Kali ni aku nak berkongsi berkenaan dengan Bukit Marak. Kalau ada sesiapa yang mengikuti aku dalam FB, aku ada mention tentang keadaan sebenar bukit ni pada hari ini.
Kenangan
Bukit Marak ni banyak kenangannya sepanjang aku berada di Kolej Jaiputra. Kalau sebagai pelajar dulu, Bukit Marak ni adalah xpdc kedua Cycling Putra yang aku join bagi aktiviti ko-k. Kami telah berbasikal bermula dari Bunut Payung, KB sehinggalah ke Bukit Marak, atas lagi dari kawasan Binjai (tak ingat nama kawasan tu excactly). Xpdc yang diketuai oleh En. Azhar Mohamad (la ni bekerja di SUK Kelantan) telah membawa kami mengenali dan mendapat input tentang lagenda Puteri Sa'adong serta dapat menghayati keindahan alam yang sungguh menenangkan jiwa (walau dalam keletihan). Xpdc ni membawa kami meredah hutan belukar, mendaki batu-batuan yang beraneka rupa dan bentuk, menyusuri denai yang dipagari dengan lalang setinggi semeter lebih serta meninjau kawasan pertanian dan kampung dari kedudukan di puncak bukit. Itulah semua kenangan sebagai pelajar, dan juga sebagai pengajar (2007) dengan maksud maksud ingin berkongsi dengan mereka apa yang telah aku (kami) lalui dahulu.
Realiti
Pada hari, keadaan Bukit Marak cukup mengejutkan. Masakan tidak, apabila sampai sahaja di kaki bukit, terpampang depan mata betapa kawasan bukit tersebut telah ditarah! Dengan cuaca yang panas, keadaan bukit yang telah ditarah itu menambahkan lagi kepanasa. Dan aku juga makin bertambah panas bila aku perhatikan, bukan setakat di kaki bukit, bahkan sampai ke atas habis pokok ditebang dan tanah diambil dengan rakus. Kali terakhir aku ke bukit ni, ialah pada 27 Mac 2010. Hanya dipisahkan beberapa tahun (2007-2010) telah berlaku perubahan yang amat ketara, sehingga aku berasa seolah-olah bukit tu bukan lagi seperti Bukit Marak yang pernah aku daki dulu. Dan yang aku sukar nak terima apabila aku dapat tahu, kegondolan kawasan bukit tu adalah kerja sebuah syarikat, Zinie Enterprise, Pembekal Tanah Tambun, Bukit Marak (maklumat ni aku dapat bila ada sebuah pajero perhatikan kami sewaktu kami buat survey di kaki bukit). Memang kaw-kaw mereka mengorek tanah kawasan bukit ni. Sampai satu peringkat, aku rasa macam nak buat aduan je kat Karam Singh Waliah dalam rancangan Aduan Rakyat. Cerita banyak tak guna, tengah je la gambar-gambar ni....
p/s: kepada x-KJ yang pernah ke Bukit Marak, apa yang korang rasa? Dan nak buat macamana ni..?
3 comments:
Saya pun panas hati dgn bukit marak.
Tuan rumah..saya minta copy gambar ye tu buat artikel pasal bukit marak..
Geram..grrrrr.
wat je aduan ustaz if tol2 diorg ni wat kerja haram..bikin panas je..dh berubah sgt2 ngn pe yg kita lawati dulu..~azman~
ana pernah sms pada wakil sinar harian bagi kawasan yang berdekatan dengan area bukit marak ni. wakil tu perempuan. dia kata dia akan try siasat. tapi sampai la ni, habuk pun takde berita pasal bukit marak ni dalam paper sinar. ke nta boleh buat something?
Post a Comment