28 June 2006

20 Soalan...

Assalamualaikum...

Posting adalah susulan dari promo aku berkenaan dengan buku 20 Persoalan Asas Tentang Hadis. Berikut adalah soalan-soalan yang terdapat di dalam buku tersebut:

Soalan 1 : Ada pihak yang mengatakan bahawa kita hanya perlu beramal dengan al-Quran dan tidak perlu kepada hadis Nabis s.a.w. Adakah pendapat ini benar?

Soalan 2 : Adakah hadis boleh diertikan sebagai sabda Rasulullah s.a.w?

Soalan 3 : Perkataan 'sanad' dan 'matan' sering disebut apabila orang bercakap tentang hadis. Apakah maksud dua perkataan ini?

Soalan 4 : Apakah kelebihan bagi mereka yang mempelajari hadis dan ilmu-ilmu berkaitan dengannya?

Soalan 5 : Bila dan bagaimanakah hadis dibukukan?

Soalan 6 : Ada sesetengah orang menyebut 'hadis sahih' atau 'hadis dhaif'. Bagaimanakah hadis dikategorikan oleh ulama?

Soalan 7 : Adakah ilmu pengkajian hadis ini berdasarkan kajian ilmiah atau sekadar mengikut pendapat ulama hadis semata-mata?

Soalan 8 : Apakah buku-buku yang patut dirujuk untuk mengenal hadis-hadis sahih?

Soalan 9 : Seringkali orang menyebut 4 buku 'Sunan' iaitu Sunan al-Tirmizi, Sunan Abu Daud, Sunan al-Nasaai dan Sunan Ibn Majah. Apakah kesema hadis di dalam buku-buku ini adalah sahih?

Soalan 10 : Bagaimana darjat hadis dalam buku-buku selain Kutub al-Sittah?

Soalan 11 : Apakah kepentingan kita mengetahui sama ada sesuatu hadis itu sahih atau tidak?

Soalan 12 : Bagaimanakah caranya seseorang ingin memastikan kesahihan sesuatu hadis yang ditemuinya?

Soalan 13 : Adakah ilmu pengkajian hadis hanya terhadap kepada pengkajian yang telah dibuat oleh ulama silam? Bagaimana pula perkembangan ilmu hadis pada zaman ini?

Soalan 14 : Siapakah di antara pengkaji hadis terkemuka pada zaman ini?

Soalan 15 : Ada pendapat yang mengatakan bahawa kita boleh beramal dengan hadis dhaif. Apakah maksud beramal dengan hadis dhaif dan adakah ia memang dibenarkan?

Soalan 16 : Bagaimana munculnya hadis-hadis palsu?

Soalan 17 : Apakah sebab-sebab yang menyebabkan hadis-hadis dhaif dan palsu tersebar dalam kalangan masyarakat?

Soalan 18 : Sebahagian masyarakat kita mengatakan bahawa tidak menjadi kesalahan untuk kita menyebut hadis palsu selagi maksudnya baik dan tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Adakah pendapat ini diterima?

Soalan 19 : Apakah langkah yang telah dilakukan oleh para ulama dalam memberi penjelasan kepada masyarakat berkaitan hadis-hadis dhaif dan palsu?

Soalan 20 : Apakah contoh-contoh hadis dhaif dan palsu yang telah tersebar dalam masyarakat?

Jadi kepada semua yang ingin mengetahui jawapannya, segera dapatkan buku ni di pasaran, sementara stok masih ada..!

25 June 2006

20 Persoalan Hadis

Assalamualaikum..

Rasanya tak terlambat kiranya untuk aku promote sebuah buku baru berkenaan dengan hadis. Sebelum ni memang dah terfikir untuk tolong iklan sikit pasal buku ni waktu mula-mula di pasaran, tapi apakan daya, tak berkesempatan nak berbuat demikian.

'Ala kulli hal, kali ni aku laksanakan juga hajat untuk iklankan buku ni. Tajuk buku "20 Persoalan Tentang Hadis" tulisan Ust. Adlan bin Abdul Aziz. Ini adalah buku pertama yang ditulis oleh penulis, dan ianya memakan masa hampir setahun lebih sehinggalah buku ini berada di pasaran.

Sebuah buku yang menarik bagi mereka yang ingin mengetahui tentang hadis. Buku ni bukan nya sebuah buku yang membicarakan tentang mustolahat yang ada di dalam ilmu-ilmu hadis secara khususnya, tetapi buku ini lebih kepada mengutarakan kepada kita persoalan-persoalan asas yang kita perlu fahami apabila kita bercakap tentang hadis.

Jadi kepada mereka yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi berkenaan dengan buku ni, boleh dapatkannya di kedai-kedai buku yang berdekatan yang ada menjual kitab-kitab agama. Salah sebuah buku terbitan Syarikat Jahabersa.

Selamat membaca..!


RM8 je. Kalau ada yang kata mahal lagi, tak tau la...

24 June 2006

Khatimul Anbiya

Assalamualaikum...

Terasa ingin mencoret sesuatu kali ni. Seketika saya sedang mendengar lagu-lagu dari album Khatimul Anbiya (nasyid arab), tiba-tiba terlintas dalam fikiran tentang beberapa perkara yang berhubung dengan lagu-lagu tersebut. Lagu-lagu di dalamnya kesemuanya adalah berkenaan dengan Habibullah Rasulullah s.a.w, berkenaan dengan risalah yang dibawa baginda, kemuliaan baginda dan pujian-pujian ke atas baginda s.a.w. Dan apa yang diperhatikan terhadap lagu-lagu nasyid arab ni, bukan hanya album Khatimul Anbiya ni, tapi terdapat beberapa lagi buah album yang keluar berselang seli di negara arab, terutama dari negara-negara teluk. Satu persatu album berkenaan dengan junjungan besar diterbitkan. Dan saya merasakan, suasana ini berlaku mungkin disebabkan isu penghinaan ke atas nabi kita melalui karikatur yang telah dilukis dan disiarkan oleh sebuah akhbar di Denmark yang mana telah mengundang kemarahan seluruh umat Islam di dunia. Ada dikalangan umat Islam yang menunjukkan kemarahan mereka berdasarkan emosi semata-mata, sehingga tercetusnya demonstrasi ganas yang menghuru-harakan keadaan. Ada juga yang mengekspresikan kemarahan berdasarkan kepada emosi mereka, tetapi dengan kawalan akal fikiran serta pertimbangan yang waras. Lalu tercetuslah demonstrasi aman, usaha-usaha memboikot barangan Denmark, perbincangan di forum-forum, rundingan, cetusan rasa di dada akhbar dan majalah mahupun di alam maya, demi untuk menyatakan sokongan dan tanda kecintaan terhada nabi serta menyampaikan kefahaman sebenar tentang Islam.

Daripada apa yang telah berlaku di seluruh dunia Islam pada ketika itu (juga sekarang), isu ini juga telah menarik perhatian golongan karyawan islam, antaranya mereka yang terlibat di dalam industri nasyid, terutama di negara-negara Arab. Bermulanya dari timbul isu tersebut, penasyid dari negara Arab telah mengeluarkan satu-persatu album (samada single mahupun kompilasi) yang berkaitan dengan Rasulullah s.a.w. Masing-masing saling bekerjasama dan berlumba-lumba menzahirkan kecintaan mereka terhadap Rasulullah s.a.w melalui alunan-alunan nasyid yang indah dan menyentuh ke dalam hati pendengar, betapa perlunya kita mencintai Rasulullah s.a.w. Album yang mereka telah hasilkan antaranya album Khatimul Anbiya ini. Saya merasakan sesuatu telah menyentuh hati saya bila saya mendengarkan alunan nasyid yang terdapat di dalam album tersebut.

Jadi apa yang saya ingin cetuskan di sini ialah, di mana kita, iaitu para penasyid dari Malaysia berkenaan dengan apa yang telah berlaku di sekitar kira pada hari ini, terutama perkara yang menyentuh tentang agama kita. Apa yang saya dapat perhatikan, tidak banyak di kalangan penasyid kita pada hari ini yang berani untuk berbuat seperti mana yang telah di lakukan oleh saudara-saudara kita yang lain yang berada di tanah arab. Dua keadaan yang cukup berbeza saya rasakan. Saya tidak nampak sesuatu pun daripada penasyid kita yang menzahirkan kecintaan mereka terhadap Rasulullah s.a.w melalui album-album nasyid mereka. Kalau ada pun, tidak sekerap dan sebanyak seperti penasyid Arab. Begitu juga, jika kita andaikan ada, maka yang ada itu pun tidak lebih hanya membawakan bait-bait selawat sahaja, imma yang kita biasa dengar, mahupun selawat yang kita tidak pernah tahu langsung tentangnya.

Bukanlah tujuan tulisan saya ini untuk meng'kondem'kan penasyid tanahair kita, tapi hanya sekadar luahan rasa terhadap apa yang sedang berlaku di dalam industri nasyid tanahair. Maafkan saya jika saya katakan, penasyid Malaysia hari ini tidak lebih hanya sekadar memeriahkan suasana dan mencari keuntungah sahaja, tetapi kesan dan impaknya kepada individu tiada (tidak seperti mana ketika mula-mula nasyid di kontemporarikan). Saya dapat merasakan suasana ini tidak berlaku kepada penasyid luar (seolah-olah nasyid atau lagu berunsur Islam mereka sebagai satu perjuangan yang memperjuangkan prinsip dan pegangan mereka)

Persoalan untuk kita menzahirkan kecintaan kepada Rasulullah s.a.w melalui lagu atau nasyid ini sebenarnya hanya sebahagian sahaja dari tanda bahawa kita adalah mencintai Rasulullah s.a.w. Banyak lagi perkara yang perlu dibincangkan dan diperjelaskan berkenaan dengan perkara ini. Tetapi amat malanglah andai salah satu usaha yang kita mampu lakukan itu (melalui nasyid), kita tidak mampu untuk memanfaatkannya. Harapan saya, suatu hari nanti ada perubahan yang akan berlaku kepada industri nasyid kita, perubahan yang akan membawa kepada kita pemahaman yang sebenar tentang islam, perubahan yang mampu merubah manusia, perubahan yang akan membantu kita mempertingkatkan kecintaan kita kepada junjungan besar Rasulullah s.a.w.

Wallahua'alm

19 June 2006

Lirik 3

Assalamualaikum...

Ok..kali ni aku nak post satu lagi lirik lagu nasyid, tapi nasyid arab. So kalau ada sesiapa yang hebat bahasa arab, boleh dengar lagu ni kat blog aku, dan tolong betulkan kalau ada silap. :)

رسولي

رسولي رسول العدل يا حبا مبينا
حبيبي نبي الخير نجى العالمين

يا رسولي أنت حبي نور قد هداني
لك في قلبي بيوتا بل لك كل كيان
لك من عيني سود ولك من امتناني

رسولي رسول العدل يا حبا مبينا
حبيبي نبي الخير نجى العالمين

شوقي قد صغى مرادي يا رسولي في معان
وبهذا شوقي أرجو لحظة فيها الأمان
لحظة فيها نكون قرب أنا حار الجنان

رسولي رسول العدل يا حبا مبينا
حبيبي نبي الخير نجى العالمين

يا رسولي أنت نبع بالهدى دوما ساقني
عهدك سامي جميل وهو منهاج اتفاني
من أتاه عاش دوما في وداد في أمان

رسولي رسول العدل يا حبا مبينا
حبيبي نبي الخير نجى العالمين

08 June 2006

Parit Kuda

Assalamualaikum...

Baru-baru ni, waktu ke Johor dalam siri kenduri kahwin x-jaipetra, aku berkesempatan untuk berjumpa dengan ust Toni kita, pemilik weblog www.aspirasiku.blogspot.com di Parit Kuda, Semerah, Batu Pahat, Johor. 3hb Jun 2006 adalah pertemuan buat pertama kali dengan Toni setelah hampir setahun lebih tak berjumpa. Pertemuan singkat di Parit Kuda tu adalah sempena kedatangan aku ke Parit Kuda kerana memenuhi jemputan kahwin kawan sekolej dulu.
Pada pertemuan tu, tak dapat nak bersembang lama dengan Toni sebab waktu tu memang agak tengah tergesa-gesa nak ke Melaka. Lagipun, aku datang ke BP pun, ikut orang. Kalau aku bawa kereta sendiri, kemungkinan boleh menyinggah sekejap kat rumah Toni. Sebab tu la dapat jumpa dengan Toni sekejap je. Walaubagaimanapun, kira puas hati juga la sebab dapat peluang jumpa dengan Toni. Kira Toni ni adalah pelajar IKIP+Yarmouk pertama yang aku jumpa setakat ni. Yang lain, tak tau bila. Lepas ni harapnya dapat la kita jumpa ye, tak kira di mana-mana, dan tak kira dalam apa jua suasana...

(Ni versi ubahsuai, dibuat atas permintaan saudara Toni.....)


Toni tersenyum sambil menahan kepanasan matahari di bumi Batu Pahat