inilah pendapatku tentang maulidurrasul. jika tersalah harap dibetulkan. jika benar harap disebarkan....
1- rupanya ramai yg tercampur aduk antara cinta Rasul dan Maulid rasul.cinta Rasul memang kewajipan yg tidak boleh dinafikan lagi. Maulidurrasul pula adalah perkara yg masih diperbincangkan ttg keutamaan melakukannya. teruskan membaca...
2- kalau kita katakan maulidurrasul itu hanyalah ceramah, ada jamuan n bacaan berzanji...saya katakan bahawa upacara itu boleh dilakukan. boleh dilakukan bukan bermaksud sunat atau wajib. ceramah adalah majlis ilmu yg amat digalakkan. jamuan pula mmg patut dibuat oleh org2 berada tanda kesyukuran mereka seperti yg selalu dibuat di zaman Rasulullah n para sahabat. berzanji pula adalah bacaan utk mengingati sirah Rasulullah. cuma alangkah baiknya org2 yg baca berzanji tu faham maksud berzanji. isi kandungan berzanji jg boleh kita pilih yg mana yg tepat dengan hadith2 sahih.
3- ada yg cepat sangat cakap bid'ah bila sebut maulidurrasul. jangan mcm tu ya akhi. kerana mulut badan binasa. sebelum mengeluarkan pendapat, pastikan kita tahu apa yg kita bincangkan dan pastikan jg kita mempunyai dalil dan hujah yg kukuh. kalau org buat ceramah agama n jamuan kemudian dinamakan majlis maulid, bid'ah jg ke? jgn bergaduh, kalau nak cerita, cerita elok2 bila dan bagaimana boleh jadi bid'ah. jgn biasakan diri dgn jawapan ringkas terutama kepada mereka yang ingin menuntut ilmu dr kita. jawab biar habis jgn tergantung ayatnya dan berikanlah cth.
4- ada pulak yg semangat sampai cakap maulidurrasul adalah tanda keimanan n tanda kita mencintai Rasulullah SAW. subhanallah. relax ya akhi. takkanlah cinta hanya digambarkan semudah mengadakan sambutan n majlis? cinta Rasulullah perlu lebih dari itu: (taat kepada perintah Rasulullah, mempertahankan diri Rasulullah dari dihina, menyayangi keluarga baginda, berselawat ke atasnya, mendalami ajarannya, berdakwah menyebarkan Islam yg dibawa oleh baginda, mencintai dirinya melebihi orang lain dll)...bagaimana dengan keadaan para sahabat yg tak pernah buat sambutan maulidurrasul? mereka kurang mencintai Rasululullah daripada kita? subhanallah. ya akhi, sabda Rasulullah : sebaik2 kurun adalah kurunku (para sahabat)..riwayat alBukhari. setakat ana tahu (wallahu a'lam) para ulama tak bincangkan (wajib atau tidak) buat maulidurrasul sebab semua masyarakat di zaman mereka (masyarakat yg dibiasakan dgn budaya ilmu), mereka tahu bahawa ia bukannya wajib. cuma sebahagian ulama sering ditanya (boleh atau tidak) oleh org2 dalam masyarakat yg melihat ada orang melakukan majlis pada setiap maulidurrasul. maka imam2 seperti Ibn Hajar, Ibn Kathir n Suyuthi cuma kata ia boleh dibuat asalkan tidak melampau seperti dalam al Hawi n Bidayah.
5- apa yg terbaik? apa yg terbaik ialah kita berusaha mendalami Islam melalui sumber2 ilmiah dan kita cuba mengamalkan Islam dalam kehidupan. itulah yg terbaik sbg bukti dan tanda kita ini umat Rasulullah yg mencintai diri baginda. sekadar buat majlis...it's not enough
6- kalau org tanya saya ttg majlis maulid, saya kata: sambut saja belum cukup. kalau org tanya lg hukumnya, saya jawab: selagi tak mewajibkan dan tak mengkritik org yg tak sambut, ia boleh. kalau dia tanya lagi apa pengisian majlis, saya beritahu: adakan ceramah ttg siapa itu Rasulullah dan tanda mencintai Rasul. masjid/surau ada duit lebih buat lah makan2. then buat follow up kuliah ttg hadith n sirah Rasulullah sama ada bulanan atau mingguan. barulah bertambah ilmu dan berterusan amalan.
so, persoalan paling penting utk kita ajar kepada masyarakat ialah: apa yg lebih baik dan apa yang dibuat oleh para sahabat. bukan persoalan (sunnah atau bid'ah) atau (wajib atau sunat). ada awlawiyyat (keutamaan) yg memerlukan kita utk berdakwah agar lebih clear dan detail, bukan menghukum semata-mata.
wallahu a'lam.
*copy paste email dari bro. Adlan..... (camne ngan badge..? hehehehe)