Innalillah wa alhamdulillah, thumma alhamdulillah, thumma alhamdulillah...
Innalillah wa inna ilaihi raji'un, sekali lagi musibah menimpa aku dan keluarga dalam bulan Syawal yang mulia ni. 7/10/2008 adalah hari yang mungkin tidak akan aku lupakan, bila untuk sekian kalinya, aku ditimpa kemalangan jalanraya. Dan rasanya adalah yang paling teruk setakat ni. Bukan hanya kerana teruknya kereta aku, tapi juga kerana aku yang menjadi puncanya.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur aku pada Allah Taala. Disebabkan musibah kemalangan yang menimpa aku, ada beberapa perkara yang aku patut bersyukur.
Pertama, aku dan keluarga semuanya selamat. Isteri dan anak aku, kedua-duanya selamat tanpa sebarang kecedaran. Aku sendiri, walaupun ada sedikit kecederaan di bahagian mulut, tapi masih lagi tidak serius. Tak dapat aku bayangkan jika isteri dan anakku mengalami kecedaraan. Alhamdulillah dan syukur pada Mu Ya Allah...
Kedua, syukur pada Allah kerana telah memberi peluang sekali lagi untuk merenung dan muhasabah kembali diri aku atas apa yang telah aku lakukan. Mungkin sebelum ini, ada salah silap yang aku lakukan dengan sengaja mahupun tidak. Begitu juga aku dan keluarga diberi peluang untuk melihat setakat mana aku boleh bersabar dan tahap penerimaan aku terhadap musibah yang menimpa. Alhamdulillah dan syukur pada Mu Ya Allah...
Ketiga, aku telah diberi peluang untuk mengalami pengalaman tersebut untuk aku boleh mempelajarinya serta mengambil iktibar darinya. Sesungguhnya guru yang terbaik itu adalah melalui pengalaman. Alhamdulillah dan syukur pada Mu Ya Allah...

3 comments:
semoga bang man da keluarga selamat hendaknya dan diberi kesihatan yang baik..
salam, semoga nta sekeluarga tabah menghadapi ujian..
InnaliLlah
AlhamuliLlah
Hebat nta kerana mampu menerima ujian sebegitu..
Post a Comment