"Hari ni dah masuk 18 Ramadhan, so berapa hari lagi yang tinggal?" tanya ust pada studentnya. Sambil menghitung jumlah hari, maka ada yang menjawab: " Lagi 10 hari ust". "Eh, 11 hari ustaz" jawab seorang lagi pelajar. Sambil tersenyum, lalu ustaz pun berkata: "Kalau bagi ustaz, tinggal lagi 2 hari je". Sekali lagi si ustaz tersenyum bila melihat pelajarnya yang agak kebingungan dengan jawapan si ustaz. Seraya itu, si ustaz pun memberi penjelasan berkenaan dengan jawapannya, "Maksud ustaz lagi 2 hari tu adalah, kita lagi 2 hari nak masuk pada stage yang ketiga dalam bulan ramadhan. Stage yang mana disebutkan bahawa akan mendapat ganjaran dibebaskan dari api neraka. Tapi yang paling penting sekali adalah, pada stage ini kita akan mendapat peluang untuk merebut ganjaran Allah yang paling berharga, iaitu peluang untuk berjumpa dengan malam al-Qadar".
Demikian sedikit dialog antara aku dengan pelajar kolej dalam subjek Fiqh Ibadah. Daripada jawapan yang mereka berikan, jelas sekali satu gambaran tentang bagaimana mentaliti umat iIlam - terutama di malaysia - yang kini lebih mengutamakan sambutan hari raya berbanding sambutan 10 malam terakhir untuk merebut malam al-Qadar ketika bulan Ramadhan di peringkat penghujungnya.
Tidak dinafikan, bahawa kemungkinan terdapat juga sebilangan umat Islam yang benar-benar tertunggu-tunggu dengan kehadiran 10 malam terakhir ini, tetapi secara umumnya, jika ditanyakan pada mereka dengan persoalan seperti di dalam dialog di atas secara spontan; tanpa menyebut tentang malam al-Qadar, pasti yang akan bermain di fikiran adalah tentang kehadiran hari raya yang 'ditunggu-tunggu'. Senario ini menjadi lebih jelas lagi apabila kita boleh melihat bukti-bukti nyata yang menguatkan andaian ini. Jika perhatikan sekeliling kita, kita akan dapati umat islam akan mula menyibukkan diri masing-masing dengan membuat persiapan-persiapan menjelang hari raya. Pasar dan gerai jualan akan dipenuhi dengan manusia yang ingin membeli belah, para ibu akan mula sibuk untuk membuat segala macam kuih muih untuk hari raya, kanak-kanak mula merencana tentang persiapan hari raya mereka, di samping meletupkan mercun yang terkadang mengganggu jirannya dan orang lain. Antara yang ketara juga, radio dan telvisyen juga telah mula memainkan lagu-lagu dan rancangan bermotifkan hari raya. Dan yang paling menyedihkan, pada 10 malam terakhir inilah, kita akan dapat melihat bagaimana masjid-masjid dan surau-surau kehilangan sejumlah jemaah yang agak besar berbanding di awal Ramadhan. Jika di awal Ramadhan, orang ramai berpusu-pusu untuk solat tarawih berjamaah, tetapi di penghujungnya amat menyedihkan sekali. Jika difikirkan ke manakah menghilangnya jemaah ini, pasti kita akan dapati mereka ini telah pun sibuk dengan persiapan hari raya.
Jadi di manakah nilai kebesaran 10 malam terakhir dan juga malam al-Qadar yang banyak disebut di dalam hadis pada diri umat Islam pada hari ini? Jika sebelum kehadiran Ramadhan, orang tertunggu-tunggu dengan bulan Ramadhan, tetapi mengapa tidak kita tertunggu-tunggu juga dengan 10 malam terakhir? Adakah umat islam hanya akan memikirkan tentang 10 malam terakhir ini hanya apabila disebut oleh para ustaz dan penceramah, tetapi lupa akannya apabila tibanya waktu tersebut?
Sesuatu perlu dilakukan. Satu perubahan mentaliti perlu dilakukan sekarang oleh masyarakat kita. Jika tiada perubahan, necaya apa yang sedang dihadapi ini akan berkekalan kepada generasi seterusnya.
Perlu diingatkan juga, bukanlah ertinya bila kita diminta untuk memfokuskan pada 10 malam terakhir, lalu kita menafikan keinginan untuk membuat persediaan hari raya. Sama sekali tidak! Tapi yang menjadi masalahnya adalah apabila masyarakat amat keterlaluan dalam membuat persediaan tersebut, sehingga menjejaskan tumpuannya untuk mengatur strategi untuk dia merebut peluang ganjaran pahala yang Allah tawarkan di dalam 10 malam terakhir ini. Yang sepatutnya adalah, kita beri tumpuan lebih kepada amal ibadah dalam tempoh masa ini, tetapi kita berikan juga ruang untuk membuat persediaan hari raya. Barulah ketika itu akan berlaku keseimbangan adalah kehendak dunia dan akhirat.
Semoga dengan apa yang telah dinyatakan di atas akan dapat mendorong kita dan masyarakat untuk membuat perubahana mentaliti. Semoga dengan itu juga akan memberi peluang yang besar kepada kita untuk bertemu dengan malam al-Qadar yang ditunggu- tunggu itu. Wallahualam

No comments:
Post a Comment