15 September 2008

Ujian Ramadhan

Orang ramai berkata, bulan ramadhan ni adalah bulan ujian. Tapi ujian yang macamana? Ujian untuk tidak makan dan minum sahaja di siang hari? Atau ujian mengekang hawa nafsu amarah dan lawwamah dari bermaharajalela dan menguasai diri? Ujian mata dari melihat perkara munkar? Ujian telinga dari mendengar perkara munkar? Ujian mulut dari berkata perkara munkar? Ujian kaki dari melangkah ke tempat yang munkar? Ujian tangan dari melalukan sesuatu yang mungkar? Ujian fikiran dari memikir sesuatu yang tidak selaras dengan agama? Atau ujian yang bagaimana?

Jawapannya, anda sendiri yang tentukan. Andai anda rasa teruji dengan suatu perkara, maka benarlah anda sedang berada di dalam ujian. Jika tidak, maka periksa diri anda...

Bagi saya.... 14/9/2008 adalah hari yang benar-benar menguji saya. Ujian yang menimpa atas seluruh batang tubuh saya, fizikal, mental dan perasaan. Dalam keadaan saya dan keluarga bersama rakan-rakan yang lain sedang tenang dan gembira berada bersama di majlis berbuka, secara tiba-tiba sahaja keadaan tadi berubah apabila Allah memberi saya satu ujian yang saya tidak pernah alamai sebelum ini.

Umpama 360 darjah, bertukar suasana saya sebelum dan selepas berbuka puasa. Maha suci Allah, begitulah keadaannya jika Allah ingin menguji kita. Tanpa kita sangka, maka ujian berlaku pada kita dalam sekelip mata.

Ada antara kita yang gagal dalam menangani ujian tersebut. Akibatnya, kita terperangkap dalam dosa akibat kegagalan kita tersebut, dapat "dosa free". Fikiran - pelbagai andaian negatif dan syak wasangka kita pada orang lain serta keluarnya andaian-andaian "kalau", mulut - bermacam bahasa yang kurang elok keluar dari mulut kita, tangan - menjadi ringan untuk digerakkan bagi melepaskan amarah, begitu juga kaki.

Jadi saya bagaimana? Alhamdulillah, dalam hati saya, doa mohon diberi kekuatan tak pernah lepas saya harapkan. Doa memohon diberi kekuatan kesabaran, kekuatan fikiran agar sentiasa positif, kekuatan hati agar tetap tenang, kekuatan-kekuatan luaran agar orang lain memahami dan dapat membantu.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Satu-satu perkara dapat saya selesaikan. Alhamdulillah juga, ujian yang Allah berikan ini berlaku di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Harapan saya, agar ujian yang menimpa saya, dapat memberikan extra pahala buat saya, isteri saya, dan sahabat-sahabat sayan yang sudi membantu saya pada waktu tersebut.

Alhamdulillah....

1 comment:

Abu Khalid said...

Salam

Semoga Ana dapat menjadi setabah nta