Tadi, sambil-sambil makan tengahari di kantin bersama-sama rakan pensyarah dan kakitangan kolej, timbul perbincangan dengan makcik kantin tentang pulut kuning. Punca timbul isu pulut kuninng ni bila makcik kantin minta diadakan solat hajat pada esok malam, dan dia akan sponsor jamuan pulut kuning. Idea untuk buat pulut kuning ni timbul apabila makcik kantin ni tiba-tiba rasa nak makan pulut kuning, memandangkan daging korban raya baru ni banyak lagi.
Bila dia mention je pasal nak buat pulut kuning ni sempena nak solat hajat, maka timbul la komentar-komentar daripada kitorang yang sedang dok makan laksa waktu. Kebetulan pulak yang dok sekali makan di kantin tu, para ustaz dan staff yang ada ilmu tentang agama ni. Apalagi, pakat kena la makcik tu pasal pulut kuning ni. Kitorang dok sebut kat makcik kantin tu, kalau nak buat majlis yang ada kaitan dengan agama ni, kenapa mesti nak buat makan dengan pulut kuning? Kalau dengan makanan lain tak boleh ke? Kalau nak buat pulut jugak, kenapa tidak dengan pulut selain warna kuning? Buat warna lain, contohnya warna merah ke? Warna hijau ke? Ataupun warna lampu isyarat ke? Atau lain-lain warna?
Info yang aku dapat hasil dari komenter dari staff tu, warna kuning ni sebernarnya ada value yang tersendiri dalam kefahaman masyarakat melayu nusantara sejak dari dulu lagi. Nak khatam quran, kena buat pulut kuning. Nak buat majlis pernikahan kena ada pulut kuning. Nak khatan pun nak kena ada pulut kuning. Apatah lagi kalau dalam bab pemujaan, pulut kuning tu adalah satu kemestian. Why?
Aku sendiri pun, bila dengar info-info yang macam ni, ada betulnya jugak. Seolah-olah warna kuning ni dah menjadi semacam aqidah dalam masyarkat kita tentang keperluannya dalam melakukan perkara-perkara tertentu. Contohnya makcik tu ada sebut, orang akan mempertikaikan kita, kalau mana-mana pengantin yang tidak menyediakan pulut kuning semasa majlis kahwin tu. Apa yang boleh aku nampak dari contoh tadi, memang ada kebenarannya bahawa unsur warna kuning telah menjadi satu kepercayaan yang bagi aku, perlu diperbetulkan semula.
Meleret dari perbincangan tu, telah membawa kepada perbincangan pada sub-topik yang lain, antara tentang isu jampi air tawar dengan bacaan al-quran tertentu atau dengan doa tertentu atau dengan ibadah tertentu. Dibincangkan jugak tentang makna perkatan DULI (thuli - bahasa sanskrit) yang baru aku tahu maksudnya adalah debu di bawah tapak kaki. Dan beberapa sub topik yang lain (dah tak ingat sebab campur-campur).
Ala kulli hal, aku tak nak komen sangat tentang perkara yang dibincangkan, sebab bagi aku, orang yang dah faham tentang salah satu muwasofaat fardu muslim itu - Salim al-Aqidah, patut dah jelas tentangnya. Ikutan kita yang terbaik itu adalah apa yang telah diajarkan oleh al-Quran dan Rasulullah saw, para sahabat ra dan salafussoleh. Tapi yang pasti, 'gege' kitorang tu memang satu yang menarik dan boleh beri faedah buat kitorang terutama buat makcik kantin. Semoga lepas ni ada lagi 'gege-gege' yang bermanfaat macam ni.