Sekali lagi, dalam kelas yang sama, dan pelajar yang sama telah bertanyakan pada aku soalan dengan subjek tu, yang aku kira satu soalan yang cukup baik. Soalan dia lebih kurang macam ni (telah diubahsuai ikut kefahaman aku)...
"Ust kata dakwah tu wajib, semua orang kena buat. Tapi yang kita sedia maklum, Islam tu pasti akan kembali menguasai dunia ni. Jadi kenapa kita bersusah payah untuk sampaikan Islam ni, sedang kita yakin dengan janji Allah yang Islam akan kembali. Boleh ust explain sikit..?"
Lebih kurang beginilah soalan pelajar tersebut yang aku boleh fahami. Jadi nak jawab soalan, so aku jawab pada dia dan pada pelajar yang lain begini...
"Memang betul apa yang enti kata tu. Dakwah memang wajib, dan Islam juga pasti akan kembali menguasai dunia ni. Tapi kalau enti persoalkan kenapa dakwah tu wajib, maka enti kena faham betul beberapa perkara terlebih dahulu."
"Pertama, enti dan kita semua kena jelas, bahawa Allah itu Maha Berkuasa. Allah boleh je kalau Dia nak jadikan Islam tu kembali berkuasa. Bahkan tak perlu nak tunggu lama, kalau nak jadikannya realiti sekarang ni pun, Allah mampu lakukan. Tapi kita mesti ingat, Allah menciptakan kita di atas bumi ni, mesti ada tujuannya. Seperti yang kita sedia maklum, bahawa kita ni semua diciptakan, tidak lain dan tidak hanya untuk beribadah kepada Allah. Termasuk juga dalam konteks beribadah itu adalah dengan kita menyebarkan Islam dan menegakkannya di atas muka bumi ini. Tidak memadai kalau kita hanya beribadah seperti ibadah-ibadah lazim yang kita lakukan. Dan kalau kita hanya bergantung dengan ibadah lazim itu sahaja, belum tentu kita boleh dijamin masuk ke syurga, dalam keadaan ibadah kita tu sendiri pun tak beberapa sempurna. Jadi apa lagi perkara yang boleh back-up amal ibadah kita? Dengan berdakwah lah ! Dan kalau kita perhatikan pada Seerah Rasul, takde pun walau sesaat dari hidup Baginda S.A.W yang terlepas dari nilai dan unsur-unsur dakwah. Mula sahaja Rasul S.A.W diangkat menjadi rasul, sehinggalah Baginda wafat, tak pernah sunyi dari usaha menyampai dakwah pada manusia. Bermula dari sekecil-kecil perkara, sehinggalah ke sebesar-besar perkara, mesti Baginda akan sertakan dengan nilai dakwah."
"Keduanya, kita juga kena ingat, bahawa kehidupan kita di atas muka bumi ni, umpama medan ujian bagi kita untuk melihat siapakah dikalangan kita yang akan lulus dan seterusnya akan memperoleh nikmat syurga. Dan bila kita umpamakan dunia ni seperti medan ujian dan peperiksaan, maka kena sangatlah dengan tabiat kita yang Allah ciptakan, iaitu diberikan kepada kita ikhtiar dan pilihan. Kita sendiri yang menentukan dan memilih samada kita hendak berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam test ni, ataupun sebaliknya. Tapi dalam masa yang sama, kita juga menyakini, bahawa tidak mustahil bagi Allah untuk setkan manusia ni agar dapat lulus dalam ujian di dunia ni. Mudah bagi Allah kalau nak buat macam tu. Tapi tidak, bahkan Allah tetap untuk uji kita kat dunia ni. Jadi antara bentuk ujiannya adalah dengan melakukan kerja dakwah. Umpama kerja dakwah ni macam kerja kursus untuk kita lulus. Kadang-kadang dengan sebab kerja kursus ni la yang akan buatkan kita berjaya. Macam antum semua la dalam kelas. Dalam test 1, 2 dan final, mungkin tak berapa bagus. Tapi kalau antum bagus dalam kerja kursus, tak mustahil ia akan jadi backup untuk kita dapat lulus dengan baik dalam matapelajaran kita. So macam juga dengan kerja dakwah...."
"Perkara ketiga yang ana nak sebut ialah tentang kerja dakwah tu sendiri. Bagaimana kita boleh berpikiran untuk tak nak buat kerja dakwah, hanya kerana keyakinan kita bahawa Islam tu akan kembali kuasai dunia, sedangkan para nabi yang terdahulu, inilah kerja mereka. Takde sorang pun dari kalangan nabi mahupun rasul yang tak buat kerja dakwah. Ini menunjukkan kerja dakwah ni satu kerja yang cukup mulia. Kerja yang dilakukan oleh para rasul dan nabi. Kerja yang lebih baik dari segala kerja yang kita boleh lakukan. Jika ianya kerja yang terbaik, maka sudah pasti ganjarannya juga adalah yang terbaik. So takkan kita nak lepaskan begitu je peluang yang macam ni, sedang kita dah sedar dan faham tentang kerja dakwah ni...? So antum fikir-fikirkan lah ye..."
Ni la dia beberapa point yang aku ingat (plus dengan ada tambahan) waktu aku terangkan dan jawab soalan pelajar aku yang sorang ni. Harap dia dan yang lain boleh faham dengan apa yang aku sampaikan kat diorang ni.
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment