06 February 2007

Subhanallah...

Subhanallah... itu lah sebaik-baik kalimah yang mampu aku ucapkan bilamana aku membaca al-Quran pada ayat ke 125 surah al-An'am (sila rujuk al-Quran & terjemahannya). Firman Allah Taala pada ayat tersebut yang bermaksud:

"Maka sesiapa yang diingini oleh Allah untuk diberi hidayahNya, (Allah) akan menerangkan hatinya dengan Islam, Dan sesiapa yang diingini oleh Allah untuk disesatkanNya, (maka Allah) akan menjadikan dadanya sesak yang (teramat) menyakitkan, seolah-olah seperti dia sedang naik ke langit...".

Apa yang aku nak sebut disini, bukanlah berkenaan dengan hidayah atau kesesatan. Tapi yang membuatkan aku tersentuh di sini adalah berkenaan dengan perumpaan yang Allah sebut di dalam ayat ni. Allah kata, orang yang tidak mendapat petunjuk dari Allah dengan cahaya Islam, dada-dada mereka akan menjadi teramat-amat sesak, sempit, semput yang teramat-amat menyakitkan, seperti keperitan dada manusia apabila naik atau berada di tempat yang tinggi. Ayat ini sebagai salah satu bukti yang menunjukkan kepada kita bahawa kitab al-Quran sebagai sebuah kita yang terkandung di dalamnya pelbagai yang perkara yang berkaitan dengan kehidupan manusia, termasuklah yang bersangkut paut dengan ilmu sains. Boleh tak kita bayangkan, bagaimana umat selain Islam pada zaman dulu, yang masih tercari erti kehidupan yang sebenar, berada dalam zaman kegelapan (rujuk zaman gelap di Eropah), tetapi Islam telah pun bercakap tentang ilmu sains. Pada waktu tersebut, mana ada lagi orang mengetahui bahawa makin tinggi kita naik ke atas, makin sukar untuk kita bernafas. Apatah lagi kalau kita naik sampai ke angkasa. Takde siapa yang tahu tentang perkara ni melainkan umat Islam melalui kitab al-Quran. Mereka (orang kafir) hanya tahu tentang perkara setelah berabad-abad lamanya setelah ayat ni turunkan kepada Rasulullah SAW, dan dibuktikan secara pasti bila mereka mula meneroka angkasa. Subhanallah, subhanallah, subahanallah... inilah dia al-Quran (rujuk Islam). Andaikata kalau umat Islam menggunakan dengan secukup-cukup segala apa yang ada di dalam al-Quran, pasti kita akan kembali menjadi umat yang kuat di atas muka bumi ni. Fikir-fikirkanlah, dimana diri kita pada hari ini...

1 comment:

Anonymous said...

masyaAllah, benarlah kata anta.
Makin banyak kita tadabbur makin banyak kita discover.

Nice sharing akhi.

izinkan ana link kan blog anta to mine.