13 February 2006

Terkini...

Assalamualaikum....

Sejak kebelakangan ni, terutama pada awal bulan Februari hingga ke hari ni, dah terlalu banyak peristiwa atau pun isu yang berlaku; samada yang bersifat internasional mahupun yang berlaku kat aku sendiri. Bermula la dari isu yang paling besar sekarang ni, isu penghinaan sebuah akhbar dari Denmark yang secara beraninya bermain dengan emosi orang Islam bila mereka menyiarkan karikatur yang menghina Nabi Muhammad s.a.w, sehinggalah kepada peristiwa banjir yang kembali menyerang daerah-daerah di sekitar negeri pantai timur. Mungkin aku boleh senarai pendek beberapa isu yang berlaku yang berjaya menarik perhatian aku untuk mengetahui tentang perkembangannya:

1- Isu penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w. (agak2 Malaysia berani tak selaku Pengerusi O..i see untuk boikot atau buat apa je tindakan ke atas produk Denmark, yang mana antaranya adalah Carlsberg???)

2- Isu kemenangan Hamas dalam pilihanraya Palestin (Amerika n sekutu dia terkujat habis bila pilihanraya yang disokong kuat oleh Amerika menjadi medan kemenangan pihak Hamas yang dianggap sebagai pengganas. Heh..mmg diorang takut bila pihak yang benar-benar berjuang atas dasar jihad dapat menguasai Palestin. Agak-agaknya la, diorang ni tak nampak ke, apa yang cuba digambarkan oleh penduduk Palestin ni bila mereka memilih Hamas sebagai pemimpin mereka??)

3- Isu jambatan antara Malaysia dengan Singapura (aku nak tengok setakat mana pendirian berlembut Malaysia dalam menghadapi helah dari Singapura bila diorang mintak kerajaan Malaysia jaul pasir n buka ruang udara Johor untuk latihan ketenteraan Singapura. Tambah lagi bila Singapura dah tak terima lagi pasport hijau penduduk Malaysia yang berkerja di Singapura. So...what the Malaysian government going to do??)

4- Isu undang-undang keluarga Islam (hmmmm tak gheti nak komen sbb tak berapa gheti bab undang-undang ni..)

5- Isu keretakan ke atas beberapa buat lebuhraya utama di Kuala Lumpur (habis la Sammy Vellu lepas ni, buat kerja ntah macamana ntah. Dulu cakap lain, lain hari cakap lain, last-last cakap tak serupa bikin....)

Selingan...

6- Masalah syarikat LifeClick (12dailypro) dengan syarikat Stormpay Corporation (habis la duit aku kat dalam akaun 12dailypro ni. Harap duit aku n org lain masih lagi ada huhuhuhuuu)

Apa lagi nak jadi lepas ni....dunia...dunia...!

No comments: