27 August 2008

Alhamdulillah, bulan yang dinanti-nanti kini hampir tiba. Bulan yang cukup mulia, yang hebat ganjarannya, yang mana rahmat Allah melimpah ke seluruh alam semesta kerana kehadirannya.

Di dalam debaran menanti ketibaan bulan Ramadhan yang mulia ini, sudah semestinya antara kita yang akan bersiap sedia menyambutnya. Oleh yang demikian dapatlah kiranya saya meletakkan beberapa perkara yang perlu kita ambil perhatian, antaranya:

1- Bersiap sedia fizikal, mental dan perasaan

Fizikal - kerana tubuh badan kita akan diuji sejauh mana kemampuan dan tahap kesihatan tubuh badan kita untuk meneruskan kehidupan seharian tanpa makan dan minum melainkan sesudah masuk waktu.

Mental - menetapkan apa target, matlamat yang hendak kita capai sepanjang bulan Ramadhan nanti. Menjadikan keutamaan fokus kita pada kehadiran Ramadhan, bukan yang lain (cth: Hari Merdekan, politik dll). Membetulkan tanggapan yang salah tentang Ramadhan serta tujuan sebenar kewajiban puasa yang telah ditetapkan oleh Allah.

Perasaan - menimbulkan dalam hati rasa keterikatan dengan Allah, bahawa Dia la tuhan, tuhan yang menciptakan seluruh alam ini. Menimbulkan rasa keseronokan dan kegembiraan dengan kehadiran Ramadhan, dengan sebab kebaikan yang terdapat di dalamnya serta peluang-peluang yang terbukan luas untuk merebut rahmat Allah swt.

2- Muhasabah diri

Hitung kembali segala amalan yang telah kita lakukan setahun yang lalu. Apakah benar kita telah memanfaatkan Ramadhan yang lalu? Apakah cukup segala amalan yang kita telah lakukan? Patutkan kita menjadikan Ramadhan kali ini sebagai tempat untuk mensucikan diri dari segala dosa, mempersiapkan diri dengan bekalan di akhirat, sedang kita sebelum ini, leka dibuai dengan nikmat dunia selama mana usia kita? Adakah diri kita makin meningkat atau sebaliknya? Fikir-fikirkan...

3- Peranan dan tanggungjawab

Periksa kembali, apakah peranan dan tanggungjawab kita dihadapan Allah swt. Adakah kita sebagai melayu? malaysian? lelaki/perempuan? pelajar? pemimpin? atau kita sebagai seorang Muslim yang muslim? Kalau sebelum ini kita tidak melaksanakan tugas kita yang 'sepatutnya', maka jadikan Ramadhan akan datang ini sebagai medan untuk laksanakannya sebagai permulaan untuk masa-masa yang seterusnya.

4- Hubungan sesama manusia

Antara bentuk hubungan yang perlu kita beri perhatian : mohon maaf jika kita berbuat salah pada orang lain, dan memaafkan jika orang berbuat salah pada kita, tunaikan hak orang lain ke atas diri kita dalam segenap sudut yang bertetapan dengan Islam(sesungguhnya dalam diri kita ada hak orang lain yang kita perlu tunaikan), mengajak orang lain agar bersama-sama merebut ganjaran pahala di bulan Ramadhan (bukan setakat pada ibadah, tetapi juga ganjaran mengajak orang lain agar memahami agama).

5- Tindak tanduk dan tingkah laku

Jadikan semua perkara yang kita ingin lakukan di dalam bulan Ramadhan ada padanya nilai-nilai yang boleh memberikan pahala kepada kita. Ganjaran Allah tidak hanya ada pada ibadah khusus sahaja, tetapi juga ada pada riadhah kita, makan minum kita, bersembang, berkerja, berehat hatta masuk ke dalam bilik air sekali pun. Jadi rebutlah peluang yang terbuka luas ini.

Wallahuallam

22 August 2008

Kecewa Ku Kecewa

Sekali lagi aku berasa tak puas hati dengan penyampaian khutbah jumaat di masjid tempat kawasan aku. Kalau sebelum ni, aku tak puas hati sebab cara penyampaian khutbah oleh khatib tidak langsung dapat attrack orang untuk beri perhatian, sedangkan tajuk khutbah waktu cukup menarik dan sewajarnya disampaikan dengan baik. Tapi yang berlaku adalah sebaliknya.

Begitu juga dengan khutbah jumaat kali ni (22/8/2008). Kali ni khatib menyampaikan khutbah berkenaan dengan isu Palestin, memperingati kali ke ..... (tak ingat) pembakaran Masjid al-Aqsa oleh Yahudi Laknatullah pada 1969. Satu topik yang menarik dan jarang untuk disampaikan di dalam khutbah jumaat. Tapi kecewa sungguh, apabila khutbah yang disampaikan tidak mampu untk menarik perhatian jamaah, apatah lagi untuk MENGEJUTKAN MEREKA DARI TIDUR YANG LENA ketika khutbah sedang berlangsung. Bukan untuk memperkecilkan sang khatib, bahkan beliau seorang yang baik suaranya, bacaan al-quran nya, tetapi style dan cara serta pengolahan isu terlalu mengikut arus semasa dan terlalu terikat dengan teks khutbah. Kenapa tidak kalau si khatib boleh meninggikan suaranya sedikit, tanda kepentingan tajuk yang disampaikan. Kenapa tidak kalau si khatib boleh menyindir dan menempelak umat islam hari ini (terutama yang lena tidur di dalam masjid) yang masih lena dengan kesenangan tanpa ada usaha (setakat rasa simpati, baik tak payah) untuk mengajak manusia untuk memahami agama seterus bangkit untuk memperjuangkan hak umat islam di Palestin. Kenapa tidak boleh? KENAPA???

Kalau lah si khatib tidak mampu untuk menarik perhatian jamaah sedemikian rupa, sekurang-kurangnya dia patut mampu untuk 'mengejutkan orang yang sedang lena tidur' ketika dia menyampaikan khutbahnya.

Sekali lagi aku kecewa n frust melihat orang Islam pada hari ni.....

20 August 2008