23 November 2005

Hujan...

Assalamualaikum....

Pada awal minggu ni, terdetik dalam hati untuk buat posting terbaru berkenaan situasi di Kelantan sekarang ni, terutama di KB.

Pertama berkenaan dengan suasana pilihanraya kecil Pengkalan Pasi, Pasir Mas yang tengah panas sekarang ni. Bagi mereka yang berada di luar Kelantan, mungkin mendapat perkembangan terkini melalui media massa sahaja. Tapi bagi yang berada di Kelantan, agak berbeza dari apa yang dipaparkan. Aku taknak komen banyak pasal perkara ni, cuma yang aku boleh kata, pihak 'sebelah' sana hampir memenangi perang psikologi ke atas masyarakat sekarang walaupun yang sebenarnya, situasi di Pengkalan Pasir berbeza dengan apa yang disiarkan oleh media massa. Jadi....bagi kita yang sudah matang dalam berpolitik ni, kena menilai serta melihat perkembangan yang berlaku dari kedua-dua belah pihak. Kalau hanya sebelah pihak, aku rasa kita belum matang lagi dalam berpolitik.

Hmmm...itu tentang pilihanraya. Dan fokus sebenar aku nak post kali adalah berkenaan keadaan cuaca yang melanda di persekitaran negeri-negeri Pantai Timur, terutama Kelantan. Seingat aku, KB mula terima hujan yang agak kerap pada seminggu yang lepas lagi. Cumanya ada diselang seli dengan ketiadaan hujan. Pada pada minggu ni, setiap hari akan hujan. Pada awalnya dijangka hujan akan turun selama 4 hari berturut-turut, tapi la ni dah lebih 4 hari. Alhamdulillah hujan yang turun setakat ni tak selebat mana, cuma ada la beberapa kali yang lebat. Dan perlu diingat, setiap kali tiba musim tengkujuh (macam la ni) perkara yang dibimbangkan adalah banjir. Banjir yang berkemungkinan berlaku pula, tidak dapat dijangka jenisnya; banjir yg kecil ke, atau banjir yang sederhana ke, atau banjir yang besar ke, atau banjir tempatan (petik daripada Nota Asas JPA3 - Bencana Alam, m/s 158). Sebagai persediaan, pihak kolej aku dah organize satu JK khusus untuk menghadapi kemungkinan banjir.Termasuk dalam JK tu; aku sendiri.

Walaupun apa pun keadaannya, bila tengok hujan yang turun bagaikan mutiara (lagu Allahyarham Sudirman la plak), awan yang mendung berarak...teringat akan suasana syita di Irbid. Cuma kat sini tak sejuk je..hehehe (terkenangkan kenangan di Irbid bersama-sama sahabat², adik² seperjuangan........)

Wassalam

No comments: