21 February 2007

Jazakumullah Khaira

Ucapan khas buat sahabat-sahabat x-Yarmouk di Johor (JB, BP, Muar)
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat kalian semua di atas layanan yang telah diberikan sewaktu kita bersama di Johor. Kepada Ijen (dan Osman), Sahrin (dan keluarga), Ton (dan keluarga), Akmal, Zamri, Bern, Hazwan dan bro Zulfeka; terima kasih kerana sudi untuk bertemu dengan ana di sana. Kalian bukan rakan ana, bukan kawan ana, tetapi kalian adalah sahabat ana. Semoga kebersamaan kita semasa di Johor akan memperkuatkan lagi ikatan ukhuwah yang telah terbina agar ianya kekal buat selama-lamanya.
Ingat kembali siapa kita, ingat kembali peranan kita, ingat kembali tugas dan tanggungjawab kita. Hanya itu sahaja yang dapat mempertemukan kita di atas jalan Allah.
Ana minta maaf atas segala bebanan yang ditanggung, dan minta halal semuanya. Insya allah, kedatangan antum semua ke Kelantan akan di sambut dan sentiasa dinanti-nantikan.
Jazakallahu khairan kathira

13 February 2007

Ababil...? Sijjiil...?

Assalamualaikum...

Semalam aku telah diamanahkan untuk menyampaikan tafsir surah al-Fil dalam halaqah. Bagi menyempurnakan tugasan tersebut, aku terpaksa membelek beberapa buat kitab tafsir, antaranya Tafsir Ibn Kathir (versi Syamilah 2.0), Mukhtasar Tafsir Ibn Kathir oleh Dr, Ali al-Sobbuni, Fi Zilal al-Quran oleh Said Qutb dan Sofwah al-Tafasir oleh Dr. Ali al-Sobbuni. Ketika membelek kitab-kitab tersebut, ada 2 perkara baru yang aku dapati yang mana ianya berbeza dengan apa yang kita sedia maklum berkenaan kisah yang terdapat di dalam surah al-Fil.

Pertama; di dalam kitab-kitab tafsir yang aku rujuk tersebut, tidak dinyatakan di dalamnya nama burung yang diutus oleh Allah itu adalah burung Ababil. Sedangkan apa yang telah diajarkan kepada kita sewaktu di sekolah, burung tersebut namanya burung Ababil. Aku tak tahu darimana datangnya nama burung tersebut burung Ababil, sedangkan di dalam kitab tafsir menyebut, ababil itu menunjukkan tentang bagaimana burung-burung yang diutus Allah itu datang dalam berkelompok-kelompok dan berbondong-bondong dalam satu jumlah yang terlalu banyak. Tidak terdapat penerangan yang jelas tentang nama burung tersebut, jenisnya, rupa bentuknya, dan dari mana datangnya burung tersebut (walaupun ada sesetengah mufassir menyebut burung tersebut datang dari laut - wallahualam). Jika begitu yang terdapat di dalam kitab tafsir, jadi bagaimana boleh timbul tentang nama burung tersebut adalah Ababil?

Kedua; diceritakan juga kepada kita bahawa batu yang dilemparkan oleh burung tersebut adalah batu dari neraka. Sedangkan dari apa yang aku telah baca, tak disebutkan pun langsung bahawa batu itu adalah batu dari neraka. Di dalam kitab tafsir dinyatakan bahawa burung-burung yang diutus Allah itu membawa 3 butir batu; 1 di paruhnya, dan 2 lagi pada kedua kakinya. Dan batu tersebut dinyatakan di dalam al-Quran dengan بحجرة من سجيل iaitu yang bermaksud: batu daripada sijjil. Jika kita melihat pada terjemahan perkataan sijjil ini ia bererti tanah yang telah dipejalkan. Perkataan sijjil ini terdapat pada 2 tempat yang lain selain di dalam surah al-Fil iaitu pada surah Hud: 82 dan al-Hijr:74. Dan sijjil yang ada pada kedua tempat ini ditafsir oleh ulama sebagai tanah yang dikeraskan / dipejalkan dan kemudian dibakar. Jadi kita boleh katakan di sini bahawa sijjil yang ada pada surah al-Fil ini juga adalah gumpalan tanah yang telah dikeraskan dan dibakar sehingga menjadi batu yang cukup keras dan panas. Tetapi di dalam penerangan yang ada dalam kitab tafsir tentang sijjil ini, tidak dinyatakan pun bahawa batu tersebut adalah dari neraka (walaupun kemungkinan tu ada kerana Allah Maha Berkuasa). Jadi bagaimana kita kata bahawa batu yang dilemparkan oleh burung tersebut adalah batu dari neraka?

Hmm... selepas fikir-fikir semula, aku boleh simpulkan di sini bahawa sememangnya terlalu banyak cerita-cerita yang kita dok dengar selama ni ada kesilapan. Itu semua adalah disebabkan kemasukan terlalu banyak sumber-sumber dari Israiliyyat ataupun dari hadis-hadis yang tidak thabit dari Rasulullah SAW. Jadi kita sebagai orang Islam (terutama yang ngaji ilmu agama) kena banyak membaca dan buat kajian. Kalau tak, masyarakat kita akan terus hanyut dengan kisah-kisah dan cerita-cerita yang ntah dari mana datangnya sehingga kita menjadi terlalu jauh dengan yang haq dan yang sahih.

Wallahualam

06 February 2007

Subhanallah...

Subhanallah... itu lah sebaik-baik kalimah yang mampu aku ucapkan bilamana aku membaca al-Quran pada ayat ke 125 surah al-An'am (sila rujuk al-Quran & terjemahannya). Firman Allah Taala pada ayat tersebut yang bermaksud:

"Maka sesiapa yang diingini oleh Allah untuk diberi hidayahNya, (Allah) akan menerangkan hatinya dengan Islam, Dan sesiapa yang diingini oleh Allah untuk disesatkanNya, (maka Allah) akan menjadikan dadanya sesak yang (teramat) menyakitkan, seolah-olah seperti dia sedang naik ke langit...".

Apa yang aku nak sebut disini, bukanlah berkenaan dengan hidayah atau kesesatan. Tapi yang membuatkan aku tersentuh di sini adalah berkenaan dengan perumpaan yang Allah sebut di dalam ayat ni. Allah kata, orang yang tidak mendapat petunjuk dari Allah dengan cahaya Islam, dada-dada mereka akan menjadi teramat-amat sesak, sempit, semput yang teramat-amat menyakitkan, seperti keperitan dada manusia apabila naik atau berada di tempat yang tinggi. Ayat ini sebagai salah satu bukti yang menunjukkan kepada kita bahawa kitab al-Quran sebagai sebuah kita yang terkandung di dalamnya pelbagai yang perkara yang berkaitan dengan kehidupan manusia, termasuklah yang bersangkut paut dengan ilmu sains. Boleh tak kita bayangkan, bagaimana umat selain Islam pada zaman dulu, yang masih tercari erti kehidupan yang sebenar, berada dalam zaman kegelapan (rujuk zaman gelap di Eropah), tetapi Islam telah pun bercakap tentang ilmu sains. Pada waktu tersebut, mana ada lagi orang mengetahui bahawa makin tinggi kita naik ke atas, makin sukar untuk kita bernafas. Apatah lagi kalau kita naik sampai ke angkasa. Takde siapa yang tahu tentang perkara ni melainkan umat Islam melalui kitab al-Quran. Mereka (orang kafir) hanya tahu tentang perkara setelah berabad-abad lamanya setelah ayat ni turunkan kepada Rasulullah SAW, dan dibuktikan secara pasti bila mereka mula meneroka angkasa. Subhanallah, subhanallah, subahanallah... inilah dia al-Quran (rujuk Islam). Andaikata kalau umat Islam menggunakan dengan secukup-cukup segala apa yang ada di dalam al-Quran, pasti kita akan kembali menjadi umat yang kuat di atas muka bumi ni. Fikir-fikirkanlah, dimana diri kita pada hari ini...

05 February 2007

RM50 & RM1

Al-Kisah….

Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya, "Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?" Lima puluh menjawab "Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama.. tempat-tempat cam tuh lah. Eh, ko camner lak?" Duit seringgit menjawab perlahan seraya menunduk, "Hmm.. bosan.. balik balik tempat sama.. surau, masjid, surau…"

Tagged from http://safiukhwah.blogspot.com