28 February 2011

Nu'man dan 'Umair

Nu'man dah nak masuk 4 tahun...
Rehlah di Air Terjun Bukit Bakar, Machang

Si kecil ni pulak, 'Umair, dah nak masuk 4 bulan...
Dah pandai memusingkan badan. Tapi teramatlah kuat hisap jari...

21 February 2011

Soalan pelajar (lagi)...

Assalamualaikum...

Sekali lagi, dalam kelas yang sama, dan pelajar yang sama telah bertanyakan pada aku soalan dengan subjek tu, yang aku kira satu soalan  yang cukup baik. Soalan dia lebih kurang macam ni (telah diubahsuai ikut kefahaman aku)...

"Ust kata dakwah tu wajib, semua orang kena buat. Tapi yang kita sedia maklum, Islam tu pasti akan kembali menguasai dunia ni. Jadi kenapa kita bersusah payah untuk sampaikan Islam ni, sedang kita yakin dengan janji Allah yang Islam akan kembali. Boleh ust explain sikit..?"

Lebih kurang beginilah soalan pelajar tersebut yang aku boleh fahami. Jadi nak jawab soalan, so aku jawab pada dia dan pada pelajar yang lain begini...

"Memang betul apa yang enti kata tu. Dakwah memang wajib, dan Islam juga pasti akan kembali menguasai dunia ni. Tapi kalau enti persoalkan kenapa dakwah tu wajib, maka enti kena faham betul beberapa perkara terlebih dahulu."

"Pertama, enti dan kita semua kena jelas, bahawa Allah itu Maha Berkuasa. Allah boleh je kalau Dia nak jadikan Islam tu kembali berkuasa. Bahkan tak perlu nak tunggu lama, kalau nak jadikannya realiti sekarang ni pun, Allah mampu lakukan. Tapi kita mesti ingat, Allah menciptakan kita di atas bumi ni, mesti ada tujuannya. Seperti yang kita sedia maklum, bahawa kita ni semua diciptakan, tidak lain dan tidak hanya untuk beribadah kepada Allah. Termasuk juga dalam konteks beribadah itu adalah dengan kita menyebarkan Islam dan menegakkannya di atas muka bumi ini. Tidak memadai kalau kita hanya beribadah seperti ibadah-ibadah lazim yang kita lakukan. Dan kalau kita hanya bergantung dengan ibadah lazim itu sahaja, belum tentu kita boleh dijamin masuk ke syurga, dalam keadaan ibadah kita tu sendiri pun tak beberapa sempurna. Jadi apa lagi perkara yang boleh back-up amal ibadah kita? Dengan berdakwah lah ! Dan kalau kita perhatikan pada Seerah Rasul, takde pun walau sesaat dari hidup Baginda S.A.W yang terlepas dari nilai dan unsur-unsur dakwah. Mula sahaja Rasul S.A.W diangkat menjadi rasul, sehinggalah Baginda wafat, tak pernah sunyi dari usaha menyampai dakwah pada manusia. Bermula dari sekecil-kecil perkara, sehinggalah ke sebesar-besar perkara, mesti Baginda akan sertakan dengan nilai dakwah."


"Keduanya, kita juga kena ingat, bahawa kehidupan kita di atas muka bumi ni, umpama medan ujian bagi kita untuk melihat siapakah dikalangan kita yang akan lulus dan seterusnya akan memperoleh nikmat syurga. Dan bila kita umpamakan dunia ni seperti medan ujian dan peperiksaan, maka kena sangatlah dengan tabiat kita  yang Allah ciptakan, iaitu diberikan kepada kita ikhtiar dan pilihan. Kita sendiri yang menentukan dan memilih samada kita hendak berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam test ni, ataupun sebaliknya. Tapi dalam masa yang sama, kita juga menyakini, bahawa tidak mustahil bagi Allah untuk setkan manusia ni agar dapat lulus dalam ujian di dunia ni. Mudah bagi Allah kalau nak buat macam tu. Tapi tidak, bahkan Allah tetap untuk uji kita kat dunia ni. Jadi antara bentuk ujiannya adalah dengan melakukan kerja dakwah. Umpama kerja dakwah ni macam kerja kursus untuk kita lulus. Kadang-kadang dengan sebab kerja kursus ni la yang akan buatkan kita berjaya. Macam antum semua la dalam kelas. Dalam test 1, 2 dan final, mungkin tak berapa bagus. Tapi kalau antum bagus dalam kerja kursus, tak mustahil ia akan jadi backup untuk kita dapat lulus dengan baik dalam matapelajaran kita. So macam juga dengan kerja dakwah...."


"Perkara ketiga yang ana nak sebut ialah tentang kerja dakwah tu sendiri. Bagaimana kita boleh berpikiran untuk tak nak buat kerja dakwah, hanya kerana keyakinan kita bahawa Islam tu akan kembali kuasai dunia, sedangkan para nabi  yang terdahulu, inilah kerja mereka. Takde sorang pun dari kalangan nabi mahupun rasul yang tak buat kerja dakwah. Ini menunjukkan kerja dakwah ni satu kerja yang cukup mulia. Kerja yang dilakukan oleh para rasul dan nabi. Kerja yang lebih baik dari segala kerja yang kita boleh lakukan. Jika ianya kerja yang terbaik, maka sudah pasti ganjarannya juga adalah yang terbaik. So takkan kita nak lepaskan begitu je peluang yang macam ni, sedang kita dah sedar dan faham tentang kerja dakwah ni...? So antum fikir-fikirkan lah ye..."


Ni la dia beberapa point  yang aku ingat (plus dengan ada tambahan) waktu aku terangkan dan jawab soalan pelajar aku yang sorang ni. Harap dia dan yang lain boleh faham dengan apa yang aku sampaikan kat diorang ni.

Wallahua'lam

15 February 2011

Ibadah adalah segala-galanya

Sewaktu berhenti solat di sebuah surau di kawasan Simpang Tiga, Pengkalan Chepa, terbaca satu ayat yang tertulis di kanvas stall seorang makcik peniaga goreng pisang di sebelah surau tersebut. Kanvas tu ada cop FAMA, dan tertulis slogan FAMA, "Pertanian Adalah Perniagaan". Sementara menunggu untuk solat asar, timbul macam-macam perkara yang buatkan aku terfikir selepas terbaca ayat tu. Pertama yang terlintas dalam kepala aku adalah satu lagi ayat yang hampir serupa, "Perniagaan Adalah Ibadah". Ini adalah slogan yang menjadi pilihan Exco Pertanian Kerajaan Negeri Kelantan. Bila timbul perkara macam ni, aku pun membandingkan antara kedua-dua ayat tersebut. Kalau hendak difikirkan, slogan darn FAMA tu tak lebih hanya bersifat duniawi semata, sedangkan kalau slogan kerajaan negeri Kelantan tu, sesuai untuk kedua-dua sekali, duniawi dan ukhrawi. Bahkan kalau nak dinilaikan lagi, mungkin kita boleh timbulkan persoalan, kalau pertanian adalah perniagaan, maka perniagaan adalah apa?

Dalam dok menilai dan memikirkan kedua-dua slogan tersebut, terlintas dalam kepala aku bahawa idea kerajaan negeri ni amat bersesuaian sekali dengan kita sebagai orang Islam. Bahkan kalau boleh aku buat cadangan. nak je aku cadang pada kerajaan negeri, patutnya bukan hanya pada pertanian sahaja, tapi juga dalam hal-hal yang lain.

Bertani adalah IBADAH;
Perniagaan adalah IBADAH;
Bersukan adalan IBADAH;
Perundangan adalah IBADAH;
Kerohanian adalah IBADAH;
Politik adalah IBADAH;
Kekeluargaan adalah IBADAH;
Dan lain-lain....


Segala-segalanya adalah untuk IBADAH !!

Bukankah ini tujuan Allah ciptakan manusia? Iaitu untuk beribadah kepadaNYA?! Untuk mengikat seluruh kehidupan kita dengan aqidah kepadaNYA?! Bukankah segala yang kita lakukan di atas muki bumi Allah ini seharusnya dinilai sebagai ibadah kita kepadaNYA?! Dan bukankah ibadah dalam erti kata  yang sebenar, tidak hanya terbatas kepada amalan ibadah yang lazim yang kita lakukan (atau mungkin yang kita abaikan)?! Bahkan ianya meliputi seluruh aspek kehidupan seseorang muslim itu. Kita mesti, bahkan wajib untuk memberikan nilai-nilai ibadah terhadap segala yang kita lakukan. Makan minum kita mesti jadi ibadah, belajar dan menuntut ilmu mesti jadi ibadah, bersukan dan riadhah mesti jadi ibadah, hubungan antara sesama manusia mesti jadi ibadah, tidur dan bekerja kita mesti jadi ibadah. Segala-galanya mesti jadi IBADAH. Jadi macamana kita nak jadikan semua itu sebagai ibadah? Jawapan adalah pada niat kita. Kalau niat لله تعالى , maka jadilah ia sebagai satu ibadah. Tapi bukan kerana Allah, maka jadilah ia sebagai satu adat. Kalau semuanya ini difahami dengan baik, yakinlah bahawa hidup seseorang tu pasti akan berada dalam landasannya. Bukan landasanya yang diciptanya, tapi landasan yang telah ditetapkan oleh Allah.

So, harap-harap kita semua dapat berusaha untuk menjadikan hidup kita adalah suatu ibadah...

09 February 2011

Soalan pelajar

"Ustaz, saya nak tanya sikit. Macamana keadaannya bila kita dapati ada di kalangan orang yang nak buat kerja dakwah ni, tapi tidak mendapatkan kepercayaan dari orang lain sendiri, sehinggakan bila pendakwah ini sampaikan dakwah pada orang lain, orang lain tu tak boleh nak terima sangat. Tambah pulak ada di kalangan mereka yang mudah sangat nak menilai orang lain tanpa usul selidik terlebih dahulu. Contohnya macam penagih. Kebiasaannya para penagih ni, bila dia dah keluar dari serenti dan berada kembali dalam masyarakat, tak mudah masyarakat boleh menerima diorang, bahkan masih lagi ada yang sangsi dengan set-set penagih ni, walaupun dah jelas si penagih ni dan sembuh dan bertaubat untuk tidak menagih dadah lagi. So apa komen ustaz?" - soalan yang telah diolah base kepada pemahaman

Inilah soalan yang dilontarkan oleh pelajar aku dipenghujung masa bagi subjek MPI5053. Di kesempatan yang singkat tu, aku pun jawab soalan pelajar tu macam ni ...

"Sebenarnya itulah antara masalah yang sedang dihadapi oleh sebahagian pendakwah ni. Iaitu terlalu mudah memberikan penilaian yang negatif pada seseorang sejak awal-awal lagi. Bukan nak kata semua, tapi terdapat da'ie yang macam tu. Inilah juga antara sebab kenapa dakwah kepada kebaikan ni tak sampai pada semua orang. Kerana adanya tanggapan negatif dari orang yang nak sampaikan dakwah tu sendiri. Ana suka untuk bagi contoh diri ana sendiri. Kalau dulu, waktu mula-mula menjadi pensyarah, dan terlibat dalam HEP yang mana tanggungjawabnya adalah untuk nak didik dan tarbiah pelajar, kekadang tu kita jadi amat strict dengan sesetengah perkara. Kalau siswi tak pakai tudung labuh, pakai seluar slack (tapi still tutup aurat) dan lain-lain lagi, mesti diorang ni akan dianggap antara pelajar-pelajar yang nakal dan susah untuk nak ajak pi program. Kalau yang siswanya pulak, kalau ada  yang hisap rokok, penampilan tak kemas, suka sangat nak konfront dengan HEP, sure diorang ni akan masuk dalam list 'rebel' dengan pihak HEP terutamanya. Tapi bila ana bertugas di KL, berjumpa dengan ramai ikhwah yang buat kerja dakwah ni, dan jumpa juga dengan bekas pensyarah yang mana kalau sebelum ni amat strict, tapi di KL berubah dan tak sama macam dulu. Bahkan manusia-manusia yang nakal dan rebel macam di kolej tu la dok ikut sekali dalam program-program tarbiyyah pensyarah ni, maka telah membuka mata ana bahawasanya persepsi awal yang negatif yang diberikan pada individu tertentu itu sebenarnya boleh menyebabkan penyebaran kerja-kerja dakwah ni terbantut dan terbatas. Akhirnya menjadikan ana pada hari agak lebih open bila berhadapan dengan manusia-manusia yang macam ni. Tapi open ana still yang ada batasnya."


"Kalau nak pikir balik, memang betul sebenarnya. Kita tak boleh sesuka hati untuk menilai manusia tu dari luaran semata-mata. Mesti ada penjelasannya. Mesti ada sebab kenapa diorang nakal, mesti ada sebab kenapa pakai macam tu, mesti ada sebab kenapa payah sangat nak join program. Setiap perkara mesti ada sebabnya. Kalau kita tak jelas tentang sebab ni, dan akhirnya kita pun letak penilaian yang negatif pada seseorang, maka takkan sampailah kebaikan yang kita nak bawa tu kat diorang. Seolah-olah penilaian negatif tu akan menjadi dinding antara kita dengan diorang. Nabi dulu pun tak nak pilih-pilih orang nak sampaikan dakwah ni. Dakwah Nabi sampai pada semua orang."

"So ana kita pun kena check balik, adakah kita terlalu mudah letak persepsi negatif pada orang atau sebaliknya. Kalau ye, maka kita ubah sekarang. Kerana kita menyakini, selagi takde bukti yang kukuh untuk kita buat penilaian negatif pada seseorang, selagi tu kita kena berbaik sangka. Kena letak dalam kepala, kerja dakwah untuk bawa kebaikan kena sampai pada semua orang, sebelum kita nak nilai seseorang tu jahat atau pun nakal" - jawapan yang juga telah diolah untuk disesuaikan bagi paparan dalam blog ni.

Jawapan korang macaman?