28 November 2005

Wahabi...

Assalamualaikum...

Aku rasa terpanggil untuk posting kali selepas membaca artikel berkenaan isu Wahabi di Utusan Minggu Ahad 27/11/2005 dan Utusan Malaysia Isnin 28/11/2005 (sorry la, kali ni posting aku agak serius).

Terus terang aku katakan, aku agak terkejut bila baca artikel. Tambah lagi orang yang buat statement tu adalah ulama yang terkenal kat Malaysia, Ustaz Muhammad el-Muhammadi. Tak tersangka orang yang menjadi Fellow di IKIM buat kenyataan terang-terangan yang menghentam fahaman Wahabi tanpa membawa bukti-bukti yang kukuh. Lebih teruk lagi, kenyataan beliau seolah-olah memutuskan bahawa fahaman Wahabi ni sama dengan fahaman-fahaman lain yang menyeleweng sehingga terkeluar dari golongan Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah. Aku tak pasti, adakah beliau buat kenyataan tu berdasarkan pengetahuan beliau, atau ada sesuatu di belakangnya yang meminta beliau berbuat demikian demi untuk mengaitkan fahaman Wahabi dengan keganasan (terrorisme).

Aku setuju kalau dia kata pengikut fahaman Wahabi ni ada di antara mereka yang ekstrimis. Tapi kalau dia kata, golongan fahaman Wahabi ni menolak amalan-amalan sunnah, contohnya tahlil, membaca Yasin, qunut, talkin, berdoa, berzikir, ziarah kubur dan pelbagai lagi, suatu yang kita tak boleh terima bulat. Kena ada kajian, samada betul atau tidak fahaman Wahabi ni, macam ni ke pegangan diorang, ataupun sebaliknya. Seingat aku la, fahaman Wahabi ni tujuannya nak menghidupkan kembali Sunnah, bukan menentang Sunnah. Agak-agak la, diorang ni tahu ke asal-usul fahaman Wahabi ni? Siapa Wahabi ni? Apa yang dibawa oleh Wahabi ni? Diorang ni tak terfikir ke, kalau tak kerana fahaman Wahabi ni, dah tentu kat Saudi sekarang ni banyak perkara bidaah. Satu jasa yang cukup besar yang ditinggalkan oleh Wahabi ni (sori..aku lupa nama penuh pencetus fahaman ni, Abdul Wahab atau Muhamaad Wahab..nanti aku perbetul bila dah dapat maklumat).

Beberapa persoalan yang aku nak lontarkan pada mereka yang kuat menentang Wahabi ni tanpa usul periksa.

1- Adakah dakwaan mereka ke atas Wahabi ni terbukti benar? Kalau betul, mana buktinya?

2- Mereka katakan, Wahabi ni menentang Sunnah. Aku nak tanya, siapa yang menentang siapa? Setahu aku Wahabi nak ajak orang kembali pada Sunnah yang sebenar, buat apa yang Nabi sallallahualaihiwasalam buat dan tinggal apa yang Nabi sallallahualaihiwasalam tak buat. Tapi mereka yang mendakwa ni, buat apa yang Nabi sallallahualaihiwasalam tak buat, tinggal apa yang Nabi sallallahualaihiwasalam tak suruh buat. Jadi mana yang lebih baik? Buat sesuatu yang tak jelas adakah Nabi sallallahualaihiwasalam buat atau tinggalkan apa yang Nabi sallallahualaihiwasalam tak buat?

3- Kenapa diorang sibuk nak hentam Wahabi dengan mendakwa fahaman ni bercanggah dengan Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah, sedangkan kat Malaysia sekarang ni banyak perkara yang bukan setakat bercanggah dengan Sunnah, bahkan bercanggah dengan al-Quran tu sendiri. Buka aurat, murtad, minum arak, berzina, khalwat (kebanyakan artis), bercampur laki pompuan, judi, rasuah, riba dan macam-macam lagi. Kenapa diorang tak perbetul benda-benda ni dulu?

4- Kalau diorang kata, fahaman Wahabi ni salah, terkeluar dari Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah, jadi semua orang kat Saudi pun terkeluar sama jugak la. Imam Haramain, muazzin, ulama-ulama, pemimpin Saudi dan semua orang kat Saudi bukan Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah sbb kita dah maklum, Wahabi ni muncul di Saudi dan sudah tersebar luas di sana. So apa citer?

5- Betul ke fahaman Wahabi ni penyebab runtuhnya khlifah Uthmaniah? Setahu aku, yang menjatuhkan khalifah ni Mustafa Kamal Ataturk di Turki serta perancangan orang Barat. Jadi macamana Wahabi ni boleh terlibat sama?

.........

Kalau ikutkan hati, banyak lagi yang aku nak sampaikan. Bukan nak menentang seratus peratus, tapi bila mereka buat pendakwaan tanpa didatangkan bukti, tu yang buat aku geram sangat.

Aku bukan nak menuduh, tapi aku ada maklumat yang tak berapa elok tentang Ustaz el-Muhammadi ni. Aku tak nak post kat sini. Siapa yang nak tahu, msg aku. Insya allah aku n beberapa orang lagi tengah tunggu respon dari beberapa pihak berkenaan isu ni, terutama dari pada kerajaan Perlis.

We'll wait and see..!

Wassalam

No comments: