10 March 2008

Another milestone in my life!

Sekali lagi aku bakal menempuh satu lagi batu tanda dalam kehidupan aku. Satu pengalaman yang terlalu jarang sangat bermain dalam kepala, tapi kini hanya tinggal beberapa hari lagi aku bakal melalui pengalaman tersebut. Insya allah, pada hari Rabu ini (12 Mac 2008) bakal menyaksikan seorang lagi mujahid al-daiah akan lahir di muka bumi, akan memulakan perjalanannya sebagai seorang manusia, yang bakal akan mengenali Tuhannya, memahami agamanya, serta akan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang manusia. Dan aku bersama zaujah tercinta akan memulakan tugas baru untuk mewarnakannya cocok dengan kehendak agama. Doakan kami agar kami diberi kekuatan untuk melakukkannya dan tetap thabat di dalam jalan yang dilalui agar anugerah Allah ini tidak akan menjadi penghalang dan fitnah, bahkan akan menjadi pendorong dan saham untuk di akhirat kelak.

Aminn...!

2 comments:

Anonymous said...

tahniah bang man, selepas berusaha bertungkus lumus, akhirnya enta akan bergelar ayah.. jangan lupa post gambar baby kat sini ok.. ana tumpang happy !!

Anonymous said...

tahniah bangman.....