21 February 2007

Jazakumullah Khaira

Ucapan khas buat sahabat-sahabat x-Yarmouk di Johor (JB, BP, Muar)
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat kalian semua di atas layanan yang telah diberikan sewaktu kita bersama di Johor. Kepada Ijen (dan Osman), Sahrin (dan keluarga), Ton (dan keluarga), Akmal, Zamri, Bern, Hazwan dan bro Zulfeka; terima kasih kerana sudi untuk bertemu dengan ana di sana. Kalian bukan rakan ana, bukan kawan ana, tetapi kalian adalah sahabat ana. Semoga kebersamaan kita semasa di Johor akan memperkuatkan lagi ikatan ukhuwah yang telah terbina agar ianya kekal buat selama-lamanya.
Ingat kembali siapa kita, ingat kembali peranan kita, ingat kembali tugas dan tanggungjawab kita. Hanya itu sahaja yang dapat mempertemukan kita di atas jalan Allah.
Ana minta maaf atas segala bebanan yang ditanggung, dan minta halal semuanya. Insya allah, kedatangan antum semua ke Kelantan akan di sambut dan sentiasa dinanti-nantikan.
Jazakallahu khairan kathira

13 February 2007

Ababil...? Sijjiil...?

Assalamualaikum...

Semalam aku telah diamanahkan untuk menyampaikan tafsir surah al-Fil dalam halaqah. Bagi menyempurnakan tugasan tersebut, aku terpaksa membelek beberapa buat kitab tafsir, antaranya Tafsir Ibn Kathir (versi Syamilah 2.0), Mukhtasar Tafsir Ibn Kathir oleh Dr, Ali al-Sobbuni, Fi Zilal al-Quran oleh Said Qutb dan Sofwah al-Tafasir oleh Dr. Ali al-Sobbuni. Ketika membelek kitab-kitab tersebut, ada 2 perkara baru yang aku dapati yang mana ianya berbeza dengan apa yang kita sedia maklum berkenaan kisah yang terdapat di dalam surah al-Fil.

Pertama; di dalam kitab-kitab tafsir yang aku rujuk tersebut, tidak dinyatakan di dalamnya nama burung yang diutus oleh Allah itu adalah burung Ababil. Sedangkan apa yang telah diajarkan kepada kita sewaktu di sekolah, burung tersebut namanya burung Ababil. Aku tak tahu darimana datangnya nama burung tersebut burung Ababil, sedangkan di dalam kitab tafsir menyebut, ababil itu menunjukkan tentang bagaimana burung-burung yang diutus Allah itu datang dalam berkelompok-kelompok dan berbondong-bondong dalam satu jumlah yang terlalu banyak. Tidak terdapat penerangan yang jelas tentang nama burung tersebut, jenisnya, rupa bentuknya, dan dari mana datangnya burung tersebut (walaupun ada sesetengah mufassir menyebut burung tersebut datang dari laut - wallahualam). Jika begitu yang terdapat di dalam kitab tafsir, jadi bagaimana boleh timbul tentang nama burung tersebut adalah Ababil?

Kedua; diceritakan juga kepada kita bahawa batu yang dilemparkan oleh burung tersebut adalah batu dari neraka. Sedangkan dari apa yang aku telah baca, tak disebutkan pun langsung bahawa batu itu adalah batu dari neraka. Di dalam kitab tafsir dinyatakan bahawa burung-burung yang diutus Allah itu membawa 3 butir batu; 1 di paruhnya, dan 2 lagi pada kedua kakinya. Dan batu tersebut dinyatakan di dalam al-Quran dengan بحجرة من سجيل iaitu yang bermaksud: batu daripada sijjil. Jika kita melihat pada terjemahan perkataan sijjil ini ia bererti tanah yang telah dipejalkan. Perkataan sijjil ini terdapat pada 2 tempat yang lain selain di dalam surah al-Fil iaitu pada surah Hud: 82 dan al-Hijr:74. Dan sijjil yang ada pada kedua tempat ini ditafsir oleh ulama sebagai tanah yang dikeraskan / dipejalkan dan kemudian dibakar. Jadi kita boleh katakan di sini bahawa sijjil yang ada pada surah al-Fil ini juga adalah gumpalan tanah yang telah dikeraskan dan dibakar sehingga menjadi batu yang cukup keras dan panas. Tetapi di dalam penerangan yang ada dalam kitab tafsir tentang sijjil ini, tidak dinyatakan pun bahawa batu tersebut adalah dari neraka (walaupun kemungkinan tu ada kerana Allah Maha Berkuasa). Jadi bagaimana kita kata bahawa batu yang dilemparkan oleh burung tersebut adalah batu dari neraka?

Hmm... selepas fikir-fikir semula, aku boleh simpulkan di sini bahawa sememangnya terlalu banyak cerita-cerita yang kita dok dengar selama ni ada kesilapan. Itu semua adalah disebabkan kemasukan terlalu banyak sumber-sumber dari Israiliyyat ataupun dari hadis-hadis yang tidak thabit dari Rasulullah SAW. Jadi kita sebagai orang Islam (terutama yang ngaji ilmu agama) kena banyak membaca dan buat kajian. Kalau tak, masyarakat kita akan terus hanyut dengan kisah-kisah dan cerita-cerita yang ntah dari mana datangnya sehingga kita menjadi terlalu jauh dengan yang haq dan yang sahih.

Wallahualam

06 February 2007

Subhanallah...

Subhanallah... itu lah sebaik-baik kalimah yang mampu aku ucapkan bilamana aku membaca al-Quran pada ayat ke 125 surah al-An'am (sila rujuk al-Quran & terjemahannya). Firman Allah Taala pada ayat tersebut yang bermaksud:

"Maka sesiapa yang diingini oleh Allah untuk diberi hidayahNya, (Allah) akan menerangkan hatinya dengan Islam, Dan sesiapa yang diingini oleh Allah untuk disesatkanNya, (maka Allah) akan menjadikan dadanya sesak yang (teramat) menyakitkan, seolah-olah seperti dia sedang naik ke langit...".

Apa yang aku nak sebut disini, bukanlah berkenaan dengan hidayah atau kesesatan. Tapi yang membuatkan aku tersentuh di sini adalah berkenaan dengan perumpaan yang Allah sebut di dalam ayat ni. Allah kata, orang yang tidak mendapat petunjuk dari Allah dengan cahaya Islam, dada-dada mereka akan menjadi teramat-amat sesak, sempit, semput yang teramat-amat menyakitkan, seperti keperitan dada manusia apabila naik atau berada di tempat yang tinggi. Ayat ini sebagai salah satu bukti yang menunjukkan kepada kita bahawa kitab al-Quran sebagai sebuah kita yang terkandung di dalamnya pelbagai yang perkara yang berkaitan dengan kehidupan manusia, termasuklah yang bersangkut paut dengan ilmu sains. Boleh tak kita bayangkan, bagaimana umat selain Islam pada zaman dulu, yang masih tercari erti kehidupan yang sebenar, berada dalam zaman kegelapan (rujuk zaman gelap di Eropah), tetapi Islam telah pun bercakap tentang ilmu sains. Pada waktu tersebut, mana ada lagi orang mengetahui bahawa makin tinggi kita naik ke atas, makin sukar untuk kita bernafas. Apatah lagi kalau kita naik sampai ke angkasa. Takde siapa yang tahu tentang perkara ni melainkan umat Islam melalui kitab al-Quran. Mereka (orang kafir) hanya tahu tentang perkara setelah berabad-abad lamanya setelah ayat ni turunkan kepada Rasulullah SAW, dan dibuktikan secara pasti bila mereka mula meneroka angkasa. Subhanallah, subhanallah, subahanallah... inilah dia al-Quran (rujuk Islam). Andaikata kalau umat Islam menggunakan dengan secukup-cukup segala apa yang ada di dalam al-Quran, pasti kita akan kembali menjadi umat yang kuat di atas muka bumi ni. Fikir-fikirkanlah, dimana diri kita pada hari ini...

05 February 2007

RM50 & RM1

Al-Kisah….

Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya, "Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?" Lima puluh menjawab "Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama.. tempat-tempat cam tuh lah. Eh, ko camner lak?" Duit seringgit menjawab perlahan seraya menunduk, "Hmm.. bosan.. balik balik tempat sama.. surau, masjid, surau…"

Tagged from http://safiukhwah.blogspot.com

30 January 2007

Re-post : Puasa Sunat Hari 'Asyura (10 Muharram)

Puasa ‘Asyura (10 Muharram)
Puasa ‘Asyura iaitu puasa pada 10 Muharram adalah antara beberapa jenis puasa yang sunat dikerjakan oleh setiap orang Islam. Bahkan sesetengah ulama meletakkan hukum puasa ‘Asyura ini sebagai sunat muakkad (sunah yang digalakkan) sepertimana yang dapat diistinbatkan daripada hadis berikut:
( سنن أبي داود )
#2442 حدثنا عبد الله بن مسلمة عن مالك عن هشام بن عروة عن أبيه عن عائشة رضي الله عنها قالت كان يوم عاشوراء يوما تصومه قريش في الجاهلية وكان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصومه في الجاهلية فلما قدم رسول الله صلى الله عليه وسلم المدينة صامه وأمر بصيامه فلما فرض رمضان كان هو الفريضة وترك عاشوراء فمن شاء صامه ومن شاء تركه.
تحقيق الألباني : صحيح
Maksudnya: Daripada Aisyah radiallahu’anha telah berkata: Hari ‘Asyura adalah hari yang mana orang Quraisy berpuasa pada masa jahiliyyah mereka. Dan Rasullullah SAW juga berpuasa pada hari tersebut pada zaman jahiliyyah. Apabila Rasullullah SAW sampai di Madinah (hijrah), Baginda SAW masih lagi berpuasa (‘Asyura) dan memerintahkannya (puasa ‘Asyura) dikerjakan. Dan apabila difardhukan bulan Ramadhan dengan kewajipan berpuasa, maka amalan puasa ‘Asyura diserahkan pada setiap individu samada mahu melakukannya atau meninggalkannya – Sahih


Baca lagi...

16 January 2007

Anak Singa Diubah Menjadi Kijang Yang Pengecut...

Zaman satu bangsa yang hina
tidak pernah sunyi dari ilmuwan, sasterawan dan orang yang arif bijaksana!
Mereka dipecahbelahkan dengan berbagai ideologi
tetapi semua ideologi itu tertumpu kepada satu rencana:
Mereka ajar anak singa agar menjadi kijang yang pengecut
dan mereka hapuskan kisah-kisah singa pada bicara zaman silam
Cita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan perhambaan
Seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendiakawan

(Muhammad Iqbal, Dewan Dharb al-Kalim)

* Bila baca puisi ni, terasa betapa teruk umat Islam pada hari ini diperhinakan oleh musuh sendiri.

06 January 2007

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Assalamualaikum...
Di kalangan kita mungkin memahami apa yang dimaksudkan dengan ayat ini. Dan kita juga mungkin sudah maklum, daripada surah apakah ayat ini dipetik. Allah berfirman dalam surat al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud:
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya…"

Daripada ayat yang mulia ini, kita dapat simpulkan bahawa setiap muslim bertanggungjawab untuk melaksanakan segala perintah Allah serta menjauhkan laranganNya kerana kita yakin bahawa perintah dari Allah semuanya adalah berkadaran dengan kekuatan dan kemampuan kita. Allah tidak akan sama sekali memerintahkan kita untuk melakukan sesuatu yang di luar keupayaan dan kemampuan kita, kerana jika ada suatu perintah yang pasti tidak mampu dilakukan oleh manusia, pasti perintah tersebut akan bertentangan dengan kaedah umum agama Islam iaitu memudahkan tidak menyusahkan. Dalam surah al-Baqarah ayat 185, Allah telah berfirman yang bermaksud:
"…(dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran…"

Begitu juga seperti yang terdapat di dalam surah al-Syarh ayat 5-6 yang bermaksud:

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan"

Yang mana setiap yang Allah perintahkan, di situ pasti ada kemudahan. Bukan setakat di dalam al-Quran sahaja, bahkan Rasulullah SAW juga telah mentaukidkan lagi kaedah umum seperti yang boleh kita lihat dalam sabda Baginda SAW:

" يسروا ولا تعسروا وسكنوا ولا تنفروا "
Bermaksud: “ Permudahkanlah dan jangan meyusahkan …” -muttafaqun ilahi-

Inilah dia salah satu sudut yang boleh kita fahami daripada ayat di atas. Akan tetapi malangnya, ada di kalangan kita yang menggunakan ayat dalam surah al-Baqarah ini sebagai hujah untuk dia tidak melakukan apa yang telah diperintahkan kepadanya untuk melakukan atau untuk menjauhi suatu larangan. Atau sekurang-kurangnya mengeluh terhadap suruhan dan larangan yang terpaksa dia patuhi. Dalam bab ibadah fardhu mungkin jarang kita berjumpa dengan sesorang yang meninggalkan kefardhuan tersebut dengan hujah ini, kerana pada akhirnya mereka terpaksa juga untuk melaksanakannya. Akan tetapi apabila kita bercakap berkenaan dengan ibadah sunat, atau suatu perkara yang digalakkan dalam Islam untuk kita melakukanya, kita sering berjumpa dengan mereka yang berkata: “Buat apa nak susah-susah, buat yang wajib saje, sudahlah!” atau yang akan berkata begini: “Kan nabi dah bagi jaminan, siapa yang patuh pada perkara-perkara wajib saje dah cukup untuk dia masuk dalam syurga. Bukan cakap kosong, tapi ada dalam hadis, sahih lagi!” dan banyak lagi.

Benar, apa yang dikatakan oleh orang itu memang tidak salah. Bahkan ianya bertepatan dengan konsep Islam itu sebagai agama yang mudah. Tapi kita perlu ingat, bahawa kita ini bukan manusia yang maksum seperti para nabi dan rasul, dan kita juga bukan orang yang dijanjikan syurga seperti mana para sahabat ra, dan kita juga tidak mengetahui, adakah kita ini akan diberi peluang oleh Allah untuk mendapat syahid ataupun tidak. Oleh yang demikian, mahu atau pun tidak, kita pasti akan dikenakan balasan di neraka sebelum dimasukkan ke dalam syurga. Jadi apa usaha kita untuk mengurangkan serta menghapuskan dosa yang boleh membawa kita ke neraka? Tidak lain dan tidak bukan adalah dengan melaksanakan segala amalan-amalan sunat dan kebaikan.

Oleh yang demikian, jika kita merasakan sudah cukup hanya dengan melakukan perkara yang wajib sahaja, seolah-olah kita telah menafikan peluang yang Allah telah beri kepada kita untuk menghapuskan dosa kita. Apatah lagi andai kita ini sebenarnya memang berkemampuan untuk melakukan amalan tersebut.

Kita perlu menyedari, selain daripada pemahaman kita terhadap ayat di atas seperti mana yang telah disebutkan, ada lagi sudut lain untuk memahami ayat tersebut. Kita perlu faham bahawa, Allah tidak akan sekali-kali memerintahkan kita (menawarkan pahala) dengan sesuatu melainkan Dia tahu bahawa kita ini sebenarnya mampu untuk melakukannya. Ini adalah salah satu bentuk peluang yang Allah berikan kepada kita untuk membuat kebaikan. Apa gunanya andai Allah merintahkan kita dengan sesuatu, tetapi Dia tahu bahawa kita tidak akan mampu untuk melaksanakannya. Pasti perkara itu akan menjadi sia-sia, sedangkan Allah sendiri telah mengistiharkan bahawa segala ciptaanNya tidak ada yang sia-sia. Daripada kefahaman inilah yang kita boleh gunakan untuk kita menjawab kepada mereka yang sentiasa mengeluh kerana tidak mampu melaksanakan sesuatu perkara, terutama yang berkaitan dengan agama kita. Andaikata ada suatu amalan sunat atau kebaikan yang mereka tidak mampu lakukan (mungkin kerana uzur atau sebab yang syar’ie), pasti ada amalan lain yang mampu dilakukan sebagai alternatif untuk menambahkan lagi pahala kita. Semoga kita sama-sama dapat merebut segala peluang dan ruang membuat kebaikan dan pahala yang Allah telah sediakan buat hamba-hambaNYA, Amin…

Wallahu’alam.

16 December 2006

Yusuf Islam - Maybe There's A World

I have dreamt of a place and time, where nobody gets annoyed,
But I must admit I'm not there yet but something's keeping me going
Maybe there's a world that I'm still to find
Maybe there's a world that I'm still to find
Open up o world and let me in,
Then there'll be a new life to begin
I have dreamt of an open world, borderless and wide
Where the people move from place to place, and nobody's taking sides
Maybe there's a world that I'm still to find
Maybe there's a world that I'm still to find
Open up a world and let me in,
Then there'll be a new life to begin
I've been waiting for that moment, to arrive
All at once the palace of peace, will fill my eyes - how nice!
Maybe there's a world that I'm still to find
Maybe there's a world that I'm still to find
Open up o world and let me in,
Then there'll be a new life to begin
I've been waiting for that moment, to arrive
All at once the wrongs of the world, will be put right - how nice!
Yusuf Islam - An Other Cup (2006)

An Other Cup

Assalamualaikum... Seminggu kebelakangan ini, ada 2 album lagu yang berjaya menarik minat aku untuk mendengarnya. Pertama satu lagu dari kumpulan Letto, band muzik yang mula naik di Indonesia. Tak pasti ada yang pernah dengar lagu dari kumpulan ini atau tidak. Tapi yang pasti, lagu yang buatkan aku tertarik dengan kumpulan ni adalah Ruang Rindu, satu lagu yang mempunyai susunan kor muzik yang agak menarik, di tambah dengan vokal yang menarik. Bentuk muzik yang dibawa agak berbeza dengan kumpulan yang sedia ada. Sesiapa yang ada peluang, boleh lah dengar lagu diorang ni, tapi jangan sampai leka, sudah!
Dan yang kedua, An Other Cup, album pop terbaru dari Yusuf 'Cat Steven' Islam. Dari apa yang aku terbaca, ini adalah album pop pertama beliau setelah 28 tahun (kalau tak silap). Rentak muziknya yang agak sentimental, serta sedikit rentak yang biasa kita dengar dari kumpulan yang datang dari Britain. Tapi yang pastinya, walaupun ini bukan album nasyid seperti yang beliau pernah hasilkan, tapi liriknya tetap menjurus pada unsur-unsur ketuhanan. Tak mustahil kalau hendak dikatakan bahawa album mampu untuk menarik pendengar bukan Islam untuk mengenali dan memahami agama Islam. Jadi ..... jom kita pakat dengar lagu dari Yusuf Islam ini. Wassalam

05 December 2006

Internet Explorer 7


Satu kredit untuk Microsoft kerana telah melancarkan pelayar internet terbaru mereka Internet Explorer 7 kepada pengguna baru-baru ini. Ini bukan pujian kosong, bahkan lebih kepada satu bentuk compliment aku setelah menggunakan pelayar terbaru ini. Dengan paparan teks yang agak luas, kemudian dengan fungsi tab (seperti yang terdapat di Mozilla Firefox), ikon-ikon fungsi yang simple dan menarik dan kemampuannya untuk mengenalpasti beberapa kod-kod bagi sesebuat laman web serta pengenalan beberapa fungsi baru yang tiada pada browser lain (setakat yang aku tahu) seperti Quick Tabs, menjadikan aku agak tertarik bilamana menggunakan pelayar ini buat pertama kali. Nampaknya selepas ini, IE7 la yang jadi my default browser.
p/s: this compliment doesn't exactly show my view of Microsoft's software (betul ke BI aku ni?)

02 December 2006

Semester baru

Assalamualaikum...

Esok bermulalah semester baru di kolej Jaiputra buat sekian kalinya. Walaupun semester ini adalah semester pendek (sekitar sebulan lebih sahaja), tetapi pastinya akan banyak perkara yang terpaksa dihadapi, samada yang berkaitan dengan perkembangan kolej, pelajar mahupun diri sendiri. Dan tentunya juga, aku akan cuba untuk tidak mensiakan-siakan masa mendatang ini demi untuk mendidik, membina dan mentarbiah manusia untuk lebih memahami hala tuju kehidupan di atas muka bumi ini.

Selamat maju jaya untuk diri sendiri :)

* telinga dah cukup berdesing mendengar, hati dah cukup berasa lemah, jiwa dah cukup rasa tersentuh... (doakan aku agar diberi kekuatan untuk 'bekerja')

20 November 2006

Isk...isk...isk...

* 20/11/2006; 9.23pm - 113 second (payah jugak ni...hehehehe)

Apasal aku ni...?

* 20/11/2006, 9.21pm: 122 second

Cuti...

Assalamualaikum...

Sekarang ni sudah masuk penghujung minggu kedua pelajar kolej selesai peperiksaan akhir (dan sekarang sedang bercuti). Dan untuk sekian kalinya juga, aku dilanda kebosanan yang amat sangat di pejabat dek kerana cuti. Mungkin la kebosanan yang melanda tu disebabkan tugasan menanda kertas peperiksaan bagi subjek aku dah lama selesai. Otak ni dah jadi blur, tak tahu apa yang nak dibuat (exactly banyak, dalam otak ni banyak perkara nak buat, tapi penangan penyakit malas tu cukup ..... sampai tak tahu nak kata macamana). Akhirnya, mengadap la aku depan pc, dari pagi sampai le petang (tidak berterusan, harap maklum). Dan antara yang aku dok layan sekarang ni adalah --->>


Ya...Minesweeper. Sambil-sambil main bendalah ni, teringat balik waktu di Irbid, dan semestinya teringat la pada Syafi, my truely oppenant in this game. Memang kitorang berdua dok lawan, siapa dapat buat masa terpantas. And for me, 98 sec is my best record ever. Tak tahu la kalau Syafi dapat pecahkan rekod tu. Tapi tu dulu, waktu di Irbid. Sekarang setakat 128 saat je la. Mungkin lepas ni, kalau dapat atasi 128 saat ni, aku akan post lagi tentang game minesweeper ni.

* isk..isk..isk...amenda la posting aku kali ni (tanda otak tengah blur)

13 November 2006

Zikir & Doa Nabi s.a.w Selepas Solat


Assalamualaikum...

Kita semua maklum bahawa solat itu wajib untuk dilakukan dengan sebaiknya. Dan dalam usaha untuk kita meningkatkan tahap kualiti solat kita, maka tidak ada cara yang paling baik melainkan dengan mengikuti apa yang telah diajarkan kepada kita oleh junjungan besar Baginda Rasululullah sallallahualaihiwasalam. Maka kehadiran buku ini adalah bagi membantu kita serta mendedahkan tentang apa yang menjadi amalan Baginda sallallahualaihiwasalam selepas solat. Semoga dengan penampilan ringkas buku ini akan dapat memberikan faedah yang besar kepada kita semua.

* Siapa yang berminat boleh hubungi:
Ust. Adlan : +60197105167
Muharman : +60133927188

11 November 2006

Look Into My Eyes

Look into my eyes
Tell me what ya see
U don’t see a damn thing
Cuz u can’t relate to me

U blinded by our differences
My life makes no sense to u
I’m the persecuted one
U the red, white and blue

Each day u wake in tranquility
No fears to cross your eyes
Each day I wake in gratitude
Thankin’ God He let me rise

Ya worry ‘bout your education
And the bills u have to pay
I worry ‘bout my vulnerable life
And if I’ll survive another day

Ya biggest fear is getting a ticket
As ya cruise your Cadillac
My fear is that the tank that’s just left
Will turn around and come back

Yet do u know the truth of where ya money goes
Do u let the media deceive your mind
Is this a truth that nobody knows
Has our world gone all blind
Yet do u know the truth of where ya money goes
Do u let the media deceive your mind
Is this a truth that nobody knows
Some one tell me

Oh let’s not cry tonight
I promise you one day it’s through
Ohohoh my brothers
Ohohoh my sisters

Oh shine a light for every soul
That ain’t with us no more
Ohohoh my brothers
Ohohoh my sisters

See I’ve known terror for quite some times
57 years so cruel
Terror breathes the air I breathe
It’s the check point on my way to school

Terror is the robbery of my land
And the torture of my mother
The imprisonment of my innocent father
The bullet in my baby brother

The bulldozers and the tanks
The gasses and the guns
The bombs that fall outside my door
All due to your funds

You blame me for defending myself
Against the ways of my enemies
I’m terrorized in my own land
And I’m the terrorist

Yet do u know the truth of where ya money goes
Do u let the media deceive your mind
Is this a truth that nobody knows
Has our world gone all blind
Yet do u know the truth of where ya money goes
Do u let the media deceive your mind
Is this a truth that nobody knows
Some one tell me

Oh let’s not cry tonight
I promise you one day it’s through
Ohohoh my brothers
Ohohoh my sisters

Oh shine a light for every soul
That ain’t with us no more
Ohohoh my brothers
Ohohoh my sisters

American do ya realize
That the taxes that u pay
Feed the forces that traumatize
My every living day

So if I won’t be here tomorrow
It’s written in my fate
May the future bring a brighter day
The end of our wait

Oh let’s not cry tonight
I promise you one day it’s through
Ohohoh my brothers
Ohohoh my sisters

Oh shine a light for every soul
That ain’t with us no more
Ohohoh my brothers
Ohohoh my sisters

Album : Closer Than Veins
Song : Look Into My Eyes
Outlandish

* What we've done for our brothers and sisters in Palestine while they were killed and terrorized by Israelis army? Take your action now!

20 October 2006

Assalamualaikum...

Memandang ini hari terakhir aku di kolej sebelum pulang bercuti, aku ingin mengambil kesempatan guna internet di ofis ini untuk mengucapkan

"Taqabbalallah tho'atina wa minkum"
"Kullu 'am wa antum thoyyibin"
"Selamat Hari Raya Aidilfitri"


Kepada semua yang ada terasa hati dengan aku, marah ke, kecewa ke, terharu ke, atau apa juga perasaan yang disebabkan oleh aku, tak kira bila dan di mana, aku nak mohon maaf dari hujung kaki sampai ke hujung rambut. Begitu juga kalau ada yang aku termakan, atau terambil, aku nak minta halal dari semua yang mengenali aku. Insya allah aku juga begitu dengan orang lain. Semua orang yang rasa ada buat aku berasa hati, atau dosa kat aku, kira 0-0. Insya allah raya nanti biar kita semua berada dalam keadaan suci tanpa dosa dengan orang lain.

Sapa yang dok KL tu, jemput-jemput la datang ke rumah no...

08 October 2006

Akhirnya....

Assalamualaikum...

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah thumma Alhamdulillah akhirnya saat yang dinanti dan ditunggu setelah beberapa ketika akhirnya tiba jua. Hari ini; 15 Ramadhan 1427 bersamaan 8 Oktober 2006 adalah hari bersejarah buat Kolej Jaiputra. Penstrukturan semula kolej diharapkan akan dapat menaikkan semula kolej. Terlebih agar kerja-kerja dakwah di kolej akan mendapat semangat baru setelah lesu buat sekian lama. Aminnn...!!!

03 October 2006

Sunah berbuka yang dilekakan

Assalamualaikm...

Salah satu kegembiraan yang dirasai oleh umat Islam ialah ketika berbuka puasa sepertimana yang telah disebut di dalam hadis baginda al-Rasul s.a.w yang bermaksud: “… bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan yang akan mengembirakannya (iaitu) apabila berbuka, mereka berasa gembira, dan apabila bertemu dengan tuhannya, (maka tuhannya) gembira dengan puasanya” – Bukhari (1499), (6175), Muslim (2550), Ibn Majah (1638), al-Nasai (2215). Hadis yang cukup sinonim dan rapat dengan umat Islam pada setiap kali tibanya bulan Ramadan ini, jelas menunjukkan kepada kita betapa Islam mengambil berat tentang berbuka puasa. Termasuk di dalam konteks mengambil berat ini, usaha umat Islam untuk berbuka puasa dengan mengikuti sunnah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Antara sunnah yang cukup dijaga oleh umat Islam pada hari ini ialah dengan menyegerakan berbuka puasa.

Telah sabit di dalam hadis Rasulullah s.a.w tentang menyegerakan berbuka puasa, sepertimana yang kita dapat perhatikan di dalam hadis Baginda s.a.w yang bermaksud: “Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selagi mana mereka bersegera dalam berbuka puasa” – muttafaqun ilaih. Hadis ini cukup popular dan berlegar di sekeliling umat Islam dengan meluas setiap kali tibanya bulan Ramadan. Apatah lagi dalam keadaan umat Islam berpuasa sepanjang siang hari, maka sunnah Rasulullah s.a.w ini dianggap sebagai satu sunnah yang cukup relevan untuk dipraktikkan ketika berbuka puasa dek kerana dorongan rasa lapar serta juadah lazat yang pelbagai.

Walaubagaimanapun, dalam kesungguhan kita mempraktikkan sunnah ini, kita terlupa satu lagi sunnah yang seharusnya kita perhatikan dan kita ambil berat ketika berbuka puasa. Sunnah yang dimaksudkan itu adalah menyegerakan solat Maghrib. Perkara ini adalah berdasarkan satu hadis yang diriwayatkan di dalam Sahih Muslim (bab Fadhilat Sahur, 1099) daripada Abi ‘Athiyyah telah berkata: Aku dan Masruq telah bertemu dengan ‘Aisyah radhiallahu’anha, dan telah berkata Masruq kepadanya: Dua orang lelaki dari kalangan sahabat Muhammad s.a.w, yang mana keduanya bersungguh-sungguh untuk melakukan kebaikan; salah seorang menyegerakan Maghrib dan ifthor, dan seorang lagi melewatkan Maghrib dan ifthor. Maka berkata ‘Aisyah: Siapa yang menyegerakan Maghrib dan ifthor?, berkata Masruq: Abdullah – iaitu Ibn Mas’ud, maka ‘Aisyah berkata: Demikianlah yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Hadis dengan jelas menunjukkan bahawa menyegerakan solat Maghrib itu adalah sunnah yang telah dilakukan oleh Baginda s.a.w di samping Baginda s.a.w menyegerakan berbuka puasa.

Kalau kita melihat apa yang berlaku pada masyarakat kita pada hari ini, yang dapat kita perhatikan adalah ramai di kalangan kita lebih menumpukan kepada bersegera untuk berbuka puasa. Tetapi amatlah malang kerana masa yang mereka ambil untuk berbuka itu terlalu lama sehingga ada di antara kita yang menunaikan solat Maghrib di penghujung waktu. Dan ini jelas bertentangan dengan sunnah Rasulullah s.a.w seperti yang dinyatakan dalam hadis sebelum ini. Tetapi perlu difahami, bertentangan di sini bukanlah bermaksud yang dilakukan oleh orang Islam itu sebagai satu perkara yang salah, tetapi lebih kepada ketidaktepatannya dengan amalan sunnah. Di manakah kebenarannya andai kita berkata: ‘kita kena buka puasa selalu bila masuk waktu’ atau ‘buka puasa tak boleh lambat-lambat sebab nabi suruh kita bersegera berbuka’ atau ‘bersegeralah kamu untuk berbuka kerana sesungguhnya ia adalah sunnah nabi’ atau lain-lain ucapan, sedangkan dalam masa yang sama, kita dengan sengaja melambat-lambatkan untuk menunaikan solat Maghrib. Kita yakin, tidak semua orang begitu, tetapi kita juga yakin, sebenarnya ramai orang yang sebegitu.

Jadi, apakah langkah yang sepatutnya kita lakukan demi untuk menjaga kedua-dua sunnah Nabi s.a.w ini? Mungkin satu penyelesaian yang boleh diutarakan di sini, iaitu dengan kita bersegera berbuka dengan memakan ruthob atau tamar atau hanya dengan air terlebih dahulu (seperti yang disarankan olah Baginda s.a.w dalam hadisnya yang sahih, Abu Daud – 2355, 2356, al-Tirmizi – 694, 696), kemudian terus bersegera untuk menunaikan solah Maghrib (afdhal secara berjamaah). Sesudah itu barulah kita menyambung semula untuk menikmati juadah yang telah disediakan. Barangkali langkah ini sememangnya telah diamalkan oleh mereka yang faham tentang Islam, tapi perlu diingat juga bahawa, di luar sana masih ramai yang tidak melaksanakan langkah ini akibat kerana mempunyai tahap kefahaman yang perlu lagi dipertingkatkan. Kita tidak akan rugi kalau kita dapat menjaga kedua-dua amalan sunnah ini. Bahkan ianya akan dapat membantu kita untuk kita merebut ganjaran pahala yang ada pada keduannya. Analoginya adalah; mereka yang menyegerakan berbuka dan solat maghrib akan mendapat pahala berbuka dan solat di awal waktu, tetapi mereka yang melewatkan solat Maghrib hanya kerana memberi tumpuan untuk berbuka mungkin hanya akan mendapat pahala berbuka puasa, tetapi tidak bagi pahala solat di awal waktu.

Antara hikmah yang dapat kita simpulkan dari hadis di atas – iaitu mengapa ‘Aisyah radiallahu’anha mengesahkan bahawa yang menjadi amalan Baginda s.a.w adalah menyegerakan berbuka dan solat Maghrib – ialah untuk mengelakkan orang Islam agar tidak terlalu kekenyangan selepas berbuka sehingga boleh mengganggu kita untuk khusyuk di dalam solat. Kegagalan kita untuk khusyuk di dalam solat dengan disebabkan faktor kekenyangan itu, bererti gagalnya kita mencapai tahap solat yang terbaik. Oleh yang demikian, sewajarnya kita – yang ingin beramal dengan sunnah – berusaha sedaya upaya kita untuk melaksanakan apa yang telah disebut di dalam hadis di atas demi untuk kita mendapat ganjaran dan pahala dari Allah. Semoga Ramadan kali ini kita tidak rugi lagi.

Wallahua’alam
10 Ramadhan 1427 / 3 Oktober 2006
Kolej Jaiputra