TAKBIR !
19 January 2009
TAKBIR !
TAKBIR !
15 January 2009
What is our stance concerning the slaughter of Muslims in Palestine and other parts of the world that is happening right now, where houses are being destroyed, farms are being wrecked, children are being killed, the wounded are being detained in the streets, houses are being bombarded and people are being prevented by the Jews and others, from buying the food and drink that they need? What can I, as a Muslim, do?
Praise be to Allaah.
1- You have to make du’aa’, and recite du’a’ al-qunoot in your salaah (prayer).
2- Collect charity and send it through trustworthy channels.
3- Support the weak and oppressed in all ways, including the media and the internet.
4- Get scholars, daa’iyahs, khateebs and writers to explain the oppression that is happening and the negligence on the part of the ummah, and to mobilize the ummah to defend the holy places.
5- Check on one’s own intentions with regard to fighting for the sake of Allaah, and see whether he is applying the hadeeth of the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him): «Whoever dies without having fought for the sake of Allaah or having had the intention of doing so, has died following one of the branches of hypocrisy» [Saheeh Muslim].
6- Pursuing all the means of building up material and moral strength, in preparation for meeting the enemy (in battle).
7- Reminding oneself and others of the virtues of martyrdom for the sake of Allaah and studying the rulings on jihad, and not having an attachment to this world.
8- Doing as much damage as possible to the enemies who are in a state of war with us, by boycotting their products, attacking them verbally and in writing to humiliate and annoy them, and to point out their kufr and shirk, and their insults to Allaah, His Messenger and the believers, publishing as much as possible in the audio-visual and print media about this serious topic whilst also connecting that to Islamic belief and the words of Allaah and His Messenger.
We ask Allaah the Exalted and All-Powerful to support His religion and cause His word to prevail.
Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid
Islam Q&A
Copied from IslamWay.com
14 January 2009
12 January 2009
05 January 2009
02 January 2009
Hamdan lillah
Masih belum terlewat kiranya untuk saya ungkapkan setinggi syukur pada Allah Taala atas nikmat yang telah dikurniakan berikutan kejayaan Kembara Terenggau-Kelantan INTISAR 2008 diadakan baru-baru ini.
Saya sebagai individu yang mengurus perjalanan ini berasa terlalu banyak pengalaman yang diperolehi. Benarlah apa yang dikatakan "Jauh perjalanan, luas pengalaman". Walaupun program seumpama ini pernah dilalui, tetapi pastinya setiap perjalanan yang mendatangkan pengalaman-pengalaman yang berbeza dari yang sebelumnya.
Begitu juga yang biasa didengar, melalui musafirlah kita dapat mengenali rakan kenalan dan sahabat kita dengan lebih mendalam lagi. Jadi dalam perjalanan ini, barulah saya dapat mengenali pelajar-pelajar sendiri, bagaimana sikap dan sifat mereka. Dan alhamdulillah, semua itu sedikit sebanyak telah memberi input bagaimana untuk bergaul dan bermuamalah dengan mereka. 'Ala kulli hal, korang semua memang best !
Terakhirnya, jutaan terima kasih pada semua pihak yang terlibat, samada secara langsung mahupun tidak langsung. Tanpa bantuan dan kerjasama pihak-pihak ini, sudah tentu program kembara ini tidak dapat dilaksanakan. Terima kasih sekali lagi (boleh rujuk di INTISAR blog)
Alhamdulillah, thumma alhamdulillah, thumma alhamdulillah
* insya allah gambar kembara adalam proses untuk diupload di blog. Tungguuuuuu....!
24 December 2008
11 December 2008
Bulat...
Nu'man dan 9 bulan. Banyak perkembangan yang berlaku dan dah macam-macam yang Nu'man dah explore. Sekarang ni, dalam proses utk boleh berdiri sendiri.p/s Gambar ni waktu Hari Raya Puasa yang lepas. Berasa teruja sebab pakcik-pakcik Nu'man kat Perak pakat ramai-ramai snap gambar.
Lamanya...
Adoi... malasnya nak update!
10 November 2008
07 October 2008
Ujian Syawal
Innalillah wa inna ilaihi raji'un, sekali lagi musibah menimpa aku dan keluarga dalam bulan Syawal yang mulia ni. 7/10/2008 adalah hari yang mungkin tidak akan aku lupakan, bila untuk sekian kalinya, aku ditimpa kemalangan jalanraya. Dan rasanya adalah yang paling teruk setakat ni. Bukan hanya kerana teruknya kereta aku, tapi juga kerana aku yang menjadi puncanya.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur aku pada Allah Taala. Disebabkan musibah kemalangan yang menimpa aku, ada beberapa perkara yang aku patut bersyukur.
Pertama, aku dan keluarga semuanya selamat. Isteri dan anak aku, kedua-duanya selamat tanpa sebarang kecedaran. Aku sendiri, walaupun ada sedikit kecederaan di bahagian mulut, tapi masih lagi tidak serius. Tak dapat aku bayangkan jika isteri dan anakku mengalami kecedaraan. Alhamdulillah dan syukur pada Mu Ya Allah...
Kedua, syukur pada Allah kerana telah memberi peluang sekali lagi untuk merenung dan muhasabah kembali diri aku atas apa yang telah aku lakukan. Mungkin sebelum ini, ada salah silap yang aku lakukan dengan sengaja mahupun tidak. Begitu juga aku dan keluarga diberi peluang untuk melihat setakat mana aku boleh bersabar dan tahap penerimaan aku terhadap musibah yang menimpa. Alhamdulillah dan syukur pada Mu Ya Allah...
Ketiga, aku telah diberi peluang untuk mengalami pengalaman tersebut untuk aku boleh mempelajarinya serta mengambil iktibar darinya. Sesungguhnya guru yang terbaik itu adalah melalui pengalaman. Alhamdulillah dan syukur pada Mu Ya Allah...
Innalillah wa alhamdulillah, thumma alhamdulillah, thumma alhamdulillah...
06 October 2008
24 September 2008
Ramadhan ALL-OUT
Ramadhan tinggal beberapa hari je lagi. Jom kita sama-sama pulun sementara waktu dan peluang masih ada. Waktu ni la kita kena all-out habis-habis untuk rebut peluang tambah pahala di 10 malam terakhir ni. Sekarang ni bukan 10 malam dah, hanya tinggal beberapa malam je lagi. So... mari sama-sama kita ALL-OUT untuk Ramadhan kali ni.18 September 2008
18 Ramadhan... Cukup ke ha?!
Sekarang ni, dah masuk hari ke 18 dalam bulan Ramadhan, iaitu fasa kedua dalam 3 fasa yang terdapat dalam bulan mulia ni. Fasa yang disebut sebagai fasa yang diberi keampunan kepada mereka yang beribadah.Dah sampai pada 2/3 Ramadhan ni, dah sampai mana ibadah yang aku dah lakukan?
- Sunat Tarawih : Alhamdulillah setakat ni tak pernah tinggal. Mostly secara berjamaah, tapi ada juga dibuat bersendirian di rumah. Paling banyak yang dibuat adalah 8 rakaat, 20 rakaat tak pernah lagi setakat ni untuk tahun ni. Cukup ke ha?!
- Tilawah al-Quran : Sekarang dah sampai ke juz 14, ketinggalan 4 juz dari yang sepatutnya. Pada awalnya, ok. Tapi kebelakangan ni, jadi slow sikit. Tak tau apa penyebabnya. Setakat ni hanya baca sahaja. Tadabbur tak sempat lagi. Cukup ke ha ?!
- Qiamullail : Qiam waktu nak sahur ada la. Tapi qiam dengan erti kata khusus untuk solat tahajjud dan solat sunat lain tu, tak buat lagi. Cukup ke ha ?!
- Sedekah : Tak terbuat lagi. Ingatkan bila dapat gaji lebih sikit untuk bulan ni, boleh la spend sikit untuk buat sedekah. Tapi bila macam-macam terjadi, kepala ni jadi sedikit runsing pasal duit. Akhirnya, nak bersedekah pun jadi macam sedikit terbatas. Patut ke dan cukup ke ha ?!
- I'tikaf masjid : Tak buat lagi. Walaupun ibadah ni digalakkan sepanjang bulan Ramadhan, khususnya pada 10 malam terakhir, tapi masa macam takde je. Rasa macam tak sempat je. Satu lagi, rasa malas nak keluar malam-malam tu rasa kuat sangat. Tarikan yang ada kat rumah cukup kuat. Bila nak keluar ha dan cukup ke ha ?!
- Kerja dakwah : Patut bulan jadi bulan untuk lebih lagi bergiat untuk ajak orang kepada kebaikan. Walaupun semalam sempat juga bagi tazkirah lepas tarawih pada jamaah di surau, tapi, cukup ke tu ha ?!
Jadi kesimpulannya, cukup ke amalan ibadah aku setakat ni ha ?! Agak-agak semua tu Allah terima ke nanti? Boleh cover ke semua tu untuk kesilapan yang aku pernah buat sebelum ni ? Aku pun tak tahu. So korang macamana ?
15 September 2008
Ujian Ramadhan
Orang ramai berkata, bulan ramadhan ni adalah bulan ujian. Tapi ujian yang macamana? Ujian untuk tidak makan dan minum sahaja di siang hari? Atau ujian mengekang hawa nafsu amarah dan lawwamah dari bermaharajalela dan menguasai diri? Ujian mata dari melihat perkara munkar? Ujian telinga dari mendengar perkara munkar? Ujian mulut dari berkata perkara munkar? Ujian kaki dari melangkah ke tempat yang munkar? Ujian tangan dari melalukan sesuatu yang mungkar? Ujian fikiran dari memikir sesuatu yang tidak selaras dengan agama? Atau ujian yang bagaimana?Jawapannya, anda sendiri yang tentukan. Andai anda rasa teruji dengan suatu perkara, maka benarlah anda sedang berada di dalam ujian. Jika tidak, maka periksa diri anda...
Bagi saya.... 14/9/2008 adalah hari yang benar-benar menguji saya. Ujian yang menimpa atas seluruh batang tubuh saya, fizikal, mental dan perasaan. Dalam keadaan saya dan keluarga bersama rakan-rakan yang lain sedang tenang dan gembira berada bersama di majlis berbuka, secara tiba-tiba sahaja keadaan tadi berubah apabila Allah memberi saya satu ujian yang saya tidak pernah alamai sebelum ini.
Umpama 360 darjah, bertukar suasana saya sebelum dan selepas berbuka puasa. Maha suci Allah, begitulah keadaannya jika Allah ingin menguji kita. Tanpa kita sangka, maka ujian berlaku pada kita dalam sekelip mata.
Ada antara kita yang gagal dalam menangani ujian tersebut. Akibatnya, kita terperangkap dalam dosa akibat kegagalan kita tersebut, dapat "dosa free". Fikiran - pelbagai andaian negatif dan syak wasangka kita pada orang lain serta keluarnya andaian-andaian "kalau", mulut - bermacam bahasa yang kurang elok keluar dari mulut kita, tangan - menjadi ringan untuk digerakkan bagi melepaskan amarah, begitu juga kaki.
Jadi saya bagaimana? Alhamdulillah, dalam hati saya, doa mohon diberi kekuatan tak pernah lepas saya harapkan. Doa memohon diberi kekuatan kesabaran, kekuatan fikiran agar sentiasa positif, kekuatan hati agar tetap tenang, kekuatan-kekuatan luaran agar orang lain memahami dan dapat membantu.
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Satu-satu perkara dapat saya selesaikan. Alhamdulillah juga, ujian yang Allah berikan ini berlaku di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Harapan saya, agar ujian yang menimpa saya, dapat memberikan extra pahala buat saya, isteri saya, dan sahabat-sahabat sayan yang sudi membantu saya pada waktu tersebut.
Alhamdulillah....









