11 August 2009

My Desktop - aspirasiku

Antara kelebihan Ubuntu (Linux amnya) adalah switcher antara desktop. Perhatikan blog aspirasiku berada di tengah-tengah antara 2 desktop.

Ayahku Tercinta (juga keluargaku yang lain)

BAKHTIAR bangga mewarisi kemahiran membuat songkok tradisional.


Bakhtiar gigih hasilkan seni warisan sejak 34 tahun lalu biarpun berdepan saingan

MELIHAT kegigihan seorang warga emas menjahit songkok, timbul persoalan, apakah akan terjadi untuk tempoh 10 tahun akan datang. Siapa yang akan memastikan kesinambungan menyiapkan warisan tradisi bangsa Melayu ini, adakah akan lupus ditelan zaman?

Tidak ramai yang sanggup membabitkan diri dalam bidang pembuatan songkok, ada yang menganggapnya kerja remeh dan mendakwa tidak mempunyai masa depan berbanding bidang lain yang lebih terjamin dari segi pendapatan.

Namun, bagi Bakhtiar Mustafa yang sudah pun mencecah usia 73 tahun, itulah sumber menyara keluarga dan lebih penting, usaha itu dapat memastikan tradisi pakaian bangsa Melayu itu akan terus bertahan.

Meskipun kian dimamah usia, Bakhtiar cukup tekun dan bersemangat bekerja, matanya tetap tajam, fokus meneliti jarum dan gerak tari mesin jahit di kedai menjahit songkok di Pasar Keramat, Kuala Lumpur.

Logiknya pada usia emas begitu, tidak ramai yang masih sanggup dan mampu menjahit dengan baik kerana kerjaya sebagai pembuat songkok memerlukan penelitian cukup halus, cermat dan sering dianggap remeh.

Bagi Bakhtiar, beliau bernasib baik kerana daya penglihatan masih baik dan menjadi satu kelebihan baginya. Malah beliau cukup bersyukur dengan nikmat itu yang membolehkannya meneruskan usaha dengan sehingga ke hari ini. Jika tidak, sudah pasti punca rezekinya terjejas.

Pengalaman lebih 34 tahun mengabadikan diri dalam usaha pembuatan songkok membuatkan Bakhtiar cukup sedar jika tidak diteruskan tradisi ini, ia akan memberi petanda tidak baik yang boleh menjejaskan kesinambungan seni warisan Melayu.

“Jika berminat nak jadi pembuat songkok, kena banyak bersabar, kena tekun, teliti dan paling penting jangan mudah berputus asa. Mesti berguru dan saya sendiri ambil masa hingga tiga tahun untuk benar-benar yakin pada diri sendiri untuk hasilkan songkok untuk dijual.

“Kita menghasilkan sesuatu untuk dipakai, mestilah hasilnya selesa dipakai dan cantik dipandang. Ini budaya kita dan kita mesti jaga,” katanya.

Proses membuat songkok bermula dengan proses memotong pelan kertas yang sudah siap disulam dengan jahitan warna asas di dalam songkok, biasanya berwarna biru. Kertas pelan yang ditempah khas itu akan dipotong dua untuk dibentuk asas tepi songkok.

Potongan siap itu akan diukur mengikut saiz ditetapkan dan kebiasaannya, ukur lilit kepala orang dewasa ialah antara 21 hingga 24 inci, manakala saiz kanak-kanak adalah bawah 21 hingga 16 inci.

Bakhtiar akan memotong mengikut ukuran pembaris dan kaedah tradisional dengan menemukan kedua-dua hujung potongan itu untuk dipadankan.

“Kadang kala memang kita ukur ikut saiz tetapi mesti ukur kedua penghujung. Ini akan membantu ketepatan, boleh nampak terus sesuai atau tidak,” katanya.

Seterusnya, potongan ukur lilit kepala itu akan dijahit kemas sebanyak dua kali di sebelah dalam bagi memastikan cengkaman kuat termasuk satu daripadanya dijahit bersama kulit kecil.

Penutup songkok pula dibuat berdasarkan keperluan. Bagi songkok biasa atau standard, saiz ketinggiannya ialah 3 1/4 inci manakala bagi songkok tinggi atau lebih popular dengan gelaran songkok Johor, ketinggiannya melebihi 4 inci.

Songkok Johor itu mempunyai ketinggian permukaan atas tidak rata dan tinggi di bahagian tepi manakala songkok standard mempunyai permukaan sama rata.

Songkok yang siap dijahit akan diratakan di bahagian jahitan menggunakan sudu kecil bagi mengelakkan permukaan tidak rata akibat kesan jahitan. Proses terakhir ialah memasang baldu serta lilitan bersulam yang ditempah dari Pulau Pinang dan Sumatera Barat, Indonesia.

Bagi Bakhtiar, beliau mampu menyiapkan lima songkok sehari sekiranya menumpukan sepenuh masa dan menjelang musim perayaan, tempahan yang diterima agak tinggi.

Bagaimanapun, di hati kecilnya, timbul perasaan terkilan dan kecewa melihat ‘trend’ pemakaian songkok ketika ini yang dikatakan sangat merosot.

“Dulu ramai yang memilih songkok setiap kali menjelang musim perayaan atau dipakai ke majlis rasmi, tetapi sekarang sudah berkurangan. Jika ada pun, tempahan pelajar sekolah. Sekarang orang lebih suka guna ketayap.

“Tak apalah, mungkin trend ini akan berubah tetapi kita harus berusaha pastikan tradisi ini kekal,” katanya yang pernah menjaja di kaki lima menjual songkok pada awal pembabitannya sebelum menghasilkan songkok.

Profil

Nama: Bakhtiar Mustafa, 73,

Isteri: Syamsiah Abdul Majid, 66

Anak:

1) Erny, 38

2) Risnaldi, 36,

3) Juniarni, 34,

4) Herlina, 30,

5) Muharman, 28

6) Firdaus, 24,

Cucu: 16 orang

Kedai: F8 Pasar Keramat, Kuala Lumpur


* Berita Minggu, 9 Ogos 2009

10 August 2009

My Desktop - cube mode

Ni antara paparan desktop aku yang dah di modified. Sangat la basic bagi sesetengah orang yang dah expert dalam Ubuntu ni. Saya budak baru belajar...!

06 August 2009

Linux (Ubuntu)

Alhamdulillah, setelah hampir 2 hari membuntukan diri untuk install Ubuntu dalam pc aku, akhirnya siap juga pada hari ni. Kredit dan terima kasih bebanyak pada En. Hanif (Mr. ICT) kerana telah membantu proses installing tersebut.

My desktop. Belum di modified lagi. Tunggu naa..

30 July 2009

KIBAR 09 & Konsis International 09

Seminggu dua ni, Kolej Jaiputra telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi dua program yang berkapasiti agak besar, iaitu yang melibatkan hampir 200 orang peserta bagi setiap program. Program yang dimaksudkan adalah KIBAR 2009 (Kursus Intensif Bahasa Arab) dan Konsis International.

Program KIBAR adalah program yang mengumpulkan sejumlah pelajar luar negara yang pulang bercuti untuk mengikuti slot-slot pengisian berkenaan bahasa Arab dan juga pengisian modal insan. Manakala Konsis International pula adalah satu program yang juga mengumpulkan sebilangan pelajar Malaysia di luar negara, dari seluruh dunia yang pulang bercuti sempena dengan musim panas (summer semeter). Program ini diadakan adalah menghimpunkan pelajar-pelajar yang terlibat sebagai penggerak bagi aktivitisme pelajar di universiti tempat pengajian masing-masing.

Diharapkan program-program yang telah dan bakal dijalankan ini (KIBAR tamat pada hari ini 30 Julai 2009 dan Konsis bermula dari 31 Julai - 2 Ogos 2009) dapat memberikan faedah semua pihak yang terlibat (termasuk aku juga), insya Allah.

23 July 2009

Tolong sebarkan!

Kisah menyanyat hati ini berlaku minggu lepas. Kisahnya begini, seorang muslimat Mesir di Jerman, Marwa Al-Sherbini, yang pada Ogos 2008 telah memfailkan saman kepada jirannya yang menggelarnya sebagai 'Terrorist', kerana beliau berhijab.Diulang, beliau digelar 'Pengganas', kerana beliau B.E.R.T.U.D.U.N.G. !!

Maka setelah mendengar hujah kedua-dua pihak pada Rabu minggu lepas, mahkamah mendapati lelaki, yakni jiran kepada Marwa tadi bersalah, dan dikehendaki membayar denda 2800 Euro.

Anda tau apa berlaku sesudah itu?

Lelaki ini telah menerkam ke arah Marwa, dan menikam mangsa 18 kali!! Ya, anda tak salah baca, memang 18 kali, dan yang paling teruk, Marwa ditikam sehingga mati, sambil beliau memeluk anaknya. Dan Marwa ketika itu mengandung 4bulan...tragis bukan?

Belum cukup tragis, ada lagi. Suami Marwar yang melihat isterinya ditikam terus menerkam ke arah lelaki tadi, dan....

......

...akhirnya suaminya juga ditikam 3 kali. Nah. Tidak cukup dengan itu, pengawal keselamatan yang 'melihat' kejadian tadi telah bertindak menembak suami Marwar. Nah...ini baru betul2 tragis.

Sekarang anda fikir, bagaimana logik seorang perempuan ditikam 18kali di dalam mahkamah, tanpa ada seorang pun yang bertindak menyelamatkan wanita ini, melainkan suaminya, yang akhirnya kerkesudahn ditembak.

Logik atau tidak anda mengambil masa hanya 1 saat untuk menikam 18 kali? Cuba anda tikam angin 18 kali, berapa lama masa yang anda ambil, tikam secepat mungkin. Malah 1 saat untuk 1 tikaman pun sukar dicapai. Maka tidakkah anda terfikir kenapa reaksi manusia di situ terlalu lembab? Bengong bukan.

Seorang pemerhati telah berkata tentang suami Marwa, "Dia bukan seorang yang berambut perang, jadi dia tentu penyerangnya." Ya, ini logik pada pandangan mereka. Tapi sesekali tidak bagi kita.




Itu isu pertama, isu kedua adalah mengapa seakannya media barat cuba menutup isu ini. Langsung tidak dihebohkan. Adakah kerana darah orang Islam tidak sama dengan daragh mereka? Ermm..logik bukan. Hanya orang yang gila sahaja percaya ini.

Mungkin ada antara yang membaca entri ini berfikir bahawa ini hanya isu kecil, mengapap erlu dihebohkan. Ada bukan? Ini bukan soal peka semata-mata, cuba anda fikir, kalau Marwa boleh ditikam 18 kali dalam mahkamah, 'tanpa disedari' maka adakah mungkin mereka2 ini menyedari pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku nun di Gaza, di Tebing Barat, di Darfur, dan yang terbaru di China. Atau ada antara anda yang masih tidak tahu saudara kita dibunuh di China. Ya, logik la sikit kalau anda tidak tahu, sebab semua pembunuhan tadi berlaku di luar mahkamah.

Sampai bila....sampai bila baru dunia harus berkata 'cukup'.

Wallahu a'lam.

Petikan dari forum Shukur.org
* tolong sebarkan kisah ni pada seramai orang yang mungkin

20 July 2009

Lemahnya aku..!

"Seorang dai'e itu, kebanyakan masanya adalah di luar rumah, untuk melakukan kerja dakwah. Tidak sepatutnya masanya dihabiskan di rumah untuk berehat" - Ahmad Rashid (Muntalaq)

"Kami di Indonesia diwajibkan untuk mencari 3 orang bagi setiap bulan. Dan perjalanan dengan berjalan kaki sejauh 10 km itu biasa bagi bertemu dengan orang" - sis Indonesia

"Kerja dakwah ni bukannya pilihan yang boleh dipilih-pilih, bahkan ianya adalah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan" - Ust Lah, Kelantan

"Sibuk sangat ke enta ni sampai tak boleh buat kerja dakwah? Biasanya kalau enta kata sibuk, mesti sibuk yang entah apa-apa" - Ust Qeu Wai


Huhuhuhuhuhuhu........ lemahnya aku!

14 July 2009

Muqaddimah

Quran telah mengajarkanku ini semua... adakah anda juga telah mendapatinya?

Hidup di bawah bayangan al-Quran adalah suatu keni'matan yang tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja. Ia adalah suatu keni'matan yang meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah yang telah mengurniakan kepadaku keni'matan hidup di bawah bayangan al-Quran selama beberapa waktu, di mana aku telah mengecapi ni'mat yang tidak pernah aku kecapi sepanjang hidupku, iaitu ni'mat yang meluhur, memberkati dan membersihkan usiaku.
----------------------------------

Hidup bererti keberadaan seseorang di dalam suatu keadaan. Dan apabila disebut hidup di bawah bayangan al-Quran, maka bererti berada di suatu keadaan yang selaras dengan al-Quran, seperti keberadaan seseorang di bawah bayang sepohon pokok yang rendang dan teduh, ketika matahari terik memancarkan cahayanya. Semua manusia pasti akan beradan senang serta kenikmatannya apabila berteduh di pohon tersebut. Di dalam suasana yang panas dan bahang hasil panahan cahaya matahari, manusia diberi peluang untuk berteduh di bawah pohon yang rendang, di tambah pula dengan suasana nyaman tiupan angin. Sudah pasti ini adalah suatu nikmat yang tidak dapat diungkapkan melalui kata-kata. Maka itulah perumpamaan bagi mereka yang dapat merasai kenikmatan berada dalam naungan dan panduan dari al-Quran.

Di kala manusia pada hari ini yang leka dan hanyut dibawa oleh godaan nafsu dan syaitan, menyebabkannya terpesong dari jalannya yang lurus, maka manusia yang berada di lingkungan al-Quran akan berasa dirinya dipandu dengan satu aturan yang cukup sempurna, dan tidak akan menjadikannya terpesong dari jalan yang sepatutnya, sehingga ia merasakan perjalanan hidupnya stabil dan dipermudahkan.

Inilah dia satu nikmat yang tidak terkira hebatnya !

Tetapi nikmat ini hanya dapat dirasa dan diketahui bagi mereka yang mengalaminya. Bagaimana mungkin kita boleh bertanya pada orang yang sedang berada di bawah terik matahari, kemudian menyatakan tentang nikmat teduhan pohon yang rendang, sedang dia sendiri tidak berada di bawahnya. Mana mungkin ungkapannya akan sama dengan ungkapan mereka yang memang sedang berteduh di pohon tersebut.

Sama sekali tidak sama !

Maka begitulah juga nikmat seseorang yang hidup bersama al-Quran tetapi hanya pada lisan dan lafaz, bukan pada amalan dan penghayatan, berbanding dengan mereka yang hidup bersama al-Quran, pada lisannya, pada hatinya, dan dibuktikan melalui perbuatannya. Kenikmatan yang dirasai oleh yang sebegini keadaannya akan menjadikan dirinya sentiasa diberkati dan membersihkan usianya. Dia akan merasakan jiwa hidup dalam usia yang panjang, sepanjang al-Quran berada di atas muka bumi. Semua ini dek kerana tautan yang kuat hatinya dengan al-Quran, yang menjadikannya hidupnya panjang, walau zahirnya adalah pendek. Maka itulah keberkatan yang sebenar.

Bersambung...

09 July 2009

Without You - Sami Yusuf

Softly you called to me
Across the space between
Across eternity
Where love winds a path unseen

Out of the wilderness
You beckoned my every step
I stumbled sometimes and yet
I never once looked back

Cos I would see
The man I know I used to be
How I was lost before you reached for me
No I don't know
Where I would go
What I would do

Without You
Without You
Without You

Like a heart between beats
I would feel nothing you see
If you took your love from me
I don't know what more would life mean?

I'd use my final breath
To call out your name and let
That breath upon the breeze
Rise like a kiss to thee

So you might see
Just what your love has meant to me
And what the cost of losing you would be
No I don't know
Where I would go
What I would do

Without You
Without You
Without You

Cos I would see
The man I know I used to be
How I was lost before you reached for me
No I don't know
Where I would go
What I would do

Without You
Without You
Without You

* agak menarik lagu terbaru Sami Yusuf ni. Macam ada sedikit persamaan dengan rentak lagu artis Malaysia (ye kot!)

06 July 2009

Demam

Sekarang dah masuk minggu ke dua Nu'man demam. Bermula dengan batuk-batuk, terus meleret ke demam. Dalam tempoh tu, dah beberapa kali ke klinik dan hospital. Tetapi alhamdulillah, dengan pemeriksaan dari doktor hospital dan dari doktor-doktor sahabat, demam Nu'man adalah normal. Demam biasa (kemungkinan demam campak) bukan demam luar biasa (risau jugak). Ni mungkin tempoh peralihan tubuh badan Nu'man untuk bina antibodi yang lebih kuat lagi. Tapi mencabar juga la dalam tempoh ni, terpaksa banyak sabar, terpaksa berfikiran positif dan terpaksa banyak berkorban (korban masa tido, huhuhuhu...).

Alhamdulillah juga, dalam minggu dah nampak ada sedikit perkembangan. Nu'man dan mula makan dan tidak keluar semula (muntah), dah boleh nak main-main dan dah agak kurang merengeknya. Semoga tahap kesihatan dia akan bertambah dalam minggu ni, insya allah.


* pada sahabat-sahabat, tolong doakan kami ye!

02 July 2009

Betul, betul, betul...

Islam itu memudahkan. Tetapi bagi manusia yang tidak faham mengenai Islam akan menganggap perkara yang harus dilakukan dan ditinggalkan itu sebagai suatu bebanan. Bagi orang yang faham dan mengamalkan Islam, sudah tentunya mereka faham bahawa dengan mematuhi hukum-hukum tersebut, ianya memudahkan mereka di akhirat kelak. Bagi memantapkan lagi pemahaman, eloklak kita umpamakan ianya seperti tiang lampu isyarat. Sesetengah orang mungkin beranggapan bahawa tiang lampu isyarat itu merupakan sesuatu yang menyusahkan, melambatkan dan lain-lain lagi. Akan tetapi, ia sebenarnya memudahkan penggunanya serta melancarkan trafik. Bayangkan sekiranya ramai orang tidak mengendahkan arahan tiang lampu isyarat tersebut, sudah tentu banyak kemalangan serta malapetaka yang berlaku.


* pendapat seorang pelajar MPI2023 berkenaan dengan konsep Taklif dan al-Yusr (mudah) dalam Islam.

23 June 2009

Misconceptual

Sehari dua kebelakangan ni, aku banyak menyentuh dalam beberapa perjumpaan, berkenaan dengan salah faham segelintir masyarakat berkenaan dengan beberapa konsep dan kefahaman dalam agama. Antaranya seperti berikut:

- Taqdir
- Konsep fardhu kifayah
- Al-Quran & mushaf al-Quran
- Konsep taklif & al-Yusr (mudah)

Apa yang anda semua faham apabila bercakap tentang perkara-perkara di atas?

22 June 2009

Sedekad KJ (1998 - 2009)



Video klip yang disunting khusus untuk MTU Jun 2009

Terkini Nu'man

Lama dah rasanya tak posting tentang Nu'man. Sekarang ni, Nu'man dah berumur 15 bulan 10 hari (setahun, 3 bulan, 10 hari). Dah banyak yang dia belajar dan dah banyak juga perkara yang dia dah explore. Dah berjumpa dan bergaul dengan ramai orang, dan join banyak program dengan ummi, dah mula pandai ekspresi kan emosi dan perasaan. Subhanallah, baru sekarang ni aku betul-betul boleh perhatikan macamana perkembangan yang berlaku pada manusia pada peringkat umur ni. Kalau nak refer pada diri sendiri, for sure tak ramai yang perasan perkembangan yang berlaku pada diri sendiri. Semua kita akan berasa 'biasa je' dengan perkembangan tersebut. Tapi bagi aku sebagai seorang ayah, baru sekarang aku boleh perhatikan dengan teliti, bagaimana indahnya ketetapan yang Allah telah tetapkan bilamana melihat kepada perkembangan Nu'man. Harap segalanya akan dipermudahkan, amin!

15 June 2009

Indahnya ukhuwwah

Alhamdulillah, masalah clutch dan timing belt kereta dah selesai.

Jazakallah khairan pada akhi CRS atas bantuan!

Alangkah indahnya ukhuwwah yang disulami iman dan dakwah.

03 June 2009

Clutch & timing belt


2-3 bulan mendatang nanti, memang cukup mencabar. Segala-galanya kerana duit. Sekarang ni pun tengah 'dok memikior', nak 'korek' kat mana lagi untuk beli 2 barang ni.....

01 June 2009

Kewajipan, bukannya pilihan!

Alhamdulillah semalam diberi kesempatan sekali lagi oleh Allah Taala untuk ke rumah Ust. Lah bersama-sama beberapa orang sahabat. Kehadiran kami yang agak lewat malam (sekitar jam 10.15pm) tetapi tetap disambut mesra oleh ustaz.

Tujuan ziarah - mendapatkan butir-butir berharga dan berguna untuk melaksanakan amal. dakwah serta thabat di atas jalanNYA. Memang agak sukar untuk bertemu dalam suasana demikian, walaupun berjumpa dengan Ust. Lah boleh dianggap agak kerap dan sudah menjadi kebiasaan. Jadi apabila ada kesempatan, maka peluang tersebut akan diguna dan dimanfaatkan sebaiknya.

-------------

Kerja dakwah bukan satu pilihan, ianya adalah satu kewajipan. Tidak ada seorang pun yang mengaku sebagai muslim yang dapat lari dari hakikat ini. Kenapa? Jawapannya adalah seperti yang terkandung di dalam al-Quran (51:56, 2:30). Andai seseorang itu memahami tentang tanggungjawabnya ini, maka itulah yang akan memberi kekuatan padanya untuk kekal dalam amal ini. Dan itulah juga bukti bagaimana hidupnya dipenuhi dengan keberkatan.

Apa itu berkat? Berkat bermaksud tambahan. Tambahan disini bukan bermaksud tambahan dari sudut bilangan, tetapi tambahan dari sudut nilai.

Hidup yang berkat, bukan bererti umur seseorang itu panjang. Tetapi hidup yang berkat adalah hidup yang mendapat nilai-nilai tambahan dari Allah. Seseorang yang umurnya 63 tahun yang tidak berada di dalam medan amal, adalah berbeza dengan umur 63 bagi seseorang yang berada di dalam medan amal.

Seseorang yang mempunyai wang 1 juta tetapi tidak bersyukur, adalah tidak sama dengan seseorang yang mempunyai wang Rm10 tetapi bersyukur dengan apa yang ada.

Inilah yang dinamakan berkat!

Antara keberkatan bagi seseorang yang berada dalam medan amal, beliau akan diberi kekuatan untuk menggiatkan lagi kerja-kerjanya, sehingga beliau kembali semula pada tuhannya. Makin meningkat umur seseorang itu, tidak bermakna makin kurang melakukan kerja-kerja dakwah. Sepatutnya, selagi mana adanya kemampuan, selagi itu kerja harus dilakukan dan dipergiatkan.

Setakat mana kemampuan tersebut? Penilaian itu kembali pada diri masing-masing. Tetapi sebagai panduan, kita boleh melihat pada sejarah. Lihat bagaimana usaha yang telah dilakukan oleh Rasulullah saw dan umat Islam Madinah ketika peperangan Khandaq, dimana penggalian parit merupakan usaha yang terakhir yang termampu dilakukan oleh umat Islam ketika itu. Sehinggakan ketika penggalian tersebut, Baginda Rasul saw sendiri mengikat perut Baginda saw dengan batu, tanda kepada kemampuan dan kesungguhan yang ada pada Baginda saw. Ini semua adalah kerana kefahaman umat Islam ketika itu dengan ayat Allah di dalam dalam al-Quran (8:60). Sesudah itu, barulah ianya akan kembali menjadi urusan Allah Taala sebagai penentu kepada sesuatu.

Keberkatan hidup seseorang yang berada dalam medan amal dakwah ini, akan menjadikan seseorang itu melihat bahawa segala kepayahan yang dilaluinya adalah satu kejayaan buat beliau. Lihat juga bagaimana para Sahabat ra, ketika mana di dalam peperangan yang disertai dengan semangat jihad, apabila ada di antara mereka yang terkena panahan pihak musuh, lalu mereka berkata "Fuztu ya rab al-Kaabah!" (Wahai Tuhan Kaabah (Allah), aku telah berjaya!)

Berjaya kerana terkena panah? Cedera dan syahid adalah satu kejayaan?! Ya, ianya satu kejayaan, bahkan kejayaan yang besar (61:12, 85:11). Bagi mereka yang melihat dengan mata akal, ianya satu kerugian dan kekalahan. Tetapi bagi mereka yang melihat dengan mata hati serta keimanan, maka ianya satu kejayaan. Jadi seseorang yang mengalami kepayahan sewaktu melakukan kerja-kerja dakwahnya; diuji dengan fitnah, kekekangan kewangan, hambatan masa, ancaman dan tentangan dari musuh - itu semua merupakan satu kejayaan baginya. Kejayaan yang akan dinikmatinya pada hari akhirat kelak.

Dan itulah keberkatan hidup yang sebenarnya!

-------------------

* olahan semula intipati penyampaian Ust Lah.

19 May 2009

Ekspedisi Mendaki Gunung Tebu & Mukhayyam Tarbawi Taman Rehlah 209

Khamis, 7 Mei - Satu program mukhayyam tarbawi 2009 anjuran Unit Pembangunan Pelajar (UPP - HEP) dengan kerjasama WAMY Malaysia telah diadakan baru-baru ini. Program ini merupakan antara beberapa agenda UPP di dalam perancangan setahun dalam membentuk modal insan di kalangan pelajar kolej. Program terakhir bagi semester Januari 2009 ini telah dibahagikan kepada dua, iaitu bagi Mukhayyam Tarbawi bagi siswi di Taman Rehlah, Pantai Bisikan Bayu, Pasir Puteh, Kelantan, dan Ekspidisi Pendakian Gunung Tebu, Jerteh, Terengganu.

Program ekspedisi pendakian yang berlangsung selama 3 hari ini (Khamis - Sabtu), disertai seramai 15 orang siswa dan serta 5 orang pegawai kolej yang diketuai oleh Encik Hariff, Encik Makram Adli, Ustaz Muharman, Encik Haneef dan Ustaz Yusof Salleh. Turut sama hadir dalam program tersebut Pengurus Pentadbiran & Kewangan Kolej Jaiputra, Encik Wan Mohd Yusof Wan Ismail. Antara misi dan objektif utama program ini ialah untuk menawan kemuncak paling tinggi di negeri Terengganu dengan ketinggian kira-kira 3401 meter dari paras laut, di samping membuka ruang di kalangan pelajar dan kakitangan kolej untuk merapatkan lagi hubungan ukhuwwah sesama mereka.

Ekspidisi mendaki bermula pada jam 8.30 pagi dengan taklimat asas keselamatan oleh Encik Hariff sertai diikuti tazkirah ringkas dan doa selamat oleh Ustaz Muhammad Ismail. Hampir kesemua peserta ekspidisi tersebut telah berjaya menakluki puncak Gunung Tebu tersebut sekitar jam 1.30 tengahari sehingga 2.30 petang, yang mana purata masa yang diambil oleh peserta adalah selama 6 jam pendakian. Selain dari aktiviti pendakian, diselitkan juga beberapa aktiviti bersifat fizikal dan kerohanian telah diadakan sepanjang program tersebut.

Sementara itu, mukhayyam tarbawi bahagian siswi juga telah dilangsungkan pada hari yang sama. Seramai 50 peserta telah menyertai program tersebut dan diiringi seramai 4 orang pegawai. Program yang telah dijalankan ini adalah merupakan program susulan dan kesinambungan bagi aktiviti-aktiviti pembangunan pelajar yang telah diadakan sepanjang semester Januari 2009 ini.

Antara objektif utama program mukhayyam tarbawi ini adalah untuk memantapkan lagi kefahaman pelajar-pelajar siswi tentang tanggungjawab mereka sebagai seorang muslimah. Selain itu, program ini juga mensasarkan agar aktiviti yang telah disusun sepanjang program tersebut akan menjadi batu asas kepada para pelajar untuk terus memberikan komitmen dalam membentuk dan mentarbiah diri mereka, di samping mengeratkan lagi ukhuwwah sesama mereka.

Sepanjang program tersebut, beberapa aktiviti fizikal seperti berkayak, obstacle dan acara pantai telah jalankan. Begitu juga beberapa aktiviti ceramah, talk, tazkirah dan pengisian telah diadakan. Sesungguhnya aktiviti-aktiviti yang telah diadakan, baik bagi siswa mahupun siswi, telah banyak memberi faedah dan manfaat kepada seluruh pelajar yang terlibat. Abu Nu'man

* dipetik dari website http://jaiputra.edu.my/malay/index.php


22 April 2009

Semoga Berjaya


Kepada seluruh siswa dan siswi Kolej Jaiputra, selamat menempuhi peperiksaan akhir semester Januari 2009. Diharapkan agar anda semua :

Berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan
Memperolehi faedah dari apa yang telah diperlajari
Dapat meningkatkan diri hasil dari pembelajaran
Mempraktikkan segala yang telah dipelajari
Melakukan perubahan dari yang negatif kepada yang positif
Memperoleh ganjaran pahala ibadah atas niat segala yang telah dipelajari.


SELAMAT BERJAYA, بالتوفيق والنجاح, GOOD LUCK