09 December 2007

Perkembangan Terkini

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara. Agak dah lama aku menyepi dalam meng'update'kan blog aku yang satu ni. Tiada alasan konkrit tentangnya, melainkan tahap kemalasan yang melampau yang telah menguasai diri. 'ala kulli hal, semoga ianya kurang di kemudian hari.

Mungkin sedikit perkembangan diri yang boleh dikongsi. Setelah hampir 3 tahun di KB mencari rezeki, akhirnya tiba juga hari yang dinanti. Hari di mana aku mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari kolej Jaiputra yang amat aku cintai. 1 Disember 2007 menjadi satu lagi titik perjalanan bagi diriku ini. Setelah melalui liku-liku kehidupan sebagai pensyarah, mengenal erti penat lelah mencari rezeki, melihat dan mengenali manusia dari pelbagai segi, membina jati diri, meruntun emosi, mentadbiqkan segala ilmu yang telah dipelajari, fikrah perjuangan yang terus menerus difahami dan dihayati, akhirnya semua itu akan menjadi kenangan yang akan sentiasa diingati.

Hari ini aku telah memulakan tugas baruku. Menyelesaikan pelbagai urusan yang tak pernah aku laksanakan. Tanpa pengalaman yang cukup, terlalu banyak perkara yang telah dipelajari dan akan dipelajari. Maahad Intisar kini menjadi tempat aku mencurah khidmat dan bakti. Berbekalkan semangat dan kenyakinan diri, serta dorongan dan nasihat dari murabbi yang dihormati dan isteri yang dicintai, maka aku bulatkan tekad untuk memajukan diri, dalam keadaan yang baru dari serba serbi. Semoga impian dan matlamat perjuangan akan sentiasa tersemat di sanubari. Demi membina insan yang akan berkerja di jalan Ilahi.

Amin..!

Kolej Jaiputra dalam kenangan ( Feb 2005-Nov 2007)

Fikrah vs Wadah

"Membesar dan memahami dengan fikrah bukan dengan wadah"


Suatu yang cukup menarik perhatian aku waktu join meeting MyTeam akhawat....

Ada sesiapa yang ingin berkongsi pendapat dan pemahaman tentang kenyataan di atas?