26 December 2010

Aaaarrggghhhhh.... tension giler

Satu peristiwa yang aku nak kongsikan bersama dengan pembaca semua, tentang apa yang berlaku hari ni (26/12/2010). Mungkin akan ada yang anggap peristiwa ni kecik je, tak perlu heboh-heboh pun, tapi aku tak kisah. Ikut la nak anggap macamana pun. Yang pasti aku nak kongsikan jugak dan jika ada kebaikan darinya, so korang ambil dan jadikan pedoman. Tapi kalau ada kesilapan dan kekurangan, aku mohon Allah ampunkannya.

Peristiwa ni berlaku pada aku, pada hari yang disebutkan di atas, pada waktu solat zohor di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan. Aku yang baru selesai meeting IKRAM Kota Bharu, terus ke Masjid Muhammadi untuk solat zohor, memandangkan waktu dah masuk. Sampai je sana, aku terus berwudhuk dan terus ke dewan solat. Kebetulan jamaah baru mula solat, dan kebetulan waktu nak masuk dalam saff, saff depan dan penuh, dan aku pun buat la saff baru bermula dari tengah (selari dengan belakang imam). Aku pun solat dan ada jamaah lain yang dok sambung saff yang aku mulakan. Tapi dalam masa yang sama, aku perasan ada jamaah lain yang tak masuk saff dari tengah, tapi masuk dalam saff mula dari tepi. Dan saff tu terus dimasuki oleh jamaah. Dalam keadaan macam tu, aku tak kisah sangat sebab aku yakin, saff yang dibuat lain yang mula dari sebelah tepi tu, akan sambung jugak dengan saff aku. Tapi amatlah malang, bila tinggal sorang je lagi yang boleh masuk dalam saff tu (kebetulan sebelah kanan aku) takde sorang pun yang masuk, bahkan diorang buat saff lain pulak kat belakang aku.

Apa lagi, start dari tu, aku terus tak khusyuk solat. Tak khusyuk bukan sebab dok mikir hal-hal dunia, tapi tak khusyuk sebab dok mikir, apasal takde orang yang masuk saff sebelah kanan aku. Dan orang yang dok ada sebelah kanan aku pulak, apasal tak rapat kat aku. Terus aku tak khusyuk, sampai tahap aku rasa berdebar-debar dalam hati. Dalam kepala dok pikir, nak je cuit orang sebelah untuk rapat kat aku. Dok pikir jugak, lepas je solat, nak tanya ngan orang sebelah dan belakang, apasal tak rapat dan tak masuk saff depan dia. Dok pikir jugak, macam nak je berdiri dan sound direct kat jemaah pasal isu saff ni. Dok pikir juga, lepas solat, jumpa imam, dan buat report. Ni la dia benda-benda yang dok main dalam kepala aku, hanya kerana ada ruang kosong kat sebelah kanan aku.

Habis je solat dan zikir sikit-sikit, aku terus pi jumpa imam, salam-salam dulu. Then aku pun sebutlah kat dia pasal saff ni. Aku pun bagitau la kat dia, yang aku dah perahati lama dah, yang masalah saff ni dah lama sangat. Seingat aku, first time aku jejakkan kaki kat Kelantan ni tahun 1995 dulu, kes saff tak sempurna ni Masjid Muhammadni ni antara yang aku paling ingat sampai ke hari ni. Mula-mula macam agak buruk sangka sikit pada imam, sebab tak main peranan dia untuk jaga kesempurnaan solat berjamaah, tapi akhirnya dia sendiri yang kata, perkara tu memang dah lama berlaku, dan pihak masjid pun dah lama sebut pada jamaah supaya mulakan saff dari tengah. Tapi imam kata, perkara susah nak setel sebab yang buat perangai mula saff dari tepi ni kebanyakan orang yang kurang ilmu agama. Hanya semata-mata nak selesa, atau nak solat bawah kipas, sanggup putuskan saff macam tu. So bila imam dah kata macam tu, aku pun tak boleh nak kata apa la. Just aku sebut kat imam, kalau boleh dia kena sokma ghoyak pada jamaah pasal perkara ini. Imam pun kata insya allah dia akan mention perkara ni time solat nanti dan berterima kasih kat aku sebab bagitau dia masalah ni.

Jadi ni la dia peristiwa yang buatkan solat zohor aku kali ni tak khusyuk langsung. Berdebar-debar dan dok memikir macam-macam. Aku tak boleh nak pikir kat mana problemnya sampai bolej jadi kes macam ni. Sedangkan kat Masjid Muhammadi tu, ramai je ust-ust yang dok ngajar kat situ. Takkan benda ni pun diorang tak terlintas nak bagitau pada masyarakat. Adoi.... Kalau aku ni jenis tak kisah bab-bab khusyuk ni, tu lain lah ceritanya. Tapi ni tak, aku kalau boleh nak sangat khusyuk time solat, tapi kalau dah jadi macam ni, nak cakap macamana? Sapa yang salah? Orang masjid ke sebab tak bagitau pada jamaah? Atau ahli jamaah ke sebab tak ambil berat pasal kesempurnaan saff ni? Atau aku ke sebab tak berani nak tegur direct pada jamaah yang toksey nak penuhkan saff? Aku pun tak tau nak kata macamana.

Yang pasti, aku dah luah semuanya pasal saff ni, setelah berbelas tahun aku simpan dan pendam, dengan harapan perkara tersebut boleh berubah kepada yang betul. Tapi malangnya....... hampeh, tak berubah langsung. Pada set-set Kelate yang hok dok baco blog kawe ni, pese-pese la sikik deh pado ore laing pasa isu ni. Kawe harak Masjid Muhammadi kito ni making molek soffnyo lepah ni.....

Salam.

16 December 2010

re-Post " Puasa Sunat Hari 'Asyura (10 Muharram)"

Puasa ‘Asyura iaitu puasa pada 10 Muharram adalah antara beberapa jenis puasa yang sunat dikerjakan oleh setiap orang Islam. Bahkan sesetengah ulama meletakkan hukum puasa ‘Asyura ini sebagai sunat muakkad (sunah yang digalakkan) sepertimana yang dapat diistinbatkan daripada hadis berikut:

سنن أبي داود #2442 : حدثنا عبد الله بن مسلمة عن مالك عن هشام بن عروة عن أبيه عن عائشة رضي الله عنها قالت كان يوم عاشوراء يوما تصومه قريش في الجاهلية وكان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصومه في الجاهلية فلما قدم رسول الله صلى الله عليه وسلم المدينة صامه وأمر بصيامه فلما فرض رمضان كان هو الفريضة وترك عاشوراء فمن شاء صامه ومن شاء تركه.
تحقيق الألباني : صحيح

Maksudnya: Daripada Aisyah radiallahu’anha telah berkata: Hari ‘Asyura adalah hari yang mana orang Quraisy berpuasa pada masa jahiliyyah mereka. Dan Rasullullah SAW juga berpuasa pada hari tersebut pada zaman jahiliyyah. Apabila Rasullullah SAW sampai di Madinah (hijrah), Baginda SAW masih lagi berpuasa (‘Asyura) dan memerintahkannya (puasa ‘Asyura) dikerjakan. Dan apabila difardhukan bulan Ramadhan dengan kewajipan berpuasa, maka amalan puasa ‘Asyura diserahkan pada setiap individu samada mahu melakukannya atau meninggalkannya – Sahih

Lebih lanjut, sila klik pada tajuk...

04 December 2010

Kursus Bahasa Inggeris Untuk Lepasan SPM

AGENDA MEMPERKASA BAHASA DAN JATI DIRI

SIRI 1/11 (Bahasa Inggeris)

TEMPAT:

1. KAMPUS KOLEJ JAIPUTRA KEM KIJANG, PCB, KOTA BHARU.
TARIKH: 2 JANUARI HINGGA 27 JANUARI 2011

2. PEJABAT WILAYAH KOLEJ JAIPUTRA KOTA KINABALU, INANAM.
TARIKH: 15 JANUARI HINGGA 9 FEBRUARI 2011


Tasawur Kursus


Budaya negatif dikalangan rakyat Malaysia khasnya belia-remaja seolah-oleh berpolar. Gejala remaja rempit, ragut, pecah rumah, buang anak seolah-olah dijuarai dan dikepalai oleh Bangsa Melayu. Begitu juga kelemahan akademik terutamanya Mata Pelajaran Bahasa Inggeris di luar bandar, rata-rata dijuarai oleh orang Melayu. Dada-dada akhbar terus memaparkan tragedi-tragedi terhadap bangsa tersebut. Andaikata tragedi ini terus berkembangbiak dalam diri kaum tersebut dan kita tetap gagal membendung atau hanya dengan sekelumit kejayaan ketimbang kegagalan, kita khuatir, mungkin bala yang lebih besar kepada bangsa ini akan ditimpakan Allah.

Sila klik tajuk untuk maklumat lanjut...