10 September 2008

Puasa Tapi Tidak Puasa (???)

"Puasa, tapi macam tidak puasa", atau "Puasa, tapi tidak puasa". Anda pilihlah salah satu dari kedua-dua frasa berikut, atau anda memilih kedua-duanya sekali, atau anda menolak kedua-duanya. Tapi inilah dia frasa yang saya rasa perlu kita renungkan sedalam-dalamnya di saat kita sedang berada di bulan Ramadhan yang mulia ketika ini.

Saya kira, pasti anda dapat meneka, apa maksud yang cuba saya lontarkan di dalam posting ini.... Ya betul, suasana yang berlaku yang kita dapat lihat dengan mata kepala kita sendiri pada ketika ini. Bagaimana kita boleh melihat pada hari ini, kemungkaran masih lagi berlaku di sekeliling kita dalam kita sedang berpuasa. Bagaimana kita masih boleh melihat, ramai di kalangan wanita muslim yang masih lagi tidak sempurna auratnya, sedang mereka dalam keadaan berpuasa. Bagaimana juga kita boleh melihat, bagaimana kalangan lelaki muslim yang masih lagi boleh untuk bergaul bebas tanpa batasan dengan wanita yang mahram dengannya, sedang mereka dalam keadaan berpuasa. Dan bagaimana kita boleh melihat, bagaimana ramai orang yang masih kekal dalam keadaan mereka sebelum Ramadhan yang penuh dengan perkara lagho, sedang mereka semua itu berada di dalam bulan Ramadhan. Jadi di manakah dia laungan slogan yang menyebut, Ramadhan bulan ibadah, Ramadhan bulan rahmah, Ramadhan bulan kebaikan dan pelbagai lagi slogan, sedang kita beradan dalam suasana sedemikian rupa.

Jadi saya merasakan, sudah tiba masanya (sepatutnya dari dulu lagi) untuk kita melaungkan satu lagi slogan - "Ramadhan Bulan Dakwah" - agar kita dapat gunakan kesempatan bulan Ramadhan untuk mendidik masyarakat supaya menjadi seorang yang puasa dengan sebenar-benar puasa.

Sama-sama kita fikirkan dan bertindak !

p/s: nak tengok suasana seperti di atas, korang pi la kat mana-mana bazaar Ramadhan yang dekat dengan rumah korang. Sure korang akan jumpa nanti. Silap haribulan, pahala korang dapat, dosa pun dapat !

27 August 2008

Alhamdulillah, bulan yang dinanti-nanti kini hampir tiba. Bulan yang cukup mulia, yang hebat ganjarannya, yang mana rahmat Allah melimpah ke seluruh alam semesta kerana kehadirannya.

Di dalam debaran menanti ketibaan bulan Ramadhan yang mulia ini, sudah semestinya antara kita yang akan bersiap sedia menyambutnya. Oleh yang demikian dapatlah kiranya saya meletakkan beberapa perkara yang perlu kita ambil perhatian, antaranya:

1- Bersiap sedia fizikal, mental dan perasaan

Fizikal - kerana tubuh badan kita akan diuji sejauh mana kemampuan dan tahap kesihatan tubuh badan kita untuk meneruskan kehidupan seharian tanpa makan dan minum melainkan sesudah masuk waktu.

Mental - menetapkan apa target, matlamat yang hendak kita capai sepanjang bulan Ramadhan nanti. Menjadikan keutamaan fokus kita pada kehadiran Ramadhan, bukan yang lain (cth: Hari Merdekan, politik dll). Membetulkan tanggapan yang salah tentang Ramadhan serta tujuan sebenar kewajiban puasa yang telah ditetapkan oleh Allah.

Perasaan - menimbulkan dalam hati rasa keterikatan dengan Allah, bahawa Dia la tuhan, tuhan yang menciptakan seluruh alam ini. Menimbulkan rasa keseronokan dan kegembiraan dengan kehadiran Ramadhan, dengan sebab kebaikan yang terdapat di dalamnya serta peluang-peluang yang terbukan luas untuk merebut rahmat Allah swt.

2- Muhasabah diri

Hitung kembali segala amalan yang telah kita lakukan setahun yang lalu. Apakah benar kita telah memanfaatkan Ramadhan yang lalu? Apakah cukup segala amalan yang kita telah lakukan? Patutkan kita menjadikan Ramadhan kali ini sebagai tempat untuk mensucikan diri dari segala dosa, mempersiapkan diri dengan bekalan di akhirat, sedang kita sebelum ini, leka dibuai dengan nikmat dunia selama mana usia kita? Adakah diri kita makin meningkat atau sebaliknya? Fikir-fikirkan...

3- Peranan dan tanggungjawab

Periksa kembali, apakah peranan dan tanggungjawab kita dihadapan Allah swt. Adakah kita sebagai melayu? malaysian? lelaki/perempuan? pelajar? pemimpin? atau kita sebagai seorang Muslim yang muslim? Kalau sebelum ini kita tidak melaksanakan tugas kita yang 'sepatutnya', maka jadikan Ramadhan akan datang ini sebagai medan untuk laksanakannya sebagai permulaan untuk masa-masa yang seterusnya.

4- Hubungan sesama manusia

Antara bentuk hubungan yang perlu kita beri perhatian : mohon maaf jika kita berbuat salah pada orang lain, dan memaafkan jika orang berbuat salah pada kita, tunaikan hak orang lain ke atas diri kita dalam segenap sudut yang bertetapan dengan Islam(sesungguhnya dalam diri kita ada hak orang lain yang kita perlu tunaikan), mengajak orang lain agar bersama-sama merebut ganjaran pahala di bulan Ramadhan (bukan setakat pada ibadah, tetapi juga ganjaran mengajak orang lain agar memahami agama).

5- Tindak tanduk dan tingkah laku

Jadikan semua perkara yang kita ingin lakukan di dalam bulan Ramadhan ada padanya nilai-nilai yang boleh memberikan pahala kepada kita. Ganjaran Allah tidak hanya ada pada ibadah khusus sahaja, tetapi juga ada pada riadhah kita, makan minum kita, bersembang, berkerja, berehat hatta masuk ke dalam bilik air sekali pun. Jadi rebutlah peluang yang terbuka luas ini.

Wallahuallam

22 August 2008

Kecewa Ku Kecewa

Sekali lagi aku berasa tak puas hati dengan penyampaian khutbah jumaat di masjid tempat kawasan aku. Kalau sebelum ni, aku tak puas hati sebab cara penyampaian khutbah oleh khatib tidak langsung dapat attrack orang untuk beri perhatian, sedangkan tajuk khutbah waktu cukup menarik dan sewajarnya disampaikan dengan baik. Tapi yang berlaku adalah sebaliknya.

Begitu juga dengan khutbah jumaat kali ni (22/8/2008). Kali ni khatib menyampaikan khutbah berkenaan dengan isu Palestin, memperingati kali ke ..... (tak ingat) pembakaran Masjid al-Aqsa oleh Yahudi Laknatullah pada 1969. Satu topik yang menarik dan jarang untuk disampaikan di dalam khutbah jumaat. Tapi kecewa sungguh, apabila khutbah yang disampaikan tidak mampu untk menarik perhatian jamaah, apatah lagi untuk MENGEJUTKAN MEREKA DARI TIDUR YANG LENA ketika khutbah sedang berlangsung. Bukan untuk memperkecilkan sang khatib, bahkan beliau seorang yang baik suaranya, bacaan al-quran nya, tetapi style dan cara serta pengolahan isu terlalu mengikut arus semasa dan terlalu terikat dengan teks khutbah. Kenapa tidak kalau si khatib boleh meninggikan suaranya sedikit, tanda kepentingan tajuk yang disampaikan. Kenapa tidak kalau si khatib boleh menyindir dan menempelak umat islam hari ini (terutama yang lena tidur di dalam masjid) yang masih lena dengan kesenangan tanpa ada usaha (setakat rasa simpati, baik tak payah) untuk mengajak manusia untuk memahami agama seterus bangkit untuk memperjuangkan hak umat islam di Palestin. Kenapa tidak boleh? KENAPA???

Kalau lah si khatib tidak mampu untuk menarik perhatian jamaah sedemikian rupa, sekurang-kurangnya dia patut mampu untuk 'mengejutkan orang yang sedang lena tidur' ketika dia menyampaikan khutbahnya.

Sekali lagi aku kecewa n frust melihat orang Islam pada hari ni.....

20 August 2008

30 July 2008

Generasi Harapan

Di mana dicari pemuda Kahfi
Terasing demi kebenaran hakiki
Di mana jiwa pasukan Badar berani
Menoreh nama mulia perkasa abadi

Umat melolong di gelap kelam
Tiada pelita penyinar terang
Penunjuk jalan kini membungkam
Lalu kapankah fajar kan datang

Mengapa kau patahkan pedangmu
Hingga musuh mampu membobol bentengmu
Menjarah menindas dan menyiksa
Dan kita hanya diam sekadar terpana

Bangkitkan negri lahirkan generasi
Pemuda harapan tumbangkan kezaliman

Wajah dunia Islam kini memburam
Cerahkan dengan darahmu
Panji Islam telah lama terkulai
Menanti bangkit kepalmu


Kenangan KONSIS 2008
Masjid KLIA

22 July 2008

Allah Maha Kaya

Benarlah apa kata orang, kita takkan rasa apa yang ayah dan ibu kita rasa sewaktu menjaga kita melainkan jika kita berada di tempat mereka. Dan itulah apa yang aku rasakan sekarang. Pengalaman menjaga dan membesarkan Nu'man sehingga kini mengingatkan aku betapa susah payah dan pengorbanan mereka menjaga kita sewaktu kecil. Tetapi malangnya, ramai di kalangan mereka yang di luar sana tidak merasakan apa yang sepatutnya. Mereka buat sesuka hati mereka tanpa memikirkan kesannya pada kedua ibubapa mereka. Dua jalan yang Allah berikan pada mereka (90:10, 91:8) , mereka pilih yang tidak sepatutnya. Akhirnya, akibat perbuatan mereka turut sama memberi kesan pada kedua ibubapa mereka. Jadi pada mereka yang telah berkeluarga, bahkan yang belum juga, fikir-fikirkanlah dari sekarang tentang diri kita sebelum terlambat.

:: Nu'man sudah 4 bulan 10 hari

13 July 2008

Best Collection of Nasyeed (Arabic)

Assalamualaikum

Pada sesiapa yang inginkan koleksi nasyeed terbaik (personally) ni, sila klik di sini

05 July 2008

Assalamulaikum...

PELUANG MENGIKUTI KELAS PERSENDIRIAN BAGI SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

MELALUI

INSTITUT PENGAJIAN TINGGI ISLAM DAN BAHASA ARAB (INTISAR)
CAWANGAN KAJANG



PERMOHONAN DI BUKA SEKARANG
PENGAJIAN BERMULA PADA OKTOBER 2008



PENEKANAN TERHADAP PENGUASAAN BAHASA ARAB DI SAMPING PROGRAM-PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN

PENGINAPAN DI SEDIAKAN

TEMPAT TERHAD, SILA BUAT PERMOHONAN SEGERA


MAKLUMAT LANJUT SILA KLIK DI SINI

09 June 2008

Harga minyak naik

Pening juga kepala bila memikirkan tentang kenaikan harga minyak ni. Kalau sebelum ni, kenaikan yang tidak terlalu mendadak dikira masih lagi boleh diterima dengan 'amat tabah'. Tapi kali ni, kenaikan yang dianggap terlalu mendadak dan mengejut, membuatkan semua berasa terlalu berat untuk diterima. Walaupun ada pihak yang cuba untuk menyatakan rasional kenaikan ni, tidak kurang juga pihak yang membantahnya serta membawa hujah-hujah mereka mengapa kenaikan petrol ni cukup membebankan. Kalau sebelum ini, aku dapat terima kenaikan harga minyak dengan 'amat tabah', tapi kenaikan kali benar-benar membuatkan aku berfikir dengan 'amat panjang dan mendalam' dalam setiap tindakan yang hendak dilakukan yang melibatkan hal-hal berkaitan dengan minyak ni.

Malas nak cerita panjang, lihat sendiri graf kenaikan harga minyak di atas !

02 June 2008

Website Jaipetra

Tak sangka laman ni still ada dan boleh diakses. Serba sedikit dapat mengimbas kenangan lalu sewaktu di Jaipetra.

Kolej Jaipetra

08 May 2008

Falafel

Ni adalah kali ke 4 aku buat falafel ni. Walaupun rupa bentuk tak macam di Jordan, tapi kira boleh la. Rasa pun hampir-hampir nak sama. Sekarang ni dalam proses penambahbaikan.

06 May 2008

Yang Mana Satu?

Kalau anda diberi pilihan:

"Sumayyah" atau "Imam al-Shafie"

yang mana satu yang akan anda pilih? Dan apa alasan di atas pemilihan anda tersebut?




ISK = Ikut Suka Kau lah! (bak kata sis. Maryam)

30 April 2008

Alif Mim Nun Wau, Sarkas

Baru perasan. Sudin kata: "alif mim nun wau, kalau tendang wau, sarkis". Lagi bagus kalau Sudin kata: "alif mim nun wau, kalau tendang semua, ...." tak tau jadi apa.

27 April 2008

Kitaran apa?

Tadi baru lepas ikuti modul untuk student INTISAR. Walaupun dikhususkan untuk diorang, tapi aku pun dapat gak faedahnya.

Satu yang menarik dalam modul tu, apa ada satu istilah yang aku nak kongsi dengan korang semua.

' KITARAN BODOH '

Aku rasa, korang semua - termasuk la aku - sedang berada di dalam satu kitaran bodoh dalam kehidupan kita. Hanya mereka yang faham je yang dapat keluar dari kitaran bodoh ni. Insya allah aku harap, sapa2 yang pernah dengar kitaran bodoh ni, cepat-cepat la keluar. Semoga kita sama-sama dapat keluar dari kitaran bodoh yang sedang melanda kebanyakan umat Islam pada hari ni.

Wallahualam

- sorry, bahasa kasar sikit :)
- sapa yang tak tau kitaran ni, cari le sendiri !

New posting

Assalamualaikum...

Lama rasanya tidak posting dalam blog ni. Walaupun sejak posting terakhir sehingga pada hari, terlalu banyak perkara yang telah dilalui, tapi entah mengapa semangat dan kerajinan tidak menjelma dalam diri, menyebabkan blog ini terbengkalai hampir sebulan lebih.

Hari ini adalah hari yang cukup penat, tetapi berbaloi. Alhamdulillah, daurah pertama di INTISAR telah berjaya dilaksanakan, walaupun dalam keadaan yang serba sederhana. Komitmen semua pihak terutama peserta dan juga penyampai (thanks a lot bro. Yusuf) amat memuaskan. Diharap dengan modul yang disampaikan dapat mencambah semangat mereka (termasuk diri sendiri) untuk melakukan 'kerja kita' dan tidak sabar untuk menyambung modul yang seterusnya pada masa terdekat nanti. Inilah masanya untuk kita menyelami, mengkaji dan mengambil ikitibar dari Sejarah Kita yang lalu.

Wallahualam

Soalan: Apakah huruf 'bold' yang terdapat di dalam blog ini? Apakah maksudnya?

25 March 2008

Lagi gambar Nu'man

Bersama Opah dan Tokwan

Baru sembuh dari jaundis

13 hari. Cukur rambut di Perak

Abu dan Ummu Nu'man

10 March 2008

Another milestone in my life!

Sekali lagi aku bakal menempuh satu lagi batu tanda dalam kehidupan aku. Satu pengalaman yang terlalu jarang sangat bermain dalam kepala, tapi kini hanya tinggal beberapa hari lagi aku bakal melalui pengalaman tersebut. Insya allah, pada hari Rabu ini (12 Mac 2008) bakal menyaksikan seorang lagi mujahid al-daiah akan lahir di muka bumi, akan memulakan perjalanannya sebagai seorang manusia, yang bakal akan mengenali Tuhannya, memahami agamanya, serta akan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang manusia. Dan aku bersama zaujah tercinta akan memulakan tugas baru untuk mewarnakannya cocok dengan kehendak agama. Doakan kami agar kami diberi kekuatan untuk melakukkannya dan tetap thabat di dalam jalan yang dilalui agar anugerah Allah ini tidak akan menjadi penghalang dan fitnah, bahkan akan menjadi pendorong dan saham untuk di akhirat kelak.

Aminn...!

PRU 12 2008

Alhamdulillah, proses Pilihanraya Umum kali ke 12 tahun 2008 selesailah sudah. Dan aku sendiri akhirnya diberi peluang untuk membuang undi buat kali pertama setelah terlepas untuk menunaikan tanggungjawab tersebut pada pilihanraya yang lalu (2004) kerana berada di Jordan. Dan menjadi satu pengalaman baru buat aku, dalam keadaan pertama kali mengundi dan juga pertama kali merasakan kemenangan bagi pihak yang aku undi. Terasa cukup puas hati dan berbaloi dengan masa yang aku luangkan untuk pergi membuang undi. CUKUP BERBALOI & BERPUAS HATI. Harapnya, pihak yang menang di Parlimen Titiwangsa dapat menunaikan amanah serta menjalakan tanggungjawab dengan sebaiknya.

p/s kecewa sebab takde kamera. Kalau ada, boleh post dalam blog ni beberapa keping gambar sekitar suasana pilihanraya kat kawasan aku huhuhu. Tapi yg bestnya, waktu buang undi hari tu, siap boleh nampak lagi undi orang lain kat dalam peti undi. BULAN beb...!

01 March 2008

NOOB Killer

Alhamdulillah, masalah virus yang melanda pc aku baru ni dah pun selesai. Setalah mencari-cari dalam internet tentanga macamana nak solve masalah virus ni (sila rujuk posting sebelum ni) akhirnya terjumpa juga. Sebenarnya banyak caranya, tapi aku pilih yang mudah, dengan memuat turun satu program antivirus bernama NOOB Killer. Origin kepada program ni adalah dari Filipina. So lepas sahaja aku install dan execute program ni, akhirnya semua virus tadi telah dinyahkan dari pc aku. Tiada lagi virus tu. So lepas ni, aku kena lebih waspada bila nak insert mana-mana pendrive kat pc aku. Nanti tak pasal-pasal kena virus sekali lagi.