24 September 2008

Ramadhan ALL-OUT

Ramadhan tinggal beberapa hari je lagi. Jom kita sama-sama pulun sementara waktu dan peluang masih ada. Waktu ni la kita kena all-out habis-habis untuk rebut peluang tambah pahala di 10 malam terakhir ni. Sekarang ni bukan 10 malam dah, hanya tinggal beberapa malam je lagi. So... mari sama-sama kita ALL-OUT untuk Ramadhan kali ni.

18 September 2008

18 Ramadhan... Cukup ke ha?!

Sekarang ni, dah masuk hari ke 18 dalam bulan Ramadhan, iaitu fasa kedua dalam 3 fasa yang terdapat dalam bulan mulia ni. Fasa yang disebut sebagai fasa yang diberi keampunan kepada mereka yang beribadah.

Dah sampai pada 2/3 Ramadhan ni, dah sampai mana ibadah yang aku dah lakukan?

- Sunat Tarawih : Alhamdulillah setakat ni tak pernah tinggal. Mostly secara berjamaah, tapi ada juga dibuat bersendirian di rumah. Paling banyak yang dibuat adalah 8 rakaat, 20 rakaat tak pernah lagi setakat ni untuk tahun ni. Cukup ke ha?!

- Tilawah al-Quran : Sekarang dah sampai ke juz 14, ketinggalan 4 juz dari yang sepatutnya. Pada awalnya, ok. Tapi kebelakangan ni, jadi slow sikit. Tak tau apa penyebabnya. Setakat ni hanya baca sahaja. Tadabbur tak sempat lagi. Cukup ke ha ?!

- Qiamullail : Qiam waktu nak sahur ada la. Tapi qiam dengan erti kata khusus untuk solat tahajjud dan solat sunat lain tu, tak buat lagi. Cukup ke ha ?!

- Sedekah : Tak terbuat lagi. Ingatkan bila dapat gaji lebih sikit untuk bulan ni, boleh la spend sikit untuk buat sedekah. Tapi bila macam-macam terjadi, kepala ni jadi sedikit runsing pasal duit. Akhirnya, nak bersedekah pun jadi macam sedikit terbatas. Patut ke dan cukup ke ha ?!

- I'tikaf masjid : Tak buat lagi. Walaupun ibadah ni digalakkan sepanjang bulan Ramadhan, khususnya pada 10 malam terakhir, tapi masa macam takde je. Rasa macam tak sempat je. Satu lagi, rasa malas nak keluar malam-malam tu rasa kuat sangat. Tarikan yang ada kat rumah cukup kuat. Bila nak keluar ha dan cukup ke ha ?!

- Kerja dakwah : Patut bulan jadi bulan untuk lebih lagi bergiat untuk ajak orang kepada kebaikan. Walaupun semalam sempat juga bagi tazkirah lepas tarawih pada jamaah di surau, tapi, cukup ke tu ha ?!

Jadi kesimpulannya, cukup ke amalan ibadah aku setakat ni ha ?! Agak-agak semua tu Allah terima ke nanti? Boleh cover ke semua tu untuk kesilapan yang aku pernah buat sebelum ni ? Aku pun tak tahu. So korang macamana ?

15 September 2008

Ujian Ramadhan

Orang ramai berkata, bulan ramadhan ni adalah bulan ujian. Tapi ujian yang macamana? Ujian untuk tidak makan dan minum sahaja di siang hari? Atau ujian mengekang hawa nafsu amarah dan lawwamah dari bermaharajalela dan menguasai diri? Ujian mata dari melihat perkara munkar? Ujian telinga dari mendengar perkara munkar? Ujian mulut dari berkata perkara munkar? Ujian kaki dari melangkah ke tempat yang munkar? Ujian tangan dari melalukan sesuatu yang mungkar? Ujian fikiran dari memikir sesuatu yang tidak selaras dengan agama? Atau ujian yang bagaimana?

Jawapannya, anda sendiri yang tentukan. Andai anda rasa teruji dengan suatu perkara, maka benarlah anda sedang berada di dalam ujian. Jika tidak, maka periksa diri anda...

Bagi saya.... 14/9/2008 adalah hari yang benar-benar menguji saya. Ujian yang menimpa atas seluruh batang tubuh saya, fizikal, mental dan perasaan. Dalam keadaan saya dan keluarga bersama rakan-rakan yang lain sedang tenang dan gembira berada bersama di majlis berbuka, secara tiba-tiba sahaja keadaan tadi berubah apabila Allah memberi saya satu ujian yang saya tidak pernah alamai sebelum ini.

Umpama 360 darjah, bertukar suasana saya sebelum dan selepas berbuka puasa. Maha suci Allah, begitulah keadaannya jika Allah ingin menguji kita. Tanpa kita sangka, maka ujian berlaku pada kita dalam sekelip mata.

Ada antara kita yang gagal dalam menangani ujian tersebut. Akibatnya, kita terperangkap dalam dosa akibat kegagalan kita tersebut, dapat "dosa free". Fikiran - pelbagai andaian negatif dan syak wasangka kita pada orang lain serta keluarnya andaian-andaian "kalau", mulut - bermacam bahasa yang kurang elok keluar dari mulut kita, tangan - menjadi ringan untuk digerakkan bagi melepaskan amarah, begitu juga kaki.

Jadi saya bagaimana? Alhamdulillah, dalam hati saya, doa mohon diberi kekuatan tak pernah lepas saya harapkan. Doa memohon diberi kekuatan kesabaran, kekuatan fikiran agar sentiasa positif, kekuatan hati agar tetap tenang, kekuatan-kekuatan luaran agar orang lain memahami dan dapat membantu.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Satu-satu perkara dapat saya selesaikan. Alhamdulillah juga, ujian yang Allah berikan ini berlaku di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Harapan saya, agar ujian yang menimpa saya, dapat memberikan extra pahala buat saya, isteri saya, dan sahabat-sahabat sayan yang sudi membantu saya pada waktu tersebut.

Alhamdulillah....

10 September 2008

Puasa Tapi Tidak Puasa (???)

"Puasa, tapi macam tidak puasa", atau "Puasa, tapi tidak puasa". Anda pilihlah salah satu dari kedua-dua frasa berikut, atau anda memilih kedua-duanya sekali, atau anda menolak kedua-duanya. Tapi inilah dia frasa yang saya rasa perlu kita renungkan sedalam-dalamnya di saat kita sedang berada di bulan Ramadhan yang mulia ketika ini.

Saya kira, pasti anda dapat meneka, apa maksud yang cuba saya lontarkan di dalam posting ini.... Ya betul, suasana yang berlaku yang kita dapat lihat dengan mata kepala kita sendiri pada ketika ini. Bagaimana kita boleh melihat pada hari ini, kemungkaran masih lagi berlaku di sekeliling kita dalam kita sedang berpuasa. Bagaimana kita masih boleh melihat, ramai di kalangan wanita muslim yang masih lagi tidak sempurna auratnya, sedang mereka dalam keadaan berpuasa. Bagaimana juga kita boleh melihat, bagaimana kalangan lelaki muslim yang masih lagi boleh untuk bergaul bebas tanpa batasan dengan wanita yang mahram dengannya, sedang mereka dalam keadaan berpuasa. Dan bagaimana kita boleh melihat, bagaimana ramai orang yang masih kekal dalam keadaan mereka sebelum Ramadhan yang penuh dengan perkara lagho, sedang mereka semua itu berada di dalam bulan Ramadhan. Jadi di manakah dia laungan slogan yang menyebut, Ramadhan bulan ibadah, Ramadhan bulan rahmah, Ramadhan bulan kebaikan dan pelbagai lagi slogan, sedang kita beradan dalam suasana sedemikian rupa.

Jadi saya merasakan, sudah tiba masanya (sepatutnya dari dulu lagi) untuk kita melaungkan satu lagi slogan - "Ramadhan Bulan Dakwah" - agar kita dapat gunakan kesempatan bulan Ramadhan untuk mendidik masyarakat supaya menjadi seorang yang puasa dengan sebenar-benar puasa.

Sama-sama kita fikirkan dan bertindak !

p/s: nak tengok suasana seperti di atas, korang pi la kat mana-mana bazaar Ramadhan yang dekat dengan rumah korang. Sure korang akan jumpa nanti. Silap haribulan, pahala korang dapat, dosa pun dapat !