29 January 2010

Wallpaper Clock

Setelah beberapa ketika tidak ber'Ubuntu' dek tugasan yang baik yang memerlukan ianya dilakukan dengan pc satu lagi, maka kali aku dapat kembali guna pc Ubuntu aku.

Pada awalnya, cadangan nak guna pc ni sebab pc Ubuntu aku sebelum ni ada masalah sewaktu aku guna di rumah. Jadi bila aku try di pejabat, dengan menggunakan papan kekunci serta tetikus di pejabat, pc Ubuntu aku boleh run macam biasa. Jadi memang sah la, papan kekunci dan tetikus aku di rumah dah 'kharban'. Nak kena tukar yang baru...

Bila bermula kembali ber'Ubuntu', antara perkara yang aku explore adalah Wallpaper Clock. Sambil ber'StumbleUpon', ter'Stumble' dalam satu web yang cerita tentang wallpaper clock ni. Baca punya baca, aku dapati agak menarik. Jadi aku pun tak tunggu lama, terus cuba tutorial yang diajar tentang wallpaper clock ni.

Wallpaper clock ni merupakan salah satu aplikasi yang terdapat dalam program Screenlet untuk Ubuntu. Aplikasi ni menggabungkan wallpaper dan jam pada desktop. Tak perlu cerita banyak, di bawah adalah wallpaper clock yang aku dah setup pada desktop aku.

25 January 2010

Hayya bil Arabiah

KURSUS BAHASA ARAB
PERSEDIAAN KE IPT (DALAM & LUAR NEGARA) 
& PROGRAM PEMBANGUNAN PELAJAR

Untuk maklumat lanjut, sila klik di SINI

13 January 2010

Hidup Seorang Dai'e Ibarat Sebatang Pensil





1- Pensil digunakan di dalam kawasannya, serta bergerak mengikut kepada tangan yang menggerakkannya. Selagi mana pensil itu digerakkan di dalam kawasan yang berpermukaan kasar, maka pensil tersebut akan dapat mencoretkan sesuatu yang bermanfaat. Dan begitu juga pensil akan selama-lamanya patuh tangan manusia yang menggerakkannya. Jika tiada sesuatu yang mengerakkannya, maka sia-sialah pensil dinamakan pensil.

>> Hidup sebagai seorang dai'e mestilah mengetahui medan-medan yang dia patut berada di dalamnya, dalam keadaan mematuhi segala arahan yang diberikan. Jika seorang dai'e itu berada di dalam medan yang tidak sesuai dengan diri dan kemampuannya, maka dibimbangi beliau akan membazirkan masa tenaganya sahaja. Begitu juga, jika seseorang itu berasakan bahawa diri adalah seorang dai'e, maka dia seharus bergerak dalam keadaan ada individu-individu yang boleh memantau, memberi arahan untuk melakukan sesuatu dan yang boleh memberi peringatan sekiranya dia leka dan hanyut dalam kehidupannya. Inilah dia fitrah dalam medan amal dakwah. Dan inilah juga yang telah ditunjukkan oleh Baginda junjungan Rasulullah sallallahualaihiwasalam kepada sahabat-sahabat Baginda ridwanulullah alaihim.

2- Bagi sebatang pensil berfungsi dengan baik untuk mencoretkan sesuatu yang berfaedah, maka pensil tersebut terpaksa ditekan di atas suatu permukaan yang kasar, digerak-gerakkan sehingga kelihatan kesan coretan pada permukaan tersebut.

>> Begitulah juga keadaan seorang dai'e dalam konteks untuk menyebar kebaikan, maka beliau mestilah berhadapan dengan kesulitan dan kepayahan. Tidak ada sesuatu pun di atas dunia  yang diberikan secara percuma. Perlu ada 'give and take'. Tidak semua 'take' itu adalah perkara yang baik, tapi kadangkala ianya adalah sesuatu yang menyakitkan. Dan di dalam proses menyebarkan kebaikan itu, keadaan sebegini harus dihadapi oleh setiap 'amilun yang bekerja di dalan dakwah.

3- Pensil yang boleh dipadam sekiranya terdapat coretan yang salah atau yang tidak dikehendaki.

>> Seorang dai'e mesti bersikap terbuka dalam memperbaiki diri dari sebarang kesalahan yang telah dilakukan. Tiada seorang manusia pun yang terlepas dari sebarang kesalahan melainkan para nabi dan rasul yang ma'sum. Bahkan dengan sikap terbuka dan boleh berlapang dada apabila ditegur, maka itu antara kunci kepada kejayaan seorang rijal dalam melakukan kerjanya. 

4- Karbon pensil yang berkualiti pasti akan menghasilkan mutu tulisan yang jelas dan terang sehingga mudah untuk dibaca.

>> Antara faktor kejayaan amal seorang rijal itu adalah melihat kepada kekuatan dalamannya. Kekuatan yang dimaksudkan di sini adalah kekuatan dari sudut rohaniahnya dan keimanannya. Kekuatan dari sudut hubungannya dengan Allah. Kekuatan dari sudut melawan hawa nafsunya. Kekuatan dari sudut mentajaruddkan dirinya dari segala bentuk yang tidak haq (al-Muntalaq). Oleh yang demikian, dalam pada seorang rijal itu hendak melakukan tugas dan kerjanya, maka perlu diseiringkan juga dengan tarbiah zatiah ruhaniyyah agar dia dapat menempuh segala cabaran yang mendatang.

5- Pensil yang sentiasa boleh digunakan untuk menulis. Tidak dinamakan pensil jika ianya bukan tujuan untuk menulis.

>> Dai'e dalam kontek hendak menyampaikan dakwah, perlu melakukannya secara berterusan. Dai'e yang ingin berdakwah, tetapi tidak melakukannya, tidak sepatutnya dipanggil dai'e. Kerja dakwah adalah kerja yang berterusan. Tidak ada penghujung bagi kerja dakwah ini bagi seorang rijal kecuali setelah mati.

01 January 2010

Pertanyaan...

Kalau lah aku diberi peluang untuk bertanyakan beberapa soalan pada mereka-mereka yang meraikan tahun baru malam tadi, berikut antara soalan-soalannya :

1- Korang dah solat isyak ke? (kemungkinan besar ada yang tak solat)

2- Ramai-ramai berkumpul kat padang, tak serabut ke?  Tak takut H1N1 ke? Tak pening kepala ke?

3- Agak-agaknya la, apa faedah yang korang dapat dari sambutan tahun baru tu?

4- Kalau korang kata ada faedah, iaitu rasa gembira dan happening, takkan takde cara lain nak rasa gembira dan happening? Aku dok kat rumah rasa gembira apa, bersama isteri dan anak?

5- Kalau korang kata boleh memupuk semangat 1Malaysia, satu satu agam (seIslam) korang letak mana?

6- Agak-agak la, korang rasa dapat pahala ke bila join sambutan tu? Dengan bercampur laki pompuan nya, dengan buang masanya, dengan buat benda-benda laghonya? Boleh jadi ibadah ke sambutan yang macam tu?

7- Time korang tengah menjerit selamat tahun baru, happy new year, ada terlintas dalam kepala korang tak, bahawa korang boleh mati bila-bila masa je? Terutama kalau tetiba mati time tengah menjerit tu...?


Siapa rasa yang dia turut serta dalam majlis malam tadi, dan dia baca soalan-soalan aku ni, harap boleh jawab dan kongsikan bersama. Nak tahu juga, agaknya apa lah jawapan yang akan diberikan nanti, hmmm....