06 October 2008
24 September 2008
Ramadhan ALL-OUT
Ramadhan tinggal beberapa hari je lagi. Jom kita sama-sama pulun sementara waktu dan peluang masih ada. Waktu ni la kita kena all-out habis-habis untuk rebut peluang tambah pahala di 10 malam terakhir ni. Sekarang ni bukan 10 malam dah, hanya tinggal beberapa malam je lagi. So... mari sama-sama kita ALL-OUT untuk Ramadhan kali ni.18 September 2008
18 Ramadhan... Cukup ke ha?!
Sekarang ni, dah masuk hari ke 18 dalam bulan Ramadhan, iaitu fasa kedua dalam 3 fasa yang terdapat dalam bulan mulia ni. Fasa yang disebut sebagai fasa yang diberi keampunan kepada mereka yang beribadah.Dah sampai pada 2/3 Ramadhan ni, dah sampai mana ibadah yang aku dah lakukan?
- Sunat Tarawih : Alhamdulillah setakat ni tak pernah tinggal. Mostly secara berjamaah, tapi ada juga dibuat bersendirian di rumah. Paling banyak yang dibuat adalah 8 rakaat, 20 rakaat tak pernah lagi setakat ni untuk tahun ni. Cukup ke ha?!
- Tilawah al-Quran : Sekarang dah sampai ke juz 14, ketinggalan 4 juz dari yang sepatutnya. Pada awalnya, ok. Tapi kebelakangan ni, jadi slow sikit. Tak tau apa penyebabnya. Setakat ni hanya baca sahaja. Tadabbur tak sempat lagi. Cukup ke ha ?!
- Qiamullail : Qiam waktu nak sahur ada la. Tapi qiam dengan erti kata khusus untuk solat tahajjud dan solat sunat lain tu, tak buat lagi. Cukup ke ha ?!
- Sedekah : Tak terbuat lagi. Ingatkan bila dapat gaji lebih sikit untuk bulan ni, boleh la spend sikit untuk buat sedekah. Tapi bila macam-macam terjadi, kepala ni jadi sedikit runsing pasal duit. Akhirnya, nak bersedekah pun jadi macam sedikit terbatas. Patut ke dan cukup ke ha ?!
- I'tikaf masjid : Tak buat lagi. Walaupun ibadah ni digalakkan sepanjang bulan Ramadhan, khususnya pada 10 malam terakhir, tapi masa macam takde je. Rasa macam tak sempat je. Satu lagi, rasa malas nak keluar malam-malam tu rasa kuat sangat. Tarikan yang ada kat rumah cukup kuat. Bila nak keluar ha dan cukup ke ha ?!
- Kerja dakwah : Patut bulan jadi bulan untuk lebih lagi bergiat untuk ajak orang kepada kebaikan. Walaupun semalam sempat juga bagi tazkirah lepas tarawih pada jamaah di surau, tapi, cukup ke tu ha ?!
Jadi kesimpulannya, cukup ke amalan ibadah aku setakat ni ha ?! Agak-agak semua tu Allah terima ke nanti? Boleh cover ke semua tu untuk kesilapan yang aku pernah buat sebelum ni ? Aku pun tak tahu. So korang macamana ?
15 September 2008
Ujian Ramadhan
Orang ramai berkata, bulan ramadhan ni adalah bulan ujian. Tapi ujian yang macamana? Ujian untuk tidak makan dan minum sahaja di siang hari? Atau ujian mengekang hawa nafsu amarah dan lawwamah dari bermaharajalela dan menguasai diri? Ujian mata dari melihat perkara munkar? Ujian telinga dari mendengar perkara munkar? Ujian mulut dari berkata perkara munkar? Ujian kaki dari melangkah ke tempat yang munkar? Ujian tangan dari melalukan sesuatu yang mungkar? Ujian fikiran dari memikir sesuatu yang tidak selaras dengan agama? Atau ujian yang bagaimana?Jawapannya, anda sendiri yang tentukan. Andai anda rasa teruji dengan suatu perkara, maka benarlah anda sedang berada di dalam ujian. Jika tidak, maka periksa diri anda...
Bagi saya.... 14/9/2008 adalah hari yang benar-benar menguji saya. Ujian yang menimpa atas seluruh batang tubuh saya, fizikal, mental dan perasaan. Dalam keadaan saya dan keluarga bersama rakan-rakan yang lain sedang tenang dan gembira berada bersama di majlis berbuka, secara tiba-tiba sahaja keadaan tadi berubah apabila Allah memberi saya satu ujian yang saya tidak pernah alamai sebelum ini.
Umpama 360 darjah, bertukar suasana saya sebelum dan selepas berbuka puasa. Maha suci Allah, begitulah keadaannya jika Allah ingin menguji kita. Tanpa kita sangka, maka ujian berlaku pada kita dalam sekelip mata.
Ada antara kita yang gagal dalam menangani ujian tersebut. Akibatnya, kita terperangkap dalam dosa akibat kegagalan kita tersebut, dapat "dosa free". Fikiran - pelbagai andaian negatif dan syak wasangka kita pada orang lain serta keluarnya andaian-andaian "kalau", mulut - bermacam bahasa yang kurang elok keluar dari mulut kita, tangan - menjadi ringan untuk digerakkan bagi melepaskan amarah, begitu juga kaki.
Jadi saya bagaimana? Alhamdulillah, dalam hati saya, doa mohon diberi kekuatan tak pernah lepas saya harapkan. Doa memohon diberi kekuatan kesabaran, kekuatan fikiran agar sentiasa positif, kekuatan hati agar tetap tenang, kekuatan-kekuatan luaran agar orang lain memahami dan dapat membantu.
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Satu-satu perkara dapat saya selesaikan. Alhamdulillah juga, ujian yang Allah berikan ini berlaku di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Harapan saya, agar ujian yang menimpa saya, dapat memberikan extra pahala buat saya, isteri saya, dan sahabat-sahabat sayan yang sudi membantu saya pada waktu tersebut.
Alhamdulillah....
10 September 2008
Puasa Tapi Tidak Puasa (???)
"Puasa, tapi macam tidak puasa", atau "Puasa, tapi tidak puasa". Anda pilihlah salah satu dari kedua-dua frasa berikut, atau anda memilih kedua-duanya sekali, atau anda menolak kedua-duanya. Tapi inilah dia frasa yang saya rasa perlu kita renungkan sedalam-dalamnya di saat kita sedang berada di bulan Ramadhan yang mulia ketika ini.Saya kira, pasti anda dapat meneka, apa maksud yang cuba saya lontarkan di dalam posting ini.... Ya betul, suasana yang berlaku yang kita dapat lihat dengan mata kepala kita sendiri pada ketika ini. Bagaimana kita boleh melihat pada hari ini, kemungkaran masih lagi berlaku di sekeliling kita dalam kita sedang berpuasa. Bagaimana kita masih boleh melihat, ramai di kalangan wanita muslim yang masih lagi tidak sempurna auratnya, sedang mereka dalam keadaan berpuasa. Bagaimana juga kita boleh melihat, bagaimana kalangan lelaki muslim yang masih lagi boleh untuk bergaul bebas tanpa batasan dengan wanita yang mahram dengannya, sedang mereka dalam keadaan berpuasa. Dan bagaimana kita boleh melihat, bagaimana ramai orang yang masih kekal dalam keadaan mereka sebelum Ramadhan yang penuh dengan perkara lagho, sedang mereka semua itu berada di dalam bulan Ramadhan. Jadi di manakah dia laungan slogan yang menyebut, Ramadhan bulan ibadah, Ramadhan bulan rahmah, Ramadhan bulan kebaikan dan pelbagai lagi slogan, sedang kita beradan dalam suasana sedemikian rupa.
Jadi saya merasakan, sudah tiba masanya (sepatutnya dari dulu lagi) untuk kita melaungkan satu lagi slogan - "Ramadhan Bulan Dakwah" - agar kita dapat gunakan kesempatan bulan Ramadhan untuk mendidik masyarakat supaya menjadi seorang yang puasa dengan sebenar-benar puasa.
Sama-sama kita fikirkan dan bertindak !
p/s: nak tengok suasana seperti di atas, korang pi la kat mana-mana bazaar Ramadhan yang dekat dengan rumah korang. Sure korang akan jumpa nanti. Silap haribulan, pahala korang dapat, dosa pun dapat !
27 August 2008
Alhamdulillah, bulan yang dinanti-nanti kini hampir tiba. Bulan yang cukup mulia, yang hebat ganjarannya, yang mana rahmat Allah melimpah ke seluruh alam semesta kerana kehadirannya.Di dalam debaran menanti ketibaan bulan Ramadhan yang mulia ini, sudah semestinya antara kita yang akan bersiap sedia menyambutnya. Oleh yang demikian dapatlah kiranya saya meletakkan beberapa perkara yang perlu kita ambil perhatian, antaranya:
1- Bersiap sedia fizikal, mental dan perasaan
Fizikal - kerana tubuh badan kita akan diuji sejauh mana kemampuan dan tahap kesihatan tubuh badan kita untuk meneruskan kehidupan seharian tanpa makan dan minum melainkan sesudah masuk waktu.
Mental - menetapkan apa target, matlamat yang hendak kita capai sepanjang bulan Ramadhan nanti. Menjadikan keutamaan fokus kita pada kehadiran Ramadhan, bukan yang lain (cth: Hari Merdekan, politik dll). Membetulkan tanggapan yang salah tentang Ramadhan serta tujuan sebenar kewajiban puasa yang telah ditetapkan oleh Allah.
Perasaan - menimbulkan dalam hati rasa keterikatan dengan Allah, bahawa Dia la tuhan, tuhan yang menciptakan seluruh alam ini. Menimbulkan rasa keseronokan dan kegembiraan dengan kehadiran Ramadhan, dengan sebab kebaikan yang terdapat di dalamnya serta peluang-peluang yang terbukan luas untuk merebut rahmat Allah swt.
2- Muhasabah diri
Hitung kembali segala amalan yang telah kita lakukan setahun yang lalu. Apakah benar kita telah memanfaatkan Ramadhan yang lalu? Apakah cukup segala amalan yang kita telah lakukan? Patutkan kita menjadikan Ramadhan kali ini sebagai tempat untuk mensucikan diri dari segala dosa, mempersiapkan diri dengan bekalan di akhirat, sedang kita sebelum ini, leka dibuai dengan nikmat dunia selama mana usia kita? Adakah diri kita makin meningkat atau sebaliknya? Fikir-fikirkan...
3- Peranan dan tanggungjawab
Periksa kembali, apakah peranan dan tanggungjawab kita dihadapan Allah swt. Adakah kita sebagai melayu? malaysian? lelaki/perempuan? pelajar? pemimpin? atau kita sebagai seorang Muslim yang muslim? Kalau sebelum ini kita tidak melaksanakan tugas kita yang 'sepatutnya', maka jadikan Ramadhan akan datang ini sebagai medan untuk laksanakannya sebagai permulaan untuk masa-masa yang seterusnya.
4- Hubungan sesama manusia
Antara bentuk hubungan yang perlu kita beri perhatian : mohon maaf jika kita berbuat salah pada orang lain, dan memaafkan jika orang berbuat salah pada kita, tunaikan hak orang lain ke atas diri kita dalam segenap sudut yang bertetapan dengan Islam(sesungguhnya dalam diri kita ada hak orang lain yang kita perlu tunaikan), mengajak orang lain agar bersama-sama merebut ganjaran pahala di bulan Ramadhan (bukan setakat pada ibadah, tetapi juga ganjaran mengajak orang lain agar memahami agama).
5- Tindak tanduk dan tingkah laku
Jadikan semua perkara yang kita ingin lakukan di dalam bulan Ramadhan ada padanya nilai-nilai yang boleh memberikan pahala kepada kita. Ganjaran Allah tidak hanya ada pada ibadah khusus sahaja, tetapi juga ada pada riadhah kita, makan minum kita, bersembang, berkerja, berehat hatta masuk ke dalam bilik air sekali pun. Jadi rebutlah peluang yang terbuka luas ini.
Wallahuallam
22 August 2008
Kecewa Ku Kecewa
Sekali lagi aku berasa tak puas hati dengan penyampaian khutbah jumaat di masjid tempat kawasan aku. Kalau sebelum ni, aku tak puas hati sebab cara penyampaian khutbah oleh khatib tidak langsung dapat attrack orang untuk beri perhatian, sedangkan tajuk khutbah waktu cukup menarik dan sewajarnya disampaikan dengan baik. Tapi yang berlaku adalah sebaliknya.Begitu juga dengan khutbah jumaat kali ni (22/8/2008). Kali ni khatib menyampaikan khutbah berkenaan dengan isu Palestin, memperingati kali ke ..... (tak ingat) pembakaran Masjid al-Aqsa oleh Yahudi Laknatullah pada 1969. Satu topik yang menarik dan jarang untuk disampaikan di dalam khutbah jumaat. Tapi kecewa sungguh, apabila khutbah yang disampaikan tidak mampu untk menarik perhatian jamaah, apatah lagi untuk MENGEJUTKAN MEREKA DARI TIDUR YANG LENA ketika khutbah sedang berlangsung. Bukan untuk memperkecilkan sang khatib, bahkan beliau seorang yang baik suaranya, bacaan al-quran nya, tetapi style dan cara serta pengolahan isu terlalu mengikut arus semasa dan terlalu terikat dengan teks khutbah. Kenapa tidak kalau si khatib boleh meninggikan suaranya sedikit, tanda kepentingan tajuk yang disampaikan. Kenapa tidak kalau si khatib boleh menyindir dan menempelak umat islam hari ini (terutama yang lena tidur di dalam masjid) yang masih lena dengan kesenangan tanpa ada usaha (setakat rasa simpati, baik tak payah) untuk mengajak manusia untuk memahami agama seterus bangkit untuk memperjuangkan hak umat islam di Palestin. Kenapa tidak boleh? KENAPA???
Kalau lah si khatib tidak mampu untuk menarik perhatian jamaah sedemikian rupa, sekurang-kurangnya dia patut mampu untuk 'mengejutkan orang yang sedang lena tidur' ketika dia menyampaikan khutbahnya.
Sekali lagi aku kecewa n frust melihat orang Islam pada hari ni.....
20 August 2008
30 July 2008
Generasi Harapan
Di mana dicari pemuda Kahfi
Terasing demi kebenaran hakiki
Di mana jiwa pasukan Badar berani
Menoreh nama mulia perkasa abadi
Umat melolong di gelap kelam
Tiada pelita penyinar terang
Penunjuk jalan kini membungkam
Lalu kapankah fajar kan datang
Mengapa kau patahkan pedangmu
Hingga musuh mampu membobol bentengmu
Menjarah menindas dan menyiksa
Dan kita hanya diam sekadar terpana
Bangkitkan negri lahirkan generasi
Pemuda harapan tumbangkan kezaliman
Wajah dunia Islam kini memburam
Cerahkan dengan darahmu
Panji Islam telah lama terkulai
Menanti bangkit kepalmu
Kenangan KONSIS 2008
Masjid KLIA
Terasing demi kebenaran hakiki
Di mana jiwa pasukan Badar berani
Menoreh nama mulia perkasa abadi
Umat melolong di gelap kelam
Tiada pelita penyinar terang
Penunjuk jalan kini membungkam
Lalu kapankah fajar kan datang
Mengapa kau patahkan pedangmu
Hingga musuh mampu membobol bentengmu
Menjarah menindas dan menyiksa
Dan kita hanya diam sekadar terpana
Bangkitkan negri lahirkan generasi
Pemuda harapan tumbangkan kezaliman
Wajah dunia Islam kini memburam
Cerahkan dengan darahmu
Panji Islam telah lama terkulai
Menanti bangkit kepalmu
Kenangan KONSIS 2008
Masjid KLIA
22 July 2008
Allah Maha Kaya
Benarlah apa kata orang, kita takkan rasa apa yang ayah dan ibu kita rasa sewaktu menjaga kita melainkan jika kita berada di tempat mereka. Dan itulah apa yang aku rasakan sekarang. Pengalaman menjaga dan membesarkan Nu'man sehingga kini mengingatkan aku betapa susah payah dan pengorbanan mereka menjaga kita sewaktu kecil. Tetapi malangnya, ramai di kalangan mereka yang di luar sana tidak merasakan apa yang sepatutnya. Mereka buat sesuka hati mereka tanpa memikirkan kesannya pada kedua ibubapa mereka. Dua jalan yang Allah berikan pada mereka (90:10, 91:8) , mereka pilih yang tidak sepatutnya. Akhirnya, akibat perbuatan mereka turut sama memberi kesan pada kedua ibubapa mereka. Jadi pada mereka yang telah berkeluarga, bahkan yang belum juga, fikir-fikirkanlah dari sekarang tentang diri kita sebelum terlambat.
13 July 2008
Best Collection of Nasyeed (Arabic)
Assalamualaikum
Pada sesiapa yang inginkan koleksi nasyeed terbaik (personally) ni, sila klik di sini
Pada sesiapa yang inginkan koleksi nasyeed terbaik (personally) ni, sila klik di sini
05 July 2008
Assalamulaikum...
PELUANG MENGIKUTI KELAS PERSENDIRIAN BAGI SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)
MELALUI
INSTITUT PENGAJIAN TINGGI ISLAM DAN BAHASA ARAB (INTISAR)
CAWANGAN KAJANG
PERMOHONAN DI BUKA SEKARANG
PENGAJIAN BERMULA PADA OKTOBER 2008
PENEKANAN TERHADAP PENGUASAAN BAHASA ARAB DI SAMPING PROGRAM-PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN
PENGINAPAN DI SEDIAKAN
TEMPAT TERHAD, SILA BUAT PERMOHONAN SEGERA
MAKLUMAT LANJUT SILA KLIK DI SINI
PELUANG MENGIKUTI KELAS PERSENDIRIAN BAGI SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)
MELALUI
INSTITUT PENGAJIAN TINGGI ISLAM DAN BAHASA ARAB (INTISAR)
CAWANGAN KAJANG
PERMOHONAN DI BUKA SEKARANG
PENGAJIAN BERMULA PADA OKTOBER 2008
PENEKANAN TERHADAP PENGUASAAN BAHASA ARAB DI SAMPING PROGRAM-PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN
PENGINAPAN DI SEDIAKAN
TEMPAT TERHAD, SILA BUAT PERMOHONAN SEGERA
MAKLUMAT LANJUT SILA KLIK DI SINI
09 June 2008
Harga minyak naik
Pening juga kepala bila memikirkan tentang kenaikan harga minyak ni. Kalau sebelum ni, kenaikan yang tidak terlalu mendadak dikira masih lagi boleh diterima dengan 'amat tabah'. Tapi kali ni, kenaikan yang dianggap terlalu mendadak dan mengejut, membuatkan semua berasa terlalu berat untuk diterima. Walaupun ada pihak yang cuba untuk menyatakan rasional kenaikan ni, tidak kurang juga pihak yang membantahnya serta membawa hujah-hujah mereka mengapa kenaikan petrol ni cukup membebankan. Kalau sebelum ini, aku dapat terima kenaikan harga minyak dengan 'amat tabah', tapi kenaikan kali benar-benar membuatkan aku berfikir dengan 'amat panjang dan mendalam' dalam setiap tindakan yang hendak dilakukan yang melibatkan hal-hal berkaitan dengan minyak ni.Malas nak cerita panjang, lihat sendiri graf kenaikan harga minyak di atas !
02 June 2008
Website Jaipetra
Tak sangka laman ni still ada dan boleh diakses. Serba sedikit dapat mengimbas kenangan lalu sewaktu di Jaipetra.
Kolej Jaipetra
Kolej Jaipetra
08 May 2008
06 May 2008
Yang Mana Satu?
Kalau anda diberi pilihan:
"Sumayyah" atau "Imam al-Shafie"
yang mana satu yang akan anda pilih? Dan apa alasan di atas pemilihan anda tersebut?
ISK = Ikut Suka Kau lah! (bak kata sis. Maryam)
"Sumayyah" atau "Imam al-Shafie"
yang mana satu yang akan anda pilih? Dan apa alasan di atas pemilihan anda tersebut?
ISK = Ikut Suka Kau lah! (bak kata sis. Maryam)
30 April 2008
Alif Mim Nun Wau, Sarkas
Baru perasan. Sudin kata: "alif mim nun wau, kalau tendang wau, sarkis". Lagi bagus kalau Sudin kata: "alif mim nun wau, kalau tendang semua, ...." tak tau jadi apa.
27 April 2008
Kitaran apa?
Tadi baru lepas ikuti modul untuk student INTISAR. Walaupun dikhususkan untuk diorang, tapi aku pun dapat gak faedahnya.
Satu yang menarik dalam modul tu, apa ada satu istilah yang aku nak kongsi dengan korang semua.
' KITARAN BODOH '
Aku rasa, korang semua - termasuk la aku - sedang berada di dalam satu kitaran bodoh dalam kehidupan kita. Hanya mereka yang faham je yang dapat keluar dari kitaran bodoh ni. Insya allah aku harap, sapa2 yang pernah dengar kitaran bodoh ni, cepat-cepat la keluar. Semoga kita sama-sama dapat keluar dari kitaran bodoh yang sedang melanda kebanyakan umat Islam pada hari ni.
Wallahualam
- sorry, bahasa kasar sikit :)
- sapa yang tak tau kitaran ni, cari le sendiri !
Satu yang menarik dalam modul tu, apa ada satu istilah yang aku nak kongsi dengan korang semua.
' KITARAN BODOH '
Aku rasa, korang semua - termasuk la aku - sedang berada di dalam satu kitaran bodoh dalam kehidupan kita. Hanya mereka yang faham je yang dapat keluar dari kitaran bodoh ni. Insya allah aku harap, sapa2 yang pernah dengar kitaran bodoh ni, cepat-cepat la keluar. Semoga kita sama-sama dapat keluar dari kitaran bodoh yang sedang melanda kebanyakan umat Islam pada hari ni.
Wallahualam
- sorry, bahasa kasar sikit :)
- sapa yang tak tau kitaran ni, cari le sendiri !
New posting
Assalamualaikum...
Lama rasanya tidak posting dalam blog ni. Walaupun sejak posting terakhir sehingga pada hari, terlalu banyak perkara yang telah dilalui, tapi entah mengapa semangat dan kerajinan tidak menjelma dalam diri, menyebabkan blog ini terbengkalai hampir sebulan lebih.
Hari ini adalah hari yang cukup penat, tetapi berbaloi. Alhamdulillah, daurah pertama di INTISAR telah berjaya dilaksanakan, walaupun dalam keadaan yang serba sederhana. Komitmen semua pihak terutama peserta dan juga penyampai (thanks a lot bro. Yusuf) amat memuaskan. Diharap dengan modul yang disampaikan dapat mencambah semangat mereka (termasuk diri sendiri) untuk melakukan 'kerja kita' dan tidak sabar untuk menyambung modul yang seterusnya pada masa terdekat nanti. Inilah masanya untuk kita menyelami, mengkaji dan mengambil ikitibar dari Sejarah Kita yang lalu.
Wallahualam
Soalan: Apakah huruf 'bold' yang terdapat di dalam blog ini? Apakah maksudnya?
Lama rasanya tidak posting dalam blog ni. Walaupun sejak posting terakhir sehingga pada hari, terlalu banyak perkara yang telah dilalui, tapi entah mengapa semangat dan kerajinan tidak menjelma dalam diri, menyebabkan blog ini terbengkalai hampir sebulan lebih.
Hari ini adalah hari yang cukup penat, tetapi berbaloi. Alhamdulillah, daurah pertama di INTISAR telah berjaya dilaksanakan, walaupun dalam keadaan yang serba sederhana. Komitmen semua pihak terutama peserta dan juga penyampai (thanks a lot bro. Yusuf) amat memuaskan. Diharap dengan modul yang disampaikan dapat mencambah semangat mereka (termasuk diri sendiri) untuk melakukan 'kerja kita' dan tidak sabar untuk menyambung modul yang seterusnya pada masa terdekat nanti. Inilah masanya untuk kita menyelami, mengkaji dan mengambil ikitibar dari Sejarah Kita yang lalu.
Wallahualam
Soalan: Apakah huruf 'bold' yang terdapat di dalam blog ini? Apakah maksudnya?
25 March 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)