15 February 2011

Ibadah adalah segala-galanya

Sewaktu berhenti solat di sebuah surau di kawasan Simpang Tiga, Pengkalan Chepa, terbaca satu ayat yang tertulis di kanvas stall seorang makcik peniaga goreng pisang di sebelah surau tersebut. Kanvas tu ada cop FAMA, dan tertulis slogan FAMA, "Pertanian Adalah Perniagaan". Sementara menunggu untuk solat asar, timbul macam-macam perkara yang buatkan aku terfikir selepas terbaca ayat tu. Pertama yang terlintas dalam kepala aku adalah satu lagi ayat yang hampir serupa, "Perniagaan Adalah Ibadah". Ini adalah slogan yang menjadi pilihan Exco Pertanian Kerajaan Negeri Kelantan. Bila timbul perkara macam ni, aku pun membandingkan antara kedua-dua ayat tersebut. Kalau hendak difikirkan, slogan darn FAMA tu tak lebih hanya bersifat duniawi semata, sedangkan kalau slogan kerajaan negeri Kelantan tu, sesuai untuk kedua-dua sekali, duniawi dan ukhrawi. Bahkan kalau nak dinilaikan lagi, mungkin kita boleh timbulkan persoalan, kalau pertanian adalah perniagaan, maka perniagaan adalah apa?

Dalam dok menilai dan memikirkan kedua-dua slogan tersebut, terlintas dalam kepala aku bahawa idea kerajaan negeri ni amat bersesuaian sekali dengan kita sebagai orang Islam. Bahkan kalau boleh aku buat cadangan. nak je aku cadang pada kerajaan negeri, patutnya bukan hanya pada pertanian sahaja, tapi juga dalam hal-hal yang lain.

Bertani adalah IBADAH;
Perniagaan adalah IBADAH;
Bersukan adalan IBADAH;
Perundangan adalah IBADAH;
Kerohanian adalah IBADAH;
Politik adalah IBADAH;
Kekeluargaan adalah IBADAH;
Dan lain-lain....


Segala-segalanya adalah untuk IBADAH !!

Bukankah ini tujuan Allah ciptakan manusia? Iaitu untuk beribadah kepadaNYA?! Untuk mengikat seluruh kehidupan kita dengan aqidah kepadaNYA?! Bukankah segala yang kita lakukan di atas muki bumi Allah ini seharusnya dinilai sebagai ibadah kita kepadaNYA?! Dan bukankah ibadah dalam erti kata  yang sebenar, tidak hanya terbatas kepada amalan ibadah yang lazim yang kita lakukan (atau mungkin yang kita abaikan)?! Bahkan ianya meliputi seluruh aspek kehidupan seseorang muslim itu. Kita mesti, bahkan wajib untuk memberikan nilai-nilai ibadah terhadap segala yang kita lakukan. Makan minum kita mesti jadi ibadah, belajar dan menuntut ilmu mesti jadi ibadah, bersukan dan riadhah mesti jadi ibadah, hubungan antara sesama manusia mesti jadi ibadah, tidur dan bekerja kita mesti jadi ibadah. Segala-galanya mesti jadi IBADAH. Jadi macamana kita nak jadikan semua itu sebagai ibadah? Jawapan adalah pada niat kita. Kalau niat لله تعالى , maka jadilah ia sebagai satu ibadah. Tapi bukan kerana Allah, maka jadilah ia sebagai satu adat. Kalau semuanya ini difahami dengan baik, yakinlah bahawa hidup seseorang tu pasti akan berada dalam landasannya. Bukan landasanya yang diciptanya, tapi landasan yang telah ditetapkan oleh Allah.

So, harap-harap kita semua dapat berusaha untuk menjadikan hidup kita adalah suatu ibadah...

No comments: