22 September 2007
Welcome LINUX and Goodbye Windows!
21 September 2007
Stop for Prayer!
Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan...
16 September 2007
18 June 2007
Syukur alhamdulillah
Akhirnya doakan kami kekal sehingga akhir hayat dan tetap berada di bawah naungan rahmat dan inayahNYA. Amiinn..!!





What Happens If You Stop Smoking Right Now?
* In 8 hours the carbon monoxide (a toxic gas) levels in your blood stream will drop by half, and oxygen levels will return to normal.
* In 48 hours your chance of having a heart attack will have decreased. All nicotine will have left your body. Your sense of taste and smell will return to a normal level.
* In 72 hours your bronchial tubes will relax, and your energy levels will increase.
* In 2 weeks your circulation will increase, and it will continue to improve for the next 10 weeks.
* In three to nine months coughs, wheezing and breathing problems will dissipate as your lung capacity improves by 10%.
* In 1 year your risk of having a heart attack will have dropped by half.
* In 5 years your risk of having a stroke returns to that of a non-smoker.
* In 10 years your risk of lung cancer will have returned to that of a non-smoker.
* In 15 years your risk of heart attack will have returned to that of a non-smoker.
30 May 2007
Akhirnya...
Ini adalah posting aku yang terakhir (aku rasa...) sebagai orang bujang. Cara pemikiran, stail, pendekatan, perwatakan dan kesemuanya aku kira akan berubah dari status bujang kepada status seorang suami. Selepas dari ini, terlalu banyak tanggungjawab yang akan aku pikul dan yang terpaksa aku hadapi kelak. Segala yang telah aku lalui sebagai seorang bujang, aku harapkan dapat menjadi bekalan buat aku sebagai seorang suami kepada isterinya yang tercinta.
Beberapa hari lagi akan terpahat satu lagi sejarah dalam kehidupan aku. Isu perkahwinan yang sebelum ini hanya impian dan cita-cita, gurauan bersama teman-teman, akan menjadi satu realiti buat diri aku. Dan aku tahu, aku harus menghadapi dengan sebaiknya. Bukan sekadar hanya menghalalkan hubungan suami isteri, tapi bagi aku, perkahwinan ini adalah sebagai satu platform bagi aku dan isteriku bersama-sama untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai dai'e di jalan Allah. Kalau hanya sekadar kerana ingin memenuhi kehendak tabii sebagai manusia, terlalu ramai wanita di luar sana yang boleh mengisi kehendak tersebut. Tetapi bagi aku, setiap kali aku berhadapan dengan wanita, perkara pertama yang menjadi skema bagi aku adalah: "Adakah dia (wanita) ini boleh bantu aku dalam kerja dakwah?" Perkara ini yang sentiasa bermain dalam fikiran aku. Dan akhirnya.... aku dipertemukan dengan seorang wanita yang baik pekertinya, elok rupa parasnya dan... hebat kesungguhannya bekerja di dalam jalan Allah.
25 May 2007
17 May 2007
19 April 2007
What I've Done
p/s: Salah ke kalau dengar lagu diorang ni..???
12 April 2007
Daripada Perniagaan Kepada Wakaf
Kolej ini akan dioperasikan atas dasar kebajikan dan tidak bermotifkan keuntungan. Objektif utama perubahan ini adalah pertama, untuk memberi peluang kepada seberapa ramai anak bangsa untuk meneruskan pengajian ke peringkat tinggi dalam bidang fardhu ain dan fardhu kifayah yang amat diperlukan oleh ummah. Dan kedua, membuka peluang kepada lebih ramai umat Islam untuk memberi infaq dan mewakafkan harta untuk perjuangan memartabatkan pendidikan Islam peringkat tinggi.
06 April 2007
Kau Inspirasiku Ya Rasulallah SAW
Diriku berlari * Kejar buih di kaki sirahmu * Malangnya tak jumpa * Hilang ditelan ombak masa * Lelah aku * Dan termangu di sini * Mencari sinar * Ku cuba mengutip * Butir bistari di pesisir kalammu * Inginku sematkan * Menghiasi dada kehidupanku * Lalu terang destinasi abadi * Di hujung langkahku * Kau inspirasi * Jiwa nan suci * Inginku terus selami * Di dasar dirimu kilau cahaya * Mutiara putih * Menyinar ke dalam lubuk jiwa * Nan gelap gelita * Di dasar dirimu * Karang indah * Halus penuh seni * Meneguh perjuangan kebenaran * Hikmah pekerti * Kau inspirasi * Jiwa nan suci * Ingin ku terus selami * Kau inspirasi * Permata hati * Ingin ku terus dekati * Kau inspirasi * Walau kau pergi * Namun ku tetap di sini...
09 March 2007
Aurat oh aurat !
03 March 2007
Ayat-ayat Cinta

Ok kali aku nak bercerita sedikit tentang novel 'Ayat-ayat Cinta' yang aku habis membacanya pada hari ni. 2 hari aku pulun membaca novel ni dek kerana tarikan yang ada padanya. Sebuah novel yang mengisahkan perjalanan hidup seorang mahasiswa Indonesia peringkat MA al-Azhar di Mesir. Bermula dengan kisah di dalam Metro yang cukup untuk menonjolkan peribadi dan tahap kefahamannya tentang agama Islam sehingga mampu berdepan dengan masyarakat arab di Mesir. Dan perjalanannya berterusan dengan beberapa rentetan peristiwa suka, duka, romantik, dramatik, keinsafan sehinggalah ke akhir cerita, ke semuanya cuba untuk disertakan di dalamnya nilai-nilai islam yang menginsafkan jiwa. Aku rasa tak perlu aku ceritakan sinopsis novel tersebut di sini. Tapi ada sedikit komentar yang aku ingin kongsikan di sini.
Pertama sekali, bila selesai sahaja membaca novel ni, aku boleh katakan bahawa, kisah di dalamnya melalui gambaran watak-watak yang ada adalah terlalu idealistik tetapi tidak mustahil boleh berlaku. Ini kerana aku melihat, hampir ke semua watak, terutama watak utama iaitu Fahri, kelihatannya terlalu baik dan boleh berhadapan dengan apa jua situasi di Mesir, dan dengan sesiapa jua. Kalau dilihat pada realitinya semasa, aku rasa susah nak jumpa orang seperti Fahri di dalam novel ni. Tapi seperti aku katakan, too idealistic but it's not impossible.
Kedua, novel ini agak banyak senario yang melibatkan wanita. Walaupun keterlibatan watak lelaki juga tidak kurang, tapi aku rasa seolah-olah kewanitaan itu lebih mendominasi. Mungkin kerana novel ini berkisar tentang cinta dalam pelbagai sudut, agaknya laaa...
Ketiga, nilai islam yang dimasukkan ternyata mampu mengesankan hati pembacanya. Setiap ayat quran dan hadis disebutkan sumbernya, begitu juga dengan fakta-fakta yang pelbagai, sehinggalah kepada penghayatan islam itu yang dapat dilihat melalui jalan ceritanya yang dibawa oleh setiap watak utama. Boleh dikatakan hampir keseluruhan cerita ini tidak terlepas daripada dimasukkan nilai-nilai islam. Mahu dikatakan novel ini sebagai novel ilmiah, rasanya tidak. Tetapi untuk mengatakan novel ni sepenuhnya novel semata-mata, pun tidak juga. Aku rasa, ini adalah antara novel yang berjaya mengadun sebuah cerita bersama-sama dengan unsur-unsur ilmiah yang terlalu jarang untuk kita temui.
Kesimpulan aku terhadap novel ni, sebuah novel yang cukup baik. Dan alangkah elok sekiranya para remaja kita pada hari ini boleh membaca dan menghayati dan mengambil iktibar dari kisah tersebut, terutama perkara yang menyangkut paut tentang cinta. Ini kerana pada hari ini, antara punca kerosakan yang berlaku di kalangan remaja kita adalah yang berkaitan dengan cinta. Semoga dengan pembacaan terhadap novel ini, kita akan menjadi lebih mengerti tentang apakah dia cinta yang sebenar, cinta yang hakiki......
Sabtu, 3/3/2007, 22:29 pm
21 February 2007
Jazakumullah Khaira
13 February 2007
Ababil...? Sijjiil...?
Semalam aku telah diamanahkan untuk menyampaikan tafsir surah al-Fil dalam halaqah. Bagi menyempurnakan tugasan tersebut, aku terpaksa membelek beberapa buat kitab tafsir, antaranya Tafsir Ibn Kathir (versi Syamilah 2.0), Mukhtasar Tafsir Ibn Kathir oleh Dr, Ali al-Sobbuni, Fi Zilal al-Quran oleh Said Qutb dan Sofwah al-Tafasir oleh Dr. Ali al-Sobbuni. Ketika membelek kitab-kitab tersebut, ada 2 perkara baru yang aku dapati yang mana ianya berbeza dengan apa yang kita sedia maklum berkenaan kisah yang terdapat di dalam surah al-Fil.
Pertama; di dalam kitab-kitab tafsir yang aku rujuk tersebut, tidak dinyatakan di dalamnya nama burung yang diutus oleh Allah itu adalah burung Ababil. Sedangkan apa yang telah diajarkan kepada kita sewaktu di sekolah, burung tersebut namanya burung Ababil. Aku tak tahu darimana datangnya nama burung tersebut burung Ababil, sedangkan di dalam kitab tafsir menyebut, ababil itu menunjukkan tentang bagaimana burung-burung yang diutus Allah itu datang dalam berkelompok-kelompok dan berbondong-bondong dalam satu jumlah yang terlalu banyak. Tidak terdapat penerangan yang jelas tentang nama burung tersebut, jenisnya, rupa bentuknya, dan dari mana datangnya burung tersebut (walaupun ada sesetengah mufassir menyebut burung tersebut datang dari laut - wallahualam). Jika begitu yang terdapat di dalam kitab tafsir, jadi bagaimana boleh timbul tentang nama burung tersebut adalah Ababil?
Kedua; diceritakan juga kepada kita bahawa batu yang dilemparkan oleh burung tersebut adalah batu dari neraka. Sedangkan dari apa yang aku telah baca, tak disebutkan pun langsung bahawa batu itu adalah batu dari neraka. Di dalam kitab tafsir dinyatakan bahawa burung-burung yang diutus Allah itu membawa 3 butir batu; 1 di paruhnya, dan 2 lagi pada kedua kakinya. Dan batu tersebut dinyatakan di dalam al-Quran dengan بحجرة من سجيل iaitu yang bermaksud: batu daripada sijjil. Jika kita melihat pada terjemahan perkataan sijjil ini ia bererti tanah yang telah dipejalkan. Perkataan sijjil ini terdapat pada 2 tempat yang lain selain di dalam surah al-Fil iaitu pada surah Hud: 82 dan al-Hijr:74. Dan sijjil yang ada pada kedua tempat ini ditafsir oleh ulama sebagai tanah yang dikeraskan / dipejalkan dan kemudian dibakar. Jadi kita boleh katakan di sini bahawa sijjil yang ada pada surah al-Fil ini juga adalah gumpalan tanah yang telah dikeraskan dan dibakar sehingga menjadi batu yang cukup keras dan panas. Tetapi di dalam penerangan yang ada dalam kitab tafsir tentang sijjil ini, tidak dinyatakan pun bahawa batu tersebut adalah dari neraka (walaupun kemungkinan tu ada kerana Allah Maha Berkuasa). Jadi bagaimana kita kata bahawa batu yang dilemparkan oleh burung tersebut adalah batu dari neraka?
Hmm... selepas fikir-fikir semula, aku boleh simpulkan di sini bahawa sememangnya terlalu banyak cerita-cerita yang kita dok dengar selama ni ada kesilapan. Itu semua adalah disebabkan kemasukan terlalu banyak sumber-sumber dari Israiliyyat ataupun dari hadis-hadis yang tidak thabit dari Rasulullah SAW. Jadi kita sebagai orang Islam (terutama yang ngaji ilmu agama) kena banyak membaca dan buat kajian. Kalau tak, masyarakat kita akan terus hanyut dengan kisah-kisah dan cerita-cerita yang ntah dari mana datangnya sehingga kita menjadi terlalu jauh dengan yang haq dan yang sahih.
Wallahualam
06 February 2007
Subhanallah...
"Maka sesiapa yang diingini oleh Allah untuk diberi hidayahNya, (Allah) akan menerangkan hatinya dengan Islam, Dan sesiapa yang diingini oleh Allah untuk disesatkanNya, (maka Allah) akan menjadikan dadanya sesak yang (teramat) menyakitkan, seolah-olah seperti dia sedang naik ke langit...".
Apa yang aku nak sebut disini, bukanlah berkenaan dengan hidayah atau kesesatan. Tapi yang membuatkan aku tersentuh di sini adalah berkenaan dengan perumpaan yang Allah sebut di dalam ayat ni. Allah kata, orang yang tidak mendapat petunjuk dari Allah dengan cahaya Islam, dada-dada mereka akan menjadi teramat-amat sesak, sempit, semput yang teramat-amat menyakitkan, seperti keperitan dada manusia apabila naik atau berada di tempat yang tinggi. Ayat ini sebagai salah satu bukti yang menunjukkan kepada kita bahawa kitab al-Quran sebagai sebuah kita yang terkandung di dalamnya pelbagai yang perkara yang berkaitan dengan kehidupan manusia, termasuklah yang bersangkut paut dengan ilmu sains. Boleh tak kita bayangkan, bagaimana umat selain Islam pada zaman dulu, yang masih tercari erti kehidupan yang sebenar, berada dalam zaman kegelapan (rujuk zaman gelap di Eropah), tetapi Islam telah pun bercakap tentang ilmu sains. Pada waktu tersebut, mana ada lagi orang mengetahui bahawa makin tinggi kita naik ke atas, makin sukar untuk kita bernafas. Apatah lagi kalau kita naik sampai ke angkasa. Takde siapa yang tahu tentang perkara ni melainkan umat Islam melalui kitab al-Quran. Mereka (orang kafir) hanya tahu tentang perkara setelah berabad-abad lamanya setelah ayat ni turunkan kepada Rasulullah SAW, dan dibuktikan secara pasti bila mereka mula meneroka angkasa. Subhanallah, subhanallah, subahanallah... inilah dia al-Quran (rujuk Islam). Andaikata kalau umat Islam menggunakan dengan secukup-cukup segala apa yang ada di dalam al-Quran, pasti kita akan kembali menjadi umat yang kuat di atas muka bumi ni. Fikir-fikirkanlah, dimana diri kita pada hari ini...
05 February 2007
RM50 & RM1
Al-Kisah….
Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya, "Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?" Lima puluh menjawab "Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama.. tempat-tempat cam tuh lah. Eh, ko camner lak?" Duit seringgit menjawab perlahan seraya menunduk, "Hmm.. bosan.. balik balik tempat sama.. surau, masjid, surau…"
Tagged from http://safiukhwah.blogspot.com
30 January 2007
Re-post : Puasa Sunat Hari 'Asyura (10 Muharram)
Baca lagi...


