1- Pensil digunakan di dalam kawasannya, serta bergerak mengikut kepada tangan yang menggerakkannya. Selagi mana pensil itu digerakkan di dalam kawasan yang berpermukaan kasar, maka pensil tersebut akan dapat mencoretkan sesuatu yang bermanfaat. Dan begitu juga pensil akan selama-lamanya patuh tangan manusia yang menggerakkannya. Jika tiada sesuatu yang mengerakkannya, maka sia-sialah pensil dinamakan pensil.
>> Hidup sebagai seorang dai'e mestilah mengetahui medan-medan yang dia patut berada di dalamnya, dalam keadaan mematuhi segala arahan yang diberikan. Jika seorang dai'e itu berada di dalam medan yang tidak sesuai dengan diri dan kemampuannya, maka dibimbangi beliau akan membazirkan masa tenaganya sahaja. Begitu juga, jika seseorang itu berasakan bahawa diri adalah seorang dai'e, maka dia seharus bergerak dalam keadaan ada individu-individu yang boleh memantau, memberi arahan untuk melakukan sesuatu dan yang boleh memberi peringatan sekiranya dia leka dan hanyut dalam kehidupannya. Inilah dia fitrah dalam medan amal dakwah. Dan inilah juga yang telah ditunjukkan oleh Baginda junjungan Rasulullah sallallahualaihiwasalam kepada sahabat-sahabat Baginda ridwanulullah alaihim.
2- Bagi sebatang pensil berfungsi dengan baik untuk mencoretkan sesuatu yang berfaedah, maka pensil tersebut terpaksa ditekan di atas suatu permukaan yang kasar, digerak-gerakkan sehingga kelihatan kesan coretan pada permukaan tersebut.
>> Begitulah juga keadaan seorang dai'e dalam konteks untuk menyebar kebaikan, maka beliau mestilah berhadapan dengan kesulitan dan kepayahan. Tidak ada sesuatu pun di atas dunia yang diberikan secara percuma. Perlu ada 'give and take'. Tidak semua 'take' itu adalah perkara yang baik, tapi kadangkala ianya adalah sesuatu yang menyakitkan. Dan di dalam proses menyebarkan kebaikan itu, keadaan sebegini harus dihadapi oleh setiap 'amilun yang bekerja di dalan dakwah.
3- Pensil yang boleh dipadam sekiranya terdapat coretan yang salah atau yang tidak dikehendaki.
>> Seorang dai'e mesti bersikap terbuka dalam memperbaiki diri dari sebarang kesalahan yang telah dilakukan. Tiada seorang manusia pun yang terlepas dari sebarang kesalahan melainkan para nabi dan rasul yang ma'sum. Bahkan dengan sikap terbuka dan boleh berlapang dada apabila ditegur, maka itu antara kunci kepada kejayaan seorang rijal dalam melakukan kerjanya.
4- Karbon pensil yang berkualiti pasti akan menghasilkan mutu tulisan yang jelas dan terang sehingga mudah untuk dibaca.
>> Antara faktor kejayaan amal seorang rijal itu adalah melihat kepada kekuatan dalamannya. Kekuatan yang dimaksudkan di sini adalah kekuatan dari sudut rohaniahnya dan keimanannya. Kekuatan dari sudut hubungannya dengan Allah. Kekuatan dari sudut melawan hawa nafsunya. Kekuatan dari sudut mentajaruddkan dirinya dari segala bentuk yang tidak haq (al-Muntalaq). Oleh yang demikian, dalam pada seorang rijal itu hendak melakukan tugas dan kerjanya, maka perlu diseiringkan juga dengan tarbiah zatiah ruhaniyyah agar dia dapat menempuh segala cabaran yang mendatang.
>> Antara faktor kejayaan amal seorang rijal itu adalah melihat kepada kekuatan dalamannya. Kekuatan yang dimaksudkan di sini adalah kekuatan dari sudut rohaniahnya dan keimanannya. Kekuatan dari sudut hubungannya dengan Allah. Kekuatan dari sudut melawan hawa nafsunya. Kekuatan dari sudut mentajaruddkan dirinya dari segala bentuk yang tidak haq (al-Muntalaq). Oleh yang demikian, dalam pada seorang rijal itu hendak melakukan tugas dan kerjanya, maka perlu diseiringkan juga dengan tarbiah zatiah ruhaniyyah agar dia dapat menempuh segala cabaran yang mendatang.
5- Pensil yang sentiasa boleh digunakan untuk menulis. Tidak dinamakan pensil jika ianya bukan tujuan untuk menulis.
>> Dai'e dalam kontek hendak menyampaikan dakwah, perlu melakukannya secara berterusan. Dai'e yang ingin berdakwah, tetapi tidak melakukannya, tidak sepatutnya dipanggil dai'e. Kerja dakwah adalah kerja yang berterusan. Tidak ada penghujung bagi kerja dakwah ini bagi seorang rijal kecuali setelah mati.
3 comments:
Akan ada ketika, mata pensel akan tumpul, hingga tidak mampu mencoret apa2 di atas kertas..
Di kala ini diperlukan ikhwah yang akan menajamkan matanya, membuang kayu-kayu yang melekat di sekitar mata tumpulnya itu... Hingga ia boelh kembali beramal...
Begitu juga ana. Ana perlukan nta akhi... Semoga ukhuwwah kita kekal selamanya di atas jalan dakwah ini.
sama la kita
Ini benar-benar menarik. Aku suka membacanya
Post a Comment