24 July 2019

بسم الله الرحمن الرحيم

Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Ujian akan sentiasa menimpa orang mukmin samada lelaki mahupun wanita, pada dirinya, anak dan hartanya hingga ia bertemu Allah dengan tidak membawa satu kesalahan (dosa) pun atasnya." (Sunan Tirmidzi no. 2323) Hasan Sahih.


Pengajaran:

1. Setiap ujian atau musibah yang dihadapi oleh orang mukmin sama ada pada dirinya, harta serta ahli keluarganya adalah sebagai pengampun dosa-dosanya.

2. al-Baghawi menyatakan: Tidak ada satupun musibah yang menimpa seorang hamba, demikian pula yang lebih besar (dan luas) darinya, kecuali kerana sebab dosa yang Allah mengampuninyahanya dengan (cara menimpakan) musibah tersebut (kepadanya) atau Allah hendak mengangkat darjatnya (kepada suatu darjat kemuliaan) hanya dengan (cara menimpakan) musibah tersebut (kepadanya) - Tafsir al-Baghawi 4/85.

3. Ada muslim di hari akhirat nanti diampunkan semua dosasnya ketika bertemu Allah kerana kesabaran dan ketabahan menghadapi ujian berbentuk musibah semasa di dunia.

4. Antara tujuan utama Allah SWT menimpakan ujian kepada hamba-Nya adalah untuk mengetahui siapakah di atara mereka yang baik amalannya. Firman Allah SWT:

الذي خلق الموت والحياة ليبلوكم أيكم أحسن عملا

"Dia lah yang telah mentaqdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu siapakan yang  di antara kamu yang lebih baik amalnya" al-Mulk: 2

24 October 2013


Assalamualaikum. Kepada yang ingin membeli atau pun menempah songkok, silalah singgah ke kedai di atas, bertempat di Pasar Baru Kg. Datok Kerama, Kuala Lumpur. Insya allah harga boleh runding.

21 July 2011

Satu Perkongsian...

Assalamualaikum...

Lama sudah tidak mengemaskini blog yang ntah apa-apa ni. Jadi posting kali ini adalah sekadah posting untuk melepaskan syarat. Kali ini aku nak kongsi isi-isi penting berkenaan dengan ceramah Israk & Mi'raj yang telah diadakan Masji Aman, SMI Aman, Binjai yang lalu. Walaupun dah lama berlangsung, tapi disebabkan beberapa isi penting forum tersebut ada dicatat dalam hp, maka lebih baik dipindahkan di blog daripda terbiar sahaja dalam hp.

Ahli panel forum tersebut terdiri daripada YDP Ikram Kelanta, Ust. Abdullah Fahmi Abdul Latif, Ust. Saibon, ustaz dari JAHEIK dan Ust. Muhammad Ismail, pensyarah dari Kolej Jaiputra. Moderator forum tersebut adalan Ust. Dr. Sha'rani Mohd Naim, YDP Ikram Kota Bharu merangkap ustaz dari Institut Perguruan Kota Bharu. Berikut adalah beberapa isi penting yang sempat dicatat :

- Jika ingin memperkatakan tentang Isra' & Mi'raj, tidak boleh dipisahkan dari mengaitkannya dengan nilai aqidah dan tentang Allah.

- Pada hari ini, ramai orang mendakwa mereka sedang menyampaikan dakwah melalui iktibar-iktibar yang diperolehi dari peristiwa besar ini, tetapi malangnya mereka melakukannya tanpa mempunyai ilmu yang sepatutnya, antaranya tidak mengkaji dan meniliti keadaan mad'u. Ini menyebabkan mereka tidak membuat persediaan yang secukupnya ketika menyampaikan dakwah mereka kepada mad'u.

- Isra' nabi ke Masjid al-Aqsa adalah kerana sejarahanya, iaitu sebagai kiblah bagi umat Islam, dan juga sebagai satu tempat yang agung dan mulia.

- Peristiwa Nabi SAW memilih air susu kerana ianya bertepatan dengan fitrah manusia yang telah diciptakan Allah. Fitra manusia adalah berkehendakkan kepada tuhan, dan tuhan itu adalah Allah, maka tidak adalah sesuatu yang sepatutnya boleh menghalang manusia kepada Islam, kecuali dengan sebab manusia itu sendiri.

- Nilai kedudukan solat itu adalah sangat besar. Umat Islam kena merasakan solat itu sebagai satu harta yang sangat bernilai. Sebagaimana manusia menguruskan satu harta yang bernilai, begitu juga yang seharusnya dilakukan kepada solat. Ini kerana solat adalah salah satu dalil betapa Allah itu sayang kepada hambaNYA. Ianya seolah-olah satu talian yang pantas, kukuh dan laju yang boleh menjadi penyejuk hati buat manusia.

- Mi'raj Nabi SAW ke langit adalah petunjuk hubungan antara orang mukmin dengan tuhannya. Kena ada usaha dari kalangan orang mukmin untuk sentiasa mengukuhkan lagi hubungannya dengan tuhan, antaranya melalui amalan solat.

- Peristiwa dada Nabi SAW dibelah sekali lagi adalah petunjuk yang sangat jelas tentang kepenting tazkiah al-nafs. Ini kerana penilaian Allah ke atas hambaNYA adalah apa yang ada di dalam hati dan jiwa. Manusia kena sentiasa berusaha untuk membersihkan hati dan jiwa dalam keadaan terlalu banyak faktor yang boleh mengotorkan hati dan jiwa. Apabila hati dan jiwa bersih, maka banyak perkara yang selesai dan hidup akan menjadi lebih berkat.

- Peristiwa ini juga sebagai salah satu pentunjuk kepada ayat-ayat Allah.

Banyak lagi sebenarnya isi penting yang telah disampaikan semasa forum tersebut, tetapi hanya ini sahaja yang sempat dicatat. Semoga dengan perkongsian yang sedikit ini dapat memberi faedah kepada semua. Amin ya Rabb..!

22 May 2011

Sakit tekak..

Alhamdulillah, diberi peluang juga untuk mencoret sesuatu dalam blog ini (walaupun sedar, tidak ramai yang membaca atau mengikuti blog yang ntah apa-apa ini).

Sejak kebelakangan ini, banyak peristiwa yang berlaku di sekeliling kita. Macam-macam yang telah berlaku. Dan jika disenaraikan di sini, mungkin terlalu banyak.

Berita yang menarik diikuti, sudah pasti berita yang berkait dengan politik. Pelbagai jenis berita yang ada. Dan kebanyakkan berita-berita tersebut, sudah pasti diperolehi dari internet. Sumber berita arus perdana bagaiamana? Masih lagi mengikutinya, dan membacanya. Cuma bila membaca berita-berita dari sumber media arus perdana hari ini, terkadang boleh menimbulkan rasa loya di tekak. Terkadang juga, terasa diperbodohkan pula. Tapi hanya pada isu-isu politik sahaja. Isu lain, seperti biasa.

Berita dan perkembangan dunia, juga pelbagai yang telah berlaku. Isu kebangkitan rakyat Mesir dan beberapa negara Arab masih lagi panas. Isu bencana alam, juga tidak henti-henti dilaporkan. Terkini, terbaca satu berita bagaimana Jepun sekali lagi dilanda dengan gempa bumi. Tidak pasti bagaimana keadaannya sekarang. Isu pembunuhan Osama bin Laden juga masih lagi diperkatakan. Berbagai teori dikemukan. Tapi yang pasti, saya sendiri sedang menunggu perkembangan terbaru, kalau-kalau al-Zawahari akan keluarkan kenyataan bahawa Osama masih hidup. Ataupun Osama sendiri yang buat kenyataan. Kalau berlaku, pasti huru-hara dibuatnya...hehehe.

Berita dan perkembangan diri sendiri, kolej sedang bercuti. Insya allah akan mula dibuka untuk semester Jun 2011 pada minggu hadapan. Sedang menantikan perkembangan pelajar antarabangsa yang akan belajar di kolej. Sri Lanka, China, Kemboja, Indonesia, Vietnam, Thailand dan Indonesia. Tidak dapat bayangkan bagaimana keadaannya nanti. Harapnya kedatangan mereka akan memberikan sinar baru buat kolej. Diri sendiri...., sekarang ini sedang mengalami sakit tekak, sehingga tidak mampu untuk mengeluarkan suara. Mungkin di sana ada hikmahnya untuk dicari dan diambil pengajaran darinya. Insya allah, minggu depan juga merancang untuk pulang ke Kedah, hadir ke kenduri Mak Ngah. Dan kemudian akan terus bermusafir ke KL bagi DAI bulan Jun. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Amin....

25 April 2011

Eksperimen...

Baru ni berpeluang untuk snap beberapa keping gambar menggunakan kamera digital cap Canon PowerShot SD1100 IS. Memang dah lama sebenarnya aku nak snap-snap gambar ni. Tapi almaklumlah, pitih takde nak beli kamera. So guna je la yang mana ada. Tambah pulak sebelum ni aku pernah tengok dalam YouTube satu ujian kepada pakar-pakar photographer untuk snap gambar dengan menggunakan standard kamera. So dengan sebab video tu la yang buatkan minat aku makin naik dalam bab-bab ni. 
Kali ni akan nak share beberapa keping gambar yang aku ambil guna kamera di atas. Ada yang aku rasa cukup puashati dengan gambar tu, walau pun aku rasa bagi orang yang terer, mungkin biasa je. Ikut la. Tapi kalau ada yang nak komen, laaagiii aku alu-alukan, sebab dari situ aku harap boleh tambah lagi ilmu seciput yang ada pada aku ni. So tengok lah ye...
Belajar menggunakan fungsi Digital Macro
Belajar tentang teknik pencahayaan
Digital Macro lagi. Kali ni agak menjadi
Belajar aspek pencahayaan
Tak pasti ok atau tak. Tapi agak menyukai gambar yang ini...
Yang ini juga. Boleh buat wallpaper...
Ini pun sama. Hari yang indah
Teknik Digital Macro ke atas muka Nu'man
Bonus. Tak guna mana-mana teknik. Main petik je...