Ekspidisi mendaki bermula pada jam 8.30 pagi dengan taklimat asas keselamatan oleh Encik Hariff sertai diikuti tazkirah ringkas dan doa selamat oleh Ustaz Muhammad Ismail. Hampir kesemua peserta ekspidisi tersebut telah berjaya menakluki puncak Gunung Tebu tersebut sekitar jam 1.30 tengahari sehingga 2.30 petang, yang mana purata masa yang diambil oleh peserta adalah selama 6 jam pendakian. Selain dari aktiviti pendakian, diselitkan juga beberapa aktiviti bersifat fizikal dan kerohanian telah diadakan sepanjang program tersebut.
Sementara itu, mukhayyam tarbawi bahagian siswi juga telah dilangsungkan pada hari yang sama. Seramai 50 peserta telah menyertai program tersebut dan diiringi seramai 4 orang pegawai. Program yang telah dijalankan ini adalah merupakan program susulan dan kesinambungan bagi aktiviti-aktiviti pembangunan pelajar yang telah diadakan sepanjang semester Januari 2009 ini.
Antara objektif utama program mukhayyam tarbawi ini adalah untuk memantapkan lagi kefahaman pelajar-pelajar siswi tentang tanggungjawab mereka sebagai seorang muslimah. Selain itu, program ini juga mensasarkan agar aktiviti yang telah disusun sepanjang program tersebut akan menjadi batu asas kepada para pelajar untuk terus memberikan komitmen dalam membentuk dan mentarbiah diri mereka, di samping mengeratkan lagi ukhuwwah sesama mereka.
Sepanjang program tersebut, beberapa aktiviti fizikal seperti berkayak, obstacle dan acara pantai telah jalankan. Begitu juga beberapa aktiviti ceramah, talk, tazkirah dan pengisian telah diadakan. Sesungguhnya aktiviti-aktiviti yang telah diadakan, baik bagi siswa mahupun siswi, telah banyak memberi faedah dan manfaat kepada seluruh pelajar yang terlibat. Abu Nu'man
* dipetik dari website http://jaiputra.edu.my/malay/index.php








