مرادي يا رسولي في معان
وبهذا شوقي أرجو لحظة فيها الأمان
لحظة فيها نكون قرب أنا حار الجنان

رسولي رسول العدل يا حبا مبينا
حبيبي نبي الخير نجى العالمين

يا رسولي أنت نبع بالهدى دوما ساقني
عهدك سامي جميل وهو منهاج اتفاني
من أتاه عاش دوما في وداد في أمان

رسولي رسول العدل يا حبا مبينا
حبيبي نبي الخير نجى العالمين

08 June 2006

Parit Kuda

Assalamualaikum...

Baru-baru ni, waktu ke Johor dalam siri kenduri kahwin x-jaipetra, aku berkesempatan untuk berjumpa dengan ust Toni kita, pemilik weblog www.aspirasiku.blogspot.com di Parit Kuda, Semerah, Batu Pahat, Johor. 3hb Jun 2006 adalah pertemuan buat pertama kali dengan Toni setelah hampir setahun lebih tak berjumpa. Pertemuan singkat di Parit Kuda tu adalah sempena kedatangan aku ke Parit Kuda kerana memenuhi jemputan kahwin kawan sekolej dulu.
Pada pertemuan tu, tak dapat nak bersembang lama dengan Toni sebab waktu tu memang agak tengah tergesa-gesa nak ke Melaka. Lagipun, aku datang ke BP pun, ikut orang. Kalau aku bawa kereta sendiri, kemungkinan boleh menyinggah sekejap kat rumah Toni. Sebab tu la dapat jumpa dengan Toni sekejap je. Walaubagaimanapun, kira puas hati juga la sebab dapat peluang jumpa dengan Toni. Kira Toni ni adalah pelajar IKIP+Yarmouk pertama yang aku jumpa setakat ni. Yang lain, tak tau bila. Lepas ni harapnya dapat la kita jumpa ye, tak kira di mana-mana, dan tak kira dalam apa jua suasana...

(Ni versi ubahsuai, dibuat atas permintaan saudara Toni.....)


Toni tersenyum sambil menahan kepanasan matahari di bumi Batu Pahat

31 May 2006

Upload

Assalamualaikum...

Baru ni aku berjaya letak media player kat blog aku. Tujuan aku tak lain tak bukan untuk memperkenalkan nasyeed arab yang ada kat simpanan aku. Sebab aku rasa, nasyeed arab sekarang sudah mula agak menarik, dan akibatnya, bertambah kurang la ke'minat'an aku terhadap nasyeed melayu yang amat 'kureng' sekarang.

Untuk permulaan, aku dah upload lagu dari album حن الفؤاد 2006 bertajuk 'Kulma' nyanyian Abd. Qader Qauza'. Dan terbukti, setakat yang dah dengar lagu ni, diorang kata best. Baguih la..

Tapi la ni aku nak tukar lagu lain pula. Aku akan upload lagu dari Muhammad Husayyan dari album dia, Syukran Ilahi. Bagi aku, album ni ada nostalgianya tersendiri buat aku. Mana tak nya, aku mula minat dgn nasyeed arab ni lepas dgr nasyeed dari album ni la. Ni semua Im yang punya pasal, sbb dia bagi aku dengar album ni, habis sampai la ni aku jadi syok dengan nasyeed arab. Dan satu lagi, lagu ni mengimbas kembali kenangan aku waktu aku mula-mula sampai kat Irbid, Jordan, duduk sorang-sorang kat bilik Im di Sakan Sakran sambil tak buat apa-apa (time tu urusan tasjil jamiah tak buat lagi) huhuhu... Lantas daku terkenang segala memori indah ketika di sana bersama teman-teman, sahabat dan adik-adik yang tersayang... (ceh emosi plak aku kali ni)..

Maka dengarkan lah.......

16 May 2006

MPP 2006/2007

Assalamualaikum...

Ok, memandangkan aku masih lagi berada dalam mood untuk kemaskini blog aku, kali ni aku post pula berkenaan dengan Pilihanraya MPPKJ 06/07 yang berlangsung baru-baru ni, yang mana PIC nya adalah....AKU sendiri.

Rupa-rupanya, payah juga nak menguruskan perkara macam ni. Payah bukan bererti perkara susah nak dilaksanakan sampai tak mampu nak buat, tapi payah sebab banyak urusannya dan melecehkan. Banyak sangat yang nak kena fikir dan yang nak kena rancang.

'Ala kulli hal, program ni pun dah selesai dengan lancar, alhamdulillah. Dan yang paling penting, banyak pengalaman dan kemahiran-kemahiran yang aku dapat dari prog ni sebagai PIC.

Beberapa gambar suasana majlis pilihanraya tersebut.
* proses semakan pelajar

* abg iem : mana la budak-budak yg nak semak nama dgn aku ni...

* suasana dewan yang mendapat pujian dari En. Wan (hins..hins..hins..)

* nak buang undi pun nak kena amik gambar gak ke..

* abg iem lagi...

* selepas pengumuman keputusan pilihanraya...(teruk betul la design yang aku buat utk banner kat belakang tu..)

15 May 2006

Turun ke laut....

Assalamualaikum...

Oleh kerana ada permintaan dari 'individu tertentu', maka aku dengan segala usaha untuk merajinkan diri, meng 'up to date' kan blog aku ni. Sebagai permulaan, aku nak lampirkan sebahagian gambar waktu aku join beberapa orang staff dan pelajar kolej untuk turun ke laut baru-baru ni, yang mana dengan satu tujuan: MENYANDAT SOTONG hehehehe

Malas rasanya nak bercerita, jadi korang semua reka la cerita korang sendiri berdasarkan pada gambar yang aku post ni. Jangan buat cerita yang pelik-pelik, udah ler...


* sebelum berangkat...


* dalam perjalanan

* punya la lama nak sampai ke 'lubuk' - 3 jam

* menyandat time..! (sengaja tunjuk gambar ni..)

Hasilnya: 9 ekor sotong berjaya di bawa pulang (walaupun sepatutnya boleh banyak lagi sebab tengah musim) tapi....semua sotong tu bukan kitorang yang tangkap, tekong bot yang tangkap semua tu...huhuhu. Disebabkan takde sorang pun daripada kitorang yang berpengalam menyandat...huhuhuh

Moral : Tuntutlah ilmu menyandat di tengah laut sebelum pergi menyandat

28 April 2006

Khutbah

Assalamualaikum..

Lama bebenor rasanya tak update blog ni. Takde masa beb. La ni tengah sibuk dengan banyak benda (ye ke..?). Pertama nak kena siapkan soalan untuk final nanti. Kedua nak kena setelkan urusan pasal pilihanraya MPP kolej, ketiga.....hmmm.

Anyway, kali ni aku nak inform tentang satu khutbah yang aku dengar (tak tido okay..!) di Masjid al-Munir, Mukim Badang, PCB, KB yang disampaikan oleh Tn. Guru Hj. Nik Abd. Aziz Nik Mat. Khutbah yang dia bagi tak sama dengan khatiib-khatib lain. Orang lain baca teks, dia baca dengan apa yang di fikirannya. Beberapa point yang dia sampaikan kat dalam khutbah dia tu, korang boleh rujuk pada blog ni : ontahfikrah.blogspot.com

>>Menghitung hari... <<

18 April 2006

Sinopsis

Sebagai anak muda yang baru mendapat pekerjaan atau yang belum mendapat pekerjaan tetap, pastinya agak sukar untuk anda menyimpan duit untuk perkahwinan anda. Apatah lagi hutang pinjaman pelajaran yang terpaksa dibayar serta beberapa hutang yang lain yang masih perlu dijelaskan seperti hutang motorsikal, kad kredit dan sebagainya.

Kos untuk melangsungkan perkahwinan bukanlah kecil mengikut pengamalan masyarakat hari ini. Wang hantaran sahaja sudah boleh mencecah sehingga RM5000 ribu. Majlis kendurinya pula mestilah mengundang sekurang-kurangnya 500 orang. Sewa pelamin, mak andam, baju songket, kanopi, jurugambar, pasukan kompang dan bermacam-macam lagi (not my taste occay !) perbelanjaan yang perlu dikeluarkan supaya majlis yang diadakan menjadi meriah dan boleh dibanggakan (not my target exactly occay!). Alasan yang paling kerap dilontarkan: "Alaa..sekali seumur hidup, jadi tidak mengapalah berbelanja lebih sedikit."

Buku ini memberikan anda panduan bagaimana anda dapat menjana dan mengumpul duit dengan mudah dan berkesan. Di dalam buku ini, anda akan ditunjukkan bagaimana anda boleh berjimat dan menyimpan duit sehingga RM10,000 dengan hanya melakukan beberapa perkara mudah di dalam hidup anda.

Turut didedahkan, rahsia bagaimana seorang pemuda menjana pendapatan sehingga RM3000 dalam masa 3 jam dengan hanya berdiri di khalayak ramai (bukan meminta sedekah atau membuat persembahan). Anda mungkin sukar mempercayainya, tetapi itulah realiti kehidupan yang perlu anda sedari.

Buku ini juga akan mendedahkan anda dengan teknik pengurusan kewangan yang betul dan mendedahkan kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh anak-anak muda masa kini di dalam menguruskan kewangan mereka

*sinopsis bagi buku Mas Kahwin Yang Hilang. Jadi pada sesapa yang merancang untuk membina mahligai bahagia, sila-silakanlah menjenguk ke web site www.maskahwin.com (aku baca dah..!)

13 April 2006

Penambahan....

Assalamualaikum... Bemula dari hari, aku akan wujudkan beberapa blog khas untuk aku posting sesuatu yang berkaitan dengan :

Fikrah Islamiah - berkaitan dengan fikrah islamiah, serta isu-isu yang berkaitan dengan Islam
--> www.ontahfikrah.blogspot.com

Media - aku plan nak letakkan segala yang berkaitan dengan muzik (nasyid/lagu) dan juga video yang aku rasa bermanfaat utk dikongsi bersama
--> www.ontahmedia.blogspot.com

Setakat ni je yg aku dan nak fikir. Tengok la lepas ni mungkin ada penambahan lain..

Wassalam

10 April 2006

Cinta Rasul vs Cinta Maulid

To:alFikrah@yahoogroups.com
From:Send an Instant Message "alitantawi" Add to Address BookAdd to Address Book Add Mobile Alert
Yahoo! DomainKeys has confirmed that this message was sent by yahoogroups.com. Learn more
Date: Sun, 09 Apr 2006 10:38:39 -0000
Subject: [alFikrah] MAULIDURRASUL TIBA LAGI

inilah pendapatku tentang maulidurrasul. jika tersalah harap dibetulkan. jika benar harap disebarkan....

1- rupanya ramai yg tercampur aduk antara cinta Rasul dan Maulid rasul.cinta Rasul memang kewajipan yg tidak boleh dinafikan lagi. Maulidurrasul pula adalah perkara yg masih diperbincangkan ttg keutamaan melakukannya. teruskan membaca...

2- kalau kita katakan maulidurrasul itu hanyalah ceramah, ada jamuan n bacaan berzanji...saya katakan bahawa upacara itu boleh dilakukan. boleh dilakukan bukan bermaksud sunat atau wajib. ceramah adalah majlis ilmu yg amat digalakkan. jamuan pula mmg patut dibuat oleh org2 berada tanda kesyukuran mereka seperti yg selalu dibuat di zaman Rasulullah n para sahabat. berzanji pula adalah bacaan utk mengingati sirah Rasulullah. cuma alangkah baiknya org2 yg baca berzanji tu faham maksud berzanji. isi kandungan berzanji jg boleh kita pilih yg mana yg tepat dengan hadith2 sahih.

3- ada yg cepat sangat cakap bid'ah bila sebut maulidurrasul. jangan mcm tu ya akhi. kerana mulut badan binasa. sebelum mengeluarkan pendapat, pastikan kita tahu apa yg kita bincangkan dan pastikan jg kita mempunyai dalil dan hujah yg kukuh. kalau org buat ceramah agama n jamuan kemudian dinamakan majlis maulid, bid'ah jg ke? jgn bergaduh, kalau nak cerita, cerita elok2 bila dan bagaimana boleh jadi bid'ah. jgn biasakan diri dgn jawapan ringkas terutama kepada mereka yang ingin menuntut ilmu dr kita. jawab biar habis jgn tergantung ayatnya dan berikanlah cth.

4- ada pulak yg semangat sampai cakap maulidurrasul adalah tanda keimanan n tanda kita mencintai Rasulullah SAW. subhanallah. relax ya akhi. takkanlah cinta hanya digambarkan semudah mengadakan sambutan n majlis? cinta Rasulullah perlu lebih dari itu: (taat kepada perintah Rasulullah, mempertahankan diri Rasulullah dari dihina, menyayangi keluarga baginda, berselawat ke atasnya, mendalami ajarannya, berdakwah menyebarkan Islam yg dibawa oleh baginda, mencintai dirinya melebihi orang lain dll)...bagaimana dengan keadaan para sahabat yg tak pernah buat sambutan maulidurrasul? mereka kurang mencintai Rasululullah daripada kita? subhanallah. ya akhi, sabda Rasulullah : sebaik2 kurun adalah kurunku (para sahabat)..riwayat alBukhari. setakat ana tahu (wallahu a'lam) para ulama tak bincangkan (wajib atau tidak) buat maulidurrasul sebab semua masyarakat di zaman mereka (masyarakat yg dibiasakan dgn budaya ilmu), mereka tahu bahawa ia bukannya wajib. cuma sebahagian ulama sering ditanya (boleh atau tidak) oleh org2 dalam masyarakat yg melihat ada orang melakukan majlis pada setiap maulidurrasul. maka imam2 seperti Ibn Hajar, Ibn Kathir n Suyuthi cuma kata ia boleh dibuat asalkan tidak melampau seperti dalam al Hawi n Bidayah.

5- apa yg terbaik? apa yg terbaik ialah kita berusaha mendalami Islam melalui sumber2 ilmiah dan kita cuba mengamalkan Islam dalam kehidupan. itulah yg terbaik sbg bukti dan tanda kita ini umat Rasulullah yg mencintai diri baginda. sekadar buat majlis...it's not enough

6- kalau org tanya saya ttg majlis maulid, saya kata: sambut saja belum cukup. kalau org tanya lg hukumnya, saya jawab: selagi tak mewajibkan dan tak mengkritik org yg tak sambut, ia boleh. kalau dia tanya lagi apa pengisian majlis, saya beritahu: adakan ceramah ttg siapa itu Rasulullah dan tanda mencintai Rasul. masjid/surau ada duit lebih buat lah makan2. then buat follow up kuliah ttg hadith n sirah Rasulullah sama ada bulanan atau mingguan. barulah bertambah ilmu dan berterusan amalan.

so, persoalan paling penting utk kita ajar kepada masyarakat ialah: apa yg lebih baik dan apa yang dibuat oleh para sahabat. bukan persoalan (sunnah atau bid'ah) atau (wajib atau sunat). ada awlawiyyat (keutamaan) yg memerlukan kita utk berdakwah agar lebih clear dan detail, bukan menghukum semata-mata.

wallahu a'lam.

*copy paste email dari bro. Adlan..... (camne ngan badge..? hehehehe)

07 April 2006

Kepada meraka yang bujang....

Assalammualaikum.. kepada mereka-mereka yang ingin mendirikan rumah tangga tetapi kekurangan duit. Silalah ke www.maskahwin.com

Sebuah buku panduan yang memang praktikal untuk orang2 yg nak kahwin tapi tak cukup duit. Dalam buku tu dia bagi panduan mcm mana nak urus kewangan, mcm mana nak simpan duit dan juga mcm mana nak cari duit tambahan.

Memang berbaloi lah kalo baca... kepada semua (termasuk aku sendiri hehehe) yang asyik mengeluh takde duit.. mungkin leh hadiahkan buku nie pada mereka (aku baru je beli)

Ni bukan e-book, tapi real book. So nak iklankan buku ni bukan semata nak cari keuntungan, tapi untuk membantu orang lain (termasuk la diri aku sendiri huhuhu...)

Jangan tunggu lagi, dapatkan segera....

"Berkahwinlah kamu jika mampu. Jika tidak, maka berpuasa lah" - mafhum dari hadis Rasulullah sallallahualaihiwasalam

23 March 2006

AL-AQSA DALAM BAHAYA...!

" Amat dikesali bahaya yang menanti al-Aqsa tidak diketahui oleh umat Islam sendiri, apatah lagi umat Islam di Malaysia. Isu Palestin yang sering dilihat sebagai isu Arab-Israel dan digambarkan sebagai konflik perebutan tanah telah mengaburkan isu sebenar. Lebih menyedihkan lagi, OIC yang ditubuhkan sejurus selepas Masjid al-Aqsa dibakar pada tahun 1969 sendiripun yang kini di bawah kepimpinan Kuala Lumpur tidak langsung menyebut secara spesifik isu masjid ini, apatah lagi untuk menyedarkan umat Islam sedunia tentang bahaya yang menanti al-Aqsa "

* petikan daripada buku Siri Bebaskan al-Aqsa bertajuk: Al-Aqsa Dalam Bahaya, Mazlee Malik

13 March 2006

Islamic Badge


Kali ni nak promote satu produk. Agak menarik lak bila dipromosikan oleh salah seorang ikhwah melalui mailing list, lantas terlintas untuk tolong promosikan pada yang lain. Jadi.. sapa2 yang nak dan berminat, boleh contact ana/aku/abg man by phone (+60133927188) by email (ontah_apo@yahoo.com)

03 March 2006

Membeli belah...

Assalamualaikum...

Waktu nak kemaskini fail komputer aku, aku terjumpa satu gambar yang aku pernah download dari satu website (dah tak ingat kat mana). Gambar ni sebenar takde pe sangat pun, tapi aku berasa nak kongsi dengan yang lain. Dan kalo masing-masing ada pendapat sendiri, mungkin boleh kongsi sekali kat chatter box aku.



* Agak-agak betul ke..?

28 February 2006

Nasyeed 3

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak post satu lagi lirik nasyeed. Tapi kali ni bukannya nasyeed arab, tapi English. Tak lain tak bukan, lirik yang dipetik dari lagu terbaru dari Sami Yusuf.

Aku rasa kat Malaysia ni dah ramai yang dengar lagu ni walaupun album ni tak dipasarkan lagi kat Malaysia. Hari tu (sekitar bulan 1 yang lalu) aku ada sms pada syarikat yang menjadi pengedar album ni kat Malaysia. Aku tanya, bila nak album ni nak dijual di Malaysia. Then dia reply balik, dia kata dalam bulan 3. Sedangkan tape ni dah lama dah ada kat pasaran antarabangsa. So terpaksa mencari lagu ni kat internet. Alhamdulillah jumpa dan terus mendownload. Huhuhuhu.....

TRY NOT TO CRY (feat Outlandish)

You, you’re not aware
That we’re aware
Of your despair
Don’t show your tears
To your oppressor
Don’t show your tears

CHORUS:
Try not to cry little one
You’re not alone
I’ll stand by you
Try not to cry little one
My heart is your stone
I’ll throw with you

Isam:
‘Ayn Jalut where David slew Goliath
This very same place that we be at
Passing through the sands of times
This land’s been the victim of countless crimes
From Crusaders and Mongols
to the present aggression
Then the Franks, now even a crueller oppression
If these walls could speak,
imagine what would they say

For me in this path that I walk on
there's only one way
Bullets may kill, bones may break
Still I throw stones like David before me and I say

CHORUS

You, you’re not aware
That we’re aware
Of your despair
Your nightmares will end
This I promise, I promise

CHORUS

Lenny:
No llores, no pierdas la fe
La sed la calma el que haze
Agua de la arena
Y tu que te levantas con orgullo entre las piedras
Haz hecho mares de este polvo
Don’t cry, don’t lose faith
The one who made water come out of the sand
Is the one who quenches the thirst
And you who rise proud from between the stones
Have made oceans from this dust

Waqas:
I throw stones at my eyes
’cause for way too long they’ve been dry
Plus they see what they shouldn’t from oppressed babies to thighs
I throw stones at my tongue
’cause it should really keep its peace
I throw stones at my feet
’cause they stray and lead to defeat
A couple of big ones at my heart
’cause the thing is freezing cold
But my nafs is still alive
and kicking unstoppable and on a roll
I throw bricks at the devil so I’ll be sure to hit him
But first at the man in the mirror
so I can chase out the venom

Isam:
Hmm, a little boy shot in the head
Just another kid sent out to get some bread
Not the first murder nor the last
Again and again a repetition of the past
Since the very first day same story
Young ones, old ones, some glory
How can it be, has the whole world turned blind?
Or is it just ’cause it’s only affecting my kind?!
If these walls could speak,
imagine what would they say
For me in this path that I walk on
there’s only one way
Bullets may kill, bones may break
Still I throw stones like David before me and I say

CHORUS

26 February 2006

Teringat masa kecik dulu....

Assalamalaikum

Kali ni aku post satu mel yang di fowardkan ke kotak mel aku. Berkenaan dengan sesuatu yang membuatkan aku mengimbas kembali kenangan masa kecik dulu-dulu...

From: RT-Ahadina Ismail
Sent: Saturday, February 18, 2006 10:10 AM
Subject: teringat masa dulu2...

untuk bacaan pada masa lapang...

enjoy...sure korang teringat balik zaman2 skolah dulu...

tanda-tanda anda bayi tahun mid 70's & 80's:

kita membesar dgn menonton G-Force, He-man, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.

berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul tapak tangan...kan?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin.

lepas balik mengaji cepat cepat tukar uniform sebab nak gi main galah panjang kat rumah mek yah kat sebelah .....

Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular utk meluangkan masa dgn family. ni for those yg dok KL laa...

time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...

internet? email? mendalah ape tu?

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 5 inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'Ti Kam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa...

permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', main tepuk gambar, tiup batang aiskrim, main tutup oren, kejar2 duduk...

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.

hmm...budak2 kat university skarang, kebanyakan nye lahir thn 1987/88. skarang digelar 'remaja'.

bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.

dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...


hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:


1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...

7. last skali, bile dah bace email ni, korang akan terpikir utk forwardkan dkt member2 lame korg. Sure diorg suke punye laa...hehehe


Yaa, kite pun dah semakin tua!!

Teringat zaman2 dulu kan?


Cheers to the mid 70's & 80's babies!!!

13 February 2006

Terkini...

Assalamualaikum....

Sejak kebelakangan ni, terutama pada awal bulan Februari hingga ke hari ni, dah terlalu banyak peristiwa atau pun isu yang berlaku; samada yang bersifat internasional mahupun yang berlaku kat aku sendiri. Bermula la dari isu yang paling besar sekarang ni, isu penghinaan sebuah akhbar dari Denmark yang secara beraninya bermain dengan emosi orang Islam bila mereka menyiarkan karikatur yang menghina Nabi Muhammad s.a.w, sehinggalah kepada peristiwa banjir yang kembali menyerang daerah-daerah di sekitar negeri pantai timur. Mungkin aku boleh senarai pendek beberapa isu yang berlaku yang berjaya menarik perhatian aku untuk mengetahui tentang perkembangannya:

1- Isu penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w. (agak2 Malaysia berani tak selaku Pengerusi O..i see untuk boikot atau buat apa je tindakan ke atas produk Denmark, yang mana antaranya adalah Carlsberg???)

2- Isu kemenangan Hamas dalam pilihanraya Palestin (Amerika n sekutu dia terkujat habis bila pilihanraya yang disokong kuat oleh Amerika menjadi medan kemenangan pihak Hamas yang dianggap sebagai pengganas. Heh..mmg diorang takut bila pihak yang benar-benar berjuang atas dasar jihad dapat menguasai Palestin. Agak-agaknya la, diorang ni tak nampak ke, apa yang cuba digambarkan oleh penduduk Palestin ni bila mereka memilih Hamas sebagai pemimpin mereka??)

3- Isu jambatan antara Malaysia dengan Singapura (aku nak tengok setakat mana pendirian berlembut Malaysia dalam menghadapi helah dari Singapura bila diorang mintak kerajaan Malaysia jaul pasir n buka ruang udara Johor untuk latihan ketenteraan Singapura. Tambah lagi bila Singapura dah tak terima lagi pasport hijau penduduk Malaysia yang berkerja di Singapura. So...what the Malaysian government going to do??)

4- Isu undang-undang keluarga Islam (hmmmm tak gheti nak komen sbb tak berapa gheti bab undang-undang ni..)

5- Isu keretakan ke atas beberapa buat lebuhraya utama di Kuala Lumpur (habis la Sammy Vellu lepas ni, buat kerja ntah macamana ntah. Dulu cakap lain, lain hari cakap lain, last-last cakap tak serupa bikin....)

Selingan...

6- Masalah syarikat LifeClick (12dailypro) dengan syarikat Stormpay Corporation (habis la duit aku kat dalam akaun 12dailypro ni. Harap duit aku n org lain masih lagi ada huhuhuhuuu)

Apa lagi nak jadi lepas ni....dunia...dunia...!

05 February 2006

Nasyeed 2

Assalamualaikum..

Ok. ni pulak lagu yang aku tengah minat sesangat. Aku mula minat dengan lagu ni lepas aku jumpa full album bagi lagu ni kat islamictorrent.net. Mula tahu pasal album ni dah lama dah bila dok selalu menyinggah kat enshad dan jugak fanateq. Bila dengar maqati' album, best pulak rasanya. So mencari la akan album ni dan akhirnya terjumpa jugak dan terus mendownload.

Lepas je dapat, terus dengar dan terus berminat. Apalagi, aku pun terus la mengheboh ke Im. Lantas dia pun terkena gak penangan ke'best'an album. Dia minat lagu ashwaq. Aku pun suka gak dengan lagu Ashwaq, tapi bagi aku, yang paling best sekali ialah lagu yang aku sertakan lirik dia kat bawah ni. Fuhhh....

Sesapa yang nak mendengar lagu dari album ni, pm/ym/mel le aku. Insya allah aku boleh send kat sesapa yang berminat.

.. طــــــــــه حبيبي ..

لطـــه حبيبي يا أزكـــى صــــلاة
وأشرق في الأرض روض سنــاه
فيا من علت فيك كل الصفــــات
حليـــــم شجاع إمام الهــــــداة
محيــــــاك فيــض يصب العطــايا
وهديــــــك فلك ببحــــر البــــرايا
حبيبـي مديحي تناهى إليـــــك
ونفسي تلاشت بذوب يديـــــك
فصلــــــوا عليه بعـد النجـــــــوم
وما غــــرد الطير فــوق الكـــروم

لمن عطر الكون حسن شـــــــــذاه
و نــــــــــــور أيامـــــــــنا من نــــداه
أميــــن كريم كثـــــــير الهبـــــــــات
تسامت محاســــــنك النيـــــــــرات
و طيفك خفق بصـــــــــدر الحنــــايا
و همســـك لحن ينــاير الحشــــايا
و روحــي تحـــــــــدر من مقلتيــــك
تسامـــــى فؤادي فصلـــى عليـــك
وما أمطــــرت مثقـــلات الغيـــــــوم
صـــــــــلاة تزيل العنا والهمــــــــوم


Nasyeed 1

Assalamualaikum..

Kali ni nak post lirik nasyeed arab yang aku (dan juga Im) cari-cari selama ni. Bukan apa, yang buat aku tertarik dengan nasyeed ni ialah waktu dengar maqati' lagu ni dari Enshad.net. Tambah plak, bila aku jumpa album bagi lagu ni, sekali ngan lirik dia, then aku baca lirik kat bawah ni, memang cukup berisi. Lirik yang aku sertakan kali ni berkenaan dengan para pahlawan Islam yang sedang terlena dengan keamanan dan ketenangan yang bersifat pura-pura dan pelindung bagi musuh Islam merosakkan Islam dan umat Islam.

Bagi sesiapa yang boleh memahami bahasa arab, baca-baca lah dan renungilah lirik nasyeed ni. Insya allah ianya akan dapat menyedarkan kita tentang keadaan sebenar umat Islam pada hari ni.

نم في سلام

نم في سلام نومة الأبطال واترك حماس ترد كالزلزال
بطلاً حييت برغم ألوان الأسى أفلا تموت اليوم كالأبطال؟
* * *
قد عشت تدعو للنضال فحان أن يحيى بموتك ألف ألف نضال
فلئن قضيت فتحت كل حجارة في القدس ثأر ناجِزٌ لقتال
* * *
يا أيها الحر الذي لم يستطب إلا الحياة أو الممات كريما
ما عشت كي تهنا ولكن عشت كي تُصلي الصهاينة اللئام جحيما
* * *
لما رحلت تركت خلفك أمةً رضعت لبان الثأر منك قديماً
كنت الزعيم وإن طوتك يد الردى سيظل ثأرك في الأنام زعيما
* * *
يا من وقفت بوجه أقوى دولةٍ وهزمتها دهراً وأنت المقعد
اختارك المولى لأنك طاهر ولأن غيرك في النجاسة عربدوا




02 January 2006

Tabek...

Assalamualaikum....

Kali ni aku nak cerita tentang perihal 'Tabek'. Aku rasa selain dari orang minang Sumatera tak tau apa dia tabek ni. Tabek, kalau diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia bermaksud kolam. Orang kat sana panggil kolam dengan perkataan tabek. Lepas ni, kalau ada orang nak menggunakan istilah secara sinis, bergurau atau nak perlekeh, terpulang la sbb istilah ni tak membawa maksud yang buruk pun. Cumanya mungkin dari bunyinya yang pelik dan lawak.
Ok kenapa aku nak cerita pasal tabek ni? Ada sebabnya.... Bagi sesiapa yang berpeluang untuk ke Sumatera Barat, terutama ke Bukittinggi, korang mesti terkejut, sbb korang akan dapati hampir ke semua rumah yang ada di Bukittingi ni mempunyai sekurang-kurang satu tabek yang kecil. Bahkan adakalanya kedapatan beberapa buah tabek yang cukup besar, bergantung pada keluasan tanah yang dimiliki oleh seseorang itu.
Begitu juga dengan keluarga aku di sini, mereka juga ada tabek masing-masing. Contohnya, tabek bagi keluarga sebelah mak aku, ada lebih kurang 3 buah tabek. Satu daripadanya berkongsi dengan pihak masjid. Manakala bagi keluarga belah ayah aku, ada banyak tabek. Dan tabek ni bukan milik keluarga ayah aku je, tapi dimiliki bersama keluarga besar ayah aku. So masing-masing boleh guna dan ambil manfaat daripada tabek-tabek tersebut.
Antara fungsi utama tabek-tabek ni, sebagai tempat memelihara ikan. Antara ikan yang ada, ikan merah. Ikan jenis lain, aku tak berapa tahu. Jadi, kalau merasa nak makan ikan, just tangkap je sendiri ikan-ikan.
Fungsi lain tabek ni, sebagai tempat untuk mencuci pakaian, membasuh wartel (lobak) dan ada yang menggunakannya untuk mandi. Tapi yang paling best sekali, sebagai tempat untuk b***k. Hehehehe... Bagi korang mungkin menjijikkan, tapi itulah realiti yang berlaku.
Satu kelebihan tabek ni ialah dimana punca airnya adalah satu, iaitu air yang datang dari Gunung Singgalang dan Merapi. Penduduk di sana merekacipta satu bentuk saliran yang mana mereka takung air sehingga menjadi tabek, dan kemudian dibuat saliran lain supaya air tersebut dapat disalirkan ke tabek yang lain. Dan begitu la seterusnya sampai ke muara sungai. Sebab itu jarang nak jumpa tabek yang kekeringan air, melainkan kalau mereka yang keringkan sendiri dengan tujuan untuk menangkap ikan.
Itu lah dia serba sedikit tentang tabek....

SUBHANALLAH


Tabek kat rumah 'Bako' ayah aku

Abg ipar aku sedang khusyuk memancing di tabek sebelah rumah 'bako' ayah aku (tak dapat ikan kat kolam ni)

Si Syafiq baru belajar cabut mata kail (tabek di rumah makcik aku)

Anak sedara aku yang teramat sibuk memancing di tabek rumah makcik aku (kesian kat syamil, menangis sebab tak dapat ikan...hehehe)

30 December 2005

Perihal Gunung...

Assalamualaikum...

Kali ni aku nak cerita sikit perihal 2 gunung yang ada kat kampung aku. Gunung yang aku maksudkan tu ialah Gunung Singgalang dan Gunung Merapi.
Kedua-dua gunung ni bersebelahan antara satu sama lain. Mengikut maklumat yang aku perolehi semada di Bukittinggi, kedua-dua gunung tersebut adalah di antara jenis gunung berapi pernah memuntahkan laharnya. Kali dilihat dari kawasan rumah mak dan ayah aku di kampung, Gunung Singgalang berada di sebelah kanan, manakala Gunung Merapi di sebelah kiri. Gunung Singgalang pada hari dah tak aktif lagi, dengan kata lain, dah tak mengeluarkan lagi laharnya. Sekarang ni gunung ni jadi sumber air yang cukup bagi penduduk kat kawasan ni. Manakala gunung satu lagi yang masih lagi aktif adalah Gunung Merapi, dan kalau tak silap aku, setiap 5 tahun, akan berlaku gegaran. Sekarang ni pun, kalau waktu petang, memang aku nampak sendiri di salah satu puncak Gunung Merapi ada keluar asap, tapi dalam kuantiti yang sedikit.
Aku rasa, kedua-dua gunung ni dah jadi mercu tanda di Bukittinggi sebab pemandangannya cukup cantik. Memang setiap kali aku balik kampung, aku cukup takjub dan kagum dengan ciptaan tuhan ni. Rasa tenang je tengok panorama indah ni. Dan aku rasa jugak, cukup dengan dua gunung ni dah mampu untuk buatkan kita untuk nak datang lagi ke sini.

SUBHANALLAH...SUBHANALLAH














Ni Gunung Singgalang














Ni Gunung Merapi. Puncak yang sebelah kanan yang akan keluar asap pada waktu petang.

29 December 2005

Family Trip To High Hill (Bukit Tinggi, Sumatera)

Ni sedikit gambar yang aku boleh postkan untuk tatapan semua semasa aku dan keluarga bercuti di tanah tumpah darah mak ayah aku. Tiada kata-kata yang dapat diungkapkan bila melihat kebesaran Allah yang Maha Agung ni. Hanya cebisan gambar ni sahaja yang dapat menceritakan segala-galanya.

SUBHANALLAH

Image hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com

09 December 2005

Another strikes back !

Assalamualaikum...

'Banjir' is going to strikes back again in Kelantan! So its true what i've heard before that there are three times 'banjir's strike against Kelantan. And now it is a second time (main tibai je BI aku ni...hehehehe)

Hari tu En. Azhar ada bagitau kat aku, at leat there are times flooding kat Pantai Timur, terutama Kelantan. Yang pertama dah lepas, tapi banjir di Kelantan waktu tu tak seberapa sangat. Hanya beberapa kampung saja di Kelantan yang dinaiki air, termasuk di persisiran sungai di Kelantan. Berbanding dengan Pahang dan Terengganu, keadaan kat Kelantan tak teruk sangat (tak teruk pun, sampai ada yang meninggal..hmmm).

Tapi tengok pada keadaan sekarang ni, macam nak jadi lebih teruk berbanding sebelum ni. Lepas beberapa hari cuaca baik kat Kelantan ni, tau-tau 2-3 hari baru-baru ni hujan tak henti-henti walaupun slow, tak lebat mana. Tapi dia punya pembayang nak banjir teruk macam dah nampak. Kalau sebelum ni kawasan Badang hingga ke PCB air tak naik mana, tapi la ni, dah mula nampak beberapa kawasan ni yang mula ditakungi dengan air. Pagi ni (9/121/2005) bangun je dari tido, baru perasan ada msg dari Imran. 6 kali misscall dan 1 msg. Bila baca msg dia, dia kata, "Man, asrama dah banjir ke?" Terus p keluar dan tengok mmg kawasan asrama dah mula bertakung dengan air. Then terus keluar ke kawasan pejabat, alhamdulillah air tak naik lagi. Then keluar ke kawasan kolej, kawasan rumah Imran n Ameen pun sama jugak. Aku agak diorang ni mesti dah risau takut air masuk ke rumah..hehehehe (sorry deh!)

Di kawasan biasa (Kg. Cina) air sungai dah mula naik. Aku assume kalau keadaan ni berterusan, mungkin Kelantan akan dilanda banjir sekali lagi..!!!!

*orang kata hujan kat Kelantan tanda kesedihan Islam dipinggirkan. Kita dah kalah... wallahualam

Wassalam

30 November 2005

Berita baik...

Assalamualaikum...

Agak-agak korang nak tak untuk buat side income korang? Kalo korang berminat, join la program with the simple click at this link:

12dailypro

Kalau nak tahu lebih lanjut, contact aku....

Wassalam

29 November 2005

Menjejak Pelangi

Assalamualaikum....

Post aku kali agak lain dari yang lain sikit. Kali ni aku tujukan khas untuk Pelangi; satu nickname yang sentiasa berada di chatting box beberapa individu, termasuk di chating box aku.

Tujuan aku buka topik ni untuk kita sama-sama menjejak, siapakah dia sebenarnya manusia yang bernickname Pelangi. Disebabkan insan ni tidak melayan pertanyaan serta permintaan beberapa orang, lantas mendorong aku menyiasat sendiri, SIAPA DIA PELANGI.......???

Antara prediction awal yang aku boleh buat tentang Pelangi ni:

1- Sudah semestinya dia sekarang berada di Malaysia. Hampir tepat lagi, di Kuala Lumpur.
2- Sudah semestinya juga dia adalah seorang wanita. Jangkaan ni dibuat berdasarkan pada gaya bahasa yang digunakannya.
3- Memandangkan dia mengenali aku n bebarap individu lain, serta mempunyai gambaran tentang keadaan satu tempat, boleh dikatakan dia ni bekas pelajar yang pernah menuntut di oversea. Kemungkinan besar di Irbid, Jordan.
4- Pelangi ni mungkin ada kaitan atau mengetahui tentang address ni:
Hmmm.....ni aku punya jangkaan. Kalau ada sesiapa yang nak join dalam menjejak SIAPA PELANGI ni, respon la kat chating box blog aku ni...

He..he.he..he.he

Wasalam

28 November 2005

Wahabi...

Assalamualaikum...

Aku rasa terpanggil untuk posting kali selepas membaca artikel berkenaan isu Wahabi di Utusan Minggu Ahad 27/11/2005 dan Utusan Malaysia Isnin 28/11/2005 (sorry la, kali ni posting aku agak serius).

Terus terang aku katakan, aku agak terkejut bila baca artikel. Tambah lagi orang yang buat statement tu adalah ulama yang terkenal kat Malaysia, Ustaz Muhammad el-Muhammadi. Tak tersangka orang yang menjadi Fellow di IKIM buat kenyataan terang-terangan yang menghentam fahaman Wahabi tanpa membawa bukti-bukti yang kukuh. Lebih teruk lagi, kenyataan beliau seolah-olah memutuskan bahawa fahaman Wahabi ni sama dengan fahaman-fahaman lain yang menyeleweng sehingga terkeluar dari golongan Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah. Aku tak pasti, adakah beliau buat kenyataan tu berdasarkan pengetahuan beliau, atau ada sesuatu di belakangnya yang meminta beliau berbuat demikian demi untuk mengaitkan fahaman Wahabi dengan keganasan (terrorisme).

Aku setuju kalau dia kata pengikut fahaman Wahabi ni ada di antara mereka yang ekstrimis. Tapi kalau dia kata, golongan fahaman Wahabi ni menolak amalan-amalan sunnah, contohnya tahlil, membaca Yasin, qunut, talkin, berdoa, berzikir, ziarah kubur dan pelbagai lagi, suatu yang kita tak boleh terima bulat. Kena ada kajian, samada betul atau tidak fahaman Wahabi ni, macam ni ke pegangan diorang, ataupun sebaliknya. Seingat aku la, fahaman Wahabi ni tujuannya nak menghidupkan kembali Sunnah, bukan menentang Sunnah. Agak-agak la, diorang ni tahu ke asal-usul fahaman Wahabi ni? Siapa Wahabi ni? Apa yang dibawa oleh Wahabi ni? Diorang ni tak terfikir ke, kalau tak kerana fahaman Wahabi ni, dah tentu kat Saudi sekarang ni banyak perkara bidaah. Satu jasa yang cukup besar yang ditinggalkan oleh Wahabi ni (sori..aku lupa nama penuh pencetus fahaman ni, Abdul Wahab atau Muhamaad Wahab..nanti aku perbetul bila dah dapat maklumat).

Beberapa persoalan yang aku nak lontarkan pada mereka yang kuat menentang Wahabi ni tanpa usul periksa.

1- Adakah dakwaan mereka ke atas Wahabi ni terbukti benar? Kalau betul, mana buktinya?

2- Mereka katakan, Wahabi ni menentang Sunnah. Aku nak tanya, siapa yang menentang siapa? Setahu aku Wahabi nak ajak orang kembali pada Sunnah yang sebenar, buat apa yang Nabi sallallahualaihiwasalam buat dan tinggal apa yang Nabi sallallahualaihiwasalam tak buat. Tapi mereka yang mendakwa ni, buat apa yang Nabi sallallahualaihiwasalam tak buat, tinggal apa yang Nabi sallallahualaihiwasalam tak suruh buat. Jadi mana yang lebih baik? Buat sesuatu yang tak jelas adakah Nabi sallallahualaihiwasalam buat atau tinggalkan apa yang Nabi sallallahualaihiwasalam tak buat?

3- Kenapa diorang sibuk nak hentam Wahabi dengan mendakwa fahaman ni bercanggah dengan Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah, sedangkan kat Malaysia sekarang ni banyak perkara yang bukan setakat bercanggah dengan Sunnah, bahkan bercanggah dengan al-Quran tu sendiri. Buka aurat, murtad, minum arak, berzina, khalwat (kebanyakan artis), bercampur laki pompuan, judi, rasuah, riba dan macam-macam lagi. Kenapa diorang tak perbetul benda-benda ni dulu?

4- Kalau diorang kata, fahaman Wahabi ni salah, terkeluar dari Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah, jadi semua orang kat Saudi pun terkeluar sama jugak la. Imam Haramain, muazzin, ulama-ulama, pemimpin Saudi dan semua orang kat Saudi bukan Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah sbb kita dah maklum, Wahabi ni muncul di Saudi dan sudah tersebar luas di sana. So apa citer?

5- Betul ke fahaman Wahabi ni penyebab runtuhnya khlifah Uthmaniah? Setahu aku, yang menjatuhkan khalifah ni Mustafa Kamal Ataturk di Turki serta perancangan orang Barat. Jadi macamana Wahabi ni boleh terlibat sama?

.........

Kalau ikutkan hati, banyak lagi yang aku nak sampaikan. Bukan nak menentang seratus peratus, tapi bila mereka buat pendakwaan tanpa didatangkan bukti, tu yang buat aku geram sangat.

Aku bukan nak menuduh, tapi aku ada maklumat yang tak berapa elok tentang Ustaz el-Muhammadi ni. Aku tak nak post kat sini. Siapa yang nak tahu, msg aku. Insya allah aku n beberapa orang lagi tengah tunggu respon dari beberapa pihak berkenaan isu ni, terutama dari pada kerajaan Perlis.

We'll wait and see..!

Wassalam

24 November 2005

Terkini...tapi tak pasti

Assalamualaikum....

Ni berita terkini yang aku dapat pasal info banjir di Kelatan. Hari ni (24/11/2005) semua kenderaan dari PCB menghala ke pusat bandar; begitu dengan arah yang bertentangan, terpaksa menukar laluan ke Pengkalan Chepa sbb jambatan di Sg. Keladi terpaksa ditutup akibat banjir. Sebelum tu, pada malam semalam, aku n stud sempat lalu di laluan ni, dan mmg aku nampak sendiri, air dah hampir ke atas jambatan. Aku jangka, esok ramai la yang tersangkut gamaknya....dan mmg pun tersangkut betul !!!

Dan dengar-dengar jugak, laluan ke Terengganu (Setiu) kena tutup banjir. Tu aku tak kisah sangat. Tapi yang aku kisah sangat ni, jangan la jalan ke Kuala Krai pun kena tutup gak, sbb aku cadang nak balik KL malam ni., ada hal yang agak urgent. Tapi dari bunyi-bunyi yang aku dengar dari Encik Din (Encik Borhanuddin) macam dah kena tutup. Doa-doa harap tak.

* Boleh tahan jugak isu banjir ni.......
* Website ttg info terkini banjir : http://infobanjir.water.gov.my

Wassalam

23 November 2005

Hujan...

Assalamualaikum....

Pada awal minggu ni, terdetik dalam hati untuk buat posting terbaru berkenaan situasi di Kelantan sekarang ni, terutama di KB.

Pertama berkenaan dengan suasana pilihanraya kecil Pengkalan Pasi, Pasir Mas yang tengah panas sekarang ni. Bagi mereka yang berada di luar Kelantan, mungkin mendapat perkembangan terkini melalui media massa sahaja. Tapi bagi yang berada di Kelantan, agak berbeza dari apa yang dipaparkan. Aku taknak komen banyak pasal perkara ni, cuma yang aku boleh kata, pihak 'sebelah' sana hampir memenangi perang psikologi ke atas masyarakat sekarang walaupun yang sebenarnya, situasi di Pengkalan Pasir berbeza dengan apa yang disiarkan oleh media massa. Jadi....bagi kita yang sudah matang dalam berpolitik ni, kena menilai serta melihat perkembangan yang berlaku dari kedua-dua belah pihak. Kalau hanya sebelah pihak, aku rasa kita belum matang lagi dalam berpolitik.

Hmmm...itu tentang pilihanraya. Dan fokus sebenar aku nak post kali adalah berkenaan keadaan cuaca yang melanda di persekitaran negeri-negeri Pantai Timur, terutama Kelantan. Seingat aku, KB mula terima hujan yang agak kerap pada seminggu yang lepas lagi. Cumanya ada diselang seli dengan ketiadaan hujan. Pada pada minggu ni, setiap hari akan hujan. Pada awalnya dijangka hujan akan turun selama 4 hari berturut-turut, tapi la ni dah lebih 4 hari. Alhamdulillah hujan yang turun setakat ni tak selebat mana, cuma ada la beberapa kali yang lebat. Dan perlu diingat, setiap kali tiba musim tengkujuh (macam la ni) perkara yang dibimbangkan adalah banjir. Banjir yang berkemungkinan berlaku pula, tidak dapat dijangka jenisnya; banjir yg kecil ke, atau banjir yang sederhana ke, atau banjir yang besar ke, atau banjir tempatan (petik daripada Nota Asas JPA3 - Bencana Alam, m/s 158). Sebagai persediaan, pihak kolej aku dah organize satu JK khusus untuk menghadapi kemungkinan banjir.Termasuk dalam JK tu; aku sendiri.

Walaupun apa pun keadaannya, bila tengok hujan yang turun bagaikan mutiara (lagu Allahyarham Sudirman la plak), awan yang mendung berarak...teringat akan suasana syita di Irbid. Cuma kat sini tak sejuk je..hehehe (terkenangkan kenangan di Irbid bersama-sama sahabat², adik² seperjuangan........)

Wassalam

16 November 2005

Balik KB

Assalamualaikum....

Hmm tak sangka pulak ada orang yang mintak aku update blog aku ni. Tapi bagus jugak sbb bila ada orang mintak, semangat nak menulis tu tiba-tiba datang. Jadi tak le blog aku ni sepi je...

Waktu aku update blog aku ni, dah hampir seminggu aku berada semula di KB setelah puas berhari raya bersama keluarga tercinta walaupun telah sekian lama tidak bersama. Tambah pulak, raya kali ni semua adik beradik aku ada di KL, termasuk yang tengah belajar di Mesir. Agak dah lama tak dapat kumpul satu keluarga lengkap....

Sekembalinya aku ke KB, bermakna bermulanya tugas di kolej. Walaubagaimana pun, masih agak releks lagi sbb pendaftaran pelajar lama lewat seminggu. So kerja aku la ni, prepare bahan mengajar, kerja Unit Kokurikulum & Aktivisme Pelajar (laporan n perancangan), surfing (studiotraffic) n siapkan projek buku.

Kali ni jugak aku kena ambil berat sikit pasal bab duit ni. Bukan apa, tetiba lak rasa akan datang nak kena guna banyak duit. Nak standby untuk ke Indonesia, nak repair kereta (accident waktu nak balik KB..huhuhu), internet investment (studiotraffic) n nak pasang PC. Jadi nak kena berjimat sikit. Gaji tak masuk lagi plak tu. Nasib baik la duit yang orang pinjam dari aku, dah dibayar balik. Boleh le bernafas....hehehehe

Hmmm apa lagi nak cerita? Aku pun tak tahu. So tunggu le aku update blog aku akan datang. Wassalam

27 October 2005

Balik KL....

Assalamualaikum.....

Pertama sekali yang aku nak tulis; ALHAMDULILLAH....THUMMA ALHAMDULILLAH THUMMA ALHAMDULILLAH.

Aku rasa syukur sangat sbb diberik kekuatan utk menyelesaikan kerja kat ofis. Hari ni (27/10/2005) aku dah selesai marking paper Dakwah & Methodologi dan SBE. Agak kagum jugak dengan diri sendiri sbb start marking paper Dakwah semalam, tapi hari dah boleh siap. Tu semua sbb aku pulun habis² semalam kat ofis (malam). Dan aku rasa yang buat aku agak terdesak nak settlekan kerja aku tu, sbb hari ni (27/10/2005) aku dah nak balik KL, cuti raya. Waktu aku cakap ngan kak Shah (eksekutif peperiksaan) yang aku tak boleh jamin siapkan marking paper, aku tengok dia semacam je. Apa lagi, kalo dah camtu, mesti dia nak kalo boleh aku siapkan jugak sebelum aku balik. Jadi tu yang buat aku pulun sungguh utk siapkan jugak.

Dan satu lagi, yang buat aku pulun siapkan kerja aku ni; sbb aku nak beraya dalam keadaan takde beban kerja. Apalah maknanya aku becuti tapi dalam masa yang sama dok tengah marking paper. Rasa cam tak best je bunyinye. Tu pasal la aku siapkan jugak sebelum balik. Lagipun nak raya beb, dah lama dah tak raya kat Malaysia ni bersama keluarga (walaupun ada 'setengah' orang yang rasa, tak beraya di Malaysia selama 3 tahun amatlah basic....lantak la..!). Kalo boleh aku hayati raya ni dgn ertikata sebenar. Kalo time raya, kerja bertimbun lagi tak siap, nak menghayati apa² pun tak boleh, asyik pikir tentang kerja je. Hmmmm......

Lepas ni (lepas office hour) nak terus balik. Terpaksa drive sorang kali ni untuk kali ke 4 (kalo tak silap aku) KB-KL. Doakan aku tak mengantuk time drive nanti.

Wallahua'lam

19 October 2005

كيف إيمانك ؟

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

يوم الاثنين السابق ذهبت مع الحاج أزهر إلى مكتب السيد عبد الفتاح، أهل نواب ولاية كلنتان لأجل الحصول إلى معلومات مفيدة عن مجال التعاون بين طلاب جامعة الاسلامية فترا وبين الحكومة الكلنتانية. وفي هذا اللقاء قد سألني السيد عن الشيء الذي صعب علي أن أجيبه. فأول سؤاله " كيف حالك " والسؤال الثاني " كيف إيمانك " فهذه مشكلتي. لو أسألكم مثل هذا السؤال فما هي إجابتكم؟ ممكن أن تجيبوني أي مكان ممكن أن أقرها..... والسلام

06 October 2005

أهلا وسهلا يا رمضان

عن أبي هريرة رضي الله عنه: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم (( قال الله عز وجل: كل عمل ابن آدم له إلا الصيام فإنه لي وأنا أجزي به، والصيام جنة، فإذا كان يوم صوم أحدكم فلا يرفث ولا يصخب فإن سابه أحد أو قاتله فليقل: إني صائم والذي نفس محمد بيده لخلوف فم الصائم أطيب عند الله من ريح المسك، للصائم فرحتان يفرحهما: إذا أفطر فرح بفطره وإذا لقي ربه فرح بصومه)) البخاري في كتاب الصوم 4/88