30 July 2009

KIBAR 09 & Konsis International 09

Seminggu dua ni, Kolej Jaiputra telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi dua program yang berkapasiti agak besar, iaitu yang melibatkan hampir 200 orang peserta bagi setiap program. Program yang dimaksudkan adalah KIBAR 2009 (Kursus Intensif Bahasa Arab) dan Konsis International.

Program KIBAR adalah program yang mengumpulkan sejumlah pelajar luar negara yang pulang bercuti untuk mengikuti slot-slot pengisian berkenaan bahasa Arab dan juga pengisian modal insan. Manakala Konsis International pula adalah satu program yang juga mengumpulkan sebilangan pelajar Malaysia di luar negara, dari seluruh dunia yang pulang bercuti sempena dengan musim panas (summer semeter). Program ini diadakan adalah menghimpunkan pelajar-pelajar yang terlibat sebagai penggerak bagi aktivitisme pelajar di universiti tempat pengajian masing-masing.

Diharapkan program-program yang telah dan bakal dijalankan ini (KIBAR tamat pada hari ini 30 Julai 2009 dan Konsis bermula dari 31 Julai - 2 Ogos 2009) dapat memberikan faedah semua pihak yang terlibat (termasuk aku juga), insya Allah.

23 July 2009

Tolong sebarkan!

Kisah menyanyat hati ini berlaku minggu lepas. Kisahnya begini, seorang muslimat Mesir di Jerman, Marwa Al-Sherbini, yang pada Ogos 2008 telah memfailkan saman kepada jirannya yang menggelarnya sebagai 'Terrorist', kerana beliau berhijab.Diulang, beliau digelar 'Pengganas', kerana beliau B.E.R.T.U.D.U.N.G. !!

Maka setelah mendengar hujah kedua-dua pihak pada Rabu minggu lepas, mahkamah mendapati lelaki, yakni jiran kepada Marwa tadi bersalah, dan dikehendaki membayar denda 2800 Euro.

Anda tau apa berlaku sesudah itu?

Lelaki ini telah menerkam ke arah Marwa, dan menikam mangsa 18 kali!! Ya, anda tak salah baca, memang 18 kali, dan yang paling teruk, Marwa ditikam sehingga mati, sambil beliau memeluk anaknya. Dan Marwa ketika itu mengandung 4bulan...tragis bukan?

Belum cukup tragis, ada lagi. Suami Marwar yang melihat isterinya ditikam terus menerkam ke arah lelaki tadi, dan....

......

...akhirnya suaminya juga ditikam 3 kali. Nah. Tidak cukup dengan itu, pengawal keselamatan yang 'melihat' kejadian tadi telah bertindak menembak suami Marwar. Nah...ini baru betul2 tragis.

Sekarang anda fikir, bagaimana logik seorang perempuan ditikam 18kali di dalam mahkamah, tanpa ada seorang pun yang bertindak menyelamatkan wanita ini, melainkan suaminya, yang akhirnya kerkesudahn ditembak.

Logik atau tidak anda mengambil masa hanya 1 saat untuk menikam 18 kali? Cuba anda tikam angin 18 kali, berapa lama masa yang anda ambil, tikam secepat mungkin. Malah 1 saat untuk 1 tikaman pun sukar dicapai. Maka tidakkah anda terfikir kenapa reaksi manusia di situ terlalu lembab? Bengong bukan.

Seorang pemerhati telah berkata tentang suami Marwa, "Dia bukan seorang yang berambut perang, jadi dia tentu penyerangnya." Ya, ini logik pada pandangan mereka. Tapi sesekali tidak bagi kita.




Itu isu pertama, isu kedua adalah mengapa seakannya media barat cuba menutup isu ini. Langsung tidak dihebohkan. Adakah kerana darah orang Islam tidak sama dengan daragh mereka? Ermm..logik bukan. Hanya orang yang gila sahaja percaya ini.

Mungkin ada antara yang membaca entri ini berfikir bahawa ini hanya isu kecil, mengapap erlu dihebohkan. Ada bukan? Ini bukan soal peka semata-mata, cuba anda fikir, kalau Marwa boleh ditikam 18 kali dalam mahkamah, 'tanpa disedari' maka adakah mungkin mereka2 ini menyedari pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku nun di Gaza, di Tebing Barat, di Darfur, dan yang terbaru di China. Atau ada antara anda yang masih tidak tahu saudara kita dibunuh di China. Ya, logik la sikit kalau anda tidak tahu, sebab semua pembunuhan tadi berlaku di luar mahkamah.

Sampai bila....sampai bila baru dunia harus berkata 'cukup'.

Wallahu a'lam.

Petikan dari forum Shukur.org
* tolong sebarkan kisah ni pada seramai orang yang mungkin

20 July 2009

Lemahnya aku..!

"Seorang dai'e itu, kebanyakan masanya adalah di luar rumah, untuk melakukan kerja dakwah. Tidak sepatutnya masanya dihabiskan di rumah untuk berehat" - Ahmad Rashid (Muntalaq)

"Kami di Indonesia diwajibkan untuk mencari 3 orang bagi setiap bulan. Dan perjalanan dengan berjalan kaki sejauh 10 km itu biasa bagi bertemu dengan orang" - sis Indonesia

"Kerja dakwah ni bukannya pilihan yang boleh dipilih-pilih, bahkan ianya adalah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan" - Ust Lah, Kelantan

"Sibuk sangat ke enta ni sampai tak boleh buat kerja dakwah? Biasanya kalau enta kata sibuk, mesti sibuk yang entah apa-apa" - Ust Qeu Wai


Huhuhuhuhuhuhu........ lemahnya aku!

14 July 2009

Muqaddimah

Quran telah mengajarkanku ini semua... adakah anda juga telah mendapatinya?

Hidup di bawah bayangan al-Quran adalah suatu keni'matan yang tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja. Ia adalah suatu keni'matan yang meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah yang telah mengurniakan kepadaku keni'matan hidup di bawah bayangan al-Quran selama beberapa waktu, di mana aku telah mengecapi ni'mat yang tidak pernah aku kecapi sepanjang hidupku, iaitu ni'mat yang meluhur, memberkati dan membersihkan usiaku.
----------------------------------

Hidup bererti keberadaan seseorang di dalam suatu keadaan. Dan apabila disebut hidup di bawah bayangan al-Quran, maka bererti berada di suatu keadaan yang selaras dengan al-Quran, seperti keberadaan seseorang di bawah bayang sepohon pokok yang rendang dan teduh, ketika matahari terik memancarkan cahayanya. Semua manusia pasti akan beradan senang serta kenikmatannya apabila berteduh di pohon tersebut. Di dalam suasana yang panas dan bahang hasil panahan cahaya matahari, manusia diberi peluang untuk berteduh di bawah pohon yang rendang, di tambah pula dengan suasana nyaman tiupan angin. Sudah pasti ini adalah suatu nikmat yang tidak dapat diungkapkan melalui kata-kata. Maka itulah perumpamaan bagi mereka yang dapat merasai kenikmatan berada dalam naungan dan panduan dari al-Quran.

Di kala manusia pada hari ini yang leka dan hanyut dibawa oleh godaan nafsu dan syaitan, menyebabkannya terpesong dari jalannya yang lurus, maka manusia yang berada di lingkungan al-Quran akan berasa dirinya dipandu dengan satu aturan yang cukup sempurna, dan tidak akan menjadikannya terpesong dari jalan yang sepatutnya, sehingga ia merasakan perjalanan hidupnya stabil dan dipermudahkan.

Inilah dia satu nikmat yang tidak terkira hebatnya !

Tetapi nikmat ini hanya dapat dirasa dan diketahui bagi mereka yang mengalaminya. Bagaimana mungkin kita boleh bertanya pada orang yang sedang berada di bawah terik matahari, kemudian menyatakan tentang nikmat teduhan pohon yang rendang, sedang dia sendiri tidak berada di bawahnya. Mana mungkin ungkapannya akan sama dengan ungkapan mereka yang memang sedang berteduh di pohon tersebut.

Sama sekali tidak sama !

Maka begitulah juga nikmat seseorang yang hidup bersama al-Quran tetapi hanya pada lisan dan lafaz, bukan pada amalan dan penghayatan, berbanding dengan mereka yang hidup bersama al-Quran, pada lisannya, pada hatinya, dan dibuktikan melalui perbuatannya. Kenikmatan yang dirasai oleh yang sebegini keadaannya akan menjadikan dirinya sentiasa diberkati dan membersihkan usianya. Dia akan merasakan jiwa hidup dalam usia yang panjang, sepanjang al-Quran berada di atas muka bumi. Semua ini dek kerana tautan yang kuat hatinya dengan al-Quran, yang menjadikannya hidupnya panjang, walau zahirnya adalah pendek. Maka itulah keberkatan yang sebenar.

Bersambung...

09 July 2009

Without You - Sami Yusuf

Softly you called to me
Across the space between
Across eternity
Where love winds a path unseen

Out of the wilderness
You beckoned my every step
I stumbled sometimes and yet
I never once looked back

Cos I would see
The man I know I used to be
How I was lost before you reached for me
No I don't know
Where I would go
What I would do

Without You
Without You
Without You

Like a heart between beats
I would feel nothing you see
If you took your love from me
I don't know what more would life mean?

I'd use my final breath
To call out your name and let
That breath upon the breeze
Rise like a kiss to thee

So you might see
Just what your love has meant to me
And what the cost of losing you would be
No I don't know
Where I would go
What I would do

Without You
Without You
Without You

Cos I would see
The man I know I used to be
How I was lost before you reached for me
No I don't know
Where I would go
What I would do

Without You
Without You
Without You

* agak menarik lagu terbaru Sami Yusuf ni. Macam ada sedikit persamaan dengan rentak lagu artis Malaysia (ye kot!)

06 July 2009

Demam

Sekarang dah masuk minggu ke dua Nu'man demam. Bermula dengan batuk-batuk, terus meleret ke demam. Dalam tempoh tu, dah beberapa kali ke klinik dan hospital. Tetapi alhamdulillah, dengan pemeriksaan dari doktor hospital dan dari doktor-doktor sahabat, demam Nu'man adalah normal. Demam biasa (kemungkinan demam campak) bukan demam luar biasa (risau jugak). Ni mungkin tempoh peralihan tubuh badan Nu'man untuk bina antibodi yang lebih kuat lagi. Tapi mencabar juga la dalam tempoh ni, terpaksa banyak sabar, terpaksa berfikiran positif dan terpaksa banyak berkorban (korban masa tido, huhuhuhu...).

Alhamdulillah juga, dalam minggu dah nampak ada sedikit perkembangan. Nu'man dan mula makan dan tidak keluar semula (muntah), dah boleh nak main-main dan dah agak kurang merengeknya. Semoga tahap kesihatan dia akan bertambah dalam minggu ni, insya allah.


* pada sahabat-sahabat, tolong doakan kami ye!

02 July 2009

Betul, betul, betul...

Islam itu memudahkan. Tetapi bagi manusia yang tidak faham mengenai Islam akan menganggap perkara yang harus dilakukan dan ditinggalkan itu sebagai suatu bebanan. Bagi orang yang faham dan mengamalkan Islam, sudah tentunya mereka faham bahawa dengan mematuhi hukum-hukum tersebut, ianya memudahkan mereka di akhirat kelak. Bagi memantapkan lagi pemahaman, eloklak kita umpamakan ianya seperti tiang lampu isyarat. Sesetengah orang mungkin beranggapan bahawa tiang lampu isyarat itu merupakan sesuatu yang menyusahkan, melambatkan dan lain-lain lagi. Akan tetapi, ia sebenarnya memudahkan penggunanya serta melancarkan trafik. Bayangkan sekiranya ramai orang tidak mengendahkan arahan tiang lampu isyarat tersebut, sudah tentu banyak kemalangan serta malapetaka yang berlaku.


* pendapat seorang pelajar MPI2023 berkenaan dengan konsep Taklif dan al-Yusr (mudah) dalam Islam.