29 September 2006

Ramadan Kareem

Assalamualaikum....

Rasanya tidak terlambat kiranya untuk aku ucapkan datang kepada bulan yang dijanjikan 1001 kebaikan, Syahr al-Kiram Ramadhan al-Mubarak. Agar peluang yang Allah telah berikan kepada kita untuk bertemu dengan Ramadan ini, dapat kita rebut sebaiknya. Agar Ramadan kali ini, kita tidak rugi lagi....


Untuk itu, dengarkan dan hayatilah bait-bait nasyeed yang telah aku upload di blog ini, khusus sempena dengan bulan yang mulia ini...

20 September 2006

Dinar Emas Kelantan....

Alhamdulillah, tadi berkesempatan untuk menghadiri Seminar Dinar Dirham: Penggunaan Dinar Dirham - Maqasid Syariah dan Realiti Masa Kini. Seminar ini diadakan bersempena dengan Hari Pelancaran Dinar Emas Kelantan.

Sepanjang seminar tersebut yang dilangsungkan sebelah pagi, banyak input yang aku dapat berkaitan dengan dinar dirham serta kesan-kesan positif yang mampu ditunjukkan dalam penggunan matawang dinar ni. Kalau hendak diceritakan, terlalu banyak. Cuma untuk kali ini, aku nak quote satu kenyataan yang terdapat dalam kertas kerja pertama; Mengapa Dinar Emas Sejajar dengan Maqasid Syariah? yang telah disediakan oleh Prof. Madya Dr. Ahmed Kameel Mydin Meera, dan kenyaatan ini dipetik pula oleh Prof. dari tulisan Umer Chapra:

" Sistem ekonomi Islam tidak wujud di mana-mana dunia Islam. Negara-negara Islam telah berupaya untuk menyelesaikan masalah-masalah ekonomi mereka melalui polisi-polisi yang dibentuk dalam perspektif sekular sistem-sistem yang wujud sekarang. Masalah-masalah mereka telah membesar dan mereka semakin jauh daripada mencapai maqasid. Walaupun keluaran negara kasar telah meningkat, kemiskinan tidak pula menurun, sebaliknya ia telah meningkat. Ketidakseimbangan dalam pengagihan pendapatan serta kekayaan juga telah merosot dan keperluan asas rakyat masih belum dicapai. Defisit sektor awam juga telah meningkat, seperti juga defisit imbangan pembayaran dan hutang luar negara, dan ancaman inflasi masih wujud. "

Hmmm...sama-sama la kita fikirkan.