04 December 2010

Kursus Bahasa Inggeris Untuk Lepasan SPM

AGENDA MEMPERKASA BAHASA DAN JATI DIRI

SIRI 1/11 (Bahasa Inggeris)

TEMPAT:

1. KAMPUS KOLEJ JAIPUTRA KEM KIJANG, PCB, KOTA BHARU.
TARIKH: 2 JANUARI HINGGA 27 JANUARI 2011

2. PEJABAT WILAYAH KOLEJ JAIPUTRA KOTA KINABALU, INANAM.
TARIKH: 15 JANUARI HINGGA 9 FEBRUARI 2011


Tasawur Kursus


Budaya negatif dikalangan rakyat Malaysia khasnya belia-remaja seolah-oleh berpolar. Gejala remaja rempit, ragut, pecah rumah, buang anak seolah-olah dijuarai dan dikepalai oleh Bangsa Melayu. Begitu juga kelemahan akademik terutamanya Mata Pelajaran Bahasa Inggeris di luar bandar, rata-rata dijuarai oleh orang Melayu. Dada-dada akhbar terus memaparkan tragedi-tragedi terhadap bangsa tersebut. Andaikata tragedi ini terus berkembangbiak dalam diri kaum tersebut dan kita tetap gagal membendung atau hanya dengan sekelumit kejayaan ketimbang kegagalan, kita khuatir, mungkin bala yang lebih besar kepada bangsa ini akan ditimpakan Allah.

Sila klik tajuk untuk maklumat lanjut...


Budaya mesti ditangani dengan budaya. Tingkahlaku bejat yang dominan dalam sesuatu atmosfera mesti ditekan. Untuk memadam mungkin tidak. Setidak-tidaknya kita usahakan membina atmosfera lain. Kita mampu untuk membina biah solehah di kalangan mereka yang soleh-solehah di dalam masyarakat yang bejat. Biah solehah ini nantinya menarik rahmat dan hidayah Allah, sehingga atmosfera solehah ini berjaya menekan atmostera yang bejat.

Pembinaan biah solehah ini tidak mungkin berlaku dengan satu atau dua individu. Mereka perlukan jumlah yang ramai bagi membina kekuatan. Masa juga memainkan peranan terhadap individu yang baik, jika satu julat masa yang lama terkeluar dari atmostera yang baik ini maka, kemungkinan juga ia menjadi resam lalang. Oleh itu kita tidak khairan jika ada ibubapa yang tidak percaya anak gadis mereka mengandung luar nikah, kerana anak mereka itu bekas pelajar sekolah agama, mendapat bimbingan warden, ustaz dan ustazah di asrama, bertudung labuh dan bersetokin. Kejadian ini berlaku kerana biah jahat (dolalah) masuk kedalam jiwanya melalui handphone dan internet.

Ramai antara kita mencari tempat untuk membesarkan anak dalam suasana solehah. Bagi yang masih bersekolah, sekolah Agama, Integrasi dan Sekolah Islam swasta jadi pilihan. Namun apabila sampai ke peringkat universiti atau Kolej ramai dikalangan kita kurang sedar bahawa gelora budaya lebih kuat di sana. Di sana mereka jauh dari pandangan ibubapa, mereka dikelilingi rakan taulan dan yang paling kita geruni ialah mereka sedang di selubungi etmosfera Hedonisma, sedangkan umur mereka berada pada tahap ‘semangat’ yang optima.

Sementara itu kelemahan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris amat ketara berlaku dikalangan peserta Melayu luar bandar. Ini amat menjejaskan banyak peluang yang boleh mereka terokai baik semasa di menara gading atau ketika berkerjaya. Peluang untuk mendapatkan peluang pekerjaan dan kenaikan pangkat mungkin menghadapi laluan sukar kerana calon tidak mahir berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, walaupun hakikatnya cerdas pemikiran dan bernas idea mereka.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah kurang memberikan kelebihan kepada peserta luar bandar. Guru yang kurang terlatih, kurang mahir dan kurang bermotivasi diberikan tugas mengasuh pelajar untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.
Oleh itu Kolej JAIPUTRA mengorak langkah, berbekalkan kepakaran, kemahiran dan kekuatan sedia ada mensajikan program ‘Pemerkasaan Jatidiri Belia’ juga menyediakan platform bagi mengumpul dan membina takungan soleh dan musleh. Program ini adalah gabungan dua agenda dalam satu program iaitu;

a. Pemerkasaan Bahasa bagi tujuan meningkatkan jatidiri di IPT dan persediaan memasuki alam pekerjaan.
b. Pemerkasaan Sahsia bagi meningkatkan jatidiri sebagai seorang muslim mukmin. Sentiasa memegang nilai-nilai keimanan dalam semua tindak tanduk kehidupan. Atau jika kurang kekebalan tersebut, mampu mencari rakan yang sekufu bagi membina biah solehah



1. SINOPSIS KURSUS

Program ini didahului dan ditamatkan dengan aktiviti pemerkasaan Jatidiri, manakala pada pertengahannya adalah aktiviti pemerkasaan Bahasa. Tiga hari pada minggu pertama disajikan dengan agenda mengasah dan memperkasa minda, dengan tajuk Ini Sejarah Kita (ISK). Aktiviti ini akan memakan masa selama 3 hari dengan penekanan terhadap kemampuan Bangsa Melayu membina tamadun dan kemuliaan berlandaskan kefahaman dan pengamalan kehendak-kehendak Agama Islam. Dua hari pada minggu terakhir akan di laksakana aktiviti Keindahan BersamaMu (KBM). Aktiviti ini akan mendedahkan hasrat, harapan dan cita-cita ibubapa terhadap anak-anak, tetapi yang tidak dapat dimengerti oleh anak-anak. Program high impak ini akan memberi kesan yang mendalam kepada ibubapa, seterusnya memberikan kepercayaan kepada pengganjur untuk mengatur urusan pengajian dan pentarbiahan anak-anak mereka. Jika ibubapa dan anak mereka bersetuju, maka alumni program ini akan dipantau dan disalurkan kepada aktiviti keagamaan yang akan membentuk ESQ mereka. Mereka akan diserah kepada ibubapa angkat.

Pemerkasaan bahasa dilaksanakan dengan konsep Liberal Arts, suasana gembira, ceria diaruhkan. Peserta dilatih merangsang diri sendiri untuk maju dan berjaya.
Silibus pengajaran dan pembelajaran diolah supaya pengajaran teori di kelas hanya sekitar 10-15% dari masa yang peruntukan. Peserta akan mengalami keseronokan mempelajari dan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Oleh yang demikian peserta akan terbiasa berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dalam urusan seharian ketika bermain di padang atau sedang dibuai mimpi.



2. OBJEKTIF KURSUS:

a. Memperkasakan kemahiran berbahasa Inggeris dan Arab, salah satu atau kedua-duanya sekali di kalangan bakal Mahasiswa dan memperkasakan kemahiran berbahasa Inggeris kepada bakal tenaga kerja pelbagai sektor pekerjaan.

b. Memperkasakan jatidiri dan mempersisapkan diri dengan budaya mahasiswa IPT dan alam pekerjaan.

c. Memperkasakan jalinan perhubungan antara anak dan ibubapa. Program ini disusun untuk membuka ruang kepada anak dan ibubapa menjadi ‘sahabat’ yang baik.

d. Member peluang peserta mempamerkan dan mengetengahkan potensi diri sehingga boleh ditawarkan bekerja sambilan untuk siri seterusnya di negeri-negeri darimana mereka datang yang telah dirancang dari bulan Februari hingga Jun dengan elaun pokok sebanyak RM 1,000.

e. Membina rangkaian tarbiah dikalangan alumni program ini apabila mereka menyambung pengajian di IPT selain JAIPUTRA.

f. Mendedahkan peserta kepada Kolej JAIPUTRA, mengenai sistem tarbiahnya, sistem akademiknya dan lain-lain sistem yang unik yang mungkin sukar ditemui di IPT yang lain. Pengalaman ini berguna kerana alumni program ini akan bertebaran di seluruh Malaysia dan mereka bakal menjadi juru bicara kepada JAIPUTRA. (cth. Sekiranya mereka menyambung pesertaan di Matrikulasi, merekalah yang menjadi penasihat kepada rakan yang enggan meneruskan pengajian di Matrikulasi dan berkemungkinan tempat yang paling sesuai adalah JAIPUTRA).

g. Mengumpulkan takungan peserta dalam bidang yang sama-sama mereka minati, dengan itu dijangkakan mereka mampu membina biah solehah sebaik sahaja mereka mendaftar di IPT yang dipilih pada hari yang pertama lagi.


3. KEISTIMEWAAN PROGRAM SIRI 1/11

a. Alumni program siri ini amat bertuah kerana mereka adalah kumpulan pertama dan akan ditawar menjadi pembantu Motivator slot ISK dan KBM.

b. Berpeluang untuk ditawarkan menjadi Fasilitator Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris bergantung kepada prestasi yang dinilai.

c. Berpeluang untuk mendapat elaun sekurang-kurangnya RM 1,000 sebulan dengan beberapa insentif lain.

d. Berpeluang memenuhkan masa cuti selama 5 bulan sehingga awal Julai dengan aktiviti yang berfaedah, mendatangkan pulangan wang dan bernilai ibadah.

4. Yuran

RM 1,000.00 untuk satu bahasa selama 1 bulan
(B. Arab=RM1,000/bln, B.Eng=RM1,000/bln)

Diskaun Untuk sesi 1/11 sahaja. (sesi yang lain akan dimaklumkan kemudian)

a. Diskaun 75% akan diberikan kepada;
i. Peserta yang mendaftar dan membuat bayaran pada 25 Nov hingga 5 Disember 2010 (11 hari)
ii. Memperolehi Voucher diskaun 75% dari kakitangan Kolej semasa aktiviti pameran dan jualan.
iii. Mendaftar dan membayar deposit pada hari Taklimat/Preview.

b. Diskaun 50% akan diberikan kepada yang mendaftar pada 6 – 12 Disember (7 hari).

c. Diskaun 25% akan diberikan kepada yang mendaftar pada 13-30 Disember (17 hari)

i. Bayar melalui ATM kepada Akaun Kolej JAIPUTRA.
1. Bank Islam: 0302 7010 0321 01
2. Eon Bank: 0545 1100 0588 5
3. MAY BANK ke akaun INTISAR TRAINING AND CONSULTANCY: 5624 1400 3039

ii. Sila Fax ke 09-7743006:
a. Salinan kad pengenalan muka hadapan,
b. Slip bayaran (bank)
c. Nama peserta dan no. tel/hp
d. Nama penjaga dan no. tel/hp

iii. Sila susuli kepada Pn. Suhana untuk pengesahan penerimaan di talian 09-7747449

iv. Atau;
a. email ke cikgubat@yahoo.com semua maklumat di atas dan
b. Sms notis pemberitahuan kpd 013-9817453

Nota:
a. Bagi peserta yang membayar awal, yuran pengajian tidak akan dikembalikan sekiranya gagal menghadiri kursus. Perubahan tarikh dan lokasi kursus boleh dipertimbangkan, penggantian dengan peserta lain dibenarkan.
b. Resit rasmi akan diserahkan di kaunter pada hari pengesahan kehadiran.
c. Kos yang disebutkan di sini hanyalah TUITION FEE sahaja.

Berikut adalah anggaran kos tambahan yang perlu disediakan oleh penjaga kepada peserta kursus;

Anggaran
Kos tambahan yang ditanggung sendiri oleh pelajar/ibubapa mengikut lokasi untuk makan, asrama dan insuran adalah;

Kota Bharu RM 300-400 sementara;
Kota Kinabalu RM 550-700.

1. Kos sarahidup di Kota Bharu adalah sangat sederhana.
2. Asrama tidak diwajibkan, pelajar bebas memilih untuk tinggal di asrama yang disediakan ataupun tidak.


Untuk sebarang kemusykilan sila hubungi;

1. Kota Bharu: Cikgu Bat di talian 013-9817453 atau
2. Kota Kinabalu: Hj Nicholas Sylvester di talian 019-3335549

No comments: