05 December 2011
21 July 2011
Satu Perkongsian...
Assalamualaikum...
Lama sudah tidak mengemaskini blog yang ntah apa-apa ni. Jadi posting kali ini adalah sekadah posting untuk melepaskan syarat. Kali ini aku nak kongsi isi-isi penting berkenaan dengan ceramah Israk & Mi'raj yang telah diadakan Masji Aman, SMI Aman, Binjai yang lalu. Walaupun dah lama berlangsung, tapi disebabkan beberapa isi penting forum tersebut ada dicatat dalam hp, maka lebih baik dipindahkan di blog daripda terbiar sahaja dalam hp.
Ahli panel forum tersebut terdiri daripada YDP Ikram Kelanta, Ust. Abdullah Fahmi Abdul Latif, Ust. Saibon, ustaz dari JAHEIK dan Ust. Muhammad Ismail, pensyarah dari Kolej Jaiputra. Moderator forum tersebut adalan Ust. Dr. Sha'rani Mohd Naim, YDP Ikram Kota Bharu merangkap ustaz dari Institut Perguruan Kota Bharu. Berikut adalah beberapa isi penting yang sempat dicatat :
- Jika ingin memperkatakan tentang Isra' & Mi'raj, tidak boleh dipisahkan dari mengaitkannya dengan nilai aqidah dan tentang Allah.
- Pada hari ini, ramai orang mendakwa mereka sedang menyampaikan dakwah melalui iktibar-iktibar yang diperolehi dari peristiwa besar ini, tetapi malangnya mereka melakukannya tanpa mempunyai ilmu yang sepatutnya, antaranya tidak mengkaji dan meniliti keadaan mad'u. Ini menyebabkan mereka tidak membuat persediaan yang secukupnya ketika menyampaikan dakwah mereka kepada mad'u.
- Isra' nabi ke Masjid al-Aqsa adalah kerana sejarahanya, iaitu sebagai kiblah bagi umat Islam, dan juga sebagai satu tempat yang agung dan mulia.
- Peristiwa Nabi SAW memilih air susu kerana ianya bertepatan dengan fitrah manusia yang telah diciptakan Allah. Fitra manusia adalah berkehendakkan kepada tuhan, dan tuhan itu adalah Allah, maka tidak adalah sesuatu yang sepatutnya boleh menghalang manusia kepada Islam, kecuali dengan sebab manusia itu sendiri.
- Nilai kedudukan solat itu adalah sangat besar. Umat Islam kena merasakan solat itu sebagai satu harta yang sangat bernilai. Sebagaimana manusia menguruskan satu harta yang bernilai, begitu juga yang seharusnya dilakukan kepada solat. Ini kerana solat adalah salah satu dalil betapa Allah itu sayang kepada hambaNYA. Ianya seolah-olah satu talian yang pantas, kukuh dan laju yang boleh menjadi penyejuk hati buat manusia.
- Mi'raj Nabi SAW ke langit adalah petunjuk hubungan antara orang mukmin dengan tuhannya. Kena ada usaha dari kalangan orang mukmin untuk sentiasa mengukuhkan lagi hubungannya dengan tuhan, antaranya melalui amalan solat.
- Peristiwa dada Nabi SAW dibelah sekali lagi adalah petunjuk yang sangat jelas tentang kepenting tazkiah al-nafs. Ini kerana penilaian Allah ke atas hambaNYA adalah apa yang ada di dalam hati dan jiwa. Manusia kena sentiasa berusaha untuk membersihkan hati dan jiwa dalam keadaan terlalu banyak faktor yang boleh mengotorkan hati dan jiwa. Apabila hati dan jiwa bersih, maka banyak perkara yang selesai dan hidup akan menjadi lebih berkat.
- Peristiwa ini juga sebagai salah satu pentunjuk kepada ayat-ayat Allah.
Banyak lagi sebenarnya isi penting yang telah disampaikan semasa forum tersebut, tetapi hanya ini sahaja yang sempat dicatat. Semoga dengan perkongsian yang sedikit ini dapat memberi faedah kepada semua. Amin ya Rabb..!
Lama sudah tidak mengemaskini blog yang ntah apa-apa ni. Jadi posting kali ini adalah sekadah posting untuk melepaskan syarat. Kali ini aku nak kongsi isi-isi penting berkenaan dengan ceramah Israk & Mi'raj yang telah diadakan Masji Aman, SMI Aman, Binjai yang lalu. Walaupun dah lama berlangsung, tapi disebabkan beberapa isi penting forum tersebut ada dicatat dalam hp, maka lebih baik dipindahkan di blog daripda terbiar sahaja dalam hp.
Ahli panel forum tersebut terdiri daripada YDP Ikram Kelanta, Ust. Abdullah Fahmi Abdul Latif, Ust. Saibon, ustaz dari JAHEIK dan Ust. Muhammad Ismail, pensyarah dari Kolej Jaiputra. Moderator forum tersebut adalan Ust. Dr. Sha'rani Mohd Naim, YDP Ikram Kota Bharu merangkap ustaz dari Institut Perguruan Kota Bharu. Berikut adalah beberapa isi penting yang sempat dicatat :
- Jika ingin memperkatakan tentang Isra' & Mi'raj, tidak boleh dipisahkan dari mengaitkannya dengan nilai aqidah dan tentang Allah.
- Pada hari ini, ramai orang mendakwa mereka sedang menyampaikan dakwah melalui iktibar-iktibar yang diperolehi dari peristiwa besar ini, tetapi malangnya mereka melakukannya tanpa mempunyai ilmu yang sepatutnya, antaranya tidak mengkaji dan meniliti keadaan mad'u. Ini menyebabkan mereka tidak membuat persediaan yang secukupnya ketika menyampaikan dakwah mereka kepada mad'u.
- Isra' nabi ke Masjid al-Aqsa adalah kerana sejarahanya, iaitu sebagai kiblah bagi umat Islam, dan juga sebagai satu tempat yang agung dan mulia.
- Peristiwa Nabi SAW memilih air susu kerana ianya bertepatan dengan fitrah manusia yang telah diciptakan Allah. Fitra manusia adalah berkehendakkan kepada tuhan, dan tuhan itu adalah Allah, maka tidak adalah sesuatu yang sepatutnya boleh menghalang manusia kepada Islam, kecuali dengan sebab manusia itu sendiri.
- Nilai kedudukan solat itu adalah sangat besar. Umat Islam kena merasakan solat itu sebagai satu harta yang sangat bernilai. Sebagaimana manusia menguruskan satu harta yang bernilai, begitu juga yang seharusnya dilakukan kepada solat. Ini kerana solat adalah salah satu dalil betapa Allah itu sayang kepada hambaNYA. Ianya seolah-olah satu talian yang pantas, kukuh dan laju yang boleh menjadi penyejuk hati buat manusia.
- Mi'raj Nabi SAW ke langit adalah petunjuk hubungan antara orang mukmin dengan tuhannya. Kena ada usaha dari kalangan orang mukmin untuk sentiasa mengukuhkan lagi hubungannya dengan tuhan, antaranya melalui amalan solat.
- Peristiwa dada Nabi SAW dibelah sekali lagi adalah petunjuk yang sangat jelas tentang kepenting tazkiah al-nafs. Ini kerana penilaian Allah ke atas hambaNYA adalah apa yang ada di dalam hati dan jiwa. Manusia kena sentiasa berusaha untuk membersihkan hati dan jiwa dalam keadaan terlalu banyak faktor yang boleh mengotorkan hati dan jiwa. Apabila hati dan jiwa bersih, maka banyak perkara yang selesai dan hidup akan menjadi lebih berkat.
- Peristiwa ini juga sebagai salah satu pentunjuk kepada ayat-ayat Allah.
Banyak lagi sebenarnya isi penting yang telah disampaikan semasa forum tersebut, tetapi hanya ini sahaja yang sempat dicatat. Semoga dengan perkongsian yang sedikit ini dapat memberi faedah kepada semua. Amin ya Rabb..!
12 July 2011
22 May 2011
Sakit tekak..
Alhamdulillah, diberi peluang juga untuk mencoret sesuatu dalam blog ini (walaupun sedar, tidak ramai yang membaca atau mengikuti blog yang ntah apa-apa ini).
Sejak kebelakangan ini, banyak peristiwa yang berlaku di sekeliling kita. Macam-macam yang telah berlaku. Dan jika disenaraikan di sini, mungkin terlalu banyak.
Berita yang menarik diikuti, sudah pasti berita yang berkait dengan politik. Pelbagai jenis berita yang ada. Dan kebanyakkan berita-berita tersebut, sudah pasti diperolehi dari internet. Sumber berita arus perdana bagaiamana? Masih lagi mengikutinya, dan membacanya. Cuma bila membaca berita-berita dari sumber media arus perdana hari ini, terkadang boleh menimbulkan rasa loya di tekak. Terkadang juga, terasa diperbodohkan pula. Tapi hanya pada isu-isu politik sahaja. Isu lain, seperti biasa.
Berita dan perkembangan dunia, juga pelbagai yang telah berlaku. Isu kebangkitan rakyat Mesir dan beberapa negara Arab masih lagi panas. Isu bencana alam, juga tidak henti-henti dilaporkan. Terkini, terbaca satu berita bagaimana Jepun sekali lagi dilanda dengan gempa bumi. Tidak pasti bagaimana keadaannya sekarang. Isu pembunuhan Osama bin Laden juga masih lagi diperkatakan. Berbagai teori dikemukan. Tapi yang pasti, saya sendiri sedang menunggu perkembangan terbaru, kalau-kalau al-Zawahari akan keluarkan kenyataan bahawa Osama masih hidup. Ataupun Osama sendiri yang buat kenyataan. Kalau berlaku, pasti huru-hara dibuatnya...hehehe.
Berita dan perkembangan diri sendiri, kolej sedang bercuti. Insya allah akan mula dibuka untuk semester Jun 2011 pada minggu hadapan. Sedang menantikan perkembangan pelajar antarabangsa yang akan belajar di kolej. Sri Lanka, China, Kemboja, Indonesia, Vietnam, Thailand dan Indonesia. Tidak dapat bayangkan bagaimana keadaannya nanti. Harapnya kedatangan mereka akan memberikan sinar baru buat kolej. Diri sendiri...., sekarang ini sedang mengalami sakit tekak, sehingga tidak mampu untuk mengeluarkan suara. Mungkin di sana ada hikmahnya untuk dicari dan diambil pengajaran darinya. Insya allah, minggu depan juga merancang untuk pulang ke Kedah, hadir ke kenduri Mak Ngah. Dan kemudian akan terus bermusafir ke KL bagi DAI bulan Jun. Semoga dipermudahkan segala urusan.
Amin....
25 April 2011
Eksperimen...
Baru ni berpeluang untuk snap beberapa keping gambar menggunakan kamera digital cap Canon PowerShot SD1100 IS. Memang dah lama sebenarnya aku nak snap-snap gambar ni. Tapi almaklumlah, pitih takde nak beli kamera. So guna je la yang mana ada. Tambah pulak sebelum ni aku pernah tengok dalam YouTube satu ujian kepada pakar-pakar photographer untuk snap gambar dengan menggunakan standard kamera. So dengan sebab video tu la yang buatkan minat aku makin naik dalam bab-bab ni.
Kali ni akan nak share beberapa keping gambar yang aku ambil guna kamera di atas. Ada yang aku rasa cukup puashati dengan gambar tu, walau pun aku rasa bagi orang yang terer, mungkin biasa je. Ikut la. Tapi kalau ada yang nak komen, laaagiii aku alu-alukan, sebab dari situ aku harap boleh tambah lagi ilmu seciput yang ada pada aku ni. So tengok lah ye...
Belajar menggunakan fungsi Digital Macro |
Belajar tentang teknik pencahayaan |
Digital Macro lagi. Kali ni agak menjadi |
Belajar aspek pencahayaan |
Tak pasti ok atau tak. Tapi agak menyukai gambar yang ini... |
Yang ini juga. Boleh buat wallpaper... |
Ini pun sama. Hari yang indah |
Teknik Digital Macro ke atas muka Nu'man |
Bonus. Tak guna mana-mana teknik. Main petik je... |
20 April 2011
Masih tidak sedar lagi...?!
حَدَّثَنَا مَحْمُودُ بْنُ خَالِدٍ الدِّمَشْقِيُّ قَالَ: حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَبُو أَيُّوبَ، عَنِ ابْنِ أَبِي مَالِكٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَطَاءِ بْنِ أَبِي رَبَاحٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ، قَالَ: أَقْبَلَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: " يَا مَعْشَرَ الْمُهَاجِرِينَ خَمْسٌ إِذَا ابْتُلِيتُمْ بِهِنَّ، وَأَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ تُدْرِكُوهُنَّ: لَمْ تَظْهَرِ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ، حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا، إِلَّا فَشَا فِيهِمُ الطَّاعُونُ، وَالْأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلَافِهِمُ الَّذِينَ مَضَوْا، وَلَمْ يَنْقُصُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ، إِلَّا أُخِذُوا بِالسِّنِينَ، وَشِدَّةِ الْمَئُونَةِ، وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ، وَلَمْ يَمْنَعُوا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ، إِلَّا مُنِعُوا الْقَطْرَ مِنَ السَّمَاءِ، وَلَوْلَا الْبَهَائِمُ لَمْ يُمْطَرُوا، وَلَمْ يَنْقُضُوا عَهْدَ اللَّهِ، وَعَهْدَ رَسُولِهِ، إِلَّا سَلَّطَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ غَيْرِهِمْ، فَأَخَذُوا بَعْضَ مَا فِي أَيْدِيهِمْ، وَمَا لَمْ تَحْكُمْ أَئِمَّتُهُمْ بِكِتَابِ اللَّهِ، وَيَتَخَيَّرُوا مِمَّا أَنْزَلَ اللَّهُ، إِلَّا جَعَلَ اللَّهُ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ "
Daripada Abdullah bin ‘Umar (radiallah ‘anhuma), telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bertemu dengan kami, lalu Baginda (s.a.w) bersabda: “ Wahai kaum Muhajirin, lima perkara apabila ditimpakan ke atas kamu dengannya, dan aku memohon perlindungan dengan Allah agar kamu mengetahuinya; Tidak akan zahir perbuatan zina pada suatu kaum, sehinggalah mereka menzahirkan dengannya (zina), melainkan akan merebak kepada mereka penyakit taun, dan penyakit-penyakit yang tidak pernah berlaku pada zaman-zaman sebelum kamu yang telah lalu; Dan tidak akan berlaku penipuan pada timbangan dan mizan, melainkan akan timpa kesusahan bertahun-tahun, dan akan berkurangnya sumber makanan, dan penguasa-penguasa yang zalim ke atas mereka; Dan tidak terhalang dari mengeluarkan zakat ke atas harta-harta mereka, melainkan tanah-tanah akan kurang menerima hujan dari langit (kemarau), dan kalau tidak kerana binatang, maka tidak akan diturunkan hujan; Dan tidak membatalkan taat setia kepada Allah, dan taat setia kepada Rasul-NYA, melainkan akan Allah menangkan ke atas mereka musuh-musuh mereka, dan musuh mereka akan merampas segala apa yang ada pada mereka; Dan para pemimpin tidak berhukumkan dengan hukum dari kitab Allah, dan memilih apa yang telah diturunkan oleh Allah, melainkan Allah akan jadikan di antara mereka saling bermusuhan”
Hadis hasan riwayat dari Ibn Majah
p/s - Adakah kita masih lagi menyalahkan takdir, faktor alam sekitar, cuaca, dan lain-lain, sedang semua masalah yang menimpa kita pada hari ini disebabkan oleh kita sendiri? Fikir-fikirkan lah....
p/s - Adakah kita masih lagi menyalahkan takdir, faktor alam sekitar, cuaca, dan lain-lain, sedang semua masalah yang menimpa kita pada hari ini disebabkan oleh kita sendiri? Fikir-fikirkan lah....
30 March 2011
Tanda orang munafiq
علامات المنافق وصفاته
1- مرض القلب (البقرة 10)
2- الافساد في الأرض (البقرة 11)
3- رميهم المؤمنين بالسفه (البقرة 13)
4- اللدد في الخصومة والعزة بالاثم (البقرة 204-206)
5- موالاة الكافرين والتربص بالمؤمنين (النساء 137، 138، 140)
6- الخداع والرياء والتكاسل عن أداء العبادات (النساء 142)
7- التحاكم إلى الطاغوت (النساء 59-60)
8- الافساد بين المؤمنين (التوبة 47)
9- الكذب والخوف وكره المسلمين (التوبة 56-57)
10- يعيبون أهل الحق ويرضون ويسخطون لظوظ أنفسهم (التوبة 58)
11- الأمر بالمنكر والنهي عن المعورف (الوبة 67)
12- الغدر وعدم الوفاء بالعهد (التوبة 75-77)
13- يعيبون المؤمنين ويسخرون منهم ولا يرضيهم منهم شيء (التوبة 79)
14- تواصيهم بترك الجهاد (التوبة 81)
15- الإضرار بالمؤمنين وتسترهم بفعل ظاهره مشروع (التوبة 107-108)
09 March 2011
Doa
الْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِين حَمْدًا يُوَافِي نِعَمَهُ وَيُكَاِفيءُ مَزِيدَه
Bila bercakap tentang doa, pasti banyak perkara yang akan diperbahaskan. Antaranya, kaifiyat berdoa, doa-doa yang mustajab, adab-adab berdoa, doa ma'thur dan yang tak ma'thur, sunnah dan tak sunnah, dan berbagai-bagai lagi aspek perbincangan tentangnya. Dan di antara aspek perbincangan tentang doa itu adalah berkenaan dari aspek bahasa, iaitu bahasa Arab. Tulisan kali ini akan cuba untuk membawa sedikit perbincangan tentang doa dari aspek bahasa Arab.
Tidak dinafikan bahawa antara faktor ke'mustajab'an doa itu adalah dengan memahami maksud doa yang dibacakan. Ini kerana hampir menjadi kebiasaan di kalangan kita, terutamanya di kalangan para ulama, ustaz dan imam, akan membacakan doa di dalam bahasa Arab. Oleh yang demikian, menjadi satu yang amat digalakkan bagi si pembaca doa (termasuk yang meng'amin'kan doa) untuk memahami maksud doa yang dibacakannya di dalam bahasa Arab, kerana dengannya akan dapat menghadirkan hati dan perasaan di kala sedang bermunajat pada Allah Taala.
Walau bagaimanapun pada hari ini, tahap kefahaman masyarakat tentang doa yang dibacakan (atau yang mereka baca) boleh jadi tidak seperti yang sepatutnya. Ramai dikalangan kita pada hari ini yang menghafal bulat-bulat doa yang diambil dari al-Quran, hadis, mahupun kitab-kitab al-Adzkar karangan para ulama dahulu dan juga masakini, tanpa mengetahui maksud doa yang dibacakan. Akibatnya kita dapati doa itu hanya sekadar doa; bacaan yang dibaca oleh seseorang tanpa memberikan kesan kepada si pembaca mahupun kepada orang yang meng'amin'kannya. Dan antara akibatnya yang lain juga adalah berlaku kesilapan dari sudut bacaan ketika membacanya. Jadi pada tulisan ini, kita akan cuba untuk melihat satu kesilapan dari aspek bahasa Arab yang berlaku agak meluas di kalangan kita pada hari ini.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, akibat dari kurang pengetahuan dalam bahasa Arab, sehingga tidak mengetahui maksud bacaan yang dibaca ketika doa, maka berlakulah beberapa kesilapan yang mungkin tak disedari oleh kebanyakan orang. Bahkan kesilapan tersebut berlaku pada permulaan bacaan doa lagi. Antara kesilapan yang dinyatakan disini adalah pada bacaan ayat-ayat tahmid seperti yang tertera di permulaan tulisan ini. Ayat tahmid yang dibawakan ini adalah antara bacaan yang sentiasa dibaca ketika hendak memulakan doa, akan tetapi kerap berlaku kesilapan dalam menyebutkan lafaz yang ada di dalam ayat tahmid ini. Lafaz yang dimaksudkan adalah lafaz (نِعَمَهُ). Bacaan yang betul pada lafaz ini adalah dengan bacaan fathah pada huruf 'ain (عَ). Akan tetapi yang kerap disebutkan orang si pembaca doa adalah dengan sukun pada huruf 'ain (ْْْْعْ) menjadikan lafaz kalimah ini berbunyi (نِعْمَهُ). Jika dengan lafaz yang pertama (نِعَمَهُ) ianya membawa maksud "nikmat-nikmat NYA", iaitu lafaz jama' (plural) bagi perkataan (نِعْمَة). Akan tetapi bagi lafaz yang kedua yang menggunakan sukun (نِعْمَهُ), maka tidak diketahui apakah maksudnya di dalam bahasa Arab. Jika pun ada maksud bagi perkataan (نِعْمَ), sudah pasti maksudnya tidak sesuai dan tidak tepat untuk digunakan dalam lafaz tahmid di permulaan doa ini. Maka inilah kesalahan yang amat ketara berlaku di kalangan masyarakat apabila hendak membaca doa. Bukan sahaja orang awam, bahkan para ulama, ustaz dan imam pun ada juga yang melakukan kesalahan yang sama. Sepatutnya mereka-mereka ini yang telah selesai dalam urusan bacaan doa ini (telah selesai dalam maksud tiada masalah dari sudut bacaan), tetapi yang apa yang berlaku adalah sebaliknya. Maka tidak hairanlah jika kita perhatikan doa-doa yang dibaca seringkali tidak mendatangkan kesan kepada si pembaca mahupun kepada makmum.
Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama memperbaiki bacaan doa kita. Perbaikilah ia dengan bacaan yang betul, kefahaman ke atas maksudnya dengan betul dan penghayatan tentangnya dengan betul. Semoga dengan usaha kita untuk memperbaikinya akan menjadikan doa kita lebih berkualiti dan diterima oleh Allah Ta'ala, insya Allah.
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui tentang segalanya...
28 February 2011
Nu'man dan 'Umair
Nu'man dah nak masuk 4 tahun...
Rehlah di Air Terjun Bukit Bakar, Machang |
Si kecil ni pulak, 'Umair, dah nak masuk 4 bulan...
Dah pandai memusingkan badan. Tapi teramatlah kuat hisap jari... |
21 February 2011
Soalan pelajar (lagi)...
Assalamualaikum...
Sekali lagi, dalam kelas yang sama, dan pelajar yang sama telah bertanyakan pada aku soalan dengan subjek tu, yang aku kira satu soalan yang cukup baik. Soalan dia lebih kurang macam ni (telah diubahsuai ikut kefahaman aku)...
Ni la dia beberapa point yang aku ingat (plus dengan ada tambahan) waktu aku terangkan dan jawab soalan pelajar aku yang sorang ni. Harap dia dan yang lain boleh faham dengan apa yang aku sampaikan kat diorang ni.
Wallahua'lam
Sekali lagi, dalam kelas yang sama, dan pelajar yang sama telah bertanyakan pada aku soalan dengan subjek tu, yang aku kira satu soalan yang cukup baik. Soalan dia lebih kurang macam ni (telah diubahsuai ikut kefahaman aku)...
"Ust kata dakwah tu wajib, semua orang kena buat. Tapi yang kita sedia maklum, Islam tu pasti akan kembali menguasai dunia ni. Jadi kenapa kita bersusah payah untuk sampaikan Islam ni, sedang kita yakin dengan janji Allah yang Islam akan kembali. Boleh ust explain sikit..?"
Lebih kurang beginilah soalan pelajar tersebut yang aku boleh fahami. Jadi nak jawab soalan, so aku jawab pada dia dan pada pelajar yang lain begini...
"Memang betul apa yang enti kata tu. Dakwah memang wajib, dan Islam juga pasti akan kembali menguasai dunia ni. Tapi kalau enti persoalkan kenapa dakwah tu wajib, maka enti kena faham betul beberapa perkara terlebih dahulu."
"Pertama, enti dan kita semua kena jelas, bahawa Allah itu Maha Berkuasa. Allah boleh je kalau Dia nak jadikan Islam tu kembali berkuasa. Bahkan tak perlu nak tunggu lama, kalau nak jadikannya realiti sekarang ni pun, Allah mampu lakukan. Tapi kita mesti ingat, Allah menciptakan kita di atas bumi ni, mesti ada tujuannya. Seperti yang kita sedia maklum, bahawa kita ni semua diciptakan, tidak lain dan tidak hanya untuk beribadah kepada Allah. Termasuk juga dalam konteks beribadah itu adalah dengan kita menyebarkan Islam dan menegakkannya di atas muka bumi ini. Tidak memadai kalau kita hanya beribadah seperti ibadah-ibadah lazim yang kita lakukan. Dan kalau kita hanya bergantung dengan ibadah lazim itu sahaja, belum tentu kita boleh dijamin masuk ke syurga, dalam keadaan ibadah kita tu sendiri pun tak beberapa sempurna. Jadi apa lagi perkara yang boleh back-up amal ibadah kita? Dengan berdakwah lah ! Dan kalau kita perhatikan pada Seerah Rasul, takde pun walau sesaat dari hidup Baginda S.A.W yang terlepas dari nilai dan unsur-unsur dakwah. Mula sahaja Rasul S.A.W diangkat menjadi rasul, sehinggalah Baginda wafat, tak pernah sunyi dari usaha menyampai dakwah pada manusia. Bermula dari sekecil-kecil perkara, sehinggalah ke sebesar-besar perkara, mesti Baginda akan sertakan dengan nilai dakwah."
"Keduanya, kita juga kena ingat, bahawa kehidupan kita di atas muka bumi ni, umpama medan ujian bagi kita untuk melihat siapakah dikalangan kita yang akan lulus dan seterusnya akan memperoleh nikmat syurga. Dan bila kita umpamakan dunia ni seperti medan ujian dan peperiksaan, maka kena sangatlah dengan tabiat kita yang Allah ciptakan, iaitu diberikan kepada kita ikhtiar dan pilihan. Kita sendiri yang menentukan dan memilih samada kita hendak berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam test ni, ataupun sebaliknya. Tapi dalam masa yang sama, kita juga menyakini, bahawa tidak mustahil bagi Allah untuk setkan manusia ni agar dapat lulus dalam ujian di dunia ni. Mudah bagi Allah kalau nak buat macam tu. Tapi tidak, bahkan Allah tetap untuk uji kita kat dunia ni. Jadi antara bentuk ujiannya adalah dengan melakukan kerja dakwah. Umpama kerja dakwah ni macam kerja kursus untuk kita lulus. Kadang-kadang dengan sebab kerja kursus ni la yang akan buatkan kita berjaya. Macam antum semua la dalam kelas. Dalam test 1, 2 dan final, mungkin tak berapa bagus. Tapi kalau antum bagus dalam kerja kursus, tak mustahil ia akan jadi backup untuk kita dapat lulus dengan baik dalam matapelajaran kita. So macam juga dengan kerja dakwah...."
"Perkara ketiga yang ana nak sebut ialah tentang kerja dakwah tu sendiri. Bagaimana kita boleh berpikiran untuk tak nak buat kerja dakwah, hanya kerana keyakinan kita bahawa Islam tu akan kembali kuasai dunia, sedangkan para nabi yang terdahulu, inilah kerja mereka. Takde sorang pun dari kalangan nabi mahupun rasul yang tak buat kerja dakwah. Ini menunjukkan kerja dakwah ni satu kerja yang cukup mulia. Kerja yang dilakukan oleh para rasul dan nabi. Kerja yang lebih baik dari segala kerja yang kita boleh lakukan. Jika ianya kerja yang terbaik, maka sudah pasti ganjarannya juga adalah yang terbaik. So takkan kita nak lepaskan begitu je peluang yang macam ni, sedang kita dah sedar dan faham tentang kerja dakwah ni...? So antum fikir-fikirkan lah ye..."
Ni la dia beberapa point yang aku ingat (plus dengan ada tambahan) waktu aku terangkan dan jawab soalan pelajar aku yang sorang ni. Harap dia dan yang lain boleh faham dengan apa yang aku sampaikan kat diorang ni.
Wallahua'lam
15 February 2011
Ibadah adalah segala-galanya
Sewaktu berhenti solat di sebuah surau di kawasan Simpang Tiga, Pengkalan Chepa, terbaca satu ayat yang tertulis di kanvas stall seorang makcik peniaga goreng pisang di sebelah surau tersebut. Kanvas tu ada cop FAMA, dan tertulis slogan FAMA, "Pertanian Adalah Perniagaan". Sementara menunggu untuk solat asar, timbul macam-macam perkara yang buatkan aku terfikir selepas terbaca ayat tu. Pertama yang terlintas dalam kepala aku adalah satu lagi ayat yang hampir serupa, "Perniagaan Adalah Ibadah". Ini adalah slogan yang menjadi pilihan Exco Pertanian Kerajaan Negeri Kelantan. Bila timbul perkara macam ni, aku pun membandingkan antara kedua-dua ayat tersebut. Kalau hendak difikirkan, slogan darn FAMA tu tak lebih hanya bersifat duniawi semata, sedangkan kalau slogan kerajaan negeri Kelantan tu, sesuai untuk kedua-dua sekali, duniawi dan ukhrawi. Bahkan kalau nak dinilaikan lagi, mungkin kita boleh timbulkan persoalan, kalau pertanian adalah perniagaan, maka perniagaan adalah apa?
Dalam dok menilai dan memikirkan kedua-dua slogan tersebut, terlintas dalam kepala aku bahawa idea kerajaan negeri ni amat bersesuaian sekali dengan kita sebagai orang Islam. Bahkan kalau boleh aku buat cadangan. nak je aku cadang pada kerajaan negeri, patutnya bukan hanya pada pertanian sahaja, tapi juga dalam hal-hal yang lain.
Bertani adalah IBADAH;
Perniagaan adalah IBADAH;
Bersukan adalan IBADAH;
Perundangan adalah IBADAH;
Kerohanian adalah IBADAH;
Politik adalah IBADAH;
Kekeluargaan adalah IBADAH;
Dan lain-lain....
Segala-segalanya adalah untuk IBADAH !!
Bukankah ini tujuan Allah ciptakan manusia? Iaitu untuk beribadah kepadaNYA?! Untuk mengikat seluruh kehidupan kita dengan aqidah kepadaNYA?! Bukankah segala yang kita lakukan di atas muki bumi Allah ini seharusnya dinilai sebagai ibadah kita kepadaNYA?! Dan bukankah ibadah dalam erti kata yang sebenar, tidak hanya terbatas kepada amalan ibadah yang lazim yang kita lakukan (atau mungkin yang kita abaikan)?! Bahkan ianya meliputi seluruh aspek kehidupan seseorang muslim itu. Kita mesti, bahkan wajib untuk memberikan nilai-nilai ibadah terhadap segala yang kita lakukan. Makan minum kita mesti jadi ibadah, belajar dan menuntut ilmu mesti jadi ibadah, bersukan dan riadhah mesti jadi ibadah, hubungan antara sesama manusia mesti jadi ibadah, tidur dan bekerja kita mesti jadi ibadah. Segala-galanya mesti jadi IBADAH. Jadi macamana kita nak jadikan semua itu sebagai ibadah? Jawapan adalah pada niat kita. Kalau niat لله تعالى , maka jadilah ia sebagai satu ibadah. Tapi bukan kerana Allah, maka jadilah ia sebagai satu adat. Kalau semuanya ini difahami dengan baik, yakinlah bahawa hidup seseorang tu pasti akan berada dalam landasannya. Bukan landasanya yang diciptanya, tapi landasan yang telah ditetapkan oleh Allah.
So, harap-harap kita semua dapat berusaha untuk menjadikan hidup kita adalah suatu ibadah...
09 February 2011
Soalan pelajar
"Ustaz, saya nak tanya sikit. Macamana keadaannya bila kita dapati ada di kalangan orang yang nak buat kerja dakwah ni, tapi tidak mendapatkan kepercayaan dari orang lain sendiri, sehinggakan bila pendakwah ini sampaikan dakwah pada orang lain, orang lain tu tak boleh nak terima sangat. Tambah pulak ada di kalangan mereka yang mudah sangat nak menilai orang lain tanpa usul selidik terlebih dahulu. Contohnya macam penagih. Kebiasaannya para penagih ni, bila dia dah keluar dari serenti dan berada kembali dalam masyarakat, tak mudah masyarakat boleh menerima diorang, bahkan masih lagi ada yang sangsi dengan set-set penagih ni, walaupun dah jelas si penagih ni dan sembuh dan bertaubat untuk tidak menagih dadah lagi. So apa komen ustaz?" - soalan yang telah diolah base kepada pemahaman
Inilah soalan yang dilontarkan oleh pelajar aku dipenghujung masa bagi subjek MPI5053. Di kesempatan yang singkat tu, aku pun jawab soalan pelajar tu macam ni ...
"Sebenarnya itulah antara masalah yang sedang dihadapi oleh sebahagian pendakwah ni. Iaitu terlalu mudah memberikan penilaian yang negatif pada seseorang sejak awal-awal lagi. Bukan nak kata semua, tapi terdapat da'ie yang macam tu. Inilah juga antara sebab kenapa dakwah kepada kebaikan ni tak sampai pada semua orang. Kerana adanya tanggapan negatif dari orang yang nak sampaikan dakwah tu sendiri. Ana suka untuk bagi contoh diri ana sendiri. Kalau dulu, waktu mula-mula menjadi pensyarah, dan terlibat dalam HEP yang mana tanggungjawabnya adalah untuk nak didik dan tarbiah pelajar, kekadang tu kita jadi amat strict dengan sesetengah perkara. Kalau siswi tak pakai tudung labuh, pakai seluar slack (tapi still tutup aurat) dan lain-lain lagi, mesti diorang ni akan dianggap antara pelajar-pelajar yang nakal dan susah untuk nak ajak pi program. Kalau yang siswanya pulak, kalau ada yang hisap rokok, penampilan tak kemas, suka sangat nak konfront dengan HEP, sure diorang ni akan masuk dalam list 'rebel' dengan pihak HEP terutamanya. Tapi bila ana bertugas di KL, berjumpa dengan ramai ikhwah yang buat kerja dakwah ni, dan jumpa juga dengan bekas pensyarah yang mana kalau sebelum ni amat strict, tapi di KL berubah dan tak sama macam dulu. Bahkan manusia-manusia yang nakal dan rebel macam di kolej tu la dok ikut sekali dalam program-program tarbiyyah pensyarah ni, maka telah membuka mata ana bahawasanya persepsi awal yang negatif yang diberikan pada individu tertentu itu sebenarnya boleh menyebabkan penyebaran kerja-kerja dakwah ni terbantut dan terbatas. Akhirnya menjadikan ana pada hari agak lebih open bila berhadapan dengan manusia-manusia yang macam ni. Tapi open ana still yang ada batasnya."
"Kalau nak pikir balik, memang betul sebenarnya. Kita tak boleh sesuka hati untuk menilai manusia tu dari luaran semata-mata. Mesti ada penjelasannya. Mesti ada sebab kenapa diorang nakal, mesti ada sebab kenapa pakai macam tu, mesti ada sebab kenapa payah sangat nak join program. Setiap perkara mesti ada sebabnya. Kalau kita tak jelas tentang sebab ni, dan akhirnya kita pun letak penilaian yang negatif pada seseorang, maka takkan sampailah kebaikan yang kita nak bawa tu kat diorang. Seolah-olah penilaian negatif tu akan menjadi dinding antara kita dengan diorang. Nabi dulu pun tak nak pilih-pilih orang nak sampaikan dakwah ni. Dakwah Nabi sampai pada semua orang."
"So ana kita pun kena check balik, adakah kita terlalu mudah letak persepsi negatif pada orang atau sebaliknya. Kalau ye, maka kita ubah sekarang. Kerana kita menyakini, selagi takde bukti yang kukuh untuk kita buat penilaian negatif pada seseorang, selagi tu kita kena berbaik sangka. Kena letak dalam kepala, kerja dakwah untuk bawa kebaikan kena sampai pada semua orang, sebelum kita nak nilai seseorang tu jahat atau pun nakal" - jawapan yang juga telah diolah untuk disesuaikan bagi paparan dalam blog ni.
Jawapan korang macaman?
11 January 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)