29 July 2010

Posting via Ubuntu 10.04

Assalamualaikum

Rasanya dah lama aku tak posting dalam blog ni menggunakan Ubuntu. Selalunya aku guna pc lain untuk kerja dan juga untuk melayari internet. PC aku yang satu lagi ni,  yang menggunakan Ubuntu as operating system, aku akan guna bila nak update sahaja. Cuma kali ni tetiba terlintas nak post dalam blog tentang ubuntu, seperti yang sebelum-sebelum ni.

Sekarang ni, pc (yang aku tengah gunakan ni) ni menggunakan Ubuntu 10.04 LTS - Lucid Lynx. Setakat guna os ni, takde masalah yang timbul. So far so good. Tambah pulak, bila mengikuti perkembangan sumber terbuka ni, terutama ubuntu, memang tengah rancak dengan pelbagai teknologinya yang terkini. Cumanya, aku la ni hanya sekadar boleh godek gitu-gitu je ubuntu ni, takde masa sangat nak bagi tumpuan lebih untuk mendalami ilmu open sources ni. Tapi  dalam peranangan aku, kalau ada rezeki untuk aku beli laptop, memang aku target untuk install ubuntu dalam laptop tu, sambil promosi ubuntu dan sistem terbuka ni dalam masyarakat.

So untuk yang baca blog tak seberapa aku ni, aku kongsikan wallpaper desktop ubuntu aku, Ubuntu 10.04. Jumpa lagi....


28 July 2010

KONSISten

6 Hak Muslim Ke Atas Muslim Yang Lain

Bahan kuliah maghrib di asrama siswa semalam (26/7/2010) adalah hadis sahih di petik dalam kitab Bulugh al-Maram :

Daripada Abu Hurairah r.a telah berkata, bahawasanya Rasulullah sallahualaihiwasalam telah bersabda: "Hak muslim ke atas muslim (yang lain) enam perkara;
1) apabila kamu bertemu dengannya, maka berilah ucapan salam kepadanya,
2) apabila dia menjemput kamu, maka (berikan) jawapan (respond) atas jemputannya,
3) jika dia meminta nasihat dari kamu, maka nasihatilah dia,
4) jika dia bersin, jawab dan doakan (kesejahteraan) padanya,
5) jika dia sedang sakit, maka ziarahilah dia
6) jika dia meninggal dunia, maka iringilah (jenazahnya) ke perkuburan"

Sama-samalah kita mengambil faedah dari hadis ini.

20 July 2010

Hamba yang mendapat rahmat Allah (عباد الرحمن)

Hasil dari daurah pada minggu lepas, berikut adalah ciri-ciri seorang manusia yang mendapat rahmat dari Allah swt (al-Furqan 61-77):

1- Bersifat tawadhu' dan merendah diri
2- Bersifat pemurah dan lembut hati
3- Sentiasa mendirikan solat malam (qiamullail)
4- Sangat takut dengan ancaman dan bahaya azab neraka
5- Bersederhana dalam melakukan perbelanjaan
6- Tetap dengan ikatan tauhid dan beristiqamah dengannya
7- Tidak melakukan pembunuhan dengan cara memuliakan kehidupan
8- Menjauhi perbuatan zina, melakukan taubat dan seterusnya beramal soleh
9- Tidak melakukan sumpah palsu
10- Meninggalkan perbuatan sia-sia dan lagho
11- Tidak mengendahkan peringatan dari ayat-ayat Allah apabila diperingatkan dengannya
12- Mendoakan kebaikan bagi isteri dan anak serta keluarga

Jadi, marilah kita bersama-sama berusaha agar kita dapat memenuhi ciri-ciri ini, dan seterusnya tergolong dari kalangan IBADURRAHMAN

14 July 2010

Lama membisu....

Entah kenapa, setelah hati ini ditolak-tolak untuk mencatatkan sesuatu dalam blog ni, baru hari ini dan saat ini, hati tergerak untuk menulis dan seterusnya menjana tenaga-tenaga di jari jemari untuk menaip sesuatu. Kenapa? dan kenapa? Aku sendiri pun tidak tahu mengapa.....

Tetapi apa yang pasti, sepanjang kebisuan blog ini, banyak perkara-perkara yang telah berlaku di sekeliling aku. Perkara penting, perkara peribadi, peringatan, lontaran pemikiran, keinginan untuk berkongsi... semuanya telah bermain dalam pemikiran. Cumanya semua perkara tersebut tidak dapat dicoretkan di dalam blog ini. Kenapa? dan kenapa? Aku sendiri pun tak tahu mengapa...

Pelancaran IKRAM, isu-isu kemasyarakatan, isu-isu politik, santapan fikri dan aqli, kehidupan sehari-hari.... terlalu banyak yang telah berlaku, dan ingin dikongsikan bersama. Tetapi tidak juga terkongsikan. Kenapa, dan kenapa? Aku pun tak tahu mengapa...

Harapnya, blog aku yang tak seberapa ni dapat diteruskan. Walaupun update nya tidak seberapa, dan walaupun pembacanya pun, entah berapa, aku harap masih boleh berkongsikan sesuatu dalam blog ini. Aku harap juga, dengan tidak sebarapanya blog ini, aku masih boleh mendapat ganjaran pahala lantaran faedah-faedah yang boleh dikutip daripadanya, walaupun sedikit. 

Doakan aku terus kuat untuk berblog...!!! 

Bersegeralah melakukan amal soleh

عن أبي هريرة رضي الله عنه، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : " بادروا بالأعمال الصالحة، فستكون فتن كقطع الليل المظلم، يصبح مؤمنا ويمسي كافرا ويمسي مؤمنا ويصبح كافرا، يبيع دينه بغرض من الدنيا " رواه المسلم

Daripada Abi Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah saw telah bersabda: " Bersegeralah kamu (beramal) dengan amal-amal soleh, akan terjadi fitnah (masa akan datang) seperti sebahagian malam yang gelap gelita, pada waktu pagi (seseorang itu) sebagai mukmin, pada petangnya menjadi kafir, pada petangnya mukmin, pada paginya menjadi kafir, (orang akan) menjualnya agamanya dengan harta dunia " Riwayat dari Imam Muslim 

+ + Sama² kita renungkan.... + +