30 November 2005

Berita baik...

Assalamualaikum...

Agak-agak korang nak tak untuk buat side income korang? Kalo korang berminat, join la program with the simple click at this link:

12dailypro

Kalau nak tahu lebih lanjut, contact aku....

Wassalam

29 November 2005

Menjejak Pelangi

Assalamualaikum....

Post aku kali agak lain dari yang lain sikit. Kali ni aku tujukan khas untuk Pelangi; satu nickname yang sentiasa berada di chatting box beberapa individu, termasuk di chating box aku.

Tujuan aku buka topik ni untuk kita sama-sama menjejak, siapakah dia sebenarnya manusia yang bernickname Pelangi. Disebabkan insan ni tidak melayan pertanyaan serta permintaan beberapa orang, lantas mendorong aku menyiasat sendiri, SIAPA DIA PELANGI.......???

Antara prediction awal yang aku boleh buat tentang Pelangi ni:

1- Sudah semestinya dia sekarang berada di Malaysia. Hampir tepat lagi, di Kuala Lumpur.
2- Sudah semestinya juga dia adalah seorang wanita. Jangkaan ni dibuat berdasarkan pada gaya bahasa yang digunakannya.
3- Memandangkan dia mengenali aku n bebarap individu lain, serta mempunyai gambaran tentang keadaan satu tempat, boleh dikatakan dia ni bekas pelajar yang pernah menuntut di oversea. Kemungkinan besar di Irbid, Jordan.
4- Pelangi ni mungkin ada kaitan atau mengetahui tentang address ni:
Hmmm.....ni aku punya jangkaan. Kalau ada sesiapa yang nak join dalam menjejak SIAPA PELANGI ni, respon la kat chating box blog aku ni...

He..he.he..he.he

Wasalam

28 November 2005

Wahabi...

Assalamualaikum...

Aku rasa terpanggil untuk posting kali selepas membaca artikel berkenaan isu Wahabi di Utusan Minggu Ahad 27/11/2005 dan Utusan Malaysia Isnin 28/11/2005 (sorry la, kali ni posting aku agak serius).

Terus terang aku katakan, aku agak terkejut bila baca artikel. Tambah lagi orang yang buat statement tu adalah ulama yang terkenal kat Malaysia, Ustaz Muhammad el-Muhammadi. Tak tersangka orang yang menjadi Fellow di IKIM buat kenyataan terang-terangan yang menghentam fahaman Wahabi tanpa membawa bukti-bukti yang kukuh. Lebih teruk lagi, kenyataan beliau seolah-olah memutuskan bahawa fahaman Wahabi ni sama dengan fahaman-fahaman lain yang menyeleweng sehingga terkeluar dari golongan Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah. Aku tak pasti, adakah beliau buat kenyataan tu berdasarkan pengetahuan beliau, atau ada sesuatu di belakangnya yang meminta beliau berbuat demikian demi untuk mengaitkan fahaman Wahabi dengan keganasan (terrorisme).

Aku setuju kalau dia kata pengikut fahaman Wahabi ni ada di antara mereka yang ekstrimis. Tapi kalau dia kata, golongan fahaman Wahabi ni menolak amalan-amalan sunnah, contohnya tahlil, membaca Yasin, qunut, talkin, berdoa, berzikir, ziarah kubur dan pelbagai lagi, suatu yang kita tak boleh terima bulat. Kena ada kajian, samada betul atau tidak fahaman Wahabi ni, macam ni ke pegangan diorang, ataupun sebaliknya. Seingat aku la, fahaman Wahabi ni tujuannya nak menghidupkan kembali Sunnah, bukan menentang Sunnah. Agak-agak la, diorang ni tahu ke asal-usul fahaman Wahabi ni? Siapa Wahabi ni? Apa yang dibawa oleh Wahabi ni? Diorang ni tak terfikir ke, kalau tak kerana fahaman Wahabi ni, dah tentu kat Saudi sekarang ni banyak perkara bidaah. Satu jasa yang cukup besar yang ditinggalkan oleh Wahabi ni (sori..aku lupa nama penuh pencetus fahaman ni, Abdul Wahab atau Muhamaad Wahab..nanti aku perbetul bila dah dapat maklumat).

Beberapa persoalan yang aku nak lontarkan pada mereka yang kuat menentang Wahabi ni tanpa usul periksa.

1- Adakah dakwaan mereka ke atas Wahabi ni terbukti benar? Kalau betul, mana buktinya?

2- Mereka katakan, Wahabi ni menentang Sunnah. Aku nak tanya, siapa yang menentang siapa? Setahu aku Wahabi nak ajak orang kembali pada Sunnah yang sebenar, buat apa yang Nabi sallallahualaihiwasalam buat dan tinggal apa yang Nabi sallallahualaihiwasalam tak buat. Tapi mereka yang mendakwa ni, buat apa yang Nabi sallallahualaihiwasalam tak buat, tinggal apa yang Nabi sallallahualaihiwasalam tak suruh buat. Jadi mana yang lebih baik? Buat sesuatu yang tak jelas adakah Nabi sallallahualaihiwasalam buat atau tinggalkan apa yang Nabi sallallahualaihiwasalam tak buat?

3- Kenapa diorang sibuk nak hentam Wahabi dengan mendakwa fahaman ni bercanggah dengan Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah, sedangkan kat Malaysia sekarang ni banyak perkara yang bukan setakat bercanggah dengan Sunnah, bahkan bercanggah dengan al-Quran tu sendiri. Buka aurat, murtad, minum arak, berzina, khalwat (kebanyakan artis), bercampur laki pompuan, judi, rasuah, riba dan macam-macam lagi. Kenapa diorang tak perbetul benda-benda ni dulu?

4- Kalau diorang kata, fahaman Wahabi ni salah, terkeluar dari Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah, jadi semua orang kat Saudi pun terkeluar sama jugak la. Imam Haramain, muazzin, ulama-ulama, pemimpin Saudi dan semua orang kat Saudi bukan Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah sbb kita dah maklum, Wahabi ni muncul di Saudi dan sudah tersebar luas di sana. So apa citer?

5- Betul ke fahaman Wahabi ni penyebab runtuhnya khlifah Uthmaniah? Setahu aku, yang menjatuhkan khalifah ni Mustafa Kamal Ataturk di Turki serta perancangan orang Barat. Jadi macamana Wahabi ni boleh terlibat sama?

.........

Kalau ikutkan hati, banyak lagi yang aku nak sampaikan. Bukan nak menentang seratus peratus, tapi bila mereka buat pendakwaan tanpa didatangkan bukti, tu yang buat aku geram sangat.

Aku bukan nak menuduh, tapi aku ada maklumat yang tak berapa elok tentang Ustaz el-Muhammadi ni. Aku tak nak post kat sini. Siapa yang nak tahu, msg aku. Insya allah aku n beberapa orang lagi tengah tunggu respon dari beberapa pihak berkenaan isu ni, terutama dari pada kerajaan Perlis.

We'll wait and see..!

Wassalam

24 November 2005

Terkini...tapi tak pasti

Assalamualaikum....

Ni berita terkini yang aku dapat pasal info banjir di Kelatan. Hari ni (24/11/2005) semua kenderaan dari PCB menghala ke pusat bandar; begitu dengan arah yang bertentangan, terpaksa menukar laluan ke Pengkalan Chepa sbb jambatan di Sg. Keladi terpaksa ditutup akibat banjir. Sebelum tu, pada malam semalam, aku n stud sempat lalu di laluan ni, dan mmg aku nampak sendiri, air dah hampir ke atas jambatan. Aku jangka, esok ramai la yang tersangkut gamaknya....dan mmg pun tersangkut betul !!!

Dan dengar-dengar jugak, laluan ke Terengganu (Setiu) kena tutup banjir. Tu aku tak kisah sangat. Tapi yang aku kisah sangat ni, jangan la jalan ke Kuala Krai pun kena tutup gak, sbb aku cadang nak balik KL malam ni., ada hal yang agak urgent. Tapi dari bunyi-bunyi yang aku dengar dari Encik Din (Encik Borhanuddin) macam dah kena tutup. Doa-doa harap tak.

* Boleh tahan jugak isu banjir ni.......
* Website ttg info terkini banjir : http://infobanjir.water.gov.my

Wassalam

23 November 2005

Hujan...

Assalamualaikum....

Pada awal minggu ni, terdetik dalam hati untuk buat posting terbaru berkenaan situasi di Kelantan sekarang ni, terutama di KB.

Pertama berkenaan dengan suasana pilihanraya kecil Pengkalan Pasi, Pasir Mas yang tengah panas sekarang ni. Bagi mereka yang berada di luar Kelantan, mungkin mendapat perkembangan terkini melalui media massa sahaja. Tapi bagi yang berada di Kelantan, agak berbeza dari apa yang dipaparkan. Aku taknak komen banyak pasal perkara ni, cuma yang aku boleh kata, pihak 'sebelah' sana hampir memenangi perang psikologi ke atas masyarakat sekarang walaupun yang sebenarnya, situasi di Pengkalan Pasir berbeza dengan apa yang disiarkan oleh media massa. Jadi....bagi kita yang sudah matang dalam berpolitik ni, kena menilai serta melihat perkembangan yang berlaku dari kedua-dua belah pihak. Kalau hanya sebelah pihak, aku rasa kita belum matang lagi dalam berpolitik.

Hmmm...itu tentang pilihanraya. Dan fokus sebenar aku nak post kali adalah berkenaan keadaan cuaca yang melanda di persekitaran negeri-negeri Pantai Timur, terutama Kelantan. Seingat aku, KB mula terima hujan yang agak kerap pada seminggu yang lepas lagi. Cumanya ada diselang seli dengan ketiadaan hujan. Pada pada minggu ni, setiap hari akan hujan. Pada awalnya dijangka hujan akan turun selama 4 hari berturut-turut, tapi la ni dah lebih 4 hari. Alhamdulillah hujan yang turun setakat ni tak selebat mana, cuma ada la beberapa kali yang lebat. Dan perlu diingat, setiap kali tiba musim tengkujuh (macam la ni) perkara yang dibimbangkan adalah banjir. Banjir yang berkemungkinan berlaku pula, tidak dapat dijangka jenisnya; banjir yg kecil ke, atau banjir yang sederhana ke, atau banjir yang besar ke, atau banjir tempatan (petik daripada Nota Asas JPA3 - Bencana Alam, m/s 158). Sebagai persediaan, pihak kolej aku dah organize satu JK khusus untuk menghadapi kemungkinan banjir.Termasuk dalam JK tu; aku sendiri.

Walaupun apa pun keadaannya, bila tengok hujan yang turun bagaikan mutiara (lagu Allahyarham Sudirman la plak), awan yang mendung berarak...teringat akan suasana syita di Irbid. Cuma kat sini tak sejuk je..hehehe (terkenangkan kenangan di Irbid bersama-sama sahabat², adik² seperjuangan........)

Wassalam

16 November 2005

Balik KB

Assalamualaikum....

Hmm tak sangka pulak ada orang yang mintak aku update blog aku ni. Tapi bagus jugak sbb bila ada orang mintak, semangat nak menulis tu tiba-tiba datang. Jadi tak le blog aku ni sepi je...

Waktu aku update blog aku ni, dah hampir seminggu aku berada semula di KB setelah puas berhari raya bersama keluarga tercinta walaupun telah sekian lama tidak bersama. Tambah pulak, raya kali ni semua adik beradik aku ada di KL, termasuk yang tengah belajar di Mesir. Agak dah lama tak dapat kumpul satu keluarga lengkap....

Sekembalinya aku ke KB, bermakna bermulanya tugas di kolej. Walaubagaimana pun, masih agak releks lagi sbb pendaftaran pelajar lama lewat seminggu. So kerja aku la ni, prepare bahan mengajar, kerja Unit Kokurikulum & Aktivisme Pelajar (laporan n perancangan), surfing (studiotraffic) n siapkan projek buku.

Kali ni jugak aku kena ambil berat sikit pasal bab duit ni. Bukan apa, tetiba lak rasa akan datang nak kena guna banyak duit. Nak standby untuk ke Indonesia, nak repair kereta (accident waktu nak balik KB..huhuhu), internet investment (studiotraffic) n nak pasang PC. Jadi nak kena berjimat sikit. Gaji tak masuk lagi plak tu. Nasib baik la duit yang orang pinjam dari aku, dah dibayar balik. Boleh le bernafas....hehehehe

Hmmm apa lagi nak cerita? Aku pun tak tahu. So tunggu le aku update blog aku akan datang. Wassalam

27 October 2005

Balik KL....

Assalamualaikum.....

Pertama sekali yang aku nak tulis; ALHAMDULILLAH....THUMMA ALHAMDULILLAH THUMMA ALHAMDULILLAH.

Aku rasa syukur sangat sbb diberik kekuatan utk menyelesaikan kerja kat ofis. Hari ni (27/10/2005) aku dah selesai marking paper Dakwah & Methodologi dan SBE. Agak kagum jugak dengan diri sendiri sbb start marking paper Dakwah semalam, tapi hari dah boleh siap. Tu semua sbb aku pulun habis² semalam kat ofis (malam). Dan aku rasa yang buat aku agak terdesak nak settlekan kerja aku tu, sbb hari ni (27/10/2005) aku dah nak balik KL, cuti raya. Waktu aku cakap ngan kak Shah (eksekutif peperiksaan) yang aku tak boleh jamin siapkan marking paper, aku tengok dia semacam je. Apa lagi, kalo dah camtu, mesti dia nak kalo boleh aku siapkan jugak sebelum aku balik. Jadi tu yang buat aku pulun sungguh utk siapkan jugak.

Dan satu lagi, yang buat aku pulun siapkan kerja aku ni; sbb aku nak beraya dalam keadaan takde beban kerja. Apalah maknanya aku becuti tapi dalam masa yang sama dok tengah marking paper. Rasa cam tak best je bunyinye. Tu pasal la aku siapkan jugak sebelum balik. Lagipun nak raya beb, dah lama dah tak raya kat Malaysia ni bersama keluarga (walaupun ada 'setengah' orang yang rasa, tak beraya di Malaysia selama 3 tahun amatlah basic....lantak la..!). Kalo boleh aku hayati raya ni dgn ertikata sebenar. Kalo time raya, kerja bertimbun lagi tak siap, nak menghayati apa² pun tak boleh, asyik pikir tentang kerja je. Hmmmm......

Lepas ni (lepas office hour) nak terus balik. Terpaksa drive sorang kali ni untuk kali ke 4 (kalo tak silap aku) KB-KL. Doakan aku tak mengantuk time drive nanti.

Wallahua'lam

19 October 2005

كيف إيمانك ؟

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

يوم الاثنين السابق ذهبت مع الحاج أزهر إلى مكتب السيد عبد الفتاح، أهل نواب ولاية كلنتان لأجل الحصول إلى معلومات مفيدة عن مجال التعاون بين طلاب جامعة الاسلامية فترا وبين الحكومة الكلنتانية. وفي هذا اللقاء قد سألني السيد عن الشيء الذي صعب علي أن أجيبه. فأول سؤاله " كيف حالك " والسؤال الثاني " كيف إيمانك " فهذه مشكلتي. لو أسألكم مثل هذا السؤال فما هي إجابتكم؟ ممكن أن تجيبوني أي مكان ممكن أن أقرها..... والسلام

06 October 2005

أهلا وسهلا يا رمضان

عن أبي هريرة رضي الله عنه: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم (( قال الله عز وجل: كل عمل ابن آدم له إلا الصيام فإنه لي وأنا أجزي به، والصيام جنة، فإذا كان يوم صوم أحدكم فلا يرفث ولا يصخب فإن سابه أحد أو قاتله فليقل: إني صائم والذي نفس محمد بيده لخلوف فم الصائم أطيب عند الله من ريح المسك، للصائم فرحتان يفرحهما: إذا أفطر فرح بفطره وإذا لقي ربه فرح بصومه)) البخاري في كتاب الصوم 4/88

24 September 2005

Tugasan..

Hmm...nampak gaya betul le apa yang aku post sebelum ni. Lepas aku start semula bertugas selepas 2 minggu outstation bersama En. Jalil buat promosi di Kedah, satu persatu tugasan yang aku kena selesaikan. Kalau sebelum ni kerja aku yang tak selesai ; marking paper, la ni tambah lagi. Pihak HEA dah mula mintak aku siapkan draf soalan untuk final xm, kena buat pengesahan pelajar menduduki peperiksaan, pengesahan pelajar yang mendaftar subjek dan marking paper serta coursework. Aduhhh....paniang kapalo den. Indak larat den dibueknyo. Tapi... den mesti bapikiran positif jo sagadonyo. Kalau den selalu bapikiran negatif, confirm indak ado satu pun nan biso den selesaikan.... (tetiba lak nak kecek minang. Biasa la, AKU BUDAK MINANG..)

03 October 1990

Sunah berbuka yang dilekakan

Sunnah berbuka puasa yang dilekakan…

Salah satu kegembiraan yang dirasai oleh umat Islam ialah ketika berbuka puasa sepertimana yang telah disebut di dalam hadis baginda al-Rasul s.a.w yang bermaksud: “… bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan yang akan mengembirakannya (iaitu) apabila berbuka, mereka berasa gembira, dan apabila bertemu dengan tuhannya, (maka tuhannya) gembira dengan puasanya” – Bukhari (1499), (6175), Muslim (2550), Ibn Majah (1638), al-Nasai (2215). Hadis yang cukup sinonim dan rapat dengan umat Islam pada setiap kali tibanya bulan Ramadan ini, jelas menunjukkan kepada kita betapa Islam mengambil berat tentang berbuka puasa. Termasuk di dalam konteks mengambil berat ini, usaha umat Islam untuk berbuka puasa dengan mengikuti sunnah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Antara sunnah yang cukup dijaga oleh umat Islam pada hari ini ialah dengan menyegerakan berbuka puasa.

Telah sabit di dalam hadis Rasulullah s.a.w tentang menyegerakan berbuka puasa, sepertimana yang kita dapat perhatikan di dalam hadis Baginda s.a.w yang bermaksud: “Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selagi mana mereka bersegera dalam berbuka puasa” – muttafaqun ilaih. Hadis ini cukup popular dan berlegar di sekeliling umat Islam dengan meluas setiap kali tibanya bulan Ramadan. Apatah lagi dalam keadaan umat Islam berpuasa sepanjang siang hari, maka sunnah Rasulullah s.a.w ini dianggap sebagai satu sunnah yang cukup relevan untuk dipraktikkan ketika berbuka puasa dek kerana dorongan rasa lapar serta juadah lazat yang pelbagai.

Walaubagaimanapun, dalam kesungguhan kita mempraktikkan sunnah ini, kita terlupa satu lagi sunnah yang seharusnya kita perhatikan dan kita ambil berat ketika berbuka puasa. Sunnah yang dimaksudkan itu adalah menyegerakan solat Maghrib. Perkara ini adalah berdasarkan satu hadis yang diriwayatkan di dalam Sahih Muslim (bab Fadhilat Sahur, 1099) daripada Abi ‘Athiyyah telah berkata: Aku dan Masruq telah bertemu dengan ‘Aisyah radhiallahu’anha, dan telah berkata Masruq kepadanya: Dua orang lelaki dari kalangan sahabat Muhammad s.a.w, yang mana keduanya bersungguh-sungguh untuk melakukan kebaikan; salah seorang menyegerakan Maghrib dan ifthor, dan seorang lagi melewatkan Maghrib dan ifthor. Maka berkata ‘Aisyah: Siapa yang menyegerakan Maghrib dan ifthor?, berkata Masruq: Abdullah – iaitu Ibn Mas’ud, maka ‘Aisyah berkata: Demikianlah yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Hadis dengan jelas menunjukkan bahawa menyegerakan solat Maghrib itu adalah sunnah yang telah dilakukan oleh Baginda s.a.w di samping Baginda s.a.w menyegerakan berbuka puasa.

Kalau kita melihat apa yang berlaku pada masyarakat kita pada hari ini, yang dapat kita perhatikan adalah ramai di kalangan kita lebih menumpukan kepada bersegera untuk berbuka puasa. Tetapi amatlah malang kerana masa yang mereka ambil untuk berbuka itu terlalu lama sehingga ada di antara kita yang menunaikan solat Maghrib di penghujung waktu. Dan ini jelas bertentangan dengan sunnah Rasulullah s.a.w seperti yang dinyatakan dalam hadis sebelum ini. Tetapi perlu difahami, bertentangan di sini bukanlah bermaksud yang dilakukan oleh orang Islam itu sebagai satu perkara yang salah, tetapi lebih kepada ketidaktepatannya dengan amalan sunnah. Di manakah kebenarannya andai kita berkata: ‘kita kena buka puasa selalu bila masuk waktu’ atau ‘buka puasa tak boleh lambat-lambat sebab nabi suruh kita bersegera berbuka’ atau ‘bersegeralah kamu untuk berbuka kerana sesungguhnya ia adalah sunnah nabi’ atau lain-lain ucapan, sedangkan dalam masa yang sama, kita dengan sengaja melambat-lambatkan untuk menunaikan solat Maghrib. Kita yakin, tidak semua orang begitu, tetapi kita juga yakin, sebenarnya ramai orang yang sebegitu.

Jadi, apakah langkah yang sepatutnya kita lakukan demi untuk menjaga kedua-dua sunnah Nabi s.a.w ini? Mungkin satu penyelesaian yang boleh diutarakan di sini, iaitu dengan kita bersegera berbuka dengan memakan ruthob atau tamar atau hanya dengan air terlebih dahulu (seperti yang disarankan olah Baginda s.a.w dalam hadisnya yang sahih, Abu Daud – 2355, 2356, al-Tirmizi – 694, 696), kemudian terus bersegera untuk menunaikan solah Maghrib (afdhal secara berjamaah). Sesudah itu barulah kita menyambung semula untuk menikmati juadah yang telah disediakan. Barangkali langkah ini sememangnya telah diamalkan oleh mereka yang faham tentang Islam, tapi perlu diingat juga bahawa, di luar sana masih ramai yang tidak melaksanakan langkah ini akibat kerana mempunyai tahap kefahaman yang perlu lagi dipertingkatkan. Kita tidak akan rugi kalau kita dapat menjaga kedua-dua amalan sunnah ini. Bahkan ianya akan dapat membantu kita untuk kita merebut ganjaran pahala yang ada pada keduannya. Analoginya adalah; mereka yang menyegerakan berbuka dan solat maghrib akan mendapat pahala berbuka dan solat di awal waktu, tetapi mereka yang melewatkan solat Maghrib hanya kerana memberi tumpuan untuk berbuka mungkin hanya akan mendapat pahala berbuka puasa, tetapi tidak bagi pahala solat di awal waktu.

Antara hikmah yang dapat kita simpulkan dari hadis di atas – iaitu mengapa ‘Aisyah radiallahu’anha mengesahkan bahawa yang menjadi amalan Baginda s.a.w adalah menyegerakan berbuka dan solat Maghrib – ialah untuk mengelakkan orang Islam agar tidak terlalu kekenyangan selepas berbuka sehingga boleh mengganggu kita untuk khusyuk di dalam solat. Kegagalan kita untuk khusyuk di dalam solat dengan disebabkan faktor kekenyangan itu, bererti gagalnya kita mencapai tahap solat yang terbaik. Oleh yang demikian, sewajarnya kita – yang ingin beramal dengan sunnah – berusaha sedaya upaya kita untuk melaksanakan apa yang telah disebut di dalam hadis di atas demi untuk kita mendapat ganjaran dan pahala dari Allah. Semoga Ramadan kali ini kita tidak rugi lagi.

Wallahua’alam

3 Oktober 2006 / 10 Ramadhan 1427

ontah_apo@yahoo.com

Kolej Jaiputra